You are on page 1of 14

EKSPERIMEN BERPERINGKAT PETROLEUM

1.TAJUK Penyulingan berperingkat petroleum 2.TUJUAN Untuk mengkaji penyulingan pecahan petroleum 3.PENGENALAN Petroleum adalah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai di dalam tanah. . Petroleum atau minyak mentah terjadi secara semulajadi di permukaan bumi. Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati, bangkai mereka tenggelam ke dasar laut. Kemudian bangkai-bangkai tersebut tertimbus oleh sedimen. Melalui tindakan bakteria, pereputan separa akan berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap. di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat . Petroleum merupakan cecair yang mudah terbakar yang terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat. Penyulingan berperingkat dilakukan disebabkan sifat-sifat bahan yang berbeza dari segi takat didih pecahan petroleum tersebut.Semakin rendah takat didih pecahan tersebut, semakin cerah warnanya dan semakin mudah pecahan tersebut terbakar dan semakin kurang likat pecahan tersebut Semakin rendah takat didih pecahan petroleum tersebut, semakin kurang likat pecahan tersebut,semakin cerah warnanya,semakin mudah pecahan tersebut terbakar dan semakin bersih nyalaannya. Manakala semakin tinggi takat didih pecahan petroleum tersebut,

Date << July 2013 >> Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

Pages Home KLIK DI SINI! (owner) EKSPERIMEN BERINGKAT PETROLEUM EKSPERIMEN menyediakan sampel etanol dan menyiasat...

I got my background at CommentNation.com

Followers

semakin likat pecahan tersebut, semakin gelap warnanya, semakin sukar pecahan tersebut terbakar dan semakin berjelaga . Semasa penyulingan berperingkat petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebioh rendah meruap terlebih dahulu, naik ke bahagian atas lalu dikondensasikan dan diasingkan.Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair. Hidrokarbon dalam petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya tersendiri. Sebelum setiap hidrokarbon dipasarkan ,proses peretakan dan penulenan dilakukan bagi menjamin mutu pecahan tersebut. Proses peretakan digunakan untuk memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang kecil. Petroleum termasuk minyak mentah sahaja, tetapi dalam penggunaan biasa termasuk hidrokarbon semua cecair, gas, dan pepejal (misalnya, parafin). Di bawah tekanan permukaan dan keadaan suhu, ringan hidrokarbon metana, etana, propana dan butane wujud sebagai gas, manakala pentana berada dalam bentuk cecair atau pepejal. Dari segi sifat kimia, petroleum adalah campuran daripada jumlah yang sangat besar hidrokarbon yang berbeza; molekul yang paling biasa ditemui adalah alkana (linear atau bercabang), cycloalkanes, hidrokarbon aromatik, atau bahan kimia yang lebih rumit seperti asfaltena. Setiap pelbagai petroleum mempunyai gabungan unik molekul, yang menentukan sifat-sifat fizikal dan kimia, seperti warna dan kelikatan.. Di bawah tekanan permukaan dan keadaan suhu, ringan hidrokarbon metana, etana, propana dan butana berlaku sebagai gas, manakala pentana dan berat yang berada dalam bentuk cecair atau pepejal. Molekul-molekul yang berlainan dipisahkan oleh penyulingan pecahan di kilang penapisan minyak untuk menghasilkan petrol, bahan api jet, minyak tanah, dan hidrokarbon lain. Jumlah pelbagai molekul dalam sampel minyak boleh ditentukan dalam makmal. Jadi untuk membuktikan bahawa petroleum dapat dipecahkan mengikut molekul-molekul tersebut bergantung kepada suhu maka eksperimen telah dijalankan. Eksperimen berperingkat petroleum telah dilakukan dengan menggunakan beberapa radas dan

Join this site


w ith Google Friend Connect

Members (3)

Already a member? Sign in

Blog Archive 2012 (1) March (1) Assalamualaikum semua....sambil2 laa layan lagu n...

About Me onnie pijey View my complete profile

bahan.Kemudian, ciri-ciri fizikal pecahan yang diperolehi akhirnya ditentukan dengan pengesan yang sesuai, seperti menguji kebolehnyalaan,warna nyalaan, jelaga yang dihasilkan dan kelikatan dan warna setiap hasil pecahan.

1. RADAS 1. Penunu bunsen 2. kaki retort dan pengapit 3. 4 buah mangkuk pijar 4. Penyumbat dengan termometer (-10C hingga 360C) 5. 4 buah Kelalang kon 6. Kasa dawai 7. 2 Salur getah 2. BAHAN KIMIA 1. Minyak mentah( petroleum) 2. Serpihan porcelain

3. PROSEDUR 6.1. Penyulingan berperingkat petroleum: .1.20 cm minyak mentah dimasukkan ke dalam tabung didih bersama sedikit porcelin. 3. Radas dipasang dan kelalang bulat diapit dengan kaki retort. 4. Adaptor dipasang pada kelalang bulat. 5. Termometer dimasukkan ke dalam kelalang bulat dengan memastikan bebuli berada di bahagian corong adaptor. 6. Salur pair di pasang dengan memasang air masuk pada bahagian bawah

dan air keluar pada bahagian atas Liebig. 7. Kelalang kon di letakkan pada corong turasan. 8. Air di alirkan secara berterusan dan seterusnya, penunu Bunsen dinyalakan. 9. Minyak di dalam tabung didih dipanaskan perlahan-lahan. 10. Pemerhatian dilakukan pada termometer mengikut suhu yang ditetapkan seperti dalam jadual 1. 11. Empat pecahan petroleum yang tersuling keluar pada suhu 30 C hingga 12. Proses pemanasan diteruskan dan air penyulingn dibawah suhu kelalang kon yang berlainan. peringkat Pertama Kedua Ketiga Keempat 80 C 120 C, 120 C 160 C dan 160 C 200 C dikumpulkan dalam suhu Antara suhu 30 C dan 80 C Antara suhu 80 C dan 120 C 80 C yang ditetapkan dikumpulkan .

Antara suhu 120 C dan 160 C Antara suhu 160 C dan 200 C

Rajah 1: Jadual peringkat hasil sulingan mengikut masa

6.2. Ujian Hasil Eksperimen 1.Hasil penyulingan petroleum yang didikumpulkan di dalam kelalang kon. 2. sebuah mangkuk pijar yang diletakkan di atas sekeping jubin putih disediakan. 3. Kelikatan pecahan diperhatikan dengan menuang hasil sulingan ke dalam mangkuk pijar. 4. Sebatang lidi dinyalakan dan diuji pada hasil sulingan.

5. Warna nyalaan,kebolehnyalaan dan kuantiti jelaga yang terhasil diperhatikan 6. Pemerhatian yang diperolehi di catatkan dalam jadual keputusan yang disediakan pada rajah 2. 1. KEPUTUSAN

PEMECAHAN PETROLEUM Pecahan pertama

SUHU

WARNA

KELIKATAN

NYALAAN/ KEBOLEHNYALAAN Sangat menyala

30 C-80 C 80 C-

Jernih

Cair

Warna nyalaan biru Tiada Jelaga mudah menyala

Pecahan kedua

Kuning muda

Sedikit likat

Warna nyalaan kuning sedikit Sedikit Jelaga

120 C 120 C160 C

Pecahan ketiga

kuning

Likat

sukar menyala Nyalaan berwarna kuning Sedikit jelaga

Pecahan keempat

160 C200 C

jingga

Sangat likat

Sangat sukar menyala Nyalaan berwarna kuning dan merah Banyak jelaga

2. SOALAN 9.1 Bincangkan kebolehbakaran pecahan petroleum. Secara umumnya pecahan yang mempunyai takat didih yang rendah iaitu yang mempunyai struktur molekul yang rendah yang terkondensasi awal semasa proses pengekstrakan petroleum adalah lebih mudah terbakar dan diikuti dengan yang lain. Ini kerana struktur molekul yang ringkas memudahkannya bertindakbalas dengan oksigen dan menghasilkan nyalaan yang lengkap. 9.2 Bincangkan hubungan antara takat didih pecahan dengan; a) warna pecahan Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan adalah tanpa warna (colorless ) seperti benzene dan toluene dan sehingga kepada takat didih yang tinggi akan menghasilkan pecahan yang gelap seperti minyak tar. Ini merujuk kepada formula molekul yang rendah akan mengahasilkan struktur molekul yang ringkas dibandingkan formula molekul yang besar/kompleks akan menghasilkan struktur molekul yang juga kompleks. Secara tak langsung berlaku pertambahan jisim per isipadu yang memberikan warna yang lebih gelap kepada larutan. b) kelikatan pecahan

Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan mempunyai kelikatan yang rendah (cair). Ini merujuk kepada formula molekul yang rendah akan mengahasilkan struktur molekul yang ringkas dibandingkan formula molekul yang besar dan kompleks akan menghasilkan struktur molekul yang juga kompleks. Secara tak langsung berlaku pertambahan jisim per isipadu yang memberikan ikatan yang lebih kuat dan kelikatan larutan bertambah. c) Jumlah jelaga yang dihasilkan oleh pecahan Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan tidak atau kurang menghasilkan jelaga manakala pecahan yang diperolehi pada takat didih yang tinggi mempunyai jumlah jelaga yang tinggi.Jelaga ini terhasil daripada karbon.Semakin tinggi takat didih, semakin banyak kandungan karbon dan semakin berjelaga sesuatu sebatian.sebaliknya . 9.3. Pecahan X mempunyai formula C6H14.Ramalkan warna, kelikatan dan jumlah jelaga yang dihasilkan oleh X Pecahan X tanpa warna, kelikatan rendah dan jumlah jelaga yang dihasilkan sangat sedikit 9.4 Tulis persamaan keseimbangan kimia untuk mewakili pembakaran petrol (C H )

2 C8H18(l) + 25 O2(g) 16 CO2(g) + 18 H2O(g) + 10.86 MJ/mol (of octane)

9.5 Pembakaran yang tidak lengkap petrol dalam pelepasan gas-gas beracun menghasilkan gas seperti karbon monoksida dan nitric oksida.Tulis persamaan kimia seimbang untuk mewakili pembakaran yang tidak lengkap

gasoline CH 8 C8H18(l) + 9O2(g) CO2 + 7CO(g) +9 H2O(g)

9.6 Apakah biodiesel ? Bahan bakar yang dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti daripada tumbuhan kelapa sawit, biji jarak dan sebagainya bagi menggantikan diesel daripada sumber petroleum. 9.7 Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding dengan petroleum? Petroleum kurang mencemarkan alam sekitar,lebih murah dan sumber boleh dipelbagaikan daripada pelbagai tumbuhan .

3. PERBINCANGAN Dalam eksperimen yang telah dijalankan minyak mentah digunakan. Minyak mentah mempunyai takat didih yang berbeza. Eksperimen yang telah dijalankan secara penyulingan berperingangkat.. Penyulingan berperingkat yang telah dijalankan menggunakan beberapa bahan seperi minyak mentah dan porselin,radas seperi kelalang penyulingan untuk meletakkan minyak mentah beserta porselin, thermometer untuk menyukat suhu, bagi mengasingkan hasil

sulingan kepada empat peringkat mengikut suhu yang ditetapkan iaitu suhu di antara 30C hingga 80C, 80C hingga 120C,120C hingga 160C dan 160C hingga 200C.kondenser liebig,tungku kaki tiga untuk meletakkan kelalang penyulingan, kaki retort beserta pengapit untuk memegang kelalang kon dan kelalang penyulingan agar lebih kukuh, kelalang kon untuk mengumpul hasil sulingan dan mangkuk pijar untuk meletakkan hasil sulingan bagi ujian nyalaan. Langkah pertama yang dilakukan adalah memasukkan minyak mentah ke dalam kelalang penyulingan . Semasa memasukkan minyak mentah tersebut, langkah berhati-hati perlulah dilakukan dengan menggunakan spatula berserta dengan rod kaca untuk menolak minyak mentah ke dalam kelalang bulat yang mempunyai permukaaan yang sempit.Hendaklah juga memastikan bahawa minyak tersebut tidak berada di luar tabung didih untuk mengelakkan pembakaran diluar kelalang bulat. Kerana minyak mentah sangat mudah meruap.Termometer yang dipasang pada kelalang bulat adalah bertujuan untuk menyukat suhu bagi hasil empat pecahan mengikut bacaan yang telah ditentukan. Semasa memasang thermometer tersebut, langkah berhati-hati dibuat agar termometer tidak pecah dan memastikan bahawa bebuli termometer berada betul-betul di bahagian mulut salur kondenser. Ini adalah kerana wap air yang di hasilkan daripada pemanasan minyak mentah betul-betul terkena pada bebuli termometer. Langkah kedua adalah memasang adaptor dengan kondenser liebig. Semasa memasang kesemua radas, langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian kerana kebanyakan radas adalah diperbuat daripada kaca yang sangat mudah pecah. Salur getah dipasang adalah untuk mengalirkan air yang berterusan pada liebig.ia bertujuan untuk menyerap haba yang dapat menukarkan wap air kepada cecair menerusi proseds kondensasi. Langkah berjaga-jaga perlu dibuat apabila memasang salur getah,iaitu salur getah dibawah adalah air yang dimasukkan,manakala salur getah di atas adalah bertujuan untuk mengalirkan air keluar.Pastikan bahawa air telah air telah penuh dalam kondenser,sebelum api penunu bunsen dinyalakan.Kondenser digunakan

adalah untuk menukarkan wap hasil peringkat petroleum kepada cecair. Air yang dialirkan berterusan akan menyejukkan condenser dan membolehkan proses kondensasi iaitu perubahan wap air kepada cecair.Pemanasan terhadap petroleum dilakukan dengan perlahan-lahan kerana ia mudah meruap. Suhu pada termometer hendaklah selalu diperhatikan. Kutip hasil penyulingan yang terkumpul mengikut suhu yang ditetapkan.Langkah berhatihati dilakukan apabila hendak menukar kelalang kon ia hendaklah dilakukan dengan cepat agar hasil penyulingan yang menitis tidak terkena permukaan meja.Hasil sulingan hendaklah dikumpul mengikut suhu, kerana akan mempengaruhi hasil sulingan akan berbeza dari segi warna, kelikatan, kebolehnyalaan dan kuantiti jelaga.Ini kerana semakin tinggi suhu, semakin bertambah molekul dan semakin kompleks struktur sebatian.Ini bermakna warna larutan semakin gelap, kelikatan semakin bertambah, kuantiti jelaga turut bertambah kerana pertambahan kandungan karbon. Semasa pemanasan dijalankan didapati wap air/asap memenuhi kelalang penyulingan seterusnya memasuki condenser liebing.wap terkondensasi dan seterusnya terkumpul di dalam kelalang kon. Pada suhu 30C hingga 80C,hasil pertama dikutip.hasilnya sedikit terjejas kerana bacaan suhu semasa hasil dikutip telah melebihi bacaan 80C.Warna hasil sulingan pertama lebih jernih, dan cair.Ini adalah kerana ia mempunyai struktur molekul yang sangat ringkas, dan mudah terurai walaupun pada suhu yang rendah.Seterusnya ujian nyalaan dijalankan didapati ia sangat mudah menyala.nyalaannya bewarna biru dan tiada jelaga di hasilkan.ini membuktikan bahawa hasil pertama kurang mengandungi hidrokarbon. Contoh kegunaan harian adalah seperti gas untuk memasak.Hasil sulingan pada suhu antara 80C hingga 120C, warna larutan kuning muda dan likat sedikit. Ujian nyalaan dijalankan didapati ia mudah menyala,nyalaan berwarna kuning dan sedikit jelaga dihasilkan.Jelaga yg sedikit membuktikan bahawa kandungan karbon juga sedikit.contoh hasil sulingan harian yang selalu digunakan adalah petrol kenderaan. Pada hasil sulingan suhu antara 120C hingga 160C warna

larutan kuning dan agak likat. Ini menunjukkan bahawa molekul-molekulnya adalah kompleks dan memerlukan tenaga haba yang tinggi untuk memecahkannya. Apabila nyalaan diuji, ia susah terbakar dan banyak jelaga.Ini menunjukkan bahawa kandungan karbon juga agak banyakContoh hasil sulingan adalah naptha. Pada suhu antara 160C hingga 200C,warna hasil sulingan jingga (lebih gelap) dan lebih likat. Ini menunjukkan bahawa molekul-molekulnya lebih kompleks menyebabkannya susah terurai dan memerlukan tenaga haba yang tinggi untuk memecahkannya. Ujian nyalaan mendapati ia sukar dinyalakan,warna nyalaan kuning dan merah dan sangat berjelaga.ia kebanyakannya digunakan sebagai minyak kapal terbang dan lampu. Kelemahan yang berlaku semasa menjalankan eksperimen adalah, masa pemanasan agak terlalu lama.ini mungkin disebabkan oleh keadaan minyak mentah yang sudah agak lama digunakan sehingga ia menjadi pepejal.Tenaga haba yang tinggi dan masa yang lama digunakan untuk memecahkan molekul-molekul yang tersusun kompleks.Semasa api menyala di dalam mangkuk pijar ,telah berlaku percikan-percikan api.Ini kerana bara dari lidi telah termasuk ke dalam mangkuk pijar tersebut.Oleh yang demikian ,semasa menyalakan hasil sulingan hendaklah sentiasa memastikan bara daripada lidi tidak masuk ke dalam mangkuk pijar tersebut.Oleh itu, untuk mendapatkan keputusan yang baik, dan pemanasan yang berlaku dapat dijalankan dengan cepat, minyak mentah yang baru sepatutnya digunakan.Keputusan warna larutan juga sedikit terjejas, kerana tiada perbezaan warna yang ketara antara peringkat-peringkat hasil sulingan yang diperolehi. Ini juga mungkin disebabkan keadaan minyak mentah yang sudah terjejas kerana sudah lama disimpan.Kekotoran-kekotoran yang terdapat pada condenser liebig hendaklah dibersihkan supaya tidak menganggu keputusan eksperimen. Cadangan eksperimen yang lain boleh dilakukan adalah menggunakan minyak mentah (petroleum ) dengan radas berbeza. Bahan yang digunakan

adalah minyak mentah(petroleum) dan kapas kaca. Radas seperti tabung didih, penunu bunsen, kaki retot, tabung uji, mangkuk pijar, penyumbat getah dengan termometer,bikar 250ml dan salur penghantar.Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan pada rajah 5 di bawah.

1. KESIMPULAN Untuk mendapatkan keputusan yang menunjukkan bahawa petroleum boleh diasingkan secara berperingkat, eksperimen telah dijalankan.Daripada hasil eksperimen yang dijalankan telah dapat membuktikan bahawa petroleum boleh diasingkan secara berperingkat dengan pemanasan yang berterusan secara perlaha-lahan.Keputusan menunjukkan bahawa pada peringkat suhu antara 30C dan 80C hasil yang diperolehi menunjukkan cecair yg terkumpul berwarna cerah Setiap pelbagai petroleum mempunyai struktur molekul, yang menentukan sifat-sifat fizikal dan kimia, seperti warna dan kelikatan. Ini merujuk kepada formula molekul yang rendah akan mengahasilkan struktur molekul yang ringkas dibandingkan formula molekul yang besar/kompleks akan menghasilkan struktur molekul yang juga kompleks. Secara tak langsung berlaku pertambahan jisim per isipadu yang memberikan warna yang lebih gelap kepada larutan. Analogi .. seutas benang hitam diletakkan di dalam air dibandingkan dengan banyak utas benang hitam.perbandingan Petroleum merupakan cecair yang mudah terbakar yang terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat. Penyulingan berperingkat dilakukan disebabkan sifat-sifat bahan yang berbeza dari segi takat didih pecahan petroleum tersebut.Semakin rendah takat didih pecahan tersebut, semakin cerah warnanya dan semakin mudah pecahan tersebut

terbakar dan semakin kurang likat pecahan tersebut Semakin rendah takat didih pecahan petroleum tersebut, semakin kurang likat pecahan tersebut,semakin cerah warnanya,semakin mudah pecahan tersebut terbakar dan semakin bersih nyalaannya. Manakala semakin tinggi takat didih pecahan petroleum tersebut, semakin likat pecahan tersebut, semakin gelap warnanya, semakin sukar pecahan tersebut terbakar dan semakin berjelaga . Begitu juga dengan jumlah hidrokarbon yang terdapat dalam peringkat-peringkat petroleum.Semakin tinggi suhu larutan, semakin bertambah jumlah hidrokarbon yang dihasilkan. Buktinya adalah pada jelaga yang dihasilkan. Jumlah jelaga yang di hasilkan semakin bertambah apabila suhu bertambah. Penyulingan berperingkat petroleum menggunakan condenser liebig di mana ia berfungsi untuk menukarkan wap air yang panas kepada cecair.Air yang dilalirkan secara berterusan dapat menyejukkan wap air yang panas, di mana proses kondensasi telah berlaku di sini..Perubahan keadaan yang berlaku adalah daripada wap air kepada cecair. Cecair yang dihasilkan seterusnya telah mengalir keluar daripada condenser lie big dan masuk ke dalam kelalang kon. Peringkat petroleum yang di perolehi berdasarkan suhu masingmasing telah dapat memenuhi keperluan manusia. Setiap peringkat yang dihasilkan mengikut pecahan suhu menunjukkan keadaan molekul dan sifat fizikal peringkat petroleum.Contoh hasil pecahan petroleum yang dihasilkan pada suhu gas untuk memasak dan petrol untuk kenderaan yang dihasilkan pada suhu di bawah 40C, Naftha pada suhu 110C, Kerosin yang digunakan dalam kapal terbang dan jet dihasilkan pada suhu antara 110C dan 180C, diesel yang banyak digunakan pada kenderaan berat seperti bas, lori dan sebagainya dihasilkan pada suhu 260C, dan suhu yang melebihi 340C menghasilkan bitumen yang digunakan untuk menurap jalan raya. Memandangkan penggunaan petroleum yang semakin bertambah,dan pengeluaran yang semakin merosot dewasa ini,sehinggakan harga petrol semakin menaik,alternatif dan pendekatan lain hendaklah dilakukan seperti

penggunaan biodiesel iaitu penghasilan bahan bakar melalui tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan untuk mengurangkan penggunaan minyak mentah yang sedang mengalami krisis yang semakin meruncing. SEKIAN, Terima Kasih

1. http://www.whyzz.com/where-does-petroleum-come-from 2. http://www.wikipedia.org/wiki/Petroleum 3. http:// www.wikipedia.org/wiki/History_of_petroleum 4. http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline#Chemical_analysis_and_production 5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Suntikan_bahan_api 6. http://ms.wikipedikia.org/wiki/Hidrokarbon 7. Buni bin Sunade,Eng Nguan Hong,2001, kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kimia Tingkatan5, Zeti Enterprise. Batu Pahat.Johor,ms 145148 8. Eng Guan Hong,1988, Kimia Moden Tingkatan 5. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.Johor Bahru,Johor.ms78-80 9. 2011,Kemahiran Bestari Amali Sains tingkatan 5. Pan Asia Publications Sdn Bhd.Subang Jaya.selangor,ms 47. 10. John McMurry,2004. International Student Edition Organic Chemistry.Bookcole.Singapore,ms854-856
11.

Ramli bin Ibrahim, 2000,Asas Kimia,Uni-Ed Publications Sdn.Bhd.Puchong.Selangor,ms387

You might also like