You are on page 1of 3

Definisi sukan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.
Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai
sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Takrifan sukan

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,
dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan
umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
• Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
• Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Definisi perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan
mereka.

Definisi integrasi
Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau
kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.
Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan
secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit
yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998),
integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba
menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula
pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.
Sejarah Sukan Malaysia (SUKMA)
Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di
bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia
dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition)
dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.
SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA.
Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

Sukan Olimpik
Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan
ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis
bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali
sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali
ketika Perang Dunia. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan
di tempat asalnya di Athens, Greece.
Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu,
sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada
1994, sebaliknya dua tahun selepas.
Jenis-jenis sukan
Lumba
• dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...)
• tenaga manusia (lumba lari, renang,... )
• tenaga luar (perahu layar, F1,...)

Lawan
• pasukan (bola sepak, ragbi, hoki,bola keranjang, ...)
• gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...)
• kombat (gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat
olahraga...)

Pencapaian
• pameran/pertunjukan (bina badan, gimnastik,...)
• kekuatan (angkat berat, lempar cakera, lontar peluru...)
• sasaran (menembak, golf, memanah,...)

Gabungan semua
• Olahraga

You might also like