JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi - BangunBerdoa kepad ALLAH dengan doa :Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIAmematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untukmelaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkandiri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.4.20 pagi - Solat Sunat TaubatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAHTaala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaatkedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesalidosa-dosa.Solat Sunat TahajjudNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAHTaala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaatkedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.Solat Sunat HajatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.Solat Sunat WitirNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkanberdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.5.00 pagi - Makan SahurMenggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
1
Add a Comment