You are on page 1of 14

KAWAD KAKI

Jurulatih memberi arahan dan tunjukcara : Sedia Senang Diri Rehatkan Diri Luruskan Barisan Keluar Baris - menanda berhenti sementara Bersurai - menanda tamatnya latihan

BAHASA HUKUMAN

PELAJARAN 1 :
Kedudukan sedia penerangan )

SEDIA

(Pertunjukan dan

Kedudukan Sedia ..tumit rapat sebaris, buka hujung kaki 70cm; lutut tegang, badan tegak dengan berat seimbang di antara kedua-dua tapak kaki dan tumit, bahu-bahu bawa ke belakang supaya dapat berada dalam keadaan biasa dengan tiada menyusah atau mengeraskan badan. Tangan lurus ke bawah, siku-siku rapat ke rusuk badan, pergelangan tangan lurus, tapak tangan tutup (bukan genggam) belakang jari-jari dekat kepada peha, ibu jari tegak lurus dan hadapan dekat jari telunjuk dan ke belakang sedikit dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena kolar baju dan memandang terus ke hadapan.

PELAJARAN 2 : SENANG DIRI


(Pertunjukan dan penerangan)
1. Biarkan kaki kanan tinggal diam dan tapak kaki tegang ke belakang angkat kaki kiri ke hadapan, bengkok lutut, peha paras bawa kaki kiri ke sebelah kiri hentak ke bumi. Jarak keduadua kaki adalah lebih kurang 32cm, pada ketika yang sama bawa tangan kanan ke dalam tapak tangan kiri, ibu-ibu jari bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah ke tanah, pada masa yang sama mengalihkan berat badan sedikit ke kiri supaya berat seimbang.

PELAJARAN 2 SENANG DIRI


2. Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras, hujung kaki junam ke bumi dan hentakkan di sebelah tumit kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia, dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan dengan pantas sampai dalam kedudukan sedia.

SEDIA DARI SENANG DIRI (Pertunjukan dan penerangan)


Angkat kaki kiri ke hadapan bengkok lutut peha paras, hujung kaki junam ke bumi dan hentakkan di sebelah tumit kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia, pada masa yang sama bawa kedua-dua tangan dengan pantas dalam kedudukan sedia. Dengan teriakan AP.

PELAJARAN 3 REHATKAN DIRI


(Pertunjukan dan Penerangan) Di atas hukuman rehatkan diri, kira masa ( 1 - 2 - 3 rehat ) Kendurkan anggota-anggota badan, bahagian pinggang ke atas perlahan-lahan tanpa menggerakkan kaki.

Peringatan:
a. kecuali dalam perbarisan-perbarisan tertentu, satu tangan bolehlah digunakan untuk membetulkan pakaian dan lain-lain. b. Dengan hukuman Skuad kedudukan senang diri hendaklah dilakukan semula. Ini adalah hukuman yang tak ada amaran sebelumnya.

PELAJARAN 4: BERBARIS DALAM TIGA BARISAN


(Pertunjukan dan Penerangan) TIGA BARISAN - DI HADAPAN SAYA GERAK. Peserta berbaris dalam tiga barisan ( hadapan , tengah dan belakang) 70 cm. jarak di antara baris dan jarak jauh satu tangan ( dengan jari digenggam) di antara seorang. Peserta itu berdiri rehat. (rehatkan diri)

Peringatan:
a. Perkataan hukuman di atas adalah mencukupi buat latihan permulaan. b. Semasa berbaris dalam tiga barisan kadang kala ada kekosongan barisan. Kalau kekosongan 2 orang duduknya difail no. 2 dari kiri barisan tengah dan belakang, kalau kosong seorang duduknya di fail no. 2 dari kiri barisan tengah.

PELAJARAN 5

MELURUSKAN BARISAN ( 2 PERGERAKAN )


LURUS BARISAN DENGAN NOMBOR. 1.Ke kanan lurus - Satu. Angkat tangan kanan paras bahu orang di sebelah kanan jari-jari digenggam, bahagian belakang tangan ke atas, penggengam tangan kena bahu orang di sebelah kanan/kiri

MELURUSKAN BARISAN ( 2 PERGERAKAN )


2. Skuad - dua. Hentak kaki

berturut-turut, pendek-pendek serta meluruskan barisan, tentukan tiaptiap orang nampak bahagian bawah muka dua orang selang darinya. Dengan pantas , orang di sebelah kanan barisan tengah dan belakang tentukan jaraknya ke barisan hadapan 70cm.

MELURUSKAN BARISAN ( 2 PERGERAKAN )


3. Pandang hadapan. Pusingkan

kepala dan muka dengan pantas ke hadapan dan jatuhkan tangan ke tepi badan lengan lurus.

You might also like