You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN .

HUBUNGAN ETNIK
NAMA PELAJAR UNIT SEMESTER : : : 3 (PISMP)

KOD MATAPELAJARAN : EDU 3106 NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : : 28 FEB 2013

ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKA SURAT 1 2 Muka Depan Borang Kolaborasi

3 4 5 6

Isi Kandungan Penghargaan Pengenalan SOALAN : 1 Membincangkan sejauhmanakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. SOALAN : 2 Dengan menggunakan pengurusan grafik, jelaskan punca-punca perpaduan dalam kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia lambat berkembang walaupun kemerdekaan telah dicapai.

2 3 -4 5-6

9 10 11

Refleksi Rujukan Lampiran

PENGHARGAAN

Saya dari Unit (Bahasa Tamil 2), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (PISMP) semester tiga ingin mengambil peluang keemasan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menolong saya menerusi pelbagai cara untuk melaksanakan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Pertama sekali, kami amat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. TanpaNya sudah pasti saya tidak sempat menyiapkan kerja kursus ini. Kami telah berjaya menghadapi pelbagai halangan dan cabaran yang timbul semasa melaksanakan tugasan ini atas berkat Beliau. Seterusnya, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan kami yang amat baik hati iaitu En.Chin Kuang Tiu.Beliau telah banyak membantu kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Beliau telah memberi penerangan dengan teliti dan beliau sentiasa memberi panduan mengenai kerja kursus ini. Segala tunjuk ajar dan pedoman beliau telah banyak membantu kami dalam menyempurnakan tugasan ini. Oleh hal yang demikian, kami ingin mengambil kesempatan emas ini untuk sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Selain itu, kami juga bertanggungjawab untuk berterima kasih kepada keduadua ibu bapa kami atas dorongan mereka yang penuh dengan kasih sayang. Demi melaksanakan tugas ini kami telah memerlukan duit perbelanjaan yang agak tinggi. Ibu bapa kami telah banyak membantu dengan menanggung segala perbelanjaan kami tanpa merasa beban. Akhir sekali, kami ingin mengenang kembali pihak yang telah banyak membantu kami dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna.

Sekali lagi kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami. Sekian terima kasih.

PENGENALAN
Dalam era globalisasi yang penuh dengan pancaroba gemilang ini, negara kita Malaysia telah berusaha gigih untuk mencapai Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad. Tujuan utama Wawasan 2020 ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Selain bidang ekonomi, bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi serta perpaduan nasional juga diberi penekanan yang mendalam bagi melahirkan sebuah negara yang maju dalam semua aspek. Di Malaysia, orang Melayu, Cina , India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai kaum hidup sebagai satu masyarakat.Oleh hal yang demikian, perpaduan dan hubungan etnik antara satu sama lain merupakan kunci utama yang akan menyebabkan kejayaan dan kemakmuran negara.Setiap kaum perlu bekerjasama dan bertolak ansur antara mereka untuk membina hubungan silaturahim yang baik.Jika masyarakat tidak bekerjasama dan hidup dalam keadaan kucar kacir negara tidak boleh membuat anjakan paradigma untuk mencapai kemajuan.Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh yang baik untuk menjelaskan rakyat bahawa hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik di negara kita. Seterusnya dalam era moden ini, terdapat banyak cabaran yang mampu menggugut perpaduan di kalangan etnik di negara ini.Oleh hal yang demikian,perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang.Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita.Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Sebagai kesimpulanya, rakyat haruslah menyedari kepentingan hubungan etnik dan perlu berusaha untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil inisiatif untuk mengeratkan hubungan etnik di negara dengan mengadakan pelbagai program yang berfaedah.

Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang mempunyai tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sebagai sebuah negara yang mempunyai

pelbagai kaum, nilai-nilai seperti bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain haruslah diberi keutamaan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.Negara kita Malaysia pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan ekonomi dan sosial sesebuah negara.Pembangunan yang diharapkan tidak akan tercapai sekiranya tidak ada perasaan persefahaman dan penyatuan antara rakyat yang berbilang kaum.Oleh hal yang demikian, kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai jenis usaha untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu aspek sosio-ekonomi, aspek sosio-budaya, aspek politik serta dari aspek pendidikan. Pertamanya, dari segi sosio-ekonomi kerajaan telah melaksanakan banyak usaha yang mendatangkan kebaikan.Antaranya ialah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 seiringan dengan pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak Dato' Hussein dengan bertujuan untuk memupuk perpaduan negara dengan membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia antara kumpulan etnik dan antara wilayah. Ketegangan kaum yang wujud pada tahun 1969 adalah manifestasi daripada ketidakseimbangan ini. Tempoh pencapaian matlamat DEB ialah 20 tahun, bermula dari tahun 1971 sehingga tahun 1990. Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah, mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kedua ialah, menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Selepas tamat tempoh Dasar Ekonomi Baru iaitu dari tahun 1970 sehingga 1990, bagi menyambung dan memperkukuh hasrat ekonomi rakyat, maka satu dasar baru dikenali sebagai Dasar Pembangunan Nasional (DPbN), bagi tempoh 1991-2000 telah dibentuk dan dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.DPbN memperkukuh proses pencapaian pembasmian kemiskinan dan

penyusunan semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidakseimbangan sosial dan ekonomi. Perpaduan negara kekal menjadi matlamat terakhir pembangunan sosioekonomi memandangkan sebuah masyarakat yang bersatu padu merupakan asas penting mewujudkan kestabilan sosial dan politik serta pembangunan yang berterusan. DPbN menetapkan langkah permulaan ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju berasaskan perindustrian menjelang tahun 2020.Matlamat DPbN adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Selain itu, di bawah Dasar Pembangunan Nasional juga, kerajaan telah menumpukan usaha untuk menggalakkan pembangunan seimbang dalam sektor ekonomi dan sosial serta penjagaan alam sekitar. Dasar Pembangunan Nasional juga turut menggariskan usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan miskin. Seterusnya, Dasar Wawasan Negara yang merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga memberikan tumpuan kepada peningkatan keutuhan dan daya saing negara. Dasar Wawasan Negara akan meneruskan usaha yang telah
dimulakan di bawah rancangan pembangunan negara yang lepas dan mengukuhkan asas peralihan Malaysia kepada sebuah negara maju sepenuhnya sebagaimana yang dihasratkan oleh Wawasan 2020. Di samping ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan berdaya tahan, matlamat Malaysia adalah untuk menjadi sebuah negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai moral dan etika yang tinggi serta hidup dalam masyarakat yang demokratik, berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama serta progresif dan makmur.

Seterusnya, dasar lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara yang membangun dan yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu kearah mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan negara-negara lain di dunia dan meningkatkan kehidupan manusia.

Selain itu, pendidikan merupakan salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari satu generasi ke generasi. Dari aspek pendidikan pula, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 dan menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, dikhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan
bidang tugasnya ditetapkan.

Dalam

bulan

September

1955,

Persekutuan

Tanah

Melayu

mempunyai

kerajaan sendiri yang dipilih selepas pilihanraya pertama. Parti Perikatan yang memenangi pilihanraya telah menubuhkan kerajaan baru. Oleh itu, satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran telah dilantik untuk mengkaji kedudukan pelajaran di negara ini. Syor-syor jawatankuasa ini telah dikemukakan sebagai Laporan Razak dan telah menjadi asas dasar pelajaran di Malaysia. Melalui laporan ini telah wujud satu sistem pelajaran kebangsaan yang dapat menyatupadukan kanakkanak dari semua bangsa dan keturunan. Laporan Razak menandakan bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan system pendidikan Malaysia. Laporan ini mengesyorkan supaya Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Langkah ini merupakan cara yang baik untuk membentuk satu identiti nasional.

Tambahan pula, pendidikan di Malaysia juga berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan perlu diberikan kepada semua orang tidak kiralah mereka orang yang berupaya atau kurang berupaya. Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial. Dasar ini adalah untuk mengelakkan timbulnya isu yang boleh menimbulkan perpecahan dalam perpaduan rakyat di Malaysia melalui perbezaan penerimaan ilmu. Politik merupakan faktor yang sangat penting dalam membentuk sebuah negara bangsa. Dalam membina negara bangsa, penduduk dan rakyat negara itu mestilah berkongsi pegangan ideologi politik yang sama dan mereka juga perlu mempunyai kepercayaan serta keyakinan terhadap sistem pemerintahan dan

undang-undang negara. Dari aspek politik pula, Malaysia mengamalkan sistem politik berasaskan demokrasi. Melalui pilihanraya, sebuah kerajaan dipilih oleh rakyat untuk memerintah dan mentadbir negara ini. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Melalui sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, kuasa berada di tangan rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka di peringkat negeri dan negara. Amalan demokrasi dan budaya politik kepartian hidup subur di Malaysia. Keadaan ini memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih parti yang diminati untuk menerajui kerajaan.Dengan ini, Kerajaan memastikan keadaan Negara sentiasa dalam keadaan aman dan makmur serta adil dari segi pemerintahannya. Justeru dari aspek sosial pula, banyak usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan.Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsipprinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan negara ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat , seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu , demokratik ,adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Antara aktiviti yang dilakukan di bawah aspek sosial ialah ,ahli Rukun Tetangga melakukan amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan Dari segi pendidikan mereka mengadakan sistem pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus kepemimpinan, tuisyen dan ceramah

dalam pelbagai bidang. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka, larian amal, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan air, sukan tradisional dan sukan rakyat. Mereka juga mengadakan aktiviti rekreasi seperti tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara mendaki gunung dan khemah kerja.Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan, dan menjaga harta awam juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga dan sebagainya. Antara usaha yang paling penting yang dilakukan oleh kerajaan ialah Wawasan 2020. Wawasan 2020 telah dilancarkan oleh Tun Dr.Mahathir bin Mohammad dalam Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.Objektif Wawasan 2020 adalah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam seluruh aspek kehidupan sama ada dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, mahupun kemajuan dalam jiwa rakyat Malaysia. Selain itu, menerusi Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir, Wawasan 2020 ini akan memperkukuhkan daya saing dan daya tahan negara serta mewujudkan masyarakat yang saksama bagi memastikan kestabilan perpaduan negara. Kesimpulanya, sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia memerlukan nilai seperti tolak ansur, hormat menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain untuk mengeratkan hubungan etnik serta melahirkan negara yang harmoni.

You might also like