You are on page 1of 2

UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK LONG NAAH BARAM 2013 Selamat pagi dan

salam sejahtera. Yang Berusaha Encik Samuel Iwat, barisan penolong kanan, guru-guru yang dikasihi, para staf sokongan seterusnya rakan-rakan warga Sekolah Kebangsaan Long Naah sekalian. Bersyukur kepada Tuhan kerana pada pagi yang bersejarah ini kita dapat berhimpun bersempena sambutan Hari Guru 2013. Tanggal 16 Mei setiap tahun diisytiharkan sebagai hari guru seluruh Negara untuk meraikan dan memperingati jasa serta sumbangan para guru. Hadirin hadirat sekalian, Selaku Ketua Pengawas SK Long Naah 2013, saya mewakili semua pelajar mengucapkan ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada semua guru atas jasa dan sumbangan mendidik, mengajar, memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada kami. Jasa, bakti dan sumbangan guru sungguh tidak ternilai dalam menjadikan kami sebagai manusia yang berguna. Hadirin hadirat sekalian, Kejayaan kita sebagai murid adalah hadiah yang sangat bernilai bagi para guru. Para guru kita, datang dari jauh, sanggup berpisah dengan keluarga dan anak-anak demi untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab mendidik dan mengajar kita di Long Naah ini. Komitmen serta keprihatinan para guru begitu bermakna bagi kami. Terima kasih cikgu!

Rakan-rakan sekalian, Marilah bersama-sama kita belajar bersungguh-sungguh mengamalkan budi pekerti yang mulia seterusnya mencintai ilmu pengetahuan agar ilmu dan tunjuk ajar para guru bermanfaat buat kita semua. Buat para guru, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan jutaan penghargaan. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Rajinlah kita rajin belajar, Agar hidup lebih bererti. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong tunjukkan, Ajarlah kami supaya terpelajar, Moga termakbul segala impian. Nanas manis dari seberang, Dibawa dari Pulau Singapura, Mendidik mengajar bukan sebarang, Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda. Sekian terima kasih.

You might also like