You are on page 1of 7

Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod tentang perkara-perkara berikut berkaitan

kelas PJ KSSR. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap kelas Pendidikan Jasmani semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah SK Kesang terdapat beberapa perkara yang difokuskan semasa merekod tentang perkara-perkara berikut berkaitan kelas PJ KSSR. 1. Semasa aktiviti memanaskan badan. a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? Berdasarkan temu bual yang dijalankan, apa yang diperkatakan oleh guru Pendidikan Jasmani iaitu Puan menyatakan aktiviti pemanasan badan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan agar otot-otot kita bersedia untuk melakukan aktiviti yang bakal dirancang seterusnya. Sekiranya aktiviti pemanasan badan tidak dilaksanakan akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk mendapat kecederaan otot jika langkahkeselamatan tidak diutamakan. b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? Menurut guru Pendidikan Jasmani berkenaan, beliau menyatakan bahawa penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid tahap satu. Hal ini demikian kerana, pada waktu tersebut mereka belum tahu sedikit banyak mengenai asas mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Manakala untuk murid tahap dua mereka tidak diberi pendedahan kerana guru berkenaan berpendapat bahawa mereka sudah diajar dan tidak perlu penerangan mengapa mereka melakukan aktiviti memanaskan badan. c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan? Berdasarkan pemerhatian dan sesi temu bual yang dijalankan, saya mendapati keutamaan diberikan kepada otot-otot besar semasa melakukan aktiviti. Namun apa yang dapat saya perhatikan murid tahap satu lebih berfokus kepada penguasaan otot-otot kecil. Hal ini demikian kerana, ramai diantara mereka masih belum mahir mengenai otot-otot mereka. Manakala bagi murid tahap 2, amat sesuai untuk aktiviti

yang melibatkan otot-otot besar. Hal ini demikian kerana, bagi meningkatkan kemahiran mereka semasa menggunakan otot tersebut. Rata-rata antara muridmurid boleh menggunakan otot-otot besar mereka dengan baik. d. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa aktiviti yang dilaksanakan tidak merbahayakan murid-murid. Hal ini demikian kerana, sebelum melakukan aktiviti yang telah dirancang guru akan menunjukkan cara yang betul sebelum melakukan aktiviti agar murid melakukannya dengan betul. Di samping itu, berdasarkan sesi temu bual saya, guru Pendidikan Jasmani menyatakan aktiviti yang dirancang perlu berdasarkan tahap kesesuaian umur murid berkenaan. Jika tidak, andai aktiviti tidak sesuai, akan menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran di samping akan membahayakan kepada murid-murid.

Aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti.

2. Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? Setelah melaksanakan aktiviti, berdasarkan pemerhatian saya guru-guru melakukan warm down setelah selesai melakukan aktiviti. Situasi yang hampir sama, murid tahap satu diberikan penerangan semasa melakukan aktiviti warm down serta perlu tunjuk ajar daripada guru. Manakala bagi murid tahap 2 keperluan warm down perlu tetapi tidak memerlukan tunjuk ajar daripada guru kerana mereka sudah memahami apa yang perlu dilakukan.

Aktiviti warm down

3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa setiap peralatan yang digunakan amat sesuai digunakan dan tidak merbahayakan. Ada juga guru-guru yang tidak menggunakan peralatan tetapi aktiviti permainan beliau sangat menyeronokkan murid-murid. Hasil temu bual saya bersama-sama guru Pendidikan Jasmani menyatakan bahawa guru harus bijak menyesuaikan peralatan yang digunakan bagi aktiviti yang dirancang. Hal ini penting kerana setiap peralatan yang digunakan mempunyai funsi tertentu bagi melatih otot-otot murid-murid. Kebiasaannya guru akan menggunakan gelung rotan, bola dan kon. Melalui alat ini guru mampu merangka pelbagai jenis permainan. Hal ini penting agar guru dapat menggunakan peralatan secara maksimum. Namun begitu, alat yang digunakan mestilah sesuai mengikut tahap umur murid-murid.

Contoh peralatan yang digunakan.

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang? Dalam kelas aspek yang amat penting ialah pembahagian masa. Dalam kelas Pendidikan Jasmani adakalanya masa yang diperuntukkan adalah sangat terhad sehingga objektif yang ingin dicapai tidak dapat dipenuhi. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa masa diperuntukkan cukup tetapi dari aspek kawalan kelas iaitu masa murid untuk ke padang. Hal ini menyebabkan masa yang ada terbuang bagi murid sampai ke padang. Bagi mengatasi masalah ini apa yang dapat saya perhatikan guru-guru akan menggunakan kaedah lain dengan mempercepatkan aktiviti yang dilakukan agar tidak lari daripada apa yang dirancang. Namun ada juga guru-guru yang tidak mengikut perancangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ada antara guru-guru yang lewat datang ke padang sehingga murid-murid berkeliaran menunggu guru mereka. Apa yang menarik mengenai sekolah ini ialah, pihak guru besar akan memanjangkan masa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani selama 30 minit sekiranya terdapat murid-murid yang terlibat dalam acara sukan. Selain itu, hasil temu bual saya bersama-sama guru Pendidikan Jasmani mendapati bahawa rata-rata antara mereka tidak mendapat masa yang cukup. Faktor utama ialah perhimpunan pagi yang diadakan lewat sehingga mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan guru terpaksa menyuruh murid-murid berada di dalam kelas sekiranya masa tidak mencukupi.

5. Berikan

saranan

anda

untuk

tindakan

penambahbaikan

dalam

pengajaran tersebut? Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilakukan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah memberi penekanan terhadap aspek keselamatan seperti menjelaskan terlebih dahulu kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan warm up. Walaupun ada guru melakukan aktiviti memanaskan badan, namun terdapat guru di sekolah tersebut masih tidak melakukan aktiviti memanaskan badan kerana faktor masa. Pada pendapat saya, penerangan mengenai aktiviti memanaskan badan perlu dibuat secara berkala agar murid-murid tidak lupa tentang cara yang betul melakukan aktiviti memanaskan badan di samping murid dapat mempelajari kepentingannya. Antara aspek lain yang perlu penambahbaikan ialah penekanan terhadap penggunaan otot-otot yang besar. Hal ini demikian kerana, otot-otot inilah yang sering mengalami kecederaan apabila melakukan aktiviti sukan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku guru perlu menunjukkan cara menggunakan otot ini dengan betul agar dapat mencapai penggunaan yang maksimum. Oleh hal yang demikian, guru perlu memberikan penekanan pada aspek penggunaan kemahiran yang betul supaya keselamatan murid menjadi keutamaan dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru. Seterusnya, apa yang dapat saya lihat terdapat segelintir guru-guru yang tidak mengendahkan pengajaran Pendidikan Jasmani. Antaranya tidak memakai baju sukan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Guru tersebut hanya memberikan arahan kepada murid-murid sahaja tanpa memberikan penerangan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti. Selain itu, guru tersebut langsung tidak memakai baju sukan sebaliknya hanya memakai baju formal semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi saya guru tersebut hendaklah melibatkan diri secara langsung agar aspek keselamatan dititik beratkan semasa pengelolaan kelas Pendidikan Jasmani. Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita hendaklah bersikap lebih proaktif dalam mencungkil bakat seseorang murid itu. Dari situ kita dapat melatih penggunaan otot-otot murid secara maksimum. Bukan untuk mendera pelajar tetapi untuk melatih otot-otot mereka agar dapat digunakan dalam jangka masa panjang.

Hal ini penting bagi memastikan apa fungsi-fungsi penggunaan otot itu. Guru seharusnya lebih peka tentang perkara ini agar murid-murid tidak tertanya-tanya apakah fungsi otot di dalam tubuh mereka. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan psikomotor murid-murid dalam mengembangkan potensi mereka dalam sesuatu bidang sukan itu agar proses perkembangan mereka tidak terbantut.

You might also like