You are on page 1of 1

TEKNOLOGI PEMBUATAN BAHULU

Kuih Bahulu merupakan kuih tradisional orang Melayu sejak zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. Kuih bahulu menjadi menu utama dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari- hari perayaan atau pada majlis- majlis kebesaran seperti Hari dan Majlis Perkhawinan. Pada masa dahulu kuih bahulu dibakar di dalam acuan khas yang diperbuat daripada tembaga . Cara pembuatannya pula iaitu telur itik dan gula pasir dikacau dan dan dipukul sehingga sebati dan kembang. Memukul bahan- bahan ini memerlukan tenaga dan juga mengambil masa yang agak lama. Kemudian dimasukkan tepung gandum yang telah digoreng . Bahanbahan ini dikacau perlahan- lahan untuk mengelakkan daripada angin masuk ke dalam adunan. Selepas itu adunan bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dan di bakar. Dahulu cara pembakarannya ialah dengan meletakkan api di bawah dan di atas bagi menjadikan bahulu masak dengan rata. Sabut kelapa digunakan untuk pembakaran di atas manakala di bawah menggunakan arang ataupun kayu. Api hendaklah dijaga untuk mengelakkan kuih bahulu hangus. Kini kaedah pembuatan kuih bahulu semakin canggih. Jika dahulu ingin menghasilkan bahulu perlu menggunakan tenaga dan masa yang banyak,. Dengan adanya mesin pengadun dan ketuhar telah menyumbang kepada pembuatan kuih pada masa kini. Dengan adanya mesin pengisar ia tidak memerlukan masa yang lama dan tenaga manusia. Pembakaran bahulu pula dilakukan dengan menggunakan ketuhar.

You might also like