You are on page 1of 5

Program kesihatan mulut ( bab 4) Konsep dan matlamat Strategi Pastikan kad gigi cukup Berus gigi pada

igi pada waktu rehat Paparkn maklumat kesihatan Bg ubat n berus gigi percuma perbezaan gigi susu dan gigi kekal Fungsi gigi Potong mknn Koyak mknn Pecah mknn Hancur mknn gigi susu Saiz kecil Putih Akar pendik Alur cetek 20 btg Gigi kekal Saiz besar Kuning Akar pjg Alur dalam 32 btg Pastikan murid mpyi taraf penjagaan gigi yang tinggi Kerjasama dgn jbt pergigian Uji keperhatinan murid Beri tindakan awal kpd murid2 sblm tindakan seterusnya.

Jenis dan fungsi gigi Jenis gigi kacip Taring Geraham kecil Geraham besar

Penyakit gigi dan mulut Plak selaput yg terdpt di permukaan gg dangusi yg ada kuman+air liur dan sisa mknn (gula) Periodontal (gusi) Melibatkan gusi dan tisu yang menyokong gg Berpunca dr toksin yg dihslkn oleh bacteria Gusi kelihatan merah bengkak dan mudah berdarah Maloklusi (gigi tak teratur) Satu keadaan susunan gg yg tidak teratur Contoh Gigi jongang Gigi berlapis Akibat tabiat buruk spt hisap jari dan putting Keturunan dan hilang gg terlalu awal

Karies gigi (gigi belubang) Hsl tindkbls antr plak dan gula mhslkn tksin yg dan retakkn permukaan luar gigi(enamel) Gigi berlubang dan karies gigi bermula

Langkah penjagaan Pemakanan ( kurngkan mknan yg bergula) Pemeriksaan pergigian ( pemeriksaan gigi 6 buln sekali) Tabiat memberus gigi (Memberus 2 kali sehari +Menggunakan berus gigi yg sesuai dgn umur+ berus dgn cry g btl + berus gg tak terlalu lama+jgn berkongsi berus gg)

Program Kesihatan Mulut Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat penting. Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi. Program sedemikian bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini kerana, masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil. Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa muridmurid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid. Figure 1 Rawatan pergigian kepada murid sekolah ebak_bankai

Figure 2 Penerangan langkah penjagaan gigi

Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah. Klinikklinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolahsekolah khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau ingin mencabut gigi mereka. perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebihlebih lagi kanak-kanak sekolah rendah. Selain itu, perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada muridmurid sekolah termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih. Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada menjaga gigi dan mulut mereka. tambahan lagi, rawatan pergigian ini juga dijalankan melalui Klinik Pergigian Bergerak. Klinik ini merupakan sebuah kenderaan yang diubahsuai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang terhad. Klinik bergerak ini memudahkan ebak_bankai

sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian. Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak ada sekolah yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanak-kanak memiliki gigi yang cantik serta mempunyai gigi yang cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa kelak.
Figure 3 Klinik Pergigian Sekolah

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan. Di samping itu, Program Senyuman Ceria, Masa Depan Gemilang yang dijalankan oleh Colgate adalah usaha kesihatan membabitkan penjagaan gigi dan mulut dijalankan secara global. Pada tahun 2010, program berkenaan membabitkan 100 peratus sekolah rendah kerajaan di Malaysia iaitu sebanyak 7500 sekolah. Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada kanak-kanak dan keluarga mereka ebak_bankai

yang membabitkan usaha penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik. Tambahan pula, di negara ini, Colgate menyokong program berkenan di sekolah rendah kerajaan sejak 1965. Program terbabit kini meliputi lebih daripada 630 000 kanakkanak di 7500 sekolah rendah kerajaan di seluruh negara dengan sokongan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Sasaran program adalah kanakkanak berusia antara enam hingga lapan tahun, di samping memberikan risalah interaktif untuk ibu bapa yang dibawa pulang oleh kanak-kanak berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul. Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak. Penjagaan gigi tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan belajar untuk menjaga gigi mereka terutama apabila mengetahui manfaatnya untuk jangka panjang. Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu bapa muda yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang cerai.

You might also like