You are on page 1of 1

(i)

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat llahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang telah diusahakan selama ini. Tugasan ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek hubungan etnik pada kali ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Kami merakamkan ucapan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Selvaraj a/l Palaniappan, yang begitu gigih memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh penyediaan tugasan hubungan etnik ini. Tanpa nasihat dan cadangan beliau, kami pasti menghadapi kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Kesabaran dan motivasi En. Selvaraj memberikan keyakinan pada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami doakan semoga En. Selvaraj selalu sihat dan terus memberi nasihat dan bimbingan kepada para penuntut pada masa-masa yang akan datang. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan ini. Bantuan dan kerjasama kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan ini amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Semoga ilmu yang kita terokai ini dapat dinikmati oleh semua pihak.

You might also like