ABSTRAK
Kesihatan oral merupakan salah satu aset yang penting dalam menentukan seseorangindividu itu sihat atau tidak. Berdasarkan kepentingannya, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tentang tahap pengetahuan, amalan dan sikap murid-murid 16 tahunterhadap kesihatan oral. Kajian keratan rentas ini melibatkan 616 orang murid sekolahmenengah dari lima buah sekolah di sekitar daerah Seremban.Kajian ini merangkumi pengedaran borang soalselidik di kalangan subjek. Borangtersebut mengandungi soalan yang berkaitan dengan sosio-demografik, tahap pengetahuan, amalan dan sikap kesihatan oral di kalangan subjek.Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan subjek adalah baik iaitu seramai 286 (47.2%)murid mendapat 80 peratus markah dan lebih juga mempunyai amalan kesihatan oralyang baik. Amalan kesihatan pergigian merangkumi kekerapan memberus gigi dua kalisehari (72%), penggunaan ubat gigi berfluorida (82%), mula memberus gigi sebelum bersekolah (85%), menukar berus gigi satu ke tiga bulan (60%), kekerapan berjumpadoktor gigi satu ke dua kali setahun. Kajian juga mendapati tahap sikap di kalangansubjek berada pada tahap yang memuaskan iaitu 261 (43%) murid mendapat jumlahmarkah 80% dan lebih. Tahap pengetahuan, amalan dan sikap mengikut jantina pulatidak mencatatkan perbezaan yang ketara.Kesimpulannya, status kesihatan oral di kalangan murid sekolah berumur 16 tahun ini boleh dianggap pada tahap yang baik. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan pergigian di kalangan murid ini mempengaruhi tahap kesihatan pergigian mereka.1
Leave a Comment