You are on page 1of 4

Temuramah dengan Guru Sekolah Rendah

Nama Sekolah

: Puan Alaikamah a/p Allayan : SJK (T) Dengkil

a) Senaraikan ringkasan faktor yang dikenalpasti oleh guru dan cuba kelaskan item dalam senarai tadi dengan idea konstruktivisme.

Puan Alaikamah menggunakan beberapa kaedah bagi meningkatkan kemahiran dan minat kanak-kanak dalam mata pelajaran Sains. Menurut pandangan beliau telah mengenalpasti beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains dalam kalangan kanak-kanak. Puan Alaikamah telah menggunakan kaedah sesi soal jawab dan aktiviti mind-on dan hands-on sebelum memulakan sesuatu topik baru dan selepas menghabiskan topik tersebut. Beliau selalu memberi peluang kepada murid-murid beliau untuk menjawab soalan itu sendiri tanpa membuat rujukan kepada dirinya. Beliau hanya memberikan bantuan sekiranya murid-murid yang mengalami masalah tentang soalan tersebut. Melalui kaedah ini kita dapat melihat Puan Alaikamah telah menggunakan kaedah konstruktivisme semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) beliau. Beliau hanya menjadi pembimbing kepada anak murid beliau. Murid-murid juga diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan dan telah dipelajari oleh mereka. Melalui proses ini mereka akan lebih prihatin dan dapat meningkatkan semangat ingin tahu mereka dalam mata pelajaran Sains. Tambahan pula, beliau juga mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan minda muridmurid bagi mencari jawapan. Dengan ini kaedah ini beliau telah memastikan anak murid beliau dapat mempelajari sains dengan berkesan.

Selain daripada itu, Puan Alaikamah juga sentiasa memulakan sesuatu topik itu daripada bahagian yang paling kecil yang umum ke spesifik. Beliau tidak hanya menggunakan buku teks sekolah bagi mengajar mata pelajaran Sains malah beliau telah menyediakan buku Sains lain yang berpatutan dan tidak memudaratkan anak murid beliau dalam mempelajari sains. Beliau memberitahu murid-murid hanya boleh memberikan tumpuan kepada pengajaran hanya beberapa minit sahaja kemudian mereka akan berasa bosan jika guru hanya mengajar mengikut sukatan pelajaran buku teks. Oleh itu, beliau telah menggunakan buku tambahan Sains dan aktiviti berkumpulan bagi menarik perhatian murid-murid. Kaedah beliau sangat berkesan kepada kanak-kanak bagi mempelajari Sains dengan kaedah yang mudah dan lebih memahami tentang sesuatu topik dengan baik dan dapat menyimpan memori itu pada jangka masa yang panjang. Bagi kelas konstruktivisme bahan-bahan pengajaran haruslah merangkumi dengan sumber utama dan sumber manipulasi supaya dapat menarik minat kanak-kanak dan tidak hanya mengikuti buku teks sahaja. Beliau memberitahu sekiranya guru menyediakan lebih daripada satu maklumat boleh membantu murid untuk melihat sesuatu idea dari perspektif yang berlainan dan boleh menerima input yang banyak. Di samping itu, murid-murid juga diberi peluang untuk belajar secara berkumpulan bagi menggalakan murid bergiat aktif dalam perbincangan dan membina ilmu yang baru dalam mata pelajaran Sains. Secara kesimpulannya, beliau memberitahu mata pelajaran Sains ini sangat penting bagi murid-murid. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi menjayakan proses P&P mereka berjalan dengan sistematik dan dapat meninggalkan kesan yang positif kepada murid-murid. Guru perlu menggunakan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran mereka dan perlu menukar cara pengajaran secara tradisional.

Temuramah dengan Guru Sekolah Rendah

Nama Sekolah

: Puan Bahiyah Mansor : SK Taman Rasah Jaya

Puan Bahiyah pelbagai kaedah dalam memastikan kelas yang diajar sentiasa cergas dan para pelajar memahami apa yang diajar. Melalui perbualan yang dilakukan, dpat diketahui bahawa Pn. Bahiyah banyak menggunakan cara konstruktivisme dalam kelas semasa mengajar. Menurut beliau, pembelajaran melalui cara konstruktivisme dapat meningkatkan prestasi para pelajar dalam pelajaran. Antara cara yang digunakan adalah dengan mengadakan pembelajaran secara berkumpulan. Selepas mengajar, Pn. Bahiyah akan memberi tajuk kepada pelajar mengikut kumpulan yang dipecahkan dan membahagikan tajuk kepada setiap kumpulan. Seterusnya, setiap pelajar perlu membincangkan tajuk diberi dalam kumpulan. Semasa berbincang dalam kumpulan mereka akan mendapat banyak idea yang baru dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan lain dan mungkin mereka dapat mempelajari perkara yang baru. Suasana dalam kelas juga akan menjadi lebih ceria. Apabila timbul kemusykilan guru akan menolong pelajar dan guru juga perlu mengawasi para pelajar setiap masa semasa perbincangan dilakukan supaya tiada miskonsepsi yang berlaku tentang perkara yang dibincang. Selepas sesi perbincangan murid-murid akan diberikan soalan-soalan mengenai tajuk yang diajar supaya mengetahui sejauh mana mereka memahami pelajaran dan kemudian akan dibincang. Dengan ini, sekiranya pelajar melakukan apa-apa kesalahan, mereka dapat membetulkan dan rakan-rakan juga akan menolong antara satu sama lain. Cara ini berkesan berbanding dengan pelajar membelajar berseorangan. Selain itu, Pn. Bahiyah juga akan mengadakan penilainan melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar, pemerhatian, pandangan dan melalui ujian. Cara ini akan memberi gambaran yang jelas tentang kefahaman murid-murid terhapad pelajaran yang

diajar. Menurut beliau, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah sama pentingnya dengan produknya. Hal ini kerana, apabila proses P&P dijalan dengan lancar dan sempurna pelajar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan dan dapat meningkatkan diri sendiri dalam kehidupan. Di samping itu, dalam mengajar matapelajaran sains, kedua-dua aktiviti hands-on dan minds-on adalah penting. Hal ini kerana apabila pelajar memahami dan melihat perkara tersebut dengan mata sendiri, perkara tersebut akan terpahat dalam minda mereka. Jadi, iany adalah antara cara yang berkesan untuk mengajar matapelajaran sains.

You might also like