You are on page 1of 7

BISKUT JEJARI OAT Bahan-bahannya :

250 grm oat 430 grm tepung gandum 230 gram gula caster 11/2 sudu makan cocoa powder 200 grm minyak sapi Ghee 125 grm mentega susu tepung secukup utk salut.

Cara-caranya : 1. Satukan semua bahan kecuali susu tepung. Adun hingga sebati dan lembut. 2. Ambil adunan terap ikut acuan kesukaan. Bakar dalam oven 160c hingga masak. 3. Biarkan ia betul-betul sejuk baru salut dengan susu tepung tadi. 4. Simpan dalam bekas kedap udara. Read more: http://riezanie2u.blogspot.com/2008/09/biskut-jejari-oat.html#ixzz226kmBESb

BISKUT JEJARI OAT Bahan-bahan ( Anggaran tak pasti.. )


250 gm butter 1 cawan gula aising ( gula caster pun bolih ) 2 cawan oat ( di kisar ) 2 cawan tepung gandum 2 sudu makan serbuk koko Untuk Salut: gula aising + susu tepung keluarga ( nespray atau Everyday )

Cara-cara
1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. 2. Masukkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh. Bentukkan doh seperti jejari kecil. 3. Bakar pada suhu 180'C sehingga masak..sejukkan dan salut dengan susu tepung bercampur gula aising.

BISKUT NESTUM

Bahan-bahan ( lebih 200 biji... )


375 gm mentega 250 gm gula perang..sub.kan ngan gula pasir leh gak tp kena krgkn 400 gm tepung gandum 225 gm nestum 1/2 sudu teh serbuk penaik coklat masakan...utk hiasan je....tak letak pon takpela.. Ceri dipotong kecil2..saya saje tambah ni paper cup secukupnya

Cara-cara
1. Pukul mentega & gula perang hingga kembang. 2. Masukkan tpg gandum, nestum & serbuk penaik. Gaul sebati hingga jd doh...(doh akan jd berderai mcm serbuk gitu) 3. Bentukkan..saya kepal2 boh dlm paper cup je, letak ceri yg dipotong2 atas tu..tekan2 skt bg padat 4. Bakar api sederhana lbh krg 15 minit @ dah kuning2 skt kat atas dia dah masak ler tuh...sejukkan sebelum di hias 5. Untuk hiasan : Double boilkan coklat masakan, paipkan atas biskut..(saya boh dalam plastik, gunting buat lubang kecik & paipkan...tk boh pon takperla, ikut suka lah yea.. 6. Simpan dalam bekas kedap udara..biskut ni rangup & kurang manis, resepi asalnya dibentukkan ikut suka..selamat mencuba 7. Saya buat separuh adunan & dapat lebih kurang 170 biji biskut AGAR2 LAPIS Bahan A

20 gm serbuk agar-agar 340 gm gula pasir 1725 ml air 6-8 helai daun pandan

Bahan B

20 gm serbuk agar-agar 340 gm gula pasir 1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih) - saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr.. 1 sudu teh garam

Bahan C

Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci) Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda

Cara-Cara

Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Susun atur untuk melapis : Contoh Lapisan:


LAPISAN 1 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN LAPISAN 2 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG LAPISAN 3 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN LAPISAN 4 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG LAPISAN 5 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN LAPISAN 6 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG LAPISAN 7 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN LAPISAN 8 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG LAPISAN 9 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN LAPISAN 10 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG

Rendang daging minang Bahan-bahan ( 4 org )


300 gm daging rusa (atau daging pilihan) 1 biji kelapa (santan) 2 sudu besar kerisik 2 batang serai - diketuk 2 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit - diracik halus Sedikit minyak Garam & gula secukup rasa

BAHAN KISAR

1 inci lengkuas 1 inci halia 1/2 inci kunyit hidup 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 5 tangkai cili padi 5 tangkai cili kering

Cara-cara

Potong daging mengikut urat selebar 2cm atau bentuk kiub. Bersihkan dan tos airnya.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan, serai dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan. Bila hampir kering, masukkan kerisik. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun limau purut. Masak lagi dalam 5 minit atau hingga daging empuk. Biar lama sikit atas api jika mahukan rendang yang agak kering. NOTA : Kebetulan dapat daging rusa. Petua ibu, daging rusa enak dimasak menggunakan resepi berempah supaya hilang bau daun kayu (rusa makan daun). Rusa haiwan berlari i.e dagingnya padat, takde lemak lansung, tapi memang enak! Selamat mencuba! :-)

BISKUT CORNFLAKES cikpuanmieza@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu balang..lupa kira berapa biji )


10 oz tepung gandum (283.495g) 4 oz gula halus (113.398g) 6 oz marjerin (170.097g) 6 oz cornflakes (170.097g) 2 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla 2 sudu besar tepung jagung (utk merangupkan biskut)

Cara-cara

Pukul gula bersama marjerin hingga kembang. Pukul kuning telur dan vanilla hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam adunan gula tadi. Pukul seketika. Ramas-ramaskan cornflakes dengan tangan. (Saya tak pakai blender sebab takut terlalu hancur) Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung. Kemudian gaulkan tepung bersama cornflakes. Akhir sekali masukkan campuran tepung & cornflakes tadi ke dalam adunan mentega & gula. Gaul menggunakan spatula hingga rata.

Bulatkan adunan kecil-kecil. Hiaskan mengikut kretiviti masing2. Bakar dalam ketuhar pada suhu 125 C selama 10 minit.

KUIH SUJI Bahan-bahan ( talam sederhana (apprx 20 org makan) )


** Bahan Atas**

3 cawan santan pekat 4 sudu besar tepung gandum 3 biji telor 1 1/2 cawan gula 1 sudu besar mocha paste

** Bahan Bawah**

2 cawan tepung suji 6 cawan santan cair 3 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil pewarna kuning 1 cawan gula

Cara-cara
1. Satukan semua bahan untuk bahagian bawah. Kacau atas api sederhana hingga mengeras. Kemudian pindahkan ke dalam loyang. Ratakan. kemudian kukus selama lebih kurang 15 minit (bila tekan dengan tangan, bancuhan tak melekat kat jari). 2. Sementara itu, sediakan pula bahagian atas. Satukan semua bahan. Tapis. Kemudian Tuang ke dalam loyang (yang dah sedia dengan bahagian bawah tadi). Kukus sehingga masak. (saya lupa nak tengok jam berapa lama saya kukus..tapi lebih kurang sejam) 3. Tunggu sejuk baru potong

apam palkadot Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar@susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa

pewarna

Cara-cara

1. 2. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang 3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 4. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 5. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 6. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 7. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 8. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Tag

You might also like