• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 5
    CommentGo Back
Download
 
1 
1. Tamadun Dunia2. Tamadun Islam3. Sejarah Malaysia4. Sejarah Asia Timur dan Tenggara5. Soalan ContohJacky Li Chun Leung
 
2
Sejarah Dunia
TAKRIF PRA SEJARAH
 Mengikut Frank Hole dan Robert F. Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam manusia yang tidak direkodkan secara bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga dikatakan zamansebelum 3,500 SM. Zaman pra sejarah ini boleh dikesan melalui bukti terawal yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi seperti bangunan, tembikar dan sebagainya. Selain itu, fosil-fosil manusia zaman pra sejarah juga ditemui di Palestin, Eropah Tengah,Ethopia di Afrika dan China. Orang Neanderthal dan orang Cro-Magnon merupakan dua jenis fosil manusia yang telah ditemui.Orang Neanderthal ini hidup lebih kurang 50,000 tahun dahulu. Orang Neanderthal ini lebih tinggi daripada manusia Peking danmanusia Jawa. Mereka hidup menetap di dalam gua. Selain itu, mereka juga tahu menggunakan api dan membuat pakaian daripadakulit binatang.Orang Cro-Magnon pula muncul menjelang tahun 20,000 SM. Mereka mempunyai tahap intelektualisme yang lebih tinggi daripadamanusia terawal dan manuisa Neanderthal. Waris-waris bagi orang Cro-Magnon didapati tinggal di Wales, Perancis, Sepanyol danAfrika Utara.
ZAMAN PALEOLITIK
 
Pengenalan
 Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. ManusiaPeking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika.Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah danAfrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka.
Ciri-ciri
 
Tempat Tinggal 
 Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawahranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal di kawasan inikerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikansebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah diSarawak dan Gua Badak di Perak.
Cara Hidup
 Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok kecil. faktor utama yang mendorong mereka hidupsecara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahumenternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makananyang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap.
 Kegiatan Seharian
 Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya.Semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan.Binatang yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.
 Peralatan
 Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas.Bentuknya boleh dikatakan kasar. Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan mempertahankandiri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnyaditajamkan dan tanduk rusa dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.
 Kepercayaan
 Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alamsemesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya.
 Pakaian
 Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian mereka dibuat daripada kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruangdan sebagainya. Semasa rusa berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa tersebut. Daging rusa telah dijadikan sebgaimakanan dan kulitnya digunakan untuk dijadikan pakaian. Kulit ini kemudiannya disambung dengan tali kulit.
 Penggunaan Api
 Orang Paleolitik tahu menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat. Pada permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran
 
3
 batu. Selain itu, ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil daripada usaha seseorang yang bersungguh-sungguh memperbaiki alat kayunya sehingga keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan mengumpulkandaun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnyasehingga ia terbakar.
ZAMAN MESOLITIK
 
Pengenalan
 Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM.Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di AsiaTenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.
Ciri-ciri
 
Tempat Kediaman
 Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarangmereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan lautyang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggaldi dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka.
 Kegiatan Seharian
 Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu,menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Padazaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah- buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanansecara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akankelaparan.
 Peralatan
 Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yangdibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggupmenciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahumenggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.
ZAMAN NEOLITIK
 
Pengenalan
 Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SMsehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho,Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.
Ciri-ciri
 
Tempat Tinggal 
 Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya.Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman inidi Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah inidisambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjagakeselamatan.
Cara Hidup
 Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yangakan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungikampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialahmereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.
 Kegiatan Harian
 Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani denganmenanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing,lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu,menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanantambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.
 Peralatan
 Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul jugadiperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin,
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...