You are on page 1of 4

TIPS BAIT AL MUSLIM 6 Fakta Almarhum Ustadz Jeffry AlBukhori dalam memperlakukan Isterinya 1.

Abi selalu memimpin tangan isterinya saat berjalan, jikapun 1 tangan juga tak bisa memimpin karena suatu hal, Abi selalu meminta istrinya yang memimpin tangannya. Alasannya dia bertanggung jawab atas jalan istrinya supaya selalu aman. 2. Abi selalu mencium kening istrinya disaat-saat tertentu, sebelum dan selepas balik dari bekerja, selepas solat, sebelum dan sesudah tidur. Alasannya sebagai tanda bahwa dialah pelindung dan penenang istrinya agar istrinya selalu merasa nyaman. 3. Abi tidak pernah berteriak pada istrinya, alasannya suara yang keras dari suami untuk istrinya adalah cambuk yang menyakitkan. 4. Abi tidak pernah mencela dan memaki istrinya sebesar apapun kesalahan yang diperbuat alasannya makian dan celaan bukan kata kata yang bijak untuk mengajarkan kebenaran 5. Abi selalu memeluk dan membelai istrinya jika istrinya berbuat salah, alasannya mulut dan perbuatan istri adalah tanggung jawab suami, bila istri sampai tidak terkontrol itu adalah salah suami, sebab itu dia selalu memeluk dan membelai istrinya sambil berkata "maafkan Abi" , lain kali jangan kamu ulangi kesalahan itu lagi, jadilah istri yang soleha dan baik, salahkan Abi saja. 6. Abi selalu bangun sebelum dan berangkat tidur setelah istrinya, alasannya kewajibannyalah untuk melindungi hidup istrinya dimulai saat bangun tidur dan sampai akan tidur, itulah janji suami pada istrinya. Pepatah ada mengatakan hati wanita akan luluh jika disiram dengan air sejuk daripada menyiramnya dengan minyak panas, krn pada dasarnya mereka inginkan perhatian dan kasih sayang. Semoga keluarga kita selalu bahagia dan harmoni. Aamiin.

21 PERKARA YANG MEMBUAT SUAMI ANDA NAIK ANGIN.. 1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "....

2. Mengganggu suami dengan menelefon dia perkara yang tak penting, terlampau kerap dan selalu dimasa yang salah. i.e. "hello abang, ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak ikan sardin jer .. ok tak "... 3. Mengalihkan barang2 suami, sewaktu mengemas, sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."... 4. Mengambil atau menggunting mana2 muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar atau majallah.. sampai tidak jumpa mana2 seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.." 5. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/ supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak .... boleh singgah tak mana mana .. pleaze " 6. Tidak menyediakan senarai yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apasal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu".... 7. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? " 8. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .." 9. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "... 10. Tidak berhias sewaktu di rumah, atau mengambil mudah dengan pakaian dan bau yang kurang sesuai, terutama semasa suami balik ke rumah dari ofis... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. ".. oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin, kat rumah pakai jeans koyak pun orang tak nampak...ok kan bang .." 11. Mengambil masa yang cukup lama bersiap, bila nak keluar kemana-mana, dan membuatkan suami tertunggu2 dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .." 12. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih oleh suami, untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu.." 13. Selalu menyebelahi anak2 bila suami sedang hot dengan budak2 tu.. ie. ".. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.." 14. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "... nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.." 15. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. ".. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.." 16. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar .. then lagi u tak tak ... then today.. then tadi.. u tau tak... semalam u nak tau.... bla bla bla bla."... 17. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla

bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you ".... 18. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih..." 19. Tidak memasak masakan yang suami nak makan.. ie. ".. apasal u tak cakap tadi kata u nak makan mee bandung dengan pasembor... i dah buat masak lemak labu kuning ni .." 20. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. ".. adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.." 21. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. ".. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu, then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry, kemudian nak tanam padi belakang rumah, then nak menuai sekali.....".... * Para SUAMI juga hendaklah meletakkan dirinya di kedudukan isteri, dalam perkara-perkara di atas.... MOGA-MOGA RUMAHTANGGA AKAN TERUS HARMONI, CERIA DAN BERBAHAGIA.... - Ustaz Ramli Joned

WAHAI ISTERI PELIHARALAH 10 SIFAT INI TERHADAP SUAMI... Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Jadi budak bermaksud,jadi seorang yang manja,isteri yang memerlukan suami,jadi isteri yang menghormati suami. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu. Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya. Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu. Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah. Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik. Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu. Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan ALLAH akan memberkatimu. Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting: Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah ALLAH. Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ALLAH. SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan

Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: Ya Allah, aku memohon kepada -Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya. (Riwayat Abu Daud).

You might also like