You are on page 1of 19

PPPY1272 FIQH SIRAH

(Bab 5)

Hubungan Nabi
Muhammad (s.a.w.)
Dengan Quraysh
Selepas Hijrah
Objektif Bab 5
 Memberi penjelasan mengenai
hubungan antara pihak Islam
dengan Quraysh setelah hijrah
berlaku.
 Mengenal pasti siri ghazwah yang
berlaku sehingga kota Makkah
dibuka.
 Menganalisa faktor sesebuah
ghazwah berlaku dan implikasinya
kepada masyarakat Islam dan pihak
Quraysh sendiri.
Bab 5 • 2
HUBUNGAN ISLAM-QURAYSH
 Nabi Muhammad dan umat Islam
terima tentangan hebat daripada
Quraysh; siksaan dan cubaan
membunuh.
 Nabi gagal mendapatkan perlindungan
daripada:
 Banu Thaqif di Ta’if.
 Suku-suku Arab masa musim haji.

 Puak ‘Aws & Khazraj dari Yathrib


bersetuju utk beri suaka politik dan
ketenteraan.
 Ini direalisasikan menerusi Bay’ah al-
‘Aqabah al-Thaniyah.
Bab 5 • 3
HUBUNGAN ISLAM-QURAYSH
 Nabi berkeyakinan satu tombokan
tentera perlu digerakkan untuk
ganggu kafilah perdagangan Quraysh.
 Apabila ekonomi digugat, politik dan
kuasa tentera turut tergugat.
 Saraya bertujuan untuk membuktikan
bahawa Islam memiliki kekuatan
sendiri dan tidak boleh dipermainkan
oleh musuh.
 Saraya bertujuan untuk mengadakan
hubungan baru dengan kabilah-kabilah
Arab yang lain.

Bab 5 • 4
GHAZWAH BADR
 Berlaku pada 17 Ramadan 2H, hari
Jumaat
 Pertempuran Islam pertama dengan
pihak Quraysh.
 Tujuan asal: menyekat perjalanan
pulang kafilah Quraysh bernilai 50,000
dinar dari Syria (pimpinan Abu
Sufyan).
 Abu Sufyan minta bantuan Makkah.
Abu Jahl sediakan satu angkatan
tentera utk berperang.
 Kafilah ini terselamat kerana Abu
Sufyan guna laluan pantai.
Bab 5 • 5
GHAZWAH BADR
 Abu Sufyan gesa Quraysh untuk
tidak keluar berperang, kerana
kafilahnya telah terselamat.
 Quraysh tetap bertekad untuk
memerangi orang Islam dan
menghapuskan ancaman Islam.
 Islam 300 orang, Quraysh 1000
orang.
 70 org Qurasyh mati, 70 org
ditawan; 14 org Islam gugur syahid.

Bab 5 • 6
GHAZWAH BADR
 Faktor kemenangan:
 Keimanan yg tinggi kpd Allah s.w.t.
 Keyakinan kpd kebenaran Nabi.
 Kesatuan barisan tentera.
 Semangat yang berkobar-kobar.
 Kepatuhan kepada arahan Nabi.
 Keikhlasan berjihad di jalan Allah.
 Berjuang tanpa sebarang bentuk
paksaan.
 Quraysh tidak bersatu dalam
peperangan ini.
Bab 5 • 7
GHAZWAH UHUD
 Uhud berlaku setelah setahun
Perang Badr berlalu.
 Qurasyh dibantu Banu Kinanah &
penduduk Tihamah; 3000 orang.
 Berkumpul di Bukit Uhud, 5 batu
dari Madinah.
 Nabi panggil bermesyuarat;
sahabat veteran mahu bertahan
di Madinah, tapi golongan muda
mahu berperang.
Bab 5 • 8
GHAZWAH UHUD
 Golongan muda ialah suara
majoriti, Nabi akur dengan
keputusan mereka.
 Tentera Islam seramai 1000 org.
 Mereka menuju ke Uhud. Tiba di
satu kawasan bernama al-Shawt,
Abdullah b. Ubayy bersama
pengikutnya seramai 300 orang
telah berpatah balik ke Madinah.
 Nabi bersama 700 org pergi
berjuang di lembah Uhud.
Bab 5 • 9
GHAZWAH UHUD
 Satu pasukan pemanah dikhaskan
di atas bukit Uhud.
 Pertempuran berlaku pada Sabtu,
3 Shawal 3H dan kemenangan
berpihak kpd Quraysh yang
dipimpin oleh Abu Sufyan.
 Peringkat awal, kemenangan
hampir dikecapi oleh Islam.
 Tapi, tentera pemanah telah
terpukau dengan harta di medan.
Bab 5 • 10
GHAZWAH KHANDAQ
 Didalangi oleh Yahudi Banu Nadir yang
diusir keluar dari Madinah kerana
merancang untuk membunuh Nabi.
 Mereka menghasut suku-suku Arab
untuk menentang Nabi.
 Quraysh dibantu suku Ghatafan,
Murrah, Sulaym, Asad, Ashja’; dikenali
sebagai pakatan al-Ahzab; seramai
10,000 orang.
 Nabi panggil mesyuarat; Salman al-
Farisi cadang buat parit sebagai
benteng pertahanan. Nabi setuju.
Bab 5 • 11
GHAZWAH KHANDAQ
 Kerja menggali selesai dalam tempoh
enam hari, Zulkaedah 5H.
 Quraysh jangka mereka dapat menang
dengan mudah dan cepat.
 Mereka gagal untuk menyeberangi
parit yang digali oleh pihak Madinah.
 Mereka mula merasa lemah dan buntu
menghadapi ujian ini sehingga
bertempiaran lari akibat ribut dan
taufan yang hebat.
 Quraysh dan Yahudi tidak dapat
kerjasama penuh drpd Arab lain.
Bab 5 • 12
SULH HUDAYBIYYAH
 Setelah kedudukan Madinah agak
selamat, Nabi bersama 1600 org Islam
lain telah ke Makkah untuk kerjakan
umrah; Zulkaedah 6H.
 Umat Islam Muhajirin mula rasa rindu
pada Makkah; tiada usaha untuk
tawan kota Makkah kerana tiada
kelengkapan senjata.
 Setiba di al-Hudaybiyyah, rombongan
dihalang daripada memasuki kota
Makkah.
Bab 5 • 13
SULH HUDAYBIYYAH
 Pihak Quraysh mula hantar wakil
untuk berbincang tapi tiada sebarang
kata sepakat dicapai.
 Nabi pula hantar ‘Uthman b. ‘Affan
untuk berunding dengan Quraysh.
 Sampai berita ‘Uthman telah dibunuh,
lalu orang Islam berjanji dalam Bay’ah
al-Ridwan untuk pertahankan Islam.
 Dalam perjalanan menuju ke Makkah,
tiba-tiba ‘Uthman pulang dengan
selamat.
Bab 5 • 14
SULH HUDAYBIYYAH
 Quraysh hantar Suhayl b. ‘Amr untuk
berbincang. Berjaya mencapai kata
sepakat: Sulh al-Hudaybiyyah:
 Gencatan senjata – 10 tahun.
 Nabi dan Quraysh bebas bersekutu dengan
sesiapa.
 Orang Quraysh yang anut Islam dan pergi
ke Madinah, dikehendaki untuk kembali
ke Quraysh. Manakala orang Islam yang
larikan diri ke Makkah, tidak perlu
dikembalikan.
 Orang Islam dikehendaki pulang; tunaikan
hasrat pada tahun depan dan dibenarkan
untuk menginap selama 3 hari.
Bab 5 • 15
SULH HUDAYBIYYAH
 Beberapa Sahabat menentang
perjanjian ini seperti ‘Umar, tap Nabi
tetap terima sebab ada keuntungan
jangka panjang.
 Quraysh mengiktiraf kedaulatan Madinah.
 Tempoh perdamaian memberi ruang
seluasnya untuk menyebarkan Islam.
 Tempoh itu juga beri peluang kepada
orang Quraysh untuk memahami Islam.
Ramai pemimpin mula anut Islam.
 Madinah dapat perkukuhkan kedudukan
ekonomi, sosial dan politik.
 Orang Islam berpeluang untuk hapuskan
orang Yahudi.
Bab 5 • 16
FATH MAKKAH
 Belaku pada tahun 8H kerana Quraysh
mengkhianati perjanjian kedua
Hudaybiyyah.
 Quraysh utus Abu Sufyan untuk
berbincang tetapi gagal.
 Nabi mengerahkan orang Islam untuk siap
berperang.
 Seramai 10,000 orang berjaya
dikumpulkan dengan bantuan suku Arab
yang lain.
 Nabi bersetuju untuk menjaga
kehormatan Makkah dan tidak
menumpahkan darah.
Bab 5 • 17
FATH MAKKAH
 Penduduk Makkah menyerah kalah dan
umat Islam berjaya memasuki Makkah.
 Penduduk Makkah diberi ampun, semua
berhala dihapuskan.
 Ini menunjukkan sifat Nabi yang begitu
mulia.
 Orang Islam langsung tidak berdendam
dengan Quraysh setelah mereka disiksa
dan ditentang hebat selama ini.
 Ini telah menimbulkan keinsafan kepada
penduduk Makkah. Sebahagian besar
telah menerima Islam sebagai anutan.
Bab 5 • 18
RUMUSAN
 Hubungan Islam dengan Quraysh
sentiasa tegang dengan
beberapa siri peperangan.
 Antaranya seperti Badr, Uhud
dan Khandaq. Perjanjian turut
dimeterai seperti Sulh al-
Hudaybiyyah.
 Setiap peristiwa yang berlaku
memberi impak positif dan
negatif kpd. kedua belah pihak.
Bab 5 • 19

You might also like