Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
MAKTAB RENDAH SAINS MARAKOTA PUTRAJALAN BUKIT KELUANG, 22200 BESUTTERENGGANU
BAHASA MELAYU TINGKATAN 2NAMA: MUHD FARID TAQIUDDIN ZULKIFLYTINGKATAN: 2 BNO. MAKTAB: 08147
Karangan 1 : LAPORANLAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY
 
Persatuan Geografi Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra telah mengadakan lawatansambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008.Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orangguru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawallapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khasoleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahajakerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tanganterbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telahmembawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Didalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklatsecara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangattinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Halini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kamidibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaanyang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amatmementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutumakanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengansebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yangdiimport khas.Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapaikepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnyamenghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentangkepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasateruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun,kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilangcoklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip
“genggam bara api biar jadi abu”.
 Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masauntuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan
cenderahati 
kepadakami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan
 
 potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalamdengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki basuntuk pulang ke sekolah.Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombonganwalaupun ada segelintir daripada mereka yang
mulut murai 
. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaatkepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat
 sambil menyelam minum air.
Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan GeografiMaktab Rendah Sains MARA Kota Putra.Laporan disediakan oleh,
Farid
6 JUN 2009.(MUHAMMAD FARID TAQIUDDIN ZULKIFLY)Setiausaha Persatuan GeografiMaktab Rendah Sains MARA Kota Putra
Karangan 2 : SURAT KIRIMAN RASMI
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more