You are on page 1of 15

MTE 3102

diskalkulia
PENSYARAH: Puan faridah BINTI MOHAMAD DAHARI

DISEDIAKAN OLEH: NURUL HIDAYAH BINTI OMAR NADHILAH BINTI ALIAS

RABIAH BINTI ABDULLAH


SITI ZAHRAH BINTI MD YUSUF ZAITINORIDAH BINTI HAMZAH

Definisi

Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik.
Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur.

Contohnya: mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri.

Simptom-simptom
Seseorang yang menghadapi masalah diskalkulia akan menghadapi kesukaran:

Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan

Besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32
Mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun

Membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair Mengira wang atau melihat masa Membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang Menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik Lemah dalam pengiraan spontan.

Punca-punca
i.

Pendedahan awal matematik yang terdesak

- pendedahan sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik menyebabkan kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan matematik dan menjadi fobia

ii. Faktor pengajaran di sekolah - pelajar yang lemah tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepenuhnya kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan.

iii. Wujud sejak lahir atas faktor genetik - kecederaan pada otak sebelah kiri berdekatan dengan telinga. - kerana otak kiri berfungsi menterjemahkan angka-angka

KONSEP ASAS MATEMATIK


- NOMBOR -NILAI ANGKA - OPERASI ASAS

Definisi
Menurut Ansara (1973), Individu yang menghadapi masalah diskalkulia, akan menghadapi masalah dalam pembelajaran konsep matematik dan juga penggunaan simbol-simbol matematik. Masalah ini menjadi semakin buruk jika individu tersebut menghadapi masalah dalam penulisan.

Individu diskalkulia ini, akan menghadapi masalah konsep asas: i. mengira nombor ii. penyelesaian masalah berbentuk ayat iii. berbentuk konsep seperti ruang dan kuantitatif (sesuatu yang boleh diukur) iv. nombor perdana dan juga faktor perdana v. pengunaan simbol seperti ,x, +,-

Cara Mengatasi

Memberi penyampaian pelajaran secara part-partwhole


Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap Memastikan mereka faham akan soalan atau latihan yang ditujukan Mementingkan kefahaman konsep

Mengaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud

Menggunakan bahasa yang senang difahami


Memberi penghargaan dan pujian, elakkan melabel dan memarahi mereka depan khalayak ramai

Menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai

Peranan Ibu Bapa

Ahli keluarga, khasnya ibubapa perlu mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran Sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah. Mengajar anak-anaknya atau memberi pendedahan tentang pengiraan melalui permainan

Memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti harian
Ibubapa memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak mereka supaya berjaya dalam kehidupan.

You might also like