Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengangkutan Bahan Dalam Tumbuhan

Pengangkutan Bahan Dalam Tumbuhan

Ratings: (0)|Views: 46 |Likes:
Published by Chai Chin Lim

More info:

Published by: Chai Chin Lim on Aug 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/26/2014

pdf

text

original

 
Pengangkutan Bahan- bahan dalam tumbuhan
Keperluan Pengangkutan Bahan- bahan di dalam tumbuhan1. Sistem pengangkutan adalah perlu bagi tumbuhan. Air dan garam mineralyang diserap oleh akar perlu diangkut ke semua bahagian tumbuhan.2. Air ialah komponen penting bagi sel. Air adalah pelarut bagi tindak balasbiokimia di dalam sel. Air ialah bahan tindak balas di dalam metabolismesel, contohnya tindak balas cahaya dalam fotosintesis.3. Ion mineral diperlukan dalam sintesis klorofil, pertumbuhan danperkembangan tumbuhan yang sihat.4. Bahan makanan organik yang disintesis oleh daun semasa fotosintesisperlu diangkut ke bahagian yang sedang mengalami pertumbuhan, organsimpanan dan bahagian lain tumbuhan.5. Tumbuhan multisel yang kecil dan ringkas seperti lumut hati mempunyaistruktur yang pipih dan nipis untuk menyediakan luas permukaan per isipadu yang besar dan jarak resapan bahan- bahan yang pendek.6. Tumbuhan multisel ringkas seperti ini memerlukan sistem pengangkutandalaman dan strukturnya tidak dibezakan kepada sistem akar dan pucuk.7. Tumbuhan berbunga ( angiosperma), konifer dan paku pakis mempunyainisbah JLP/ I yang kecil dan bahan- bahan perlu bergerak pada jarakyang besar.8. Terdapat perkembangan siitem saluran dalaman untuk mengangkutbahan- bahan dari persekitaran dan dari satu bahagian ke bahagian laintumbuhan.9. Tumbuhan juga kurang aktif daripada haiwan. Keperluan tenaga bagi seltumbuhan secara umumnya lebih rendah berbanding sel haiwan.10. Tumbuhan secara umumnya mempunyai sistem pengangkutan yangkurang terperinci dan perlahan berbanding sistem peredaran darah didalam haiwan seperti mamalia.
 
Tisu Vaskular dalam Batang, Akar, dan daun
1. Tisu vascular di dalam tumbuhan terdiri dari tisu xilem dan floem. Tisu iniberfungsi sebagai dua sistem pengangkutan yang berasingan.2. a. Tisu xilem mengangkut air dan ion mineral dari akar ke bahagian atastumbuhan, melawan tarikan gravity.b. Tisu xilem memberi sokongan mekanikal kepada tumbuhan.3. Tisu floem mengangkut bahan organik yang telah disintesis di dalam daunke bahagian lain tumbuhan di mana bahan organik ini digunakan di dalammetabolism sel atau disimpan di dalam organ simpanan.4. Sistem vascular tidak terlibat di dalam pengangkutan oksigen dan karbondioksida. Pergerakan gas antara sel- sel dan persekitarannya adalahsecara resapan.
Struktur Xilem Berhubung dengan pengangkutan
1. Xilem mempunyai dua fungsi penting seperti berikut:a. Mengangkut air dan ion mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan.b. Juga menyediakan sokongan mekanikal kepada tumbuhan.2. Dalam tumbuhan berbunga, xilem terdiri dari salur xilem, trakeid,parenkima dan fiber.3. Salur xilem diadaptasikan dengan fungsinya seperti berikut:a. Hujung dinding salur xilem adalah terbuka dan mempunyai liang yangbesar. Salur xilem membentuk satu tiub berongga yang panjang danberterusan untuk mengangkut air.b. Salur xilem adalah sempit dan berfungsi seperti tiub kapilari.c. Dinding xilem adalah berlignin dengan ketebalan yang berbeza untuksokongan yang kuat dan menghalangnya dari runtuh.
 
d. Salur xilem yang matang terdiri dari sel mati. Tiada protoplasma dalamsalur xilem yang menghalang pengaliran air.e. Terdapat satu siri liang yang disebut sebagai pit bagi air untuk keluar secara lateral ke sel- sel sekeliling.4. Konifer dan paku- pakis tidak mempunyai salur xilem dan hanyamempunyai trakeid yang kurang cekap di dalam pengangkutan air.5. Trankeid tidak mempunyai hujung yang terbuka bagi membentuk tiubberongga yang berterusan. Air lalu menerusi pit dari sel ke sel.
Struktur Floem Berhubung dengan pengangkutan
1. Floem mengangkut bahan makanan organik, contohnya sukrosa dan asidamino dari daun ke pelbagai bahagian lain tumbuhan, terus ke bahagianyang sedang membesar dan organ simpanan.2. Tisu floem terdiri terutamanya dari tiub tapis dan sel rakan.3. Tiub tapis ialah tiub berbentuk silinder yang dieprbuat daripada sel tiubtapis yan gpanjang dan hidup.4. Dinding yang memisahkan sel- sel tiub tapis adalah berliang kecil. Dindingpemisah dengan liang ini kelihatan seperti tapis dan disebut sebagai plattapis.5. Terdapat hubungan sitoplasma antara sel- sel tiub tapis menerusi liangtapis. Ini membenarkan pengaliran bahan makanan terlarut.6. Dalam tiub tapis yang matang, banyak organel sel termasuk nukleus yangmerosot. Selapis sitoplasma yang nipis dan beberapa mitochondrion yangkecil terdapat pada lapisan dalam dinding sel selulosa yang nipis.Terdapatkurang rintangan dalam pengaliran larutan nutrien menerusi tiub tapis.7. Sel rakan terdapat hanya dalam tumbuhan berbunga dan tidak di dalamkonifer atau paku pakis. Sel rakan terletak bersebelahan dan berkaitdengan sel tiub tapis.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->