You are on page 1of 17

Disediakan Oleh: Mohd Azlan bin Saheimi Nurul Ain bin Azmi

KESELAMATAN KAWASAN & PERSEKITARAN


Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah:

Aktiviti yang dijalankan 2. Tempat 3. Musim / Cuaca 4. Binatang buas


1.

1. Aktiviti yang dijalankan


Pemilihan tempat mestilah berdasarkan aktiviti yang

ingin dijalankan Sebagai contoh, sebelum berkayak,seharusnya jurulatih air yang berpengalaman telahpun faham tentang jalan yang akan dilalui oleh peserta. Jurulatih tersebut seeloknya telah mencuba laluan tersebut beberapa kali. Sekiranya beliau tidak pakar tentang laluan tersebut,kemungkinan para peserta akan melalui laluan pusaran air.

Taklimat harus diberikan kepada peserta supaya

peserta mendapat gambaran tentang aktiviti serta laluan yang akan dilalui sebelum menjalankan aktiviti.

2. Tempat
Sekiranya tempat yang dipilih jauh pendalaman atau

jauh dari kemudahan untuk mendapatkan bantuan, persediaan yang rapi perlu dilakukan. Kem komanden perlu menyediakan beberapa pelan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan. Semua halangan perlu diambil kira ketika membuat pelan kecemasan tersebut.

Pelan kecemasan tersebut juga perlulah mudah

difahami oleh para peserta agar keadaan dapat dikawal sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga. Sekiranya aktiviti dijalankan di dalam hutan, seeloknya kem komanden melantik seorang orang tempatan yang pakar tentang selok-belok hutan tersebut untuk membolehkan bantuan disalurkan dengan secepat mungkin sekiranya berlaku kecemasan.

3. Musim/Cuaca
Cuaca memainkan peranan yang penting untuk

memastikan pendidikan luar yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Sebagai contoh, bagi aktiviti yang dijalankan di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, adalah tidak sesuai dijalankan ketika musim tengkujuh. Aktiviti berkayak tidak dapat dijalankan kerana lautan yang bergelora akan mengundang kecelakaan kepada peserta.

4. Binatang Buas
Pihak penganjur perlu memastikan kawasan yang

dipilih jauh dari kawasan yang didiami oleh binatang buas dan berbahaya. Sebagai contoh, pemilihan tapak perkhemahan tidak boleh dibuat di kawasan laluan haiwan seperti babi hutan.

KESELAMATAN DI KAWASAN AKTIVITI DIJALANKAN


Penguatkuasaan peraturan yang bersesuaian Peralatan dan tempat bantu mula disediakan satu

khemah untuk memberi rawatan kepada sebarang kecemasan. Bekalan perubatan yang sesuai serta mencukupi sepanjang aktiviti dijalankan. Kawalan keselamatan perlu diadakan mengikut jadual termasuk menyediakan alatan kawalan yang bersesuaian.

Memberitahu pihak yang bertugas semasa

menjalankan aktiviti dan pergerakan individu. Mendapatkan kebenaran untuk melakukan sesuatu aktiviti. Pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai aktiviti rekriasi yang akan dijalankan.

KEMUDAHAN & PERALATAN


1.

Kemudahan:Insurans Pihak penganjur wajib menyediakan insurans bagi melindungi para peserta serta memberi keyakinan ketika melakukan aktiviti. Insurans yang diambil adalah untuk menjamin keselamatan para peserta dan ia perlulah diambil untuk berkumpulan dari syarikat insurans yang diiktiraf.

Kemudahan Kecemasan

Ketika memilih kawasan pendidikan luar, pihak penganjur perlu memastikan kawasan yang dipilih mempunyai kemudahan kecemasan seperti klinik atau hospital yang mudah dihubungi.

2. Keselamatan Peralatan Periksa kesemua peralatan sebelum, semasa & selepas aktiviti. Ketua perlu memastikan peserta membawa dan mempunyai peralatan yang betul dan berada dalam keadaan yang baik. Ketua mesti mempunyai senarai semak alatan untuk memastikan tiada kehilangan atau kerosakan pada alatan

Keselamatan Penggunaan & Penyimpanan Peralatan: a. Setiap peralatan yang digunakan hendaklah

direkodkan dan disimpan oleh Ketua AJK Peralatan. b. Sebarang kecacatan atau kehilangan alatan harus dilaporkan dan sekiranya ia berlaku atas kecuaian sendiri, individu tersebut perlu membayar ganti rugi. c. Peralatan perkhemahan seperti tukul, gergaji, parang, cangkul dan alatan tajam haruslah disimpan di tempat yang sesuai.

d. Kaedah penyimpanan / penyelenggaraan pelaralatan

hendaklah dilakukan dengan rapi dan selamat seperti penyediaan khemas untuk menyimpan peralatan khemah, peralatan aktiviti, pertukangan dan sebagainya. e. Peralatan abseiling seperti tali hendaklah dibasuh dengan cara menyental tali tersebut menggunakan air suam bagi memastikan jangka hayat tali lebih lama.

BANTUAN PIHAK BERKUASA


Pihak berkuasa perlu dimaklumkan sebelum

menjalankan aktiviti. Ini bertujuan untuk: i. Mendapatkan bantuan ketika kecemasan ii. Kebenaran menggunakan kawasan iii. Memaklumkan kehadiran di kawasan aktiviti iv. Mendapatkan khidmat nasihat mengenai selokbelok kawasan aktiviti v. Mendapatkan bantuan menjaga keselamatan sepanjang aktiviti

Pihak-pihak yang perlu dihubungi ketika melakukan

aktiviti: i. Polis ii. Polis Marin iii. Bomba iv. Hospital/klinik kesihatan berhampiran v. Jabatan Hutan vi. Jabatan Penyelamat vii. Kerajaan Tempatan viii. Penghulu ix. Wakil penduduk setempat

You might also like