You are on page 1of 5

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-3 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 1.0 PERATURAN AM 1.

1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsaan (ITTF) yang terkini. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsaan (ITTF). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Ping Pong PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012 adalah MUKTAMAD.

1.2

1.3

2.0

TARIKH PERTANDINGAN 22 hingga 25 November 2012

3.0

TEMPAT PERTANDINGAN Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

4.0

PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan masing-masing.

4.2

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan 1 pasukan yang terdiri daripada :Pengurus/Jurulatih Pasukan Atlet Lelaki Atlet Wanita JUMLAH 1 orang 5 orang 2 orang 8 orang

5.0

KELAYAKAN PESERTA
5.1

Hanya peserta yang lahir pada tahun antara 1 Januari 1972 dan ke atas sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad pengenalan bagi setiap peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta. Hanya pasukan yang didaftarkan dengan wang penyertaan acara RM 50.00 mengikut Peraturan Am Perkara 7.2, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. Kelayakan atlet negeri atau kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.6, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012. Bagi persatuan atau pertubuhan yang tidak mempunyai ahli wanita atau lelaki adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.8, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

5.2

5.3

5.4

5.5

6.0

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan iaitu pada 22 November 2012. Masa dan tempat akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur. Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, dan borang pertandingan yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad.

6.2

6.3

7.0

SISTEM PERTANDINGAN 7.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut sistem kalah keluar dan mengandungi maksima 5 permainan terbaik dengan sistem kiraan 11 mata setiap permainan. Mana-mana pasukan yang telah mencapai kemenangan majoriti dalam sesuatu perlawanan tidak dibenarkan memberikan kemenangan percuma permainan seterusnya kepada pihak lawan. Susunan Perlawanan (Order of Play) Perseorangan Lelaki Bergu Lelaki Bergu Campuran Borang kandungan pemain pasukan mestilah disampaikan kepada Referi pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. Bola jenis Nittaku 3 Star 40 mm berwarna oren akan digunakan dalam pertandingan ini.

7.2

7.3

7.4

7.5 9.0.

KELEWATAN 9.1 Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukanpasukan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan.

11.0 PAKAIAN PESERTA 11.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki mematuhi peraturan pakaian yang dibenarkan atau sesuai dengan permainan ini. Baju atau pakaian berwarna oren atau kuning tidak dibenarkan. Pemain-pemain dalam setiap pasukan dikehendaki berpakaian seragam.

11.2

12.0 MENARIK DIRI 12.1 Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya. Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diri akan diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Persatuan Ping Pong Malaysia.

12.3

13.0 PENANGGUHAN 13.1 Sekiranya memerlukan penangguhan atau hendaklah merujuk Perkara 12, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

14.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN 14.1 Majlis Belia akan melantik Ketua Delegat Teknikal, delegatdelegat teknikal dan pegawai-pegawai teknikal tertakluk kepada Perkara 15, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

15.0 BANTAHAN DAN RAYUAN 15.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah merujuk kepada Perkara 18, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE III, 2010.

16.0 TINDAKAN TATATERTIB 16.1 Tindakan Tatatertib yang akan diambil ialah mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsaan (ITTF).

17.0 JURI RAYUAN 17.1 Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa pengelola iaitu :1. 2. 3. 17.2 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Ping Pong Ketua Delegat Teknikal Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

Juri Rayuan akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima bantahan atau rayuan dan akan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk diumumkan. Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

17.3

18.0 JAWATANKUASA TATATERTIB 18.1 Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Persatuan Ping Pong Malaysia iaitu :18.1.1 18.1.2 Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia atau wakilnya. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.
4

18.1.3 18.1.4 18.1.5 18.2

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan/Teknikal Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Kebangsaan. Ketua Delegat Teknikal/Pengarah Pertandingan/ Pengurus Pertandingan.

Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima laporan daripada Pengarah Pertandingan/Pengurus Pertandingan dan Pengadil serta membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil berlebihan daripada Para 17.1 di atas. Jawatankuasa Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat lanjut daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat keputusan. Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada rayuan, baik di mahkamah mahupun dengan cara lain.

18.3

18.4

19.0 HADIAH-HADIAH 19.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :EMAS 1(8) PERAK 1(8) GANGSA 1(8)

You might also like