You are on page 1of 20

Tajuk 2

ETIKA PENDIDIKAN LUAR KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kepentingan etika, peraturan pelaksanaan aktiviti, keselamatan kawasan dan kemudahan, kemahiran pertolongan cemas, prosedur pelaksanaaan aktiviti dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Mengetahui dengan jelas kawasan dan kemudahan yang perlu untuk melaksanakan aktiviti luar 2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan kemahiran pertolongan cemas 3. Mengetahui prosedur untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Etika dalam Pendidikan Luar

Kepentingan etika

Peraturan Pelaksanaan Aktiviti

Keselamatan dalam Pendidikan Luar

Kawasan dan Kemudahan

Kemahiran Pertolongan Cemas

Prosedur Pelaksanaan Aktiviti

19

2.1

Definisi Etika Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos, yang bermaksud watak atau adat kebiasaan. Etika biasanya berkait dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik . Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral, ia diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia.[Abd Latif, 157].

2.2

Definisi Pendidikan Luar Pendidikan luar merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan secara efektif dan berkesan. Pendekatan,pemeringkatan dan pengelolaan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal dapat membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru. Pendidikan luar juga adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman nyata (experiential learning) dan secara amnya dijalankan di luar bilik darjah. (Priest, 1986)

2.3

Etika Pendidikan Luar 2.3.1 .Melalui pendidikan luar, para pelajar dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hal ini kerana, pendidikan luar banyak melibatkan aktiviti-aktiviti yang mencabar yang mana ia dapat meningkatkan keyakinan yang tinggi dalam diri para pelajar. Selain itu, pera peserta juga akan lebih berdisiplin ketika melaksanakan pendidikan luar.

20

2.3.2 Melalui pendidikan luar, para peserta akan mencuba membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukan. Contohnya ingin melengah-lengahkan waktu dalam membuat aktiviti. Hal ini kerana, aktiviti-aktivti pendidikan luar merupakan terhad. 2.3.3 Para peserta akan lebih melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan tekun dan cekap. Aktiviti-aktiviti pendidikan luar memerlukan para peserta memberikan lebih perhatian pada aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu, para peserta perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan lebih tekun dan cekap. 2.3.4 Aktiviti-aktiviti luar juga memerlukan para peserta melaksanakan aktivitiaktivti dengan penuh tanggungjawab dan berdisiplin. Jika para peserta melaksanakan aktiviti dengan tanggungjawab dan berdisiplin, maka aktivitiaktiviti akan mudah dilakukan. 2.3.5 Pendidikan luar juga mengajar para peserta agar dapat memupuk sikap bekerjasama dalam diri para peserta. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti pendidikan luar banyak melibatkan kerja berkumpulan. Oleh itu, melalui pendidikan luar, para peserta dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam kerja berkumpulan dengan jayanya. 2.4 Peraturan Tetap Pelajar Ketika Menjalankan Aktiviti Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan serahkan kepada guru. Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru. aktiviti yang mencabar serta memerlukan ketelitian para peserta.selain itu, aktiviti-aktiviti tersebut juga memerlukan jumlah masa yang

Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan. Dirikan khemah di kawasan sesuai . Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa. Bersihkan kawasan sekeliling khemah. Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun. Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan. 21

Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku. Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik menjeritlah minta pertolongan kecemasan dengan segera. Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan. Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di klinik/hospital berdekatan. Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan. Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas / penyelamat kelemasan. Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air. 2.5 Kawasan dan kemudahan Dalam melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan. Ini bertujuan agar aktiviti yang dilaksanakan dapat menjamin keselamatan pelajar di samping melancarkan lagi perjalanan aktiviti. Dalam melaksanakan aktiviti, faktor-faktor berikut perlu diberi perhatian: o Faktor Keselamatan tempat yang selamat digunakan seperti bebas dari gangguan orang luar, bebas dari unsur kemalangan seperti tanah runtuh, serangan binatang buas dan sebagainya. o Faktor Keselesaan Mempunyai kawasan yang luas dan boleh dibuat perancangan penempatan. o Faktor Kemudahan Mempunyai sumber air, mudah dapatkan bekalan makanan, perhubungan jalanraya dan komunikasi telefon, bantuan kecemasan dan lain-lain lagi. Di samping itu, faktor-faktor lain juga adalah penting dan perlu diberi pertimbangan bagi memastikan pemilihan aktiviti yang akan dilaksanakan adalah selamat dan dapat memberi keyakinan kepada pelajar serta juga ibu bapa: Tenaga mahir. ( Personel yang berkelayakan )

22

Benar-benar layak dan diikhtiraf oleh badan-badan yang berkaitan. Bagi aktiviti air perlu ada sekurang-kurangnya pengiktirafan bronze medallion .

o o o o o o

Beretika Berpengalaman luas dalam Pendidikan Luar Mempunyai kemahiran teknikal dan kompetensi Mempunyai kemahiran terhadap alam sekeliling Mempunyai kemahiran pengurusan dan organisasi Berkemahiran dalam memberi arahan

Peralatan yang mencukupi dan selamat. o o Berkeadaan baik dan selamat digunakan. Disahkan standard piawai contoh aktiviti tali. Peralatan yang digunakan perlu disahkan standard piawai oleh UIAA ( United International Association de Alpine )

Keadaan tempat keselamatan tempat yang hendak digunakan. o Tahu sepenuhnya tentang keadaan tempat aktiviti seperti laut, lereng bukit dan sebagainya. o Tahu aras kesukaran kawasan seperti kederasan arus atau ketinggian bukit.

2.6

Kemahiran Pertolongan Cemas Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulan membawakan perbezaan ketara di antara hidup dan mati ataupun antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan diperlukan di masa kecemasan. Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah

23

perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota tubuh badan. Mereka yang memberikan pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah: o o o o Menyelamatkan nyawa mangsa Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk Membantu pemulihan Menenangkan perasaan mangsa dengan membuatkan mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan Prinsip-prinsip pertolongan cemas o o o o Menyelamatkan nyawa Mengurangkan kesakitan Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk Mendapatkan bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan am pertolongan cemas o o Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar perlu menjaga terutama pernafasan pesakit tersebut Jangan menanggalkan pakaian pesakit cukup sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital Tindakan serta merta pertolongan cemas Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik Memberikan rawatan renjatan dengan segera Cuba memberhentikan darah jika mengsa berdarah Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

o o o o o o

Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa. Arahan am untuk memberi bantu mula 24

o o

Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan polis, ambulans, keluarga dll. Bertindak berdasar DRABC (Danger Response Airways Breathing Circulation) iaitu: I. II. III. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya (D) Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. (R) Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa (A) IV. V. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR External Air Resuscitation (B) Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher (C), jika tidak lakukan CPR (Cardio Pulmponary Resuscitation

2.7

Teknik-Teknik Rawatan Pertolongan Cemas Luka/Pendarahan o Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti 25

o o o o

Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. Tenangkan mangsa. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan Tanda-tanda: 1. 2. 3. 4. Maklumat dari mangsa Mangsa sakit dengan tiba-tiba Kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir Anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan: 1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau Terbakar Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja o Kemerah-merahan atau hilang warna o Bengkak sedikit dan rasa sakit o Cepat sembuh 2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf o o o o Merah Ada tanda-tanda gelembung [blisters] Bengkak yang nyata [beberapa hari] Kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 26

3.

Third Degree o o o Kerosakan tisu lebih dalam Kemusnahan pada lapisan kulit luar Tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Rawatan : 1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk 2. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih 3. Baringkan mangsa 4. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar 5. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar 6. Hantar segera ke hospital Melecur Rawatan : 1. 2. 3. Sejukkan dengan air sejuk Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian Rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik Rawatan: 1. 2. 3. Putuskan hubungan elektrik Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan jika pernafasan mangsa terhenti Rawat bagi terbakar jika ada

Terseliuh Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

27

Rawatan: RICE 1. 2. 3. 4. 5. Rehatkan kawasan yang cedera (Rest) Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera (Ice) Balut tempat yang cedera (Compression) Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation) Hantar ke hospital

Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda tanda: sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. Rawatan: RICE 1. Rehatkan kawasan yang cedera (Rest) 2. Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera (Ice) 3. Balut tempat yang cedera (Compression) 4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation) 5. Hantar ke hospital Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut. Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 28

2. 3. 4. 5.

Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. Jangan lakukan banyak pergerakan. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. Hantar segera ke hospital.

TOTAPS TALK - Bercakap dengan mangsa untuk menenangkannya

OBSERVE Pemerhatian bagi memastikan tanda-tanda kecederaan dan tindak balas

TOUCH Sentuh bagi memastikan tahapkesakitan dan tekstur kecederaan

ACTIVE Pergerakan aktif dilakukan oleh mangsa itu sendiri

PASSIVE Pergerakan pasif yang dilakukan dengan bantuan pembantu mula

SKILL TEST Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan 29

RICE Rawatan menggunakan teknik RICE sesuai digunakan untuk kecederaan seperti patah, retak, terseliuh, dislokasi dan kontusi. Tindakan awal ini diberikan untuk tujuan berikut: o o o o o o Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan. Mengurangkan kesakitan yang dialami. Mengurangkan dan menurunkan bengkak. Mengekalkan kecergasan sementara bahagian kecederaan yang cedera. Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang cedera. Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

REST setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi kecederaan

30

ICE ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

COMPRESSION Balutkan pada bahagian yang mengalami kecederaan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan

ELEVATION meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.

CPR (Cardio Pulmonary Resusctitation) Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa 31

yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama. Terdapat dua jenis CPR iaitu :o CPR tanpa pembantu o CPR dengan pembantu

2.8

Prosedur Pelaksanaan Aktiviti Pengelolaan aktiviti Pendidikan Luar akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya aspek-aspek pelaksanaan diutamakan. Ini merupakan langkah keselamatan kepada pengelola dan juga pelajar agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Prosedur pelaksanaan aktiviti Pendidikan Luar dibahagikan kepada tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas. Sebelum

32

Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut: o o Dalam kawasan sekolah {kelulusan Guru Besar / Pengetua} Dalam daerah di luar kawasan sekolah {kelulusan Pegawai Pendidikan Negeri} o Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri {kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri} o Luar negara {kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri}.

Setiap

permohonan

perlulah

disertakan

dengan

dokumen-

dokumen sokongan yang berikut : o o o Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan Senarai nama pelajar dan guru pengiring Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia Perkhemahan. o o o Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan. Jadual aktiviti perkhemahan. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta Pelaksanaan.(Rujuk SP Bil 24/1998) o Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran

mengadakan lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri (u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah) dengan mematuhi The Schools (Tours) Regulations, kebenaran 1957 dengan

menyertakan

bersama

salinan 33

surat

perkhemahan

daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri. o Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program

perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu (Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998). o Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan

mestilah dikemukakan kepada: o o Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. o Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. o Pejabat Pentadbiran / Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. o Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. o Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta. o Membuat tinjauan lebih awal bagi memastikan lokasi tapak perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi: o Gangguan binatang buas dan haiwan berbisa. 34

o o o o o

Hakisan atau tanah runtuh. Banjir. Ribut atau gelombang besar. Wabak penyakit. Kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya.

o o o o o o

Mestilah mendapatkan kebenaran tuan tanah atau atau kem warden secara bertulis. Mendapat kelulusan daripada jabatan perhutanan atau perhilitan ( bergantung di mana tempat program diadakan ) Menetapkan masa atau tarikh bagi sesuatu aktiviti. Membuat laporan kepada pihak polis berkenaan dengan tarikh, tempat dan bilangan ahli kumpulan. Memaklumkan kepada pemimpin tentang tarikh, tempat dan bilangan ahli kumpulan. Memastikan peralatan perubatan dan peralatan mencukupi sebelum aktiviti diadakan.

Semasa o Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkahlangkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta. o Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia

keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan. o Melaporkan kepada pihak polis sekiranya berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

35

o Semua peserta mestilah mengetahui peraturan aktiviti seperti sentiasa berpakaian kemas dan mengikut arahan ketua. o Menubuhkan satu unit pasukan pertolongan cemas untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku kecederaan kecil. o Sentiasa membuat laporan kepada ketua kumpulan dari semasa ke semasa o Tahu peranan masing-masing misalnya pandai membaca arah angin, pandai menggunakan kompas dan peralatan perubatan. o Pastikan segala alatan seperti pisau, parang, kapak, bahan api dan lain-lain berada di dalam keadaan baik dan selamat semasa aktiviti. o Peserta hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekeliling di kawasan aktiviti o Sentiasa menggunakan sistem panggilan nombor bagi menentukan kehadiran penuh peserta dari semasa ke semasa. Selepas o Membuat laporan keseluruhan tentang aktiviti yang dijalankan seperti kepada pihak polis, jabatan perhutanan, kem komandan atau pengarah. o o o Pastikan semua tempat atau kawasan aktiviti bersih sebelum ditinggalkan. Pastikan tiada peralatan dan barang-barang yang penting tidak tertinggal di kawasan aktiviti. Pastikan bilangan peserta mencukupi sebagaimana jumlah yang asal.

36

TUGASAN TERARAH
Sebagai pengelola aktiviti Pendidikan Luar, jelaskan prosedur yang perlu dilakukan untuk melaksanakan program Pendidikan Luar .

LAMAN WEB
www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor www.askaboutsports.com www.divepilot.com www.en.wikibooks.org www.amazon.com www.pertolongancemas.com

RUJUKAN PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan Phyllis Ford diserahkan (1981), Principles and Practices of bentuk Outdoor / Environmental kepada pensyarah dalam soft dan hard copy. Education. New York: Wiley C. A. Lewis (1975), The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman (1985), Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate)

Pertolongan Cemas: Panduan Menyelamatkan Tersayang: Shuth Network Sdn. Bhd. Bangi
37

Nyawa

Insan

38

You might also like