You are on page 1of 7

ALATAN TANGAN KERJA KAYU

NAMA/GAMBAR Pembaris Keluli

KETERANGAN Digunakan untuk memindahkan ukuran dan menguji kerataan

Sesiku L

Digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian.

Pita Pengukur

Untuk mengukur jarak

Apit G

Ragum Kakak Tua

Digunakan untuk mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. Alat ini juga digunakan bersamasama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit. Alat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya. Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.

Gergaji Tangan

untuk memotong lurus dan membelah kayu dan papan

Gergaji Putting

memotong kayu bersaiz kecil seperti membuat tanggam. *Mempunyai tulang belakang

Gergaji Lengkung Halus

memotong bentuk lengkung pada bahan yang nipis

Pahat Tepi Serong

Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya. Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

Kikir Parut

Tukul Kuku Kambing

Mengetuk dan mencabut paku *Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya

Tukul Warrington

Tukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar. *Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya

Pembenam Paku

Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu. Gerudi engkol digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan.

Gerudi Engkol

Gerudi Tangan

Alat ini digunakan untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis.

Mata Gerudi Pintal

Mata gerudi pintal digunakan untuk membuat lubang. Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut). Untuk menguji atau menanda sudut yang bukan 900. Bilahnya boleh dilaraskan mengikut sudut yang dikehendaki. Skru pelaras berfungsi untuk mengetatkan bilah.

Gerimit

Tolok Serong

Tolok Penanda

Untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.

Pemotong Perspek

Pemotong perspek digunakan untuk memotong perspek.

Gandin Kayu

Mengetuk hulu pahat dan mengetuk papan projek ketika kerja memasang dan menanggalkannya

ALATAN TANGAN KERJA LOGAM

Gergaji Besi

Gergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.

Penebuk Pusat

Gandin Getah

Alat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi. Gandin getah digunakan untuk mengetuk dan membentuk keluli.

Pemutar Skru

Pemutar skru digunakan untuk menskru, mengetatkan, atau melonggarkan skru. Saiz pemutar skru ditentukan dengan berdasarkan panjang batangnya. Mata yang rata. Digunakan untuk skru beralur lurus.

a) Pemutar Skru Biasa

b) Pemutar Skru Philips

Hujung mata yang bersilang atau berpangkah. Digunakan untuk skru kepala Philips. c) Pemutar Skru Kontot Mempunyai batang dan hulu yang pendek. Digunakan untuk mengetat dan melonggarkan skru di ruang yang sempit. Sepana Sepana digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkan bolt,nat, atau skru tudung. Saiz sepana ditentukan berdasarkan luas bukaan rahang atau diameter gelangnya. Di kedua-dua hujung sepana ini terdapat gelang yang disebut soket. Soket ini ada yang enam bucunya dan ada juga yang 12 bucunya. Saiz kedua-dua poket ini pun berbeza.

a) Sepana Hujung Terbuka

b) Sepana Gelang Di kedua-dua hujung sepana ini terdapat gelang yang disebut soket Soket-soket ini ada yang enam bucunya dan ada juga yang 12 bucunya. Saiz kedua-dua poket ini pun berbeza. c) Sepana Gabung Sepana ini adalah gabungan sepana

hujung terbuka dengan sepana gelang. Di satu hujung terdapat bukaan dan di satu hujung yang lain terdapat soket. Saiz gelang dan saiz bukaan itu adalah sama. di satu hujung sepana ini terdapat rahang boleh laras. rahang ini dapat dilaraskan supaya sesuai dengan sebarang saiz bolt dan kepala skru.

d) Sepana Boleh Laras

Playar Gabung

Digunakan untuk memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan membentuk dawai. Digunakan untuk kerja-kerja diruang sempit seperti memegang benda-benda yang kecil, memotong dawai, serta membentuk kaki komponen elektronik.
Melonggar dan mengetatkan skru Allen

Playar Muncung Tirus

Kunci Allen

ALATAN TANGAN KERJA ELEKTRIK Pena Ujian untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup. Memasang atau membuka skru kecil. Digunakan untuk memotong wayar elektrik dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan.

Pemotong Sisi

Playar Muncung Tirus

Sesuai untuk mencapai sesuatu di ruang yang sempit. Boleh memegang objek yang kecil, memotong dan membentuk kaki komponen.

Playar Gabung

Alat pelbagai guna untuk kerja umum seperti memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan membentuk. Digunakan menjalur dan memotong wayar.

Penjalur Wayar

You might also like