You are on page 1of 54

Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu.

Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang.. Badminton diberi nama Badminton House di Gloucestershire iaitu kampung halaman Duke of Beaufort. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu. Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford. International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark, Belanda, Kanada, New Zeland dan Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF. Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF pada tahun 1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki.

Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, garisan servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi. Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long. Permukaan kayu yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang sempurna untuk bermain. Kini, banyak gelanggang badminton dilengkapi dengan permukaan lantai sintetik yang tidak mudah tergelincir. Pada hari ini dalam permainan badminton permukaan sintetik adalah popular

Jaring atau net penting dalam sukan ini kerana ia bertujuan untuk memisahkan antara kedua-dua pemain badminton. Tinggi jaring yang digunakan semasa permainan badminton ini ialah 1.524 meter dari lantai ia perlu diukur dari titik tengah gelanggang ke atas jaring. Tiang-tiang yang di gunakan pula tidak melebihi daripada 1.55 meter dan diletakkan di garisan tepi di sebelah luar

Pemasangan jaring yang betul

Pemasangan jaring yang salah

Bulu tangkis boleh dibuat daripada benda asli atau bahan tiruan. Bentuk am bulu tangkis hendaklah mempunyai 16 helai bulu yang tercucuk ke dalam bahagian gabus. Panjang bulu-bulunya bolehlah di antara 64 mm ke 70 mm Hujung bulu-bulu itu hendaklah berbentuk satu bulatan yang mempunyai garis pusat di antara 58 mm ke 68 mm.

Bahagian bawahnya hendaklah :o bergaris pusat di antara 25 mm ke 28 mm. o Berbentuk bulat. Berat bulu tangkis hendaklah di antara 4.74 gram ke 5.50 gram.

Bahagian permukaan pemukul raket hendaklah rata dan mempunyai corak tali-tali bersilang yang terikat kepada sebuah bingkai. Bingkai raket termasuk pemegangnya hendaklah tidak melebihi 680 mm panjang keseluruhannya dan 230 mm lebar keseluruhannya. Panjang keseluruhan kepala raket hendaklah tidak melebihi 290 mm. Permukaan yang bertali hendaklah tidak melebihi 280 mm panjang dan 220 mm lebar.

Raket yang hendak digunakan : Hendaklah bebas dari alat-alat atau tambahantambahan kecuali alat-alat yang digunakan semata-mata bertujuan: menghadkan atau mengurangkan kerosakan dan getaran untuk membahagikan berat sama rata untuk mambalut pemegang raket dengan bahan supaya tidak licin Hendaklah bebas dari sebarang alat yang boleh menjayakan seseorang pemain itu untuk mengubah rupa bentuk raketnya.

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF. Sistem Pemarkahan Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata. Setiap kali serve, pemain akan dapat mata. Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain. Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang. Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut. Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.

Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan. Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan. Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata.

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu: perseorangan lelaki perseorangan wanita beregu lelaki beregu wanita beregu campuran.

Pegangan Raket Servis Stroke/lob Backhand Smash Drop Net

kaedah yang sering digunakan dalam memegang raket adalah terbahagi kepada dua cara pemegangan kaedah memegang raket forehand kaedah memegang backhand Pegangan raket dengan cara forehand adalah seperti jabat tangan. Dalam pegangan forehand bentuk V akan terlihat semasa pegangan raket kerana bentuk V tangan diletakkan pada bahagian gagang raket. Dalam pegangan forehand, tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk agak terpisah. Manakala letakkan ibu jari di antara tiga jari dan telunjuk. Melalui pegangan backhand pula kaedah yang digunakan adalah hampir sama dengan pegangan forehand. Namun, dalam pegangan backhand lebih ke dalam semasa memegang raket

Terdapat tiga jenis pukulan servis iaitu :

I ) Servis Rendah Fasa Persediaan


Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan Ayun raket ke belakang Siku bengkok hampir ke badan Tangan kiri pegang bulu tangkis

Fasa Perlaksanaan
Lepaskan bulu tangkis Ayun raket pantas ke hadapan Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri Pandang ke sasaran

Fasa ikut lajak


Hayun tangan terus ke hadapan Kaki ikut lajak

II ) Servis Flik

Fasa Persediaan
Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan Ayun raket ke belakang Siku bengkok hampir ke badan Tangan kiri pegang bulu tangkis

Fasa pelaksanaan
Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan

Fasa ikut lajak


Kaki ikut lajak

III ) Servis Tinggi Fasa Persediaan


Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan Ayun raket tinggi ke belakang Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka

Fasa perlaksanaan
Lepaskan bulu tangkis Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan Pandang bulu tangkis

Fasa ikut lajak


Teruskan hayunan tangan Kaki ikut lajak

Terdapat beberapa jenis pukulan stroke/lob yang digunakan dalam permainan badminton Underhand (Pukulan dari Bawah) Pukulan ini dominan digunakan dalam permainan badminton. Fasa persediaan
pemain harus berlari sambil melakukan langkah lebar, dengan kaki kanan berada di depan kaki kiri untuk menjangkau jatuhnya bulu tangkis. siku dalam keadaan bengkok dan pertahankan sikap tubuh tetap tegak, sehingga lutut kanan dalam keadaan tertekuk.

Fasa perlaksanaan
Ketika memukul bulu tangkis, gunakan tenaga kekuatan siku dan pergelangan tangan, hingga gerakan lanjut dari pukulan ini berakhir di atas bahu kiri. Perhatikan, agar telapak kaki kanan tetap bersentuhan dengan lantai sambil menjangkau bulu tangkis.

Fasa ikut lajak


Tangan bergerak terus ke hadapan Kaki ikut lajak

Kemahiran pukulan kilas atau backhand adalah salah satu teknik yang popular dalam permainan badminton. Fasa- fasa dalam pukulan kilas fasa persediaan
Mata melihat bulu tangkis Kaki dalam keadaan sedia

Fasa pelaksanaan
raket dikilas seiring dengan bulu tangkis Tangan ditarik sampai ke belakang untuk mendapatkan pukulan yang optimum

Fasa ikut lajak


Tangan bergerak terus ke hadapan Kaki ikut lajak

Lazimnya, pukulan kilas atas kepala tidaklah sekuat pukulan hadapan (forehand) kerana pukulan kilas tersebut dibatasi oleh sendi bahu berbanding dengan pukulan hadapan yang mempunyai julat pergerakan yang sangat luas.

Pukulan smash terbahagi kepada 2 jenis pukulan iaitu: pukulan smash biasa (regular smash) pukulan smash lompat (jumping smash) atau potong (cut smash) Pukulan smash boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara Kaedah ini digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan Langkah yang boleh dilakukan untuk menghasilkan pukulan smash yang terbaik ialah pertama, Fasa persediaan
pandang bulu tangkis. Kedua, berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan dan hayun raket ke belakang dengan siku bengkok.

Fasa perlaksanaan
sebelah tangan lagi lurus ke atas dan hayunkan raket ke hadapan dengan lengan lurus dan dengan pantas dan mengikut lajak, pukul bulu tangkis tersebut

Fasa ikut lajak


Raket haruslah dihayun sampai habis Kedua-dua belah kaki mendarat dengan betul untuk menghasilkan smash yang baik

Teknik ini begitu popular dan ianya seakan-akan dengan teknik pukulan smash Cuma perbezaannya hanyalah pada gaya memegang raket semasa melakukan dropshot dan juga semasa melakukan pukulan smash Semasa melakukan dropshot ini, bulu tangkis hendaklah dipukul dengan sentuhan yang halus dan perlahan Dropshot yang dilakukan dengan teknik yang sempurna dan baik adalah apabila bulu tangkis akan jatuh berdekatan dengan net dan tidak melepasi garisan berganda Fasa-fasa dalam dropshot Fasa persediaan
pandang bulu tangkis. Kedua, berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan dan hayun raket ke belakang dengan siku bengkok.

Fasa perlaksanaan
sebelah tangan lagi lurus ke atas dan hayunkan raket ke hadapan dengan lengan lurus dan dengan pantas dan mengikut lajak, pukul bulu tangkis tersebut dengan kuasa yang perlahan

Fasa ikut lajak


Raket haruslah dihayun sampai habis Kedua-dua belah kaki mendarat dengan betul untuk menghasilkan dropshot yang baik

Teknik permainan net ini merupakan satu pukulan bawah tangan Teknik ini dilakukan berhampiran dengan jaring pada kedua-dua jenis pukulan depan dan pukulan kilas Kebiasaannya, pemain-pemain yang boleh melakukan pukulan jaring yang baik boleh memaksa pemain lawan supaya menaikkan bulu tangkis ke atas supaya satu serangan boleh dilakukan dan kemungkinan untuk menamatkan satu rali. Pemain juga boleh memaksa pihak lawan membalas dengan pukulan jaring yang lemah dan boleh dimatikan Pukulan jaring yang baik juga boleh memaksa pemain lawan supaya bergerak ke jaring dari gelanggang belakang serta memaksa pemain lawan memukul buku tangkis ke arah jaring Fasa-fasa dalam permainan jaring Fasa persediaan
Mata melihat kepada bulu tangkis dan pergerakkan lawan Kaki dalam keadaan sedia

Fasa pelaksanaan
Segera bergerak ke hadapan dan hampirkan badan dengan jaring Pukul bulu tangkis dengan kekuatan dan sudut yang betul

Fasa ikut lajak


Pergerakkan badan dikawal dengan cepat supaya badan tidak yterkena pada jaring

SERVIS
Dalam keadaan servis yang betul kedua-dua pihak tidak menyebabkan kelambatan dalam penghantaran servis. pembuat dan penerima servis hendaklah berdiri dalam lingkungan petak servis yang menyerung tanpa menyentuh garis-garis sempadan petak-petak servis tersebut, sedikit bahagian daripada kedua-dua belah kaki pembuat dan penerima servis mestilah sentiasa menyentuh permukaan gelanggang dalam keadaan tidak bergerak sehinggalah servis itu dihantarkan. Raket pembuat servis hendaklah pada mulanya memukul bahagian bawah (gabus) bulu tangkis dan ketika dipukul keseluruhan bulu tangkis itu berada di bahagian bawah pinggang pembuat servis. Batang raket pembuat servis ketika bulu tangkis dipukul hendaklah menghala ke bawah sehinggakan keseluruhan kepala raket berada di bahagian bawah keseluruhan tangan pembuat servis yang memegang raket.

Pergerakkan raket pembuat servis mestilah berterusan ke hadapan selepas servis dimulakan sehinggalah servis itu dihantar dan pergerakkan bulu tangkis hendaklah menuju ke atas dan dan raket pembuat servis untuk menyeberangi jaring, supaya, jika tidak dibalas, bulu tangkis itu akan jatuh dalam petak penerima servis. Apabila para pemain telah mengambil tempat masing-masing, gerak mula ke hadapan raket pembuat servis itu menentukan permulaan servis tersebut. Pembuat servis tidak boleh memulakan servis selagi lawannya belum bersedia, tetapi lawannya itu dianggap telah bersedia sekiranya ia membuat percubaan untuk mengembalikan servis tersebut. Servis telah dihantar apabila setelah dimulakan bulu tangkis dipukul oleh raket pembuat servis atau bulu tangkis jatuh ke lantai. Dalam permainan beregu, pasangan-pasangan yang berkenaan bolehlah berdiri di mana-mana tempat asalkan tidak melindungi pihak lawan iaitu pembuat atau penerima servis.

PERSORANGAN
Para pemain hendaklah membuat dan menerima servis di petak servis sebelah kanan masing-masing apabila pembuat servis belum lagi mendapat mata atau telah mendapat bilangan mata yang genap dalam permainan tersebut. Sekiranya Tambahan berlaku dalam sesuatu permainan, jumlah bilangan mata yang diperolehi oleh pembuat servis dalam permainan itu hendaklah digunakan untuk melaksanakan undang-undang badminton. Bulu tangkis hendaklah dipukul secara bergilir-gilir oleh pembuat dan penerima servis sehinggalah satu batal dilakukan atau bulu tangkis itu tidak lagi dalam permainan.

Sekiranya penerima servis melakukan satu batal atau bulu tangkis tidak lagi dalam permainan kerana telah menyentuh bahagian dalam permukaan petak gelanggang penerima servis, pembuat servis mendapat satu mata. Pembuat servis seterusnya akan membuat servis dari petak yang satu lagi. Sekiranya pembuat servis melakukan satu batal atau bulu tangkis itu tidak lagi dalam permainan kerana telah menyentuh bahagian dalam petak permukaan gelanggang pembuat servis, haknya untuk terus membuat servis akan hilang dan seterusnya penerima servis pula akan menjadi pembuat servis tidak ada mata tambahan untuk manamana pemain-pemain.

BEREGU
Pada permulaan setiap permainan, dan setiap kali sesuatu pihak mempunyai hak membuat servis, servis hendaklah dihantar dari petak sebelah kanan. Hanya penerima servis sahaja yang dibenarkan untuk membalas servis itu, sekiranya bulu tangkis terkena atau dipukul oleh pasangan penerima servis, pihak pembuat servis mendapat satu mata. Setelah servis itu dibalas, bulu tangkis itu hendaklah dipukul oleh manamana pemain dari pihak pembuat servis dan kemudiannya oleh manamana pemain dari pihak penerima servis, dan seterusnya sehinggalah bulu tangkis itu tidak lagi dalam permainan. Setelah servis itu dibalas, pemain boleh memukul bulu tangkis dari manamana tempat di sebelah jaring pemain tersebut. Sekiranya pihak penerima servis melakukan satu batal atau bulu tangkis tidak lagi dalam permainan kerana telah menyentuh bahagian dalam permukaan petak gelanggang.

Pihak pembuat servis mendapat satu mata dan pembuat servis akan terus membuat servis. Sekiranya pihak penerima servis melakukan satu batal atau bulu tangkis tidak lagi dalam permainan kerana telah menyentuh bahagian dalam permukaan petak gelanggang pembuat servis, haknya untuk terus membuat servis akan hilang dengan tidak ada tambahan mata untuk mana-mana pihak. Pemain yang membuat servis di permulaan sesuatu permainan hendaklah membuat dan menerima servis di petak servis sebelah kanan apabila pemain itu belum lagi mendapat mata atau telah mendapat bilangan mata yang genap dalam permainan tersebut, dan di petak servis sebelah kiri sebaliknya. Pemain yang menerima servis di permulaan sesuatu permainan hendaklah menerima dan membuat servis di petak servis sebelah kanan apabila pemain itu belum lagi mendapat mata atau telah mendapat bilangan mata yang genap dalam permainan tersebut dan di petak servis sebelah kiri sebaliknya.

Keadaan sebaliknya juga digunakan untuk pasangan-pasangan mereka. Sekiranya tambahan berlaku dalam sesuatu permainan, jumlah bilangan mata yang telah diperolehi oleh sesuatu pihak dalam permainan itu hendaklah digunakan untuk melaksanakan undangundang. Servis dalam mana-mana giliran membuat servis hendaklah dihantar dari petak servis yang berlainan, kecuali sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang badminton. Hak membuat servis akan digilirkan dari pembuat servis permulaan dalam sesuatu permainan kepada penerima servis permulaan dalam permainan itu dan kemudiannya bergilir-gilir dari pemain itu kepada pasangan pemain tersebut dan seterusnya kepada salah seorang lawannya dan kemudian kepada pasangan lawannya dan begitulah seterusnya.

Pemain tidak dibenarkan membuat servis tidak mengikut giliran, menerima servis tidak mengikut giliran atau menerima servis dua kali berturutturut dalam permainan yang sama kecuali sepertimana yang diperuntukkan dalam undangundang badminton. Mana-mana pemain daripada pihak yang menang boleh membuat servis permulaan dalam permainan yang berikutnya dan mana-mana pemain dari pihak yang kalah boleh menerima.

Kesalahan-kesalahan Di Petak Servis


Kesalahan-kesalahan petak servis berlaku apabila seseorang pemain membuat servis tidak mengikut giliran, membuat servis dari petak servis yang salah atau berdiri di petak servis yang salah, sanggup menerima servis yang telah dihantar. Apabila sesuatu kesalahan petak servis berlaku, maka sekiranya kesalahan itu disedari sebelum servis yang berikutnya dihantar, ini akan menjadi satu Semula, tetapi dalam keadaan di mana satu pihak sahaja yang didapati bersalah dan kemudiannya kalah dalam balas membalas, kesalahan itu hendaklah tidak diperbetulkan. Sekiranya kesalahan itu tidak diketahui sebelum servis yang berikutnya dihantar, kesalahan itu hendaklah tidak diperbetulkan.

Sekiranya Semula berlaku kerana sesuatu kesalahan petak servis, permainan hendaklah dimainkan semula dengan kesalahan itu diperbetulkan. Sekiranya sesuatu kesalahan petak tidak diperbetulkan, permainan dalam permainan itu hendaklah diteruskan tanpa menukar petak servis yang baru pemain-pemain tersebut (atau jika berkenaan giliran yang baru membuat servis).

Batal
Batal berlaku sekiranya servis itu tidak betul. Sekiranya pembuat servis, semasa membuat pukulan servisnya, tidak dapat memukul bulu tangkis. Sekiranya setelah menyeberangi jaring semasa servis, bulu tangkis itu tersangkut di atas atau di dalam jaring. Selain itu, batal berlaku sekiranya dalam permainan, bulu tangkis jatuh di luar garis sempadan gelanggang, menembusi atau melalui di bawah jaring, gagal melintasi jaring. Sekiranya bulu tangkis yang dalam permainan itu dipukul sebelum ia menyeberangi ke sebelah jaring Si Pemukul. (Walaubagaimanapun, Si Pemukul boleh mengikuti bulu tangkis melalui atas jaring dengan raketnya semasa membuat pukulan).

Sekiranya semasa bulu tangkis dalam permainan, pemain : Tersentuh jaring atau tiangnya dengan raket, tubuh badan atau pakaian. Menyerang gelanggang lawannya dengan reket atau tubuh badan dalam mana-mana keadaan kecuali sepertimana yang dibenarkan dalam undang-undang badminton. Menghalang lawannya dari melakukan pukulan yang sah di mana bulu tangkis itu diikut melepasi jaring.

Sekiranya dalam permainan, pemain dengan sengaja mengganggu lawannya dengan sesuatu perbuatan seperti menjerit atau gerak laku. Sekiranya dalam permainan, bulu tangkis terlekat dan terletak beberapa ketika di atas raket dan kemudiannya dikaup semasa melakukan sesuatu pukulan. Dipukul dua kali berturut-turut oleh pemain yang sama dengan dua pukulan. Dipukul oleh pemain dan pasangannya secara berturutturut. Pemain didapati bersalah sekiranya melakukan perkara yang melampau, mengulangi ataupun kerap melakukan kesalahan di bawah undang-undang badminton.

Semula
Semula hendaklah diteriakkan oleh Pengadil atau pemain (sekiranya tiada pengadil) untuk memberhentikan permainan. Perkataan Semula hendaklah diteriakkan untuk kejadian-kejadian yang tidak dijangka atau tidak disengajakan. Sekiranya bulu tangkis setelah melalui di atas jaring, tersangkut dalam atau di atas jaring itu, semula hendaklah diberikan kecuali semasa servis. Sekiranya semasa servis, penerima dan pembuat servis dibatalkan serentak, semula hendaklah diberikan.

Sekiranya pembuat servis memulakan servisnya sebelum penerima servis bersedia, semula hendaklah diberikan. Sekiranya semasa dalam permainan, bulu tangkis pecah dan bahagian bawahnya didapati terpisah dari keseluruhan bulu tangkis itu, semula hendaklah diberikan. Sekiranya Hakim Garis tidak nampak, maka Pengadil tidak dapat memberikan keputusannya, semula hendaklah diberikan. Apabila semula berlaku, permainan mulai dari servis terakhir itu tidaklah diambil kira dan pemain yang membuat servis itu hendaklah membuat servis sekali lagi kecuali apabila undang-undang badminton terpakai.

Permainan terus menerus, kelakuan yang tidak sopan dan hukuman-hukuman


Permainan hendaklah terus menerus mulai dari servis pertama sehinggalah tamat perlawanan kecuali sepertimana yang dibenarkan dalam undangundang badminton. Rehat selama tidak lebih dari lima minit dibenarkan antara game kedua dan game ketiga kesemua perlawanan dalam keadaan-keadaan dalam acaraacara kejohanan antarabangsa iaitu di dalam acara-acara kejohanan yang telah diluluskan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) dan di dalam kesemua perlawanan (kecuali apabila sesebuah Pertubuhan Kebangsaan itu telah menyiarkan terlebih dahulu keputusannya untuk tidak membenarkan rehat seumpama itu.

Apabila disebabkan oleh keadaan yang di luar kuasa para pemain, pengadil boleh menangguhkan permainan selama waktru yang difikirkan perlu. Sekiranya permainan ditangguhkan, kiraan mata yang terdapat ketika itu akan tetap demikian dan permainan disambung semula mulai dari kiraan mata tersebut. Permainan sama sekali tidak boleh ditangguhkan semata-mata untuk membolehkan pemain memulihkan tenaga atau mengambil nafas, atau mendapat arahan atau nasihat. Kecuali dalam hal rehat yang diperuntukkan dalam undangundang badminton, pemain tidak dibenarkan menerima nasihat semasa perlawanan sedang berjalan. Kecuali setelah tamat perlawanan, pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang tanpa mendapat kebenaran Pengadil. Pengadil sahaja yang berhak menangguhkan sesuatu permainan.

Seseorang pemain itu tidak dibenarkan: Menanggguhkan permainan dengan sengaja Melakukan sesuatu untuk mengubah kelajuan bulu tangkis Berkelakuan dengan secara garang Melakukan perkara-perkara yang kurang sopan yang tidak disentuh dalam undangundang badminton

Pengadil hendaklah bertindak ke atas mana-mana pihak yang melanggar undangundang badminton dengan cara: Memberi amaran kepada pihak yang melakukan kesalahan Membatalkan pihak yang melakukan kesalahan jika telah diberi amaran terlebih dahulu Dalam keadaan-keadaan kesalahan yang melampau ataupun kerap melakukan kesalahan kesalahan, membatalkan pihak yang bersalah dan seterusnya melaporkan perkara itu kepada pengadil yang mempunyai kuasa untuk membatalkan terus (disqualify) pihak yang bersalah. Jika pengadil tidak dilantik, seorang jawatankuasa yang bertanggungjawab adalah diberi kuasa untuk membatalkan terus pihak yang bersalah.

1. Dimanakah kejohanan pertama All England diadakan? a) b) c) d) Berlin Guilcity Guilford Kuala Lumpur

2. Piala manakah merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF? a) b) c) d) Piala Edison Piala Thomas Piala Uber Piala Sudirman

3. Berapakah panjang gelanggang badminton? a) b) c) d) 13.42 13.40 12.42 12.40

4. Berat bulu tangkis hendaklah di antara ________________ . a) b) c) d) 4.77 gram ke 5.55 gram 4.59 gram ke 5.15 gram 4.68 gram ke 5.57 gram 4.74 gram ke 5.50 gram

5. Hendaklah bebas dari alat-alat atau tambahantambahan kecuali alat-alat yang digunakan semata-mata bertujuan: i. menghadkan atau mengurangkan kerosakan dan getaran ii. untuk membahagikan berat sama rata iii. untuk mambalut pemegang raket dengan bahan supaya tidak licin

a) i, iii c) i. ii

b) ii, iii d) i, ii, iii

6. Berapakah pusingan dalam satu permainan? a) b) c) d) 7 3 5 2

7. Yang manakah cara pemegangan raket? i. ii. iii. iv. Kaedah pemegang raket forehand Kaedah pemegang backhand Kaedah pemegang raket overhand Kaedah pemegang raket underhand

a) i, iv c) i, ii

b) ii, iii d) ii, iv

8. Tiga teknik kemahiran pukulan kilas ialah _________, __________, dan __________. i. ii. iii. iv. Pukulan kilas atas kepala Pukulan sisi kilas Pukulan kilas tepi Pukulan bawah kilas b) ii, iii, iv c) i, iii, iv

a) i, ii, iii c) i, ii, iv

9. Dua jenis pukulan smash ialah _________ dan _________. i. ii. iii. iv. Pukulan smash biasa Pukulan smash rendah Pukulan smash tinggi Pukulan smash lompat b) ii, iv d) iii, iv

a) i, iii c) i, iv

10. Siapakah pemain yang menduduki tangga ketiga dalam ranking dunia? a) Lin Dan b) Taufik Hidayat c) Peter Hoeg Gade d) Chen Long

You might also like