1.0 Penghargaan
Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkkan Kerja KursusGeografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samadasecara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkanribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohammad Zalkornain Bin Haji Jaafar selaku Tuan PengetuaSMK. Layang-Layang Kiri, Parit, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.Tidak lupa juga kepada Encik Mohd Suhaimi Bin Mohd Zain sebagai guru geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkankajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasihkepada pegawai pemetaan yang bertugas di Majlis Daerah Perak Tengah kerana telah banyak membantu saya terutamanya dalam membekalkkan maklumat dan peta yang berkait dengan kawasankajian saya.Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung disekitar kawasan Kg. Selat, Layang-Layang Kiri, Parit, serta semua pihak yang terlibat dalammembantu saya menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukupmembanggakan. Dan akhir sekali saya tujukan ucapan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang danrakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu dari segi kewangan, moral dan idea kepadasaya sepanjang menyiapkan kajian ini.Sekian, Wassalam.
2.0 Pendahuluan
Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografitingkatan tiga bagi tahun 2009. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini,saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang BMB di kawasan Kg. Selat, Layang-Layang Kiri dan seterusnya mengenal pasti ciri-ciri BMB di kawasan tersebut. Selain itu saya jugaingin melihat potensi BMB kepada kegitan manusia.selepas itu di dalam kajian ini juga saya akanmelihat halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia serta kesan kegiatan manusia terhadapalam sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mnegurangkan kesan kegiatanmanusia terhadap alam sekitar. Akhir sekali melalui kajian ini juga diharap dapat meningkatkan lagisemangat kecintaan dan bangga terhadap kawasan kajian. Setelah itu, saya akan membuat3