You are on page 1of 7

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran kaedah Abjab 1. Memperkenalkan huruf a hingga z.

Di mana murid-murid perlu menguasai hurufhuruf terlebih dahulu iaitu mengenal, menyebut dan menghafal huruf a hingga z mengikut susunannya. Kemudian barulah mengeja suku kata dan perkataan. 2. Guru memperkenalkan huruf secara menyanyi huruf a-z. Murid-murid dikehendaki menyanyi bersama. Kemudian secara berkumpulan dan seterusnya secara individu. Bahan Bantu Mengajar ialah carta a-z, kad-kad huruf dan blutack. 3. Guru perkenal huruf vokal (a,e,i,o,u), huruf kecil, huruf besar dan akhir sekali huruf konsonan (selain huruf vokal). 4. Murid-murid dikehendaki menyusun huruf ikut urutan secara menaik dan menurun. Kemudian murid-murid dikehendaki menyebut huruf-huruf yang tiada didalam carta huruf. 5. Perkenalkan permainan bina perkataan. Bahan yang terlibat ialah tikar, kad huruf, kad gambar dan kotak.

Konsep Membaca Kaedah Abjad. 1) Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. 2) Setelah itu diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. 3) Murid-murid tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapa huruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. 4) Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid. 5) Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata

lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.

Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z. (a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah

A a

B b

C c

D d

E e

F f

G g

H h

I i

J j

K k

L l

M m

N n

O o

P p

Q q

R r

S s

T t

U u

V v

W X Y w x y

Z z

(b) Menyebut nama-nama huruf Contoh 1: Sebut huruf. = jay Aa = nama-nama e Jj Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii = bi = si = di = ei = ef = gi = ech = ai Ky Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr = kay = el = em = en =o = pi = kiu = ar Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Yy = es = ti = yu = vi = dabliu = ex = wai = zek

Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV. (a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn Huruf Vokal Aa Ee Ii Oo Uu Ee Huruf Konsonan Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt Vv Ww Xx Yy Zz

(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv Contoh 1: Sebut suku kata di bawah bu da a ci lu ya u ji bi da lu i bu na tu sa

Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa. (a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasa Contoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa i.....ni a ..... bu i .....bu sa ...... ni ku ......ku

a....bu

i....bu

na.....si

na.....ni

ku....ku

ka....ki

sa....ni

ini ini abu

abu

ibu

nasi ibu sani

nani

kuku kaki nasi nani

sani kuku kaki kuku kaki

ini abu

ibu sani

nasi nani

Latihan Membaca Ayat. (a) Membaca ayat ini ibu abu ini ibu abu. mana ibu abu sani mana ibu abu, sani. mana nasi sani ibu mana nasi sani ibu. ini nasi sani ini nasi nani. ini kuku kaki sani ini kuku kaki sani

Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini: Kelebihan Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

Kelemahan: Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa

memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

You might also like