You are on page 1of 8

LAPORAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN PAPAN KENYATAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PAUH

TEMPAT

: SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PAUH 06900 YAN, KEDAH

TEMPOH ANJURAN

: 21 23 JULAI 2013 : GURU PELATIH PISMP 2010 (INTERNSHIP IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM)

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI

: SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PAUH : PROJEK PENAMBAHBAIKAN PAPAN KENYATAAN PUSAT SUMBER

TEMPOH PERLAKSANAAN : 21 hingga 23 JULAI 2013

Pada 21 Julai 2013, saya telah mencadangkan untuk menjalankan projek penambahbaikan papan kenyataan pusat sumber sekolah. Saya memastikan projek ini dapat dijayakan seperti yang diharapkan kerana ini merupakan projek individu. Projek sudut galeri ini telah dicadangkan berdasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai. Antara objektif yang telah digariskan ialah : Membuka minda murid-murid supaya tertarik untuk ke pusat sumber. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid. Menghargai penglibatan murid dalam kepimpinan pusat sumber sekolah.

Atas inisiatif saya pada Internship kali ini, saya telah memastikan projek ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Melalui perbincangan yang dibuat bersama guru pembimbing iaitu Pn Faezah, saya diberikan peluang untuk bertanggungjawab untuk menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan.

STRATEGI PELAKSANAAN: Sebelum : Pada 30 Jun 2013 saya dan rakan saya, Muhamad Azrol Hafiz Bin Mohd Yusoff telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Kampong Pauh untuk menjalani intership kami selama sebulan di sini. Kedatangan kami pada kali ini di sekolah ini adalah untuk melaksanakan 3 projek yang akan dikendalikan oleh kami sendiri. Oleh itu, kami berdua telah membuat perbincangan mengenai projek yang bakal dilaksanakan dalam tempoh sebulan kami di sini. Selepas mendapat kata sepakat, kami bercadang untuk membuat mural di dinding bangunan pejabat sekolah dan dinding kedai buku sekolah serta sudut

kenyataan pengawas dan pusat sumber sekolah. Tanpa melengahkan masa, kami mula menyediakan kertas kerja projek untuk diberikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Pauh bagi mendapatkan persetujuannya. Selain itu, kami turut memaklumkan kepada guru besar bahawa kami memerlukan sedikit bantuan dari segi kewangan untuk membeli bahan-bahan membuat mural seperti cat warna dan berus. Kami bersyukur kerana projek ini diluluskan dan pihak sekolah bersetuju dengan kos perbelanjaan yang telah kami nyatakan dalam kertas kerja ini. Semasa : Pada 21 Julai 2013, saya mula melaksanakan projek ini dengan menangkap gambar semua pengawas pusat sumber bersama guru penasihat serta gambar individu untuk dilekatkan pada carta organisasi. Saya telah menghantar salinan gambar tersebut

ke kedai gambar yang berhampiran untuk dicetak. Setelah itu, saya melaminate gambar-gambar tersebut supaya gambar tahan lebih lama pada papan kenyataan. Pada 22 Julai 2013, saya telah menghias papan kenyataan tersebut supaya menjadi lebih ceria dan teratur. Kemudian saya menyediakan carta organisasi dan jadual bertugas pada kad manila. Papan kenyataan siap dihias pada keesokan harinya iaitu pada 23 Julai 2013.

Selepas :
Sudut papan kenyataan tersebut akhirnya berjaya disiapkan pada minggu keempat internship. Sudut papan kenyataan yang dihasilkan itu begitu menarik minat guru-guru dan murid kerana sudut tersebut mempamerkan carta organisasi bergambar serta mempunyai kelainan berbanding papan kenyataan sebelum ini. Setelah siap keseluruhan ruangan papan kenyataan tersebut, saya telah membersihkan peralatan yang telah digunakan. Bagi saya, adalah penting untuk membersihkan peralatan supaya ia akan dapat digunakan lagi pada masa akan datang. Oleh yang demikian, setelah selesai keseluruhannya, saya perlu mendapatkan pengesahan daripada guru besar . Setelah mendapatkan pengesahan daripada tuan guru besar, saya akan menyiapkan laporan keseluruhan projek yang telah dijalankan. Secara keseluruhannya, projek sudut galeri ini memberikan banyak faedah kepada saya kerana saya dapat mengeluarkan idea dalam menghasilkan sesuatu ruang papan kenyataan yang menarik. Akhir sekali, saya berharap agar murid-murid sekolah dapat melihat dan mengambil sedikit infomasi berkaitan dengan sudut galeri sekolah yang dibuat itu.

REFLEKSI Berdasarkan projek yang dijalankan, saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat sepanjang saya terlibat dalam menyiapkan projek ini: 1)Kekuatan Projek / Aktiviti Rakan praktikum terlibat dan memberikan kerjasama untuk memastikan projek ini siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepanjang projek dijalankan, guru pembimbing memantau dan memberikan cadangan kepada kami dalam proses penambahbaikan papan kenyataan. Beberapa peralatan yang diperlukan telah sedia ada dan ini memudahkan kerja saya. Kos perbelanjaan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan telah memudahkan kerja kami untuk menyiapkannya. 2) Kelemahan projek/aktiviti Kekangan masa pada hari-hari tertentu telah menyebabkan saya terpaksa menangguhkan kerja menghias papan kenyataan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa akan datang. Antaranya ialah: Memilih tempat yang sesuai sebagai tempat informasi bagi murid-murid dan guru. Menyediakan cermin bagi papan kenyataan tersebut supaya murid tidak dapat mengusik sebarang makluman carta bergambar yang telah dilekatkan. KESIMPULAN Dengan izin daripada Ilahi projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan tiada sebarang masalah. Semua pihak yang terlibat berpuas hati dan gembira dengan hasil kerja masing-masing. Semoga projek sebegini dapat diteruskan supaya samasama menceriakan tempat belajar iaitu sekolah.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

______________________

______________________________

(Mohd Farhan Bin Imran) Guru Praktikum Program Internship, Sekolah Kebangsaan Kampong Pauh

(Pn Faezah Binti Awang) Guru Pembimbing, Sekolah Kebangsaan Kampong Pauh

Dokumentasi Sepanjang Projek Sudut Galeri

1.0 Ruangan papan kenyataan yang kosong

2.0 Guru pelatih sedang menghias papan kenyataan

3.0 Hasil sudut galeri yang telah siap dihias

You might also like