You are on page 1of 9

1.

0 pengenalan

Pendidiakan jasmani suaian merupakan salah satu cabang pendidikan jasmani yang diajar di sekolah tetapi telah diubahsuai supaya sesuai dengan keperluan murid yang kurang upaya atau golongan kurang upaya di sekolah. Melalui pendidikan jasmnai suaian ini pelajar OKU ini berupaya untuk mengembang potensi diri selaras degan matlamat pendidikan jasmani untuk membentuk potensi individu yang merangkumi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Bagi membentuk perkembangan optimun kepada kanak kanak berkeperluan khas agar dapat menjadi indivu yang boleh bedikari dan berkemahiran, pendiddikan jamani suaian merupakan satu mata pelajaran yang diubahsuai agar menjadi satu landasan bagi menyediakan peluang kepada individu yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas pendidikan jasmani dengan selamat serta mencapai kepuasan yang maksimum.

Konsep Pendidikan Jasmani Suaian adalah antara perkara penting untuk melaksanakannya. Ia bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang ada, dan juga untuk kepuasan diri. Matlamatnya pula adalah untuk memberikan keseronokkan murid semasa belajar, agar perkembangan murid terbina secara positif dan baik. Ini seterusnya menjadikan murid-murid tersebut insan yang seimbang dan juga menguasai kemahiran asas dalam kehidupan seharian.

Aktiviti pendidikan jasmani yang sesuai dengan tahap kebolehan dan pencapaian murid bekeperluanl khas amat penting dalam membantu mereka untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka. Pakar perubatan juga mengalakkan mereka yang mengalami masalah kecacatan tidak hanya bergantung kepada ubat ubatan sahaja malah meraka digalakkan untuk menjalani progaram program terapi dan fisio sebagai salah satu program pemulihan mereka.

2.0 Pendahuluan 2.1 HIPERAKTIF Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali sebagai Attention Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu: ADHD Kurang Tumpuan -Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur

ADHD Hiperaktif-impulsif -Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi -Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

ADHD Gabungan -Menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan impulsive Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada

kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat

kecuaian,gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

2.2 LEMBAM Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah. Jamila (2005) menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan. Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa. Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005). Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan. Ciri ciri kanak kanak lembam adalah seperti berikut : -Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.

- Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap. - Sukar menerima arahan. - Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. - Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar. - Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis. - Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. - Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. - Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun - Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah - Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. - Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. - Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

3.0 RUMUSAN PERMULAAN Sebelum sesi permulaan pelajar dikumpul di bahagian tepi padang sebelum guru memberi arahan supaya beratur dalam barisan melintang dua barisan. Arahan terpaksa diberi beberapa kali kerana ada segelintir pelajar yang menghidap penyakit lembam. Sebelum aktiviti memanaskan badan dimulakan guru menerangkan tentang kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid. Aktiviti pemanasan badan yang dipilih adalah senamrobik. Guru menunjukkan beberapa langkah asas senamrobik yang akan dilakukan bersama dengan murid tanpa iringan muzik. Kelas dibantu oleh rakan pelatih yang lain iaitu fakaruddin dan fuhad, tujuan untuk mengajak rakan dalam mengajar murid bekeperluan khas adalah untuk membantu murid yang tidak dapat membuat aktivit dan juga untuk membantu mengawal kelas yang terdapat murid lembam dan juga hiperaktif. Semasa aktiviti senamrobik bermula, guru memainkan muzik sebagai salah satu daripada bahan bantu mengajar. Guru sebagai pendemo di hadapan dan murid akan melakukan aktiviti dengan cara meniru perbuatan guru. Semasa aktiviti berlangsung, terdapat segelintir murid yang melakukan perbuatan senamrobik dengan cara yang betul dan berjaya meniru perbuatan guru tetapi terdapat juga murid yang tidak dapat meniru perbuatan guru dengan tepat sebaliknya meniru perbuatan guru secara perlahan dan lambat tetapi masih juga lagi melakukan aktiviti berbanding dengan murid hiperaktif yang lebih suka berjalan jalan dan tidak melakukan aktiviti dengan arahan guru. Perbuatan murid hiperaktif itu sudah dijangka dan tugas untuk mengawal budak hiperaktif diserahkan kepada fuhad dan fuhad berjaya mengawal murid terbabit untuk melakukan aktiviti.

PERKEMBANGAN Dalam aktiviti perkembangan, guru telah menyediakan 2 aktiviti dengan setiap aktiviti memakan masa sebanyak 20 minit. Aktiviti pertama adalah aktiviti meniru pergerakan haiwan secara bebas. Sebelum aktiviti bermula, guru memberikan beberapa keping topeng gambar haiwan monyet, kucing, burung dan ikan. Setiap

pelajar yang menerima topeng gambar haiwan akan melakukan pergerakan haiwan tersebut dengan setelah menerima arahan guru. Permainan diberi nama doremon kata. Murid akan melakukan pergerak apabila guru menyebut doremon kata beregerak murid yang memakai topeng akan melakukan pergerakan haiwan mengikut topeng gambar yang telah diberikan. Walaupun dengan menggunkan arahan mudah doremon kata murid masih tidak melakukan pergerakan yang sepatutnya sehingglah arahan yang diberikan diulang beberapa kali. Walaupun arahan untuk melakukan pergerakan telah dilakukan beberapa kali masih ada murid yang perlu diberi tunjuk ajar secara khusus di mana guru atau pembantu akan bergerak ke pelajar yang masih tidak dapat atau tidak paham dengan arahan dan menunjukkan cara atau kaedah yang betul kepada murid tebabit. Bagi murid yang mempunyai hiperaktif guru atau pembantu akan sentiasa memerhatikannya kerana ditakuti pelajar tebabit akan meninggalkan aktiviti yang akan sedang berlangsung dan membuat aktiviti lain tanpa arahan guru. Murid yang mengalami hiperaktif ini tidak dibiarkan terus sebaliknya pembantu akan membantu guru untuk mendekati murid terbabit dan memberi arahan supaya melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti meniru pergerakan haiwan ini berlangsung selama 20 minit.

walaupun ada murid yang melakukan aktiviti ini hanya beberapa minit kerana banyak masa diperuntukkan untuk mengawal dan memberi arahan yang semasa kelas sedang berlangsung. Murid bergerak ke aktiviti yang kedua. Bagi aktiviti kedua ini, murid dikehendaki untuk melakukan pergerakan haiwan dengan alatan. Sebelum aktiviti pergerakan dengan alatan dilakukan. Guru akan menyebut tentang beberapa alatan yang akan digunakan. Peralatan peralatan yang digunkan semasa aktiviti kedua adalah gelung rotan, batang kayu, tali skipping, dan kon. Guru menyebut beberapa kali peralatan tersebut dan murid mengulang perkataan tersebut selepas guru. Tujuan guru menyebut peralatan tersebut adalah untuk memperkenalkan peralatan yang digunakan kepada pelajar. Selepas sesi menyebut nama alatan, guru menerangkan kepada pelajar tentang aktiviti yang akan dijalankan bagi sesi kedua. Guru berada di tengah gelanggang permainan dan menunjukkan demo bagaimana aktiviti kedua ini akan berlangsung. Setelah selesai demo dari guru, murid akan bergerak ke stesen yang telah ditetapkan bermula dengan stesen A, B, C

dan berakhir di stesen D. Semasa di stesen A murid akan melakukan aksi berjalan seperti monyet dan bergerak masuk kedalam gelung rotan yang telah disusun. Bagi murid ADHD mereka tiada masalah untuk melakukan pergerakan tersebut tetapi bagi murid lembam, mereka memerlukan lebih perhatian dan arahan selain guru perlu menunjukkan sekali lagi demo kepada murid lembam. Satu kelemahan yang ketara semasa melakukan aktiviti ini adalah semasa pergerakan dari stesen ke stesen yang lain. Pergerakan yang lambat ini menyebabakan aktiviti terpaksa dilakukan dalam masa yang singkat. Jika dilihat daripada pergerakan dan lakuan motor murid ADHD dan murid lembam, murid ADHD mempunyai lakuan motor yang lebih baik berbanding murid lembam tetapi murid ADHD mempunyai masalah cepat bosan dan gemar melakukan aktiviti tanpa melakukan aktiviti tanpa yang berfikir dahulu. Disebabkan diesebabkan tingkah laku ini, kawalan kelas agak longgar dan tumpuan yang perlu diberikan kepada murid murid lain berkurng dan guru memerlukan pembantu dalam mengawal kelas semasa melakukan aktivit. Fasa perkembangan dalam aktiviti 2 berakhir dengan semua murid telah melakukan lakuan pergerakan haiwan dengan alatan di semua stesen. KEMUNCAK Aktivit kemuncak adalah satu permainan kecil dimana murid akan mengambil kad huruf yang terdapat di dalam bakul dan menyusun menjadi satu perkataan haiwan. Aktiviti ini melibatkan semua murid dan dibantu oleh guru dan juga pembantu guru. Walaupun seperti permainan ini senang dan mudah dilaksanakan bagi murid normal, bagi murid kelainan upaya mereka amat sukar melakukan aktiviti ini terutama bagi murid lembam berbanding dengan murid ADHD. Kumpulan dibahagikan sama banyak ahli dan setiap kumpulan mempunyai ahli yang menghidap ADHD dan juga ahli lembam. Bagi aktivit permainan kecil ini kumpulan B telah memenangi pertandingan ini kerana berjaya menyusun perkataan haiwan lebih cepat berbanding kumpulan A. Semasa melakukan permainan kecil ini guru boleh melihat tingkah laku murid yang menghidap ADHD amat berbeza dengan murid lembam dimana murid lembam lebih berminat untuk bermain permainan yang disediakan manakala murid ADHD hanya boleh bermaina permaina ini sekejap dan seterusnya mereka akan membuat hal sendiri seperi berjalan jalan dan sebagainya. Walaupun murid lembam kurang memahami arahan yang diberikan

walaupun arahan yang diberikan adalah jelas. Bagi memahamkan murid tersebut, guru terpaksa menjadi demo bagi melakukan aktiviti ini bagi menambah lagi kefahaman murid untuk melakukan aktiviti supaya mereka boleh bersaing secara sihat dan adil. PENUTUP Bagi aktiviti penutup, guru menyediakan satu tarian yang dipangil chicken dance da seperti biasa guru akan memulakan atau menunjukkan langkah pergerakan yang betul sebelum memainkan muzik bagi aktiviti penutup. Murid diatur supaya semua menghadap guru dan guru akan memainkan muzik dan murid akan mengikut perbuatan guru. Murid yang menghidap ADHD akan dikawal oleh pembantu dan juga merangkap rakan satu praktikum. Murid lembam yang mempunyai ,salah pergerakan yang tidak betul akan diperbetulkan oleh guru atau rakan praktikum yang lain. setelah aktiviti gerak kendur guru bertanyakan beberapa peralatan yang digunakan semasa memmbuat aktiviti sebentar tadi dan murid akan menyebut secara beramai ramai dan diulang beberapa kali.

LAMPIRAN:

You might also like