You are on page 1of 18

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Ahli Kumpulan: Nur Azimah Binti Asmadi Nadia Rozaila Binti Rahiman Ernnywantie Binti Joseph Christy Kilis

Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusipun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara sebagai panduan mengatur & menyelaras pemerintahan sesebuah negara, serta juga panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja.

Perlebagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah undang-undang perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau naskah. Perlembagaan ini sukar dipinda, kecuali wujud peruntukan tertentu dalam perlembagaan itu untuk membolehkan pindaan dilakukan. Perlembagaan Malaysia ialah perlembagaan bertulis. Perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan yang semua prinsip undang2 perlembagaan tidak terkumpul dalam satu kanun atau naskah, tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi, keputusan mahkamah, akta parlimen dan pandangan para ilmuan. Contoh negara yang mengamalkan pelembagaan jenis ini ialah United Kingdom.

Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan & badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Umumnya, perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual. Intipati perlembagan Malaysia ringkasnya, menyentuh mengenai bidang kuasa eksekutif, kehakiman, kedudukan agama islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera di Sabah & Sarawak dll.

Sejarah Penggubalan Perlembagaan

MALAYAN UNION

Perlembagaan Malayan Union Apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. . Parlimen British telah meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945 Malayan Union ini adalah untuk menukarkan status melindungi' kepada status "koloni" penuh British. Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu, dan Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani perjanjian ini.

SEBAB-SEBAB PENUBUHAN
1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. 2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu berkerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-raja Melayu. 3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri.

CIRI-CIRI MALAYAN UNION


1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. 2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.

3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan.


4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN;
1. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri. Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya Gabenor perlu mengikuti nasihat. __________________________________________ 2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. __________________________________________________ 3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus So __________________________________________________ 4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. _______________________________________________ 5. Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.

PENENTANGAN MALAYAN UNION


1. Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang Melayu. 2. Tetapi Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama. 3. Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu. 4. British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan gagal.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Kerana protes orang Melayu yang memulaukan Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 .

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1. British tubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British. 2. Ia bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.

3. Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
4. Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diisytiharkan pada 1 Februari 1948

CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


1.

9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi..

2.

3.

4.

5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 812 tahun. Seorang pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. 7. Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Sekian.. Terima kasih

You might also like