You are on page 1of 50

1.

0 PENGHARGAAN

Alhamdulilah... Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan dan kudrat dari-Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) dengan jayanya. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pensyarah Kajian Sosial IPIK, Tuan Haji Ridzuan Bin Baharin, Puan Nor Baizura Binti Abu Bakar, Puan Wan Maznah Binti Wan Harun, dan Puan Fuziah Binti Abdul Manaf kerana banyak membantu kami dalam pengurusan perancangan program KKBI ini. Hal ini kerana tanpa bantuan daripada para pensyarah pembimbing, program ini tidak akan berjalan dengan lancar dan pasti terdapat cacat celanya. Tidak lupa kepada ibu bapa kami kerana banyak membantu dari segi kewangan untuk tujuan KKBI. Di samping itu juga, mereka telah banyak memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap saya. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan kerjasama bagi menjayakan projek ini. Kerjasama yang meliputi semua aspek seperti kewangan, sumbangan tenaga, aktiviti dalam kumpulan, penyediaan peralatan dan kemudahan, peersiapan makanan dan sebagainya. Tanpa kerjasama semua, saya pasti mengalami kesulitan dalam kelancaran program ini malah berkemungkinan program ini akan tergendala. Selain itu, segala perkongsian maklumat mengenai skop kajian yang diberikan amat saya hargai kerana tanpa bantuan semua segalanya mungkin tidak akan dapat saya sediakan sesempurna yang mungkin. Tidak dilupakan juga kepada responden-responden saya yang telah memberi kerjasama kepada saya terutama Encik Abdul Rahman, Puan Fuziah Binti Jaafar dan Puan Norsimah Binti Jantan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penduduk Kampung Morten. Tidak lupa juga, kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan Muzium Stadthuys, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia, Muzium Samudera dan Kampung Morten dan pihak-pihak lain yang turut menyumbang bakti kepada saya secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan tugasan ini. Sekian, wassalam.

2.0 PENDAHULUAN 2.1 Pengenalan Negeri Melaka Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Negeri Sembilan di utara, Johor di Tenggara dan Selat Melaka di barat. Dari segi keluasan, Melaka merupakan negeri keempat terkecil di Malaysia dan kesembilan terkecil di Semenanjung Malaysia. Manakala dari segi kepadatan penduduk, Melaka merupakan negeri keempat terpadat di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia. Kepadatan penduduk di negeri ini ialah pada kadar 432.1 per kilometer persegi. Ibu negerinya adalah Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Penduduk negeri Melaka terdiri daripada 50 % penduduk berbangsa Melayu, 40 % berbangasa bangsa Cina dan Peranakan iaitu Baba dan Nyonya dan selebihnya ialah penduduk berbangsa India, Chitty dan Papia Kristang. Bangsa Papia Kristang ialah bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan bertutur dalam bahasa Cristao iaitu sejenis dialek Portugis lama, (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan_di_Melaka). Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan. Cogan kata negeri melaka ialah Bersatu Teguh dan lagu negeri ialah Melaka Maju Jaya.

Gambar 2.1.1: Bendera Negeri Melaka

Gambar 2.1.2: Jata Negeri Melaka

2.2 Melaka Bandaraya Bersejarah Dalam kisah sejarah negeri-negeri di negara kita, negeri Melaka mempunyai kisah sejarah yang paling menarik. Malah di negeri ini juga terdapat paling banyak monumen bersejarah yang menjadi tatapan rakyat termasuklah para pelancong luar negara. Meskipun Melaka adalah sebuah negeri yang kecil, namun kaya dengan pelbagai warisan sejarah dan budaya yang menjadi sebutan ramai. Melaka terkenal sebagai tempat bermulanya sejarah Tanah Melayu yang diasaskan oleh Parameswara, seorang putera raja dari Sumatera. Kedudukan Melaka yang strategik memberikan satu kelebihan semula jadi kepada negeri ini untuk muncul sebagai kuasa perdagangan antarabangsa yang popular di kalangan pedagang-pedagang tempatan mahupun luar negara. Melalui negeri Melaka, agama Islam terus berkembang pesat ke seluruh Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan kepercayaan aninisme dan hinduisme,(Ayuni Amir, 2005). Sistem kesultanan dan politik yang kini menjadi asas kepada sistem pentadbiran Malaysia juga dikatakan berasal dari negeri Melaka. Pada tahun 1511, keagungan Melaka kian runtuh kerana dijajah oleh kuasa luar. Misalnya Melaka telah jatuh ke tangan penjajah Portugis pada 1511, diikuti oleh Belanda pada tahun 1641 dan British pada tahun 1824. Secara umumnya, bermula dari sebuah kampung yang sunyi tanpa pemabngunan, Melaka terus melakar kejayaan demi kejayaan yang mengharumkan namanya. Bermula sebagai sebuahkota perdagangan tukar barang yang cukup terkenal pada abad ke-15, nama Melaka kian meniti di bibir pedagang-pedagang asing. Hari ini pula, Melaka berjaya menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam tetapi juga pelancong luar negeri. Antara peninggalan sejarah yang cukup popular di Melaka ialah Kota A Famosa, Bangunan Stadthuys, Muzium Samudera, Medan Portugis dan banyak lagi. Dari satu pihak ke satu pihak, Melaka yang telah dijajah lebih 400 tahun kini kembali dengan cemerlang sebagai salah satu tempat pelancongan yang terkemuka di negara ini. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sesetengah pelancong asing lebih mengenali nama Melaka berbanding Malaysia.

2.3 Pembangunan yang pesat Kini dalam abad ke-21, Melaka terus mengorak langkah dalam arus pembangunan negara melalui usaha-usaha yang terus giat dijalankan. Kerajaan negeri telah bekerja keras menarik lebih ramai pelabur ke negara ini, sekali gus menyediakan peluang-peluang perkerjaan yang dapat menampung guna tenaga. Kestabilan politi dan tenag kerja yang mencukupi adalah antara faktor negeri ini diyakini oleh para pelabur luar negara. Pelabur asing tidak teragak-agak untuk membuat pelaburan di Melaka. Sekarang, Melaka adalah salah satu pusat perindustrian dan pelancongan yang penting di Malaysia khusunya.Perkembangan sektor industri yang pesat mendorong kerajaan negeri Melaka untuk membuka kawasan perindustrian di Ayer Keroh dan Melaka. Sektor pelancongan telah memberikan pendapatan yang lumayan kepada negeri Melaka.sektor pelancongan ini dibahagikan kepada sebelas subsektor, di mana setiap subsektor mempunyai produk jualan yang tersendiri dalam menarik kedatangan pelancong ke negeri Melaka. Sebelas subsektor tersebut ialah pelancongan warisan, pelancongan kebudayaan, pelancongan rekreasi(ekopelancongan), pelancongan membeli belah, pelancongan konvesyen, pelancongan sukan, pelancongan kesihatan, pelancongan makanan, pelancongan pendidikan, pelancongan tani dan pelancongan Peningkatan belia,( jumlah http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan_di_Melaka).

kedatangan pelancong dari tahun ke tahun telah memberikan tekanan kesesakan kepada kawasan utama khususnya pusat bandar Melaka. Saiz bandar Melaka yang kecil dilihat tidak mampu menampung jumlah pelancong yang ramai. Apatah lagi, Melaka mempunyai tiga daerah yang meliputi kawasan seluas 1650 kilometer persegi dan mempunyai rakyat yang berbilang bangsa seramai 648 500 orang, (Ayuni Amir, 2008). Justeru itu, keperluan perancangan pelancongan terutamanya daripada aspek pengurusan pelancong dan pembangunan fizikal di kawasan utama. Untuk menampung masalah kekurangan tanah di Melaka, Kerajaan negeri telah melakukan penambakan laut. Penambakan laut yang pertama telah dijalankan sekitar pertengahan 1980-an yang membabitkan kawasan pembangunan Melaka Raya. Penambakan berikutnya dibuat sekitar tahun 1998 dengan pembinaan Pulau Melaka, iaitu pulau buatan berkembar seluas 40 hektar, yang pertama di Malaysia. Pembangunan pulau yang menelan belanja RM 2 billion ini merangkumi pembinaan

1,518 unit kedai pejabat, 92 unit lot banglo, 1,012 unit kondominium, pusat jeti, kompleks komersial serta pejabat. Penambakan ini merangkumi kawasan pantai Limbongan, Kelebang Kecil, Kelebang Besar, Pantai Puteri di Tanjong Keling serta yang terletak 15 km dari Pulau Melaka. Kesan penambakan Pantai Klebang telah mendatangkan kesan yang negatif berbanding kesan positif. Kesan yang paling jelas dapat dilihat ialah nelayan di sekitar Pantai Klebang telah kehilangan sumber pendapatan.Hal ini berikutan penambakan tersebut menjejaskan ekosistem dan memusnahkan habitat hidupan akuatik. Penambakan tersebut juga menjejaskan peniaga belacan dan cencaluk di sekitar Klebang. Hal ini berikutan tangkapan udang geragau yang digunakan untuk membuat belacan dan cencaluk semakin berkuarangan setelah penambakan itu dijalankan. Justeru itu, dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) kali ini, saya akan mengupas mengenai Kesan Penambakan Zon Pinggir Pantai di Pantai Klebang terhadap sosioekonomi masyarakat setempat. 2.4 Asal usul nama Melaka Antara daya tarikan awal dalam sejarah negeri Melaka ialah cara Melaka memperoleh nama. Terdapat pelbagai versi cerita menarik yang dapat dikaitkan dengan asal usul nama Melaka. Menurut Suma Oriental, pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara atau Sultan Iskandar Shah, (Ayuni Amir, 2005). Beliau ialah putera raja yang berasal dari Palembang yang berketurunan Sailendra. Sebelum mendirikan kerajaan di Melaka, Parameswara telah terbabit dalam satu pemberontakan yang hebat di Palembang bagi menentang kerajaan Majapahit,( http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka). Malangnya setelah gagal dalam pemberontakan itu, Parameswara terpaksa lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh angkatan tentera Majapahit yang giat memburunya. Akhirnya Parameswara selamat sampai di Temasik (kini Singapura). Beliau mendapat perlindungan daripada raja Temasik yang mengaku dirinya wakil kerajaan Ayuthya iaitu sebuah kerajaan Siam. Walau bagaimanapun, Parameswara telah membunuh Temagi bagi membolehkannya pula berkuasa. Parameswara melantik dirinya sebagai raja di situ.

Kematian wakil Siam itu telah menimbulkan kemarahan dan dituntut bela oleh pihak Siam. Lantas, pihak Siam menghantar bala tenteranya untuk memburu Parameswara. Dalam keadaan nyawa yang terancam, Parameswara dan pengikutpengikutnya terpakasa melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat. Mereka lari ke Muar tetapi tempat itu kurang baik kerana terdapat serangga dan biawak. Kemudian, mereka berpindah ke Bertam dan di situlah Parameswara menetap. Cerita yang paling popular mengenai asal usul nama Melaka ialah nama itu dikaitkan dengan sebatang pokok yang dikenali sebagi pokok Melaka. Sejarah Melayu ada menceritakan asal usul nama Melaka, (Ayuni Amir, 2005). Menurut cerita, semasa Parameswara dan pengikutnya pergi memburu, Parameswara berehat dan bersandar pada sepohon pokok. Semasa mereka sedang berehat, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke dalam sungai. Melihat kepada kejadian ganjil itu, baginda terpegun akan kegagahan pelanduk itu. Lantas Parameswara berpendapat bahawa tempat berlakunya kejadian itu sangat bertuah dan sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan yang lumayan kelak. Baginda menamakan tempat itu sebagai negeri Melaka bersempena nama pokok tempat baginda bersandar iaitu pokok Melaka. Bertitik tolak dari itu, Parameswara memerintahkan supaya negeri itu dibuka dengan rasminya di bawah naungan baginda dan baginda adalah pemerintah Melaka. Gasper Correa, seorang penulis sejarah pada tahun 1551 ada mengatakan ketika Parameswara melarikan diri ke Melaka, baginda mendapati sudah ada penempatan orang Melayu Asli dan orang laut yang membina kehidupan di situ, (Ayuni Amir, 2005). Parameswara juga mendapati di muara sungai itu sudah ada sebuah perkampungan nelayan. Para penduduknya giat menjalankan kerja-kerja membuat ikan masin sebagai sumber rezeki untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Menurut Gasper Correa juga tempat itu dikenali sebagai Malagas atau Mulagas bersempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin yang agak terkenal. Justeru itu, apabila nama tempat itu sering kali disebut-sebut, ia akhirnya dikenali sebagi negeri Melaka.

Walau bagaimanapun, dalam buku Suma Oriental, nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan Malaya yang membawa maksud tempat perlindungan. Dikatakan semasa Parameswara sampai di Muar, sekumpulan Orang selat telah bertemu dengan baginda, (Ayuni Amir, 2005). Kumpulan Orang Selat itu telah memohon supaya baginda menjadi raja mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam. Namun begitu, Parameswara berkata kepada mereka, kamu semua tahu yang dalam bahasa kita, seseorang yang melarikan diri itu dipanggil Melayo. Oleh itu eloklah tempat ini dipanggil Malaya kerana tempat ini mewakili tempat perlindungan bagi kita semua.

2.5 Muzium Stadthuys Bangunan Stadthuys yang di bina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina Belanda ketika itu, (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan_di_Melaka). Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur. Bangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu. Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaianpakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.

Gambar 2.5.1: Muzium Stadthuys

Gambar 2.5.2: Bahagian dalam Muzium Stadthuys 2.6 Muzium Samudera Muzium ini merupakan replika kapal Flor de La Mar iaitu sebuah kapal Portugis yang berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Kapal ini telah dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan Sungai Melaka, ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Samudera).

Gambar 2.6.1: Replika kapal Flor de La Mar Fokus utama muzium ini dibina adalah untuk memberikan input mengenai sejarah kelauatn Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur serta

menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka. Muzium ini juga memaparkan perkembangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu, lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka melalui pameran yang diadakan,( http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Samudera). Antara objektif pembinaan muzium ini adalah menggambarkan peranan Melak sebagai pusat perdagangan masa lampau dan perkembangan kegiatan maritim semenjak Tanah Melayu ditemui dan kemajuannya di zaman kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda dan British. 2.7 Kampung Morten Kampung morten ialah sebuah kampung yang terletak di tengah Bandaraya Melaka merupakan satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka. Bagi mereka yang biasa berkunjung ke luar negara, mereka mungkin biasa mendengar kemasyhuran Venice. Venice adalah nama sebuah bandar yang indah dan terletak di persisiran sungai tetapi diulit oleh kesibukan,( Ayuni Amir, 2005). Kewujudan bandar Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyai sejarah yang serupa seperti terdapat di Venice. Justeru, tidak hairanlah bandar Melaka dikenali sebagai Venice Timur di kalangan para pedagang asing. Hal ini disebabkan bandar Melaka menjadi puast perdagangan utamayang menghubungkan kawasan Timur dan Barat sekitar kurun ke-15 lagi.

Gambar 2.7.1: Pemandangan Kampung Morten dari udara

Gambar 2.7.2: Pemandangan Kampung Morten dari tebing Sungai Melaka Kampung Morten telah diasaskan oleh Demang Datuk Haji Abdul Ghani, iaitu seorang pembesar Melayu yang agak berpengaruh pada masa itu. Kebanyakan penduduk Kampung Morten asalnya tinggal di Kampung Jawa. Namun, kepesatan pembangunan di bandar Melaka menyebabkan perlunya dibina sebuah kawasan pasar yang besar di tapak perkampungan itu. Kedudukan Kampung Jawa yang terletak di tengah Bandar dapat memudahkan orang ramai berurusan di pasar terbabit. Penduduk Kampung Jawa pun diarahkan oleh pihak British berpindah ke tapak perkampungan yang lain dan penduduk pun bersetuju. Namun ada masalah lain yang timbul apabila tiada tapak perkampungan untuk menampung kehidupan mereka. Lantas, Demang Datuk Haji Abdul Ghani dan Datuk Othman Mohd Noor telah mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung yang lain. Mereka mencadangkan diadakan perjumpaan dengan pihak Inggeris bagi mencari jalan mengatasi kesulitan yang mereka hadapi. Pesuruhjaya Tanah Inggeris iaitu F.J Morten telah mengetuai perbincangan terbabit bagi pihak Inggeris, (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Morten). Mujurlah beliau amat memahami masalah yang dihadapi penduduk kampung berkenaan. Hasil perbincangan , sebuah tempat yang belum bernama telah dipersetujui untuk dibangunkan sebagi tapak perkampungan baharu bagi penduduk Kampung Jawa. Tapak perkampungan baharu itu telah dibangunkan melalui gotong-royong. Kampung baharu itu masih belum diberi nama. Penduduk kampung mencadangakan beberapa nama yang difikirkan sesuai bagi kampung mereka. Antara nama yang dicadangkan ialah Kampung Bunga Raya, Kampung Tanjung Bunga dan Kampung Baru. Namun di sebalik nama-nam kampung itu, ada pula cadangan untuk menamakannnya dengan

nama F.J Morten sebagi membalas jasanya membantu penduduk kampung mendapatkan sebuah pekampungan baharu. Akhirnya, penduduk kampung bersetuju menamakan kampung tersebut sebagai Kampung Morten. Sejak itulah, nama Kampung Morten terus kekal sehingga ke hari ini. Nama kampung itu memang unik kerana ia merupakan antara perkataan Melayu dan Inggeris. Kini Kampung Morten menjadi tumpuan para pelawat luar negara untuk melihat lebih dekat kehidupan orang Melayu di bawah kepesatan bandar Melaka. Kampung yang berusia hampir 70 tahun lamanya telah menjadi amat penting kepada penduduk negeri Melaka. Hal ini disebabkan Kampung Morten bertindak sebagai bukti kegigihan segelintir sekumpulan penduduk Melayu yang tabah bertahan di kawasan bandar Melaka yang semakin membangun. Kampung ini terus wujud bagi mempamerkan identiti budaya Melayu yang menguasai Melaka suatu ketika dahulu.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1OBJEKTIF UMUM

3.1.1 Memberi kesederan kepada guru pelatih mengenai keperluan dan

kepentingan pendidikan Kajian Sosial. 3.1.2 Memupuk dan membentuk kerjasama di kalangan guru pelatih serta para pensyarah dalam melaksana dan mencapai matlamat sesuatu projek atau kajian dengan berkesan. 3.1.3 Memberi kefahaman dan kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar demi kesejahteraan penduduk sejagat. 3.1.4 Meningkatkan kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan alam sekitar kepada kehidupan manusia. 3.1.5 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengeluarkan idea atau pandangan melalui pemerhatian mereka berdasarkan aspekaspek yang telah ditugaskan. 3.1.6 Guru pelatih dapat diberikan pendedahan tentang latar belakang, taraf sosioekonomi dan budaya penduduk setempat di sesuatu kawasan bagi memperkembangkan minda guru pelatih dalam membantu mereka ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran

apabila berada di sekolah kelak.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS 3.2.1 Mengkaji tentang kesan penambakan laut terhadap masyarakat dan impaknya dari aspek ekonomi, sosial dan persekitaran. 3.2.2 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyelami kehidupan masyarakat nelayan yang masih lagi kurang mendapat kemajuan dari proses pembangunan negara. 3.2.3 Memberi pendedahan kepada para pelajar bagi mencapai matlamat tajuk kajian mereka dalam subjek Kajian Sosial. 3.2.4 Membentuk keyakinan diri dalam pelajar-pelajar semasa melakukan temubual dengan penduduk tempatan bagi menghasilkan dapatan kajian. 3.2.5 Menggalakkan pelajar-pelajar supaya mereka melaksanakan tugasan jawatankuasa yang ditetapkan dengan penuh tanggungjawab. 3.2.6 Menggalakkan para pelajar melakukan pemerhatian di tempat kajian untuk mendapatkan hasilannya supaya pemerhatian mereka dapat dimajukan.

4.0 LOKASI KAJIAN 4.1 Asal usul nama Klebang Mengikut sejarah dari kalangan orang tua di Klebang, nama Klebang diilhamkan oleh penduduk kawasan ini yang ketika itu ada beberapa pedangang India Muslim yang datang berdagang, lalu mereka berhenti solat di sebuah masjid di kawasan ini, sampai masuk waktu untuk bersolat, lalu pedagang tersebut azan di masjid tersebut. Lalu orang kampung di sini memanggil kawasan ini "keling bang(azan)". lalu bila telah terlalu lama penduduk menanggil "Keling Bang", nama Klebang pun tercipta,( http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantai_Klebang). 4.2 Pantai Klebang Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka. Ia terletak berhampiran Tanjung Keling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil. Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang, (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantai_Klebang). Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar. Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Keling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).

Rajah 4.2.1 Peta negeri Melaka

Rajah 4.2.2 Peta Kedudukan Pantai Klebang

4.3 Asal usul nama Tanjung Keling/ Pantai Puteri Tempat ini mendapat nama kerana kemahsyuranya sebagai pusat perdagangan terkenal satu masa dahulu. selain itu, ia juga merupakan tempat istirehat raja-raja pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, (http://ms.wikipedia.org/wiki/ Tanjung Puteri). Bentuk muka buminya yang bertanjung disepanjang persisir pantai menyebabkan ia popular sebagai kawasan perhentian kapal-kapal perdagangan dari pelbagai negara. Nama Tanjung Kling bermula semasa zaman panjajahan Portugis. Semasa Pemerintah Portugis tiba di satu kawasan bertanjong mereka melihat terlalu ramai pekerja dari India sedang memunggah barang perdagangan dari kapal. Melihat suasana yang begitu, pemerintah Portugis bertanya kepada pembesar negeri nama tempat itu. Pembesar tersebut hanya menjawab 'Tanjung'. Lalu Pemerintah Portugis bertanya lagi, "Tanjung apa?". Pembesar tersebut mengeling. Pemerintah itu bertanya lagi, "orang apa itu. berbeza dengan orang Melayu?" "Orang Keling tuan. Mereka dari India." Pembesar tersebut menjawab. Melihat keunikan kawasan tersebut pemerintah Portugis mengelar kawasan itu sebagai Tanjung Keling. Bermula pada hari itu kawasan tersebut dikenali sebagai "Tanjung Keling" kerana terlalu ramai orang keling berada disitu. Dan nama itu kekal sehingga sekarang. Terdapat dua buah pelabuuhan yang menjadi persinggahan kapal-kapal dagang memunggah barangan yang di bawa pada masa ini. Ini membuktikan bahawa Tanjung Keling sememangnya kawasan yang sesuai untuk mendirikan pelabuhan,( http://ms.wikipedia.org/wiki/ Tanjung Puteri).. 4.4 Tanjung Keling/Pantai Puteri Sehingga kini kawasan yang menjadi asas wujudnya nama Tanjung Keling masih lagi sama. Kawasan bukit yang dulu pernah menjadi kawasan raja-raja berehat. Bukit ini dikenali sebagai Bukit Banglo. Seluruh kawasan ini berbukit yang hampir dengan laut. Laut dapat dilihat nyata dari bukit ini. Bukit Banglo Tanjung Keling ialah 95.7 meter dari aras laut (above sea level). Jalan Raya 101.22 meter dan makam 105 meter dari aras laut, (http://ms.wikipedia.org/wiki/ Tanjung Puteri).

,(.

Gambar 4.4.1: Masjid Tanjung Keling Pelantar minyak petronas yang cantik terletak tidak jauh dari pantai. Kelihatan juga Masjid Tanjung Keling yang gah berdiri. Rekabentuk keseniannya yang unik merupakan masjid tertua di Tanjung Keling. Senibinanya mirip senibina masjid lama yang seperti Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu.

Gambar 4.4.2: Keadaan Pantai Puteri selepas penambakan

5.0 KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang benar dan tepat. Kaedah yang telah saya gunakan adalah seperti berikut. 5.1 Pemerhatian Pemerhatian adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi peluang kepada pelajar memerhati dan mengkaji sesuatu secara langsung di luar bilik darjah. Dalam menjalankan kajian, pelajar boleh membuat lawatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tentang asal usul nama tempat/nama jalan, bangunan dan tempat bersejarah, pertumbuhan dan perkembangan penduduk, perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas, peristiwa bersejarah, tradisi setempat, lagenda dan cerita rakyat serta pentadbiran setempat. Sebaik-baiknya pemerhatian dibuat di dalam kumpulan .Saya telah melihat seluruh kawasan kajian dan membuat catatan. Perkara yang saya perhatikan ialah jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Pantai Klebang dan kegiatan penduduk di kawasan tersebut. 5.2 Soal selidik Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari dari buku atau internet. Pelajar boleh meminta responden mengisi borang soal selidik membolehkan data dikumpul, dirumuskan, kemudian memproses menjadi graf atau carta pai. Bilangan responden perlulah ramai dan jika bilangan responden kurang, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar. Soalan yang boleh ditanya dalam borang soal selidik ialah seperti nama responden, jantina, umur, jenis pekerjaan dan pendapat mereka tentang potensi bentuk muka bumi, halangan bentuk muka bumi dan bentuk fizikalnya. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format soalan yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama soalan kajian serta ujian terhadap soalan perlu dijalankan sebelum soalan digunakan (Chua, 2006). Panduan membentuk item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah, selaras dengan responden, elakkan

soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Merican, 2006). Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 15 orang responden untuk mengetahui aktiviti penduduk dan kesan penambakan Pantai Klebang. 5.3 Temu bual Temu bual merupakan salah satu kaedah tinjauan dalam penyelidikan. Ia melibatkan pertemuan pengkaji dengan responden (orang sumber) untuk mendapatkan maklumat. Dalam mendapatkan maklumat, pengkaji mestilah menyediakan satu instrumen (alat kajian). Alat kajian ini terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diaju serta dijawab secara lisan. Saya telah menemu bual beberapa responden untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang kesan penambakan Pantai Klebang terhadap sosioekonomi masyarakat setempat. Temu bual ialah interaksi sosial apabila seseorang menanyakan beberapa soalan dan ada orang yang memberikan jawapan kepada soalan tersebut (Theresa L.Baker, 1999). Temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat yang lebih terperinci tentang kawasan kajian. Kaedah temu bual merupakan antara kaedah kajian lain yang kami gunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah temubual biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih luas berdasarkan pengalaman orangorang tempatan atau orang-orang yang pakar atau arif dalam sesuatu masalah yang dikaji. Kaedah temubual juga dilakukan untuk mendapatkan maklumat secara langsung melalui orang yang ditemubual. Temu bual sangat penting kerana kaedah ini melibatkan pertemuan dua hala diantara pihak-pihak yang tertentu yang ingin ditemubual. Penggunaan kaedah temubual untuk mendapatkan data adalah amat berkesan dan tidak dapat dinafikan. Temubual yang dijalankan lebih tertumpu kepada orang perseorangan ataupun berkumpulan, jadi sebarang permasalah ataupun persoalan boleh ditanya secara langsung. Selain itu, kami dapat menyediakan soalan-soalan yang tertentu untuk ditanya kepada orang yang ingin ditemubual. ( Sharifah Alwiah Alsagoff, 1998 )

Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden. 5.4 Rujukan Saya telah merujuk kepada buku rujukan yang terdapat di perpustakaan sebagai maklumat tambahan. Di samping itu juga saya menggunakan capaian internet.

6.0 DAPATAN KAJIAN 6.1 Data Responden Bagi Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) kali ini, saya telah menjalankan kajian mengenai Kesan Penambakan Laut Zon Pantai Klebang terhadap sosioekonomi masyarakat setempat. Kami telah berjaya menemuramah seramai 15 orang responden bagi kajian kali ini. Daripada 15 orang responden tersebut, 14 orang adalah lelaki dan hanya seorang responden perempuan. Responden perempuan tersebut ialah seorang pengusaha kedai makanan di tepi jeti Pantai Klebang.Dari segi umur, terdapat 2 orang responden berumur 18 hingga 29 tahun, seorang berumur dalam lingkungan 30 hingga 39 tahun dan 3 orang berumur di antara 40 hingga 49 tahun. Selebihnya ialah responden yang berumur 50 tahun ke atas iaitu seramai 9 orang. Kesemua responden yang ditemui beragama Islam dan berbangsa Melayu. Hal ini kerana waktu saya melakuakn kajian di pantai tersebut adalah pada jam 3 petang hingga 5 petang. Kebanyakan nelayan Cina telah pulang ke rumah dan akan turun ke laut kembali pada waktu malam atau keesokan paginya. Dari segi pekerjaan pula, seramai 5 orang responden bekerja dengan badan kerajaan sebagai pekerja di bahagian pembersihan. Mereka bekerja secara sambilan sebagi nelayan. Seramai 9 orang responden bekerja sendiri bagi menampung kehidupan seharian dan 2 orang reponden melakukan pekerjaan lain-lain. Data mengenai jantina, bangsa, umur, pekerjaan dan agama responden telah dirumuskan dalam bentuk graf seperti di bawah.

Graf 6.1.1: Jantina responden

Graf 6.1.2: Jenis bangsa responden

Graf 6.1.3 Umur responden

Graf 6.1.4: Jenis pekerjaan responden

Graf 6.1.5: Agama reponden

6.2 Kesan Penambakan dari segi Ekonomi, Sosial Dan Geografi terhadap Penduduk di Pantai Klebang. Terdapat banyak kesan penambakan Zon Pinggir Pantai di Pantai Klebang. Antara kesan penambakan ini dapat dilihat dari segi ekonomi, sosial dan geografi. Berikut ialah skala yang telah kami gunakan di dalam kajian kami. 1. Tidak setuju 2. Kurang setuju 3. Setuju 4. Sangat setuju Kesan penambakan Pantai Klebang mendatangkan pelbagai kesan sama ada dari segi positif atau negatif. Seramai 11 orang responden atau 73 % tidak bersetuju bahawa penambakan Pantai Klebang meningkatkan ekonomi penduduk. Manakala seramai 4 orang (23%) kurang bersetuju. Hal ini kerana ekonomi penduduk tejejas teruk akibat penambakan pantai tersebut. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan berkurangnya pelancong asing dan tempatan yang berkunjung ke pantai itu. Perniagaan kecil-kecilan seperti belacan dan cencaluk juga terjejas akibat kenaikan harga udang geragau yang digunakan bagi membuat belacan dan cencaluk. Kenaikan harga udang geragau adalah dari RM 2 sekilogram kepada RM 4 hingga 6 pada masa kini. Seramai 2 orang(13%) yang menyatakan wujudnya aktiviti pelancongan seperti pembinaan chalet dan hotel di sekitar pantai itu. Dari segi peluang pekerjaan seramai 8 orang responden(53%) tidak bersetuju bahawa wujudnya peluang pekerjaan setelah penambakan dilakukan. Ini kerana kebanyakan nelayan tetap menjalankan pekerjaan tersebut. Seramai 10 orang responden(67%) sangat bersetuju pendapatan nelayan terjejas akibat penambakan yang dijalankan. Kesan penambakan itu juga menyukarkan nelayan untuk menangkap ikan. Seramai 10 0rang reponden (67%) sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Ini kerana mereka terpaksa pergi ke kawasan yang lebih dalam untuk menangkap ikan. Seramai 6 orang responden(40%) sangat bersetuju dengan tangkapan hasil laut berkurang. Ini disebabkan kebanyakan ikan telah mencari lubuk atau penempatan baru akibat penambakan yang dijalankan itu. Dari segi kepupusan sumber perikanan seramai 7 orang responden(47%) sangat bersetuju. Seramai 8 orang responden(53%) sangat

bersetuju akibat penambakan itu para nelayan telah kerugian dari segi pelaburan peralatan dan perkakasan untuk ke laut. Seramai 4 orang responden(27%) yang menyatakan kerajaan memberi pampasan atau saguhati kepada penduduk setempat terutamanya nelayan. Tetapi para nelayan berpendapat pampasan tersebut tidak setimpal kerana pampasan RM 3200 hanya sekali seumur sehidup dan dapat menampung keperluan keluarga mereka buat beberapa bulan sahaja sedangkan pekerjaan sebagai nelayan menjadi punca rezeki sejak turun temurun.

Kesan penambakan/ Peratusan (%) Ekonomi penduduk meningkat Wujud aktiviti pelancongan Wujud peluang pekerjaan Pendapatan nelayan terjejas Nelayan sukar tangkap ikan Tangkapan ikan berkurang Kepupusan sumber perikanan Nelayan rugi dari segi pelaburan peralatan dan pekakas untuk ke laut Kerajaan beri pampasan 73 27 53 13 13 13 20 13 7

1 27 33 20 0 0 13 7 7 33

2 0 27 13 20 20 33 27 27 33

4 0 13 13 67 67 40 47 53 27

Jadual 6.2.1: Kesan penambakan terhadap ekonomi

Graf 6.2.1: Kesan penambakan terhadap ekonomi Kesan dari segi sosial pula ialah dari segi taburan penduduk, pergaulan bebas dan perpindahan nelayan ke komuniti lain. Seramai 4 orang responden(27%) yang sangat bersetuju taburan penduduk semakin bertambah selepas penamabakan tersebut. Dari segi pergaulan bebas di kalanagn remaja, seramai 5 orang responden(33%) bersetuju bahawa penambakan itu mempengaruhi gejala sosial di kalangan remaja. Seramai 7 orang responden(47%) bersetuju penambakan itu membawa keasn di mana komuniti nelayan berpindah ke kawasan lain.

Kesan penambakan/ Peratusan (%) Taburan penduduk bertambah Pergaulan bebas Perpindahan komuniti nelayan 7 27 13

1 40 13 7

2 27 33 47

4 27 27 33

Jadual 6.2.2: Kesan penambakan terhadap sosial

Graf 6.2.2: Kesan penambakan terhadap sosial Kesan penambakan Pantai klebang juga dapat dilihat dari segi geografi. Seramai 12 orang responden sangat bersetuju penambakan itu menyebabkan hakisan pantai yang teruk berlaku. Manakala seramai 6 orang responden berpendapat penambakan menyebabkan berlakunya banjir di kawasan Klebang. Menurut responden, sebelum penamabkan itu dijalankan, terdapat tiga lorong bagi laluan air ke loji berhampiran tetapi selepas penambakan dilakukan hanya terdapat satu lorong bagi laluan air ke loji tersebut. Hal ini yang menyebabkan berlakunya banjir dan limpahan air yang luar biasa ke kawasan darat. Dari segi pencemaran air, seramai 9 orang responden bersetuju penambakan itu mengakibatkan berlakunya pencemaran air. Seramai 12 orang responden sangat bersetuju bahawa penambakan laut itu memusnahkan hidupan akuatik dan seramai 8 orang responden sangat bersetuju bahawa penambakan itu telah memusnahkan alam sekitar serta ekologi di kawasan lain. Hal ini berikutan kawasan tangkapan ikan menjadi semakin sempit dan cetek, pasir laut menjadi berlumpur akibat mendapan pasir yang ditambak dan hasil tangkapan udang geragau semakin berkurangan.

Kesan penambakan/ Peratusan (%) Hakisan pantai yang teruk Kemusnahan secara fizikal Pencemaran air 0 20 7

1 7 20 0

2 13 20 33

4 80 40 60

Memusnahkan hidupan akuatik

13 40

80 53

Memusnahkan alam sekitar serta 0 7 ekologi di kawasan lain Jadual 6.2.3: Kesan penambakan terhadap geografi

Graf 6.2.3: Kesan penambakan terhadap geografi

Jadual 6.2.4 menunjukkan bilangan dan peratusan responden yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penambakan yang dibuat. Soalan Bilangan dan peratusan yang bersetuju dan tidak bersetuju Ya Tidak Bil % Bil % 15 100 0 0 14 93 1 17

1)Adakah wujudnya penambakan di Pantai Klebang 2) Para nelayan hidup tertekan akibat penambakan yang berlaku 3)Adakah persisiran Pantai Klebang menjadi sumber rezeki sejak dahulu

15

100

4) Setelah penambakan, pendapatan masyarakat setempat berkurang 5)Para nelayan terpaksa bergilir-gilir tutun ke laut. Hal ini kerana untuk mengelakkan kesesakan di laut dan pukat tersangkut sesama sendiri 6)Tidak semua nelayan dapat turun ke laut kerana menggunakan bot berkapasiti kecil dan tidak boleh pergi terlalu jauh. 7) Penambakan berlaku hampir menutupi keseluruhan kawasan penangkapan nelayan 8) Bekalan ikan yang didaratkan berkurang dan harga ikan naik 9)Adakah wang saguhati atau pampasan yang diberikan mencukupi yang diberikan 10) Aktiviti menangkap udang geragau untuk membuat cencaluk dan belacan tidak boleh dilakukan lagi kerana laut telah ditambak 11)Melaka kehilangan identiti sebagai pengeluar belacan dan cencaluk 12)Hakisan berlaku di kawasan tersebut 13) Pantai Klebang menjadi sarang

13

87

13

11

73

13

13

87

13

15

100

12 1

80 7

3 14

20 93

13

87

13

12

80

20

14 2

93 13

1 13

7 87

maksiat 14) Adakah kajian 11 73 4 27 semula perlu dibuat kerana pembangunan ini tidak memberi jaminan kepada nasib nelayan Jadual 6.2.4: Bilangan dan peratusan responden mengenai penambakan.

Graf 6.2.4: Peratusan responden yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan

penambakan yang dibuat.

7.0 Rumusan

Sepanjang menjalankan Kerja Kurusus Berasaskan Ilmu ini selama dua hari banyak pengalaman yang berharga dapat saya kutip untuk dijadikan panduan apabila bergelar seorang guru suatu hari kelak. Segala kelemahan yang berlaku perlu diatasi dengan sebaiknya dan beberapa penambahbaikan juga perlu dilakukan agar di masa akan datang,kerja kursus seperti ini berjalan dengan jayanya. Pepatah Melayu ada mengatakan Jauh Perjalanan Luas Pandangan. Itulah yang saya dapat rasakan sepanjang berada di Melaka. Jika sebelum ini, saya tidak banyak mengetahui mengenai keindahan dan keunikan negeri Melaka, mujur dengan adanya kerja kursus ini saya mendapat banyak input dan pengetahuan mengenai Melaka. Pelbagai maklumat mengenai sejarah negeri Melaka dapat saya

kutip semasa berkunjung ke Muzium Stadthuys, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia dan Muzium Samudera. Di Muzium Samudera saya mendapat input mengenai sejarah, kebudayaan dan masyarakat negeri Melaka. Di Muzium TLDM saya dapat mengenai peralatan yang digunakan oleh tentera laut dan pakaian seragam mereka. Muzium Samudera pula menyajikan maklumat mengenai sejarah maritim negeri Melaka. Pengalaman lain yang begitu berharga buat kami ialah ketika di kampung Morten. Aktiviti ini memerlukan kami berinteraksi dengan penduduk kampung tersebut.Kami telah dibawa mengelilingi kampung dan melawat Villa Sentosa.Ini sememangnya satu aktiviti yang tepat yang telah dirancang oleh jawatankuasa kami,kerana pengalaman bersama penduduk kampung tersebut memberikan kami gambaran bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakay jika kami ditempatkan mengajar di sekolah di kawasan kampung.

Beralih

pula

kepada

kelemahan

sepanjang

kerja

kursus

ini

pula,

saya

mencadangkan beberapa pemanbaikan untuk masa akan datang.Antaranya ialah,perancangan aktiviti-aktiviti haruslah mengikut susunan dan kesesuaian keadaan dan perlu mempunyai pelan tambahan. Hal ini kerana pada hari tersebut kami telah mengalami kelewatan tiba di Melaka. Sejurus tiba kami hanya diberikan masa 10 minit untuk membersihakan diri dan solat. Selepas itu, kami bertolak ke Pantai Klebang untuk menjalankan kajian. Di situ, kami hanya dapat menemu ramah seramai 15 orang responden. Kebanyakan nelayan pada jam 3 hingga 5 petang telah pulang ke rumah dan mereka hanya akan turun kembali ke laut pada waktu malam dan keesokan harinya. Di sini, ahli jawatankuasa haruslah merancang dan membuat penyelidikan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian bersama responden. Para pelajar juga haruslah bersikap lebih berdisiplin tidak kira dari segi kerjasama mahu pun menepati masa. Di dapati para pelajar sering lewat dan tidak dapat menepati masa yang di tetapkan bagi setiap permulaan aktiviti,sedangkan tentatif program telah diberi kepada setiap pelajar. Diharapkan di masa akan datang,kelewatan masa dapat dielakkan dengan cara bersiap atau bersedia

beberapa minit lebih awal sebelum aktiviti dijalankan dan mengetepikan kepentingan diri demi kepentingan ahli kumpulan masing-masing Kerja kursus ini juga menerapkan dan memberi kesedaran alam sekitar kepada kami. Alam sekitar merupakan habitat flora dan fauna yang harus kita pelihara dan pulihara. Sebagai contoh apabila penambakan dijalankan ianya memberi kesan yang mendalam kepada penduduk di kawasan Pantai Klebang. Ini berlaku kerana manusia itu sendiri yang tidak mempunyai kesedaran memelihara habitat flora dan fauna. Saya menyedari aktiviti-aktiviti penambakan ini telah menjejaskan kehidupan masyarakat setempat.Ini dapat saya lihat di mana pendapatan nelayan terjejas akibat penambakan tersebut dan terdapat juga nelayan yang berpindah ke perkampungan nelayan yang lain bagi mencari rezeki untuk keluarga mereka. Penambakan tersebut telah menghalang nelayan-nelayan untuk mencari rezeki bagi menampung keluarga. Seperti yang kita sedia maklum, golongan nelayan bukanlah golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi.Turut menerima kesannya ialah peniaga-peniaga belacan dan cencaluk di sepanjang jalan di Pantai Klebang. Perniagaan mereka terjejas teruk akibat penambakan tersebut.Kawasan jeti berhampiran dengan kerja-kerja penambakan tersebut juga menerima kesannya. Pasir laut di kawasan jeti tersebut menjadi belumpur akibat mendapan pasir yang ditambak. Kesimpulannya,tiada yang lebih penting selain usaha manusia itu sendiri seperti kita, untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi yang dikurniakan agar generasi akan datang masih berpeluang menikmati apa yang kita punyai sekarang.

8.0 Refleksi

Refleksi Kerja Kursus Berasaskan Ilmu(KKBI) Kajian Sosial Semester 3 Nama : Amir Ikhwanuddin Bin Sharifuddin No.KP: 891121-11-5683 Kelas : J3.4

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dengan izin serata inayahnya dapat juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ( KKBI ) Kajian Sosial bagi semester 3. Pada kali ini, saya telah menjalankan kajian mengenai Kesan Penambakan Laut Zon Pinggir Pantai Klebang terhadap sosioekonomi penduduk di Klebang. KKBI ini telah dijalankan dari 5-7 Ogos 2009. Pertama sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Baizura Binti Abu Bakar selaku pensyarah bagi mata pelajaran kajian sosial pada semester ini kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas yang mempunyai pelbagai karenah. Tidak lupa juga kepada pihak pensyarah Jabatan Kajian Sosial iaitu Tuan Haji Ridzuan Bin Baharin selaku Ketua Jabatan Kajian Sosial , Puan Wan Maznah Binti Wan Harun dan Puan Fuziah Binti Abdul Manaf kerana banyak membantu kami dalam pengurusan perancangan program KKBI ini dan begitu bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran program ini. Syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Pengelola KKBI ini yang diketuai oleh saudara Mohd. Afif Faiz Bin Faiz kerana berjaya mengelolakan program ini dengan jayanya.Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para rakan-rakan dari Kumpulan PraPISMP J3.2, J3.3 dan J3.4 yang telah bertungkus lumus bekerjasama bagi memastikan projek KKBI pada kali ini lebih berjaya dari sebelumnya.

Alhamdulillah, program 3 hari 2 malam ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kekangan yang perlu diatasi. Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya berasa sangat seronok dan gembira kerana banyak pengalaman dan input-input yang berguna dapat ditimba. Pengalaman yang saya peroleh tidak akan saya lupakan. Semasa melawat Muzim Stadhuys(5 Ogos), Muzium TLDM(5 Ogos) dan Muzium Samudera (6 Ogos) saya dapat mempelajari mengenai betapa pentingnya sejarah bagi kita. Hal ini kerana Melaka kaya dengan bahan-bahan peninggalan penjajah iaitu Portugis, Belanda dan British. Dengan adanya pengetahuan sejarah negara, kita sebagai rakyat yang berjiwa Satu Malaysia haruslah bersatu padu dan tidak membiarkan negara kita dijajah kembali. Ini kerana harga sebuah kemerdekaan adalah terlalu mahal. Kita sebagai terdahulu. Seterusnya beralih pula kepada kajian yang dilakukan di Pantai Klebang. Semasa menjalankan kajian di sana, saya dapat melihat kesan penambakan tersebut dengan jelas. Keadaan Pantai Klebang telah berubah seratus peratus akibat penambakan tersebut. Saya bersyukur dengan adanya bukti yang jelas di hadapan mata, saya menyedari sebagai insan yang kerdil di sisi Allah s.w.t kita harus menjaga alam sekitar dan tidak merosakkan makhluk ciptaan-Nya. Jika kita melanggar sunnatullahNya, bencana adalah sebagai akibat sikap kerakuasn manusia sendiri. Saya juga berasa gembira kerana dapat menebual sepasang suami isteri berbangsa Inggeris yang menetap di kawasan perumahan berhampiran Pantai Klebang. Saya juga berasa agak kecewa kerana bilangan responden tidak seramai semasa KKBI semester 2. Hal ini kerana pada waktu 3 hingga 5 petang kebanyakan nelayan telah pulang ke rumah masing-masing. Sewaktu berada di Pantai Puteri yang juga ditambak, keadaannya berbeza dengan Pantai Klebang. Pantai itu kelihatan cantik dan aktiviti perniagaan yang dijalankan di sepanjang pantai itu juga tidak terjejas seperti yang berlaku di Pantai Klebang. Tambakan yang dilakukan di Pantai Puteri adalah untuk menghalang hakisan yang berlaku di kawasan pantai tersebut. Pada hari kedua, saya telah berkunjung ke Kampung Morten. Saya telah merasakan suasana seperti di kampung kerana layanan daripada penduduk kampung tersebut. generasi muda haruslah menghargai perjuangan pejuang-pejuang

Sejurus kami tiba di kampung tersebut, kami telah diraikan dan dijamu dengan nasi lemak sebagai sarapan pagi. Selepas taklimat ringkas, kami dibawa mengelilingi kampung tersebut dan berkunjung ke Villa Sentosa iaitu milik salah seotang penduduk kampung tersebut. Di sana saya sempat bergaabar bersama ahli kumpulan saya iaitu Nor Hidayah Binti Mustafa dan Nur Alyani Binti Mohmad Hamim. Banyak yang dapat saya pelajari mengenai kebudayaan negeri Melaka di Villa tersebut. Layanan yang diberikan oleh pemilik tersebut sangat baik dalam melayani karenah kami yang nakal ini. Kami terpaksa pulang sehari lebih awal akibat penularan wabak H1N1. Walaupun kecewa kerana tidak sempat menghabiskan program di sana, tetapi saya menerima dengan hati yang terbuka kerana kesihatan dan keselamatan kami adalah paling penting. Kekuatan yang saya dapat lihat pada kajian semester ini adalah kerjasama yang baik antara rakan sekelas. Selain itu,layanan atau perkhidmatan yang diberikan oleh pihak nelayan di Pantai Klebang, Penduduk Kampung Morten dan Pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sangat membantu bagi menjayakan kajian ini. Semua AJK yang telah diberikan tanggungjawab masing-masing berjaya melakukannya dengan baik dan usaha yang bersungguh sungguh dilakukan oleh mereka. Selain itu, terdapat komitmen yang tinggi di antara ahli kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan ini telah bertungkus-lumus dan sanggup berkorban harta, diri dan masa untuk melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu, terdapat kerjasama yang tinggi dalam ahli pasukan ini apabila terdapat perjumpaan, setiap ahli akan memberi kerjasama yang baik. Manakala daripada segi kelemahan pula adalah pengurusan masa yang kurang baik. Dari hari pertama lagi dapat lihat masalah ini berlaku. Masalah ini akan mendatangkan pelbagai impak yang negatif seperti masa sesuatu aktiviti itu singkat dan mendatangkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah pihak. Selain itu, masalah melakukan tugas atau tanggungjawab. Ada sesetengah guru pelatih lambat dan tidak peka dengan tugas yang diberi. Saya berharap masalah ini dapat diatasi dengan segera pada masa akan datang. Setelah selesai program ini, saya merasakan aktiviti KKBI ini amat berjaya dan masih boleh dipertingkatkan mutunya terutama dari aspek pengisian, ketepatan masa dan perjalanan tugasan. Saya juga mengaharpkan agar kerjasama yang erat

antara ahli jawatankuasa dan rakan-rakan guru pelatih yang lain dapat dikekalkan untuk program-program yang akan dijalankan pada masa yang lain. 9.0 Rujukan Ayuni Amir (2005). Apa Di Sebalik Nama (Kegemilangan Kesultanan Melaka). Kuala Lumpur. Pustaka Cahaya http://www.melaka.gov.my/v1/view_article.php?pageid=82 dilayari pada 9 Ogos 2009 pada jam 5.45 petang http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantai_Klebang dilayari pada 9 Ogos 2009 pada jam 5.50 petang. http://ms.wikipedia.org/wiki/ Tanjung Puteri dilayari pada 9 Ogos 2009 pada jam 5.55 petang. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka dilayari pada 9 Ogos 2009 pada jam 6.00 petang. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan_di_Melaka dilayari pada 10 Ogos 2009 pada jam 9.30 malam.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Upeh dilayari pada 10 Ogos 2009 pada jam 9.35 malam.

http://wikimapia.org/1699769/Kampung-Morten dilayari pada 13 Ogos 2009 pada jam 10.30 malam.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Morten dilayari pada 13 Ogos 2009 pada jam 10.35 malam.

http://www.trekearth.com/gallery/Asia/Malaysia/West/Melaka/Melaka_River/photo 930516.htm pada 13 Ogos 2009 pada jam 10.40 malam.

http://1.bp.blogspot.com/_D2vgLMP2ssY/R_jtJ0c397I/AAAAAAAABGg/XSDGd1I VKjU/s320/PICT4426small.jpg pada 13 Ogos 2009 pada jam 10.45 malam.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Samudera dilayari pada 15 Ogos 2009 pada jam 11.30 malam.

http://www.google.com.my/#hl=en&q=muzium+samudera+wikipedia&meta=&fp= 6c96200d111a12d0 dilayari pada 15 Ogos 2009 pada jam 11.30 malam.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Samudera_Fasa_II dilayari pada 15 Ogos 2009 pada jam 11.30 malam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2002&dt=0318&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_02.htm&arc=hive &arc=hive dilayari pada 18 Ogos 2009 pada jam 5.35 petang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm pada 18 Ogos 2009 pada jam 5.45 petang. dilayari

http://www.ocps.mpsj.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Doc ument_66962856-a020f414-1332b630-1c8ef2f4/news%20on%2015th%20Nov %202007.doc dilayari pada 20 Ogos 2009 pada 9.30 petang

http://www.gempurserkamdarat.blogspot.com/2008_07_13_archive.html dilayari pada 20 Ogos 2009 pada jam 9.45 malam.

http://www.jasindaily.blogspot.com/2008_07_01_archive.html dilayari pada 24 Ogos 2009 pada jam 10.30 pagi.

http://www.idesa.net.my/modules/news/index.php?storytopic=8. dilayari pada 24 Ogos 2009 pada jam 10.40 pagi.

http://www.pemudabukitkatil.blogspot.com/2007_09_01_archive.html pada 26 Ogos 2009 pada jam 9.20 pagi.

dilayari

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Borang kaji selidik tentang Kesan Penambakan Zon Pinggir Pantai Klebang Terhadap Sosioekonomi Masyarakat Setempat Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan Jantina: [ [ ] ] Lelaki Perempuan

Bangsa: [ [ [ [ Tahun ] ] ] ] Melayu Cina India Lain-lain

Umur: [ [ [ [ ] ] ] ] 18 29 Tahun 30 39 Tahun 40 49 Tahun melebihi 50

Pekerjaan: [ [ [ [ ] ] ] ] Kerajaan Swasta Sendiri Lain-lain

Agama: [ [ [ [ ] ] ] ] Islam Buddha Kristian Lain-lain

SKALA : 1. Tidak Setuju 2. Kurang Setuju 3. Setuju 4. Sangat Setuju


A. Kesan Penambakan Laut Zon Pinggir Pantai Klebang Terhadap Ekonomi Masyarakat Setempat Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 1 Ekonomi penduduk pinggir Pantai Klebang meningkat setelah penambakan dibuat Wujudnya aktiviti pelancongan seperti pembinaan chalet dan hotel Wujudnya peluang pekerjaan setelah penambakan baru Penambakan persisiran pantai menjejaskan pendapatan nelayan Nelayan menghadapi kesukaran untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan Tangkapan hasil laut para nelayan berkurangan Kepupusan sumber perikanan Para nelayan mengalami kerugian dari segi pelaburan peralatan dan perkakasan untuk ke laut Kerajaan memberi pampasan atau saguhati kepada penduduk setempat terutamanya nelayan 2 3 4

B.

Kesan Penambakan Laut Zon Pinggir Pantai Klebang Terhadap Sosial Masyarakat Setempat

Bil. 1. Taburan penduduk semakin bertambah apabila berlakunya penambakan di kawasan tersebut 2. Kedatangan orang luar atau pelancong sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan sosial di Pantai Klebang seperti pergaulan bebas di kalangan remaja Perpindahan komuniti nelayan ke kawasan lain

3.

C.

Kesan Penambakan Laut Zon PInggir Pantai Klebang Terhadap Geografi Masyarakat Setempat

Bil. 1. Berlakunya hakisan pantai yang teruk 2. Kemusnahan secara fizikal akibat penambakan laut akan terjurus ke arah kejadian bencana banjir serta limpahan air ke daratan secara luar biasa Penambakan yang berlaku menyebabkan pencemaran air Penambakan laut telah memusnahkan hidupan akuatik Tambakan yang dibuat telah memusnahkan alam sekitar serta ekologi di kawasan lain

3.

4.

5.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Tandakan [ / ] pada ruang yang berkenaan YA 1. Adakah wujudnya penambakan di Pantai Klebang? [ ] TIDAK [ ]

2.

Kehidupan para nelayan mengalami kesusahan akibat penambakan yang berlaku? [ ] [ ]

3.

Adakah persisiran Pantai Klebang menjadi sumber rezeki sejak dahulu? [ ] [ ]

4.

Setelah penambakan, pendapatan masyarakat setempat semakin berkurang? [ ] [ ]

5.

Para nelayan terpaksa bergilir-gilir turun ke laut. Hal ini kerana untuk mengelakkan kesesakan di laut dan pukat tersangkut sesama sendiri. [ ] [ ]

6.

Tidak semua nelayan dapat turun ke laut kerana menggunakan angin bot berkapasiti kecil dan tidak boleh pergi terlalu jauh. [ ] [ ]

7.

Penambakan berlaku hampir menutupi keseluruhan kawasan penangkapan nelayan. [ ] [ ]

8.

Bekalan ikan yang didaratkan berkurang dan menyebabkan harga ikan naik. [ ] [ ]

9.

Adakah wang saguhati atau pampasan yang diberi oleh kerajaan mencukupi? [ ] [ ]

10.

Aktiviti menangkap udang geragak untuk membuat cencaluk dan belacan tidak boleh dilakukan lagi kerana laut ditambak? [ ] [ ]

11.

Melaka kehilangan identiti sebagai pengeluar belacan dan cencaluk? [ ] [ ]

12.

Hakisan berlaku di kawasan tersebut.

13.

Pantai Klebang menjadi sarang maksiat.

14.

Adakah kajian semula perlu dibuat kerana pembangunan ini tidak memberi jaminan kepada nasib nelayan? [ ] [ ]

Terima kasih atas kerjasama anda

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS 56000, CHERAS, W.P. KUALA LUMPUR.
TEMUBUAL KESAN PENAMBAKAN ZON PINGGIR PANTAI KLEBANG TERHADAP SOSIOEKONOMI MASYARAKAT SETEMPAT

1) Setelah penambakan dibuat, adakah kawasan tersebut menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara?

masih

_________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________

2) Penambakan telah mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan pinggir Pantai Klebang. Apakah jenis pekerjaan yang wujud di kawasan ini? _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________

3) Tambakan yang dibuat sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada kawasan sekitarnya.Bagaimanakah ini boleh terjadi? _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________

4) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dan penduduk setempat untuk mengatasi masalah di atas? _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________

5) Nelayan telah mendapat pampasan daripada kerajaan akibat penambakan ini.Adakah pampasan ini dapat menanggung kerugian yang dialami oleh nelayan? _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________

6) Selain menjadi nelayan apakah pekerjaan lain yang dijalankan oleh para nelayan untuk menambah pendapatan keluarga? _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________

7) Adakah penambakan yang dibuat ini memberi kebaikan kepada penduduk sekitar atau sebaliknya? _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________

You might also like