You are on page 1of 68

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis

menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehakan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.

Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei 1969

Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah "yang baik buat tauladan, yang buruk dijadikan sempadan." Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain. (Ranjit Singh Malhi, 2005)

KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

MASYARAKAT Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

ETNIK Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

ETNISITI DAN ETNOSENTRIK Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkahlaku yang sama.

ETNOSENTRISME Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

RAS Ras dan etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.Ras boleh dikatakan sebagai kelompok social yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal biologikalnya nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.

RASISME Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negative sesuatu kelompok social atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi.

PREJUDIS, STEREOTAIP DAN DISKRIMINASI

Prejudis: Pandangan negative mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negative terhadap sesuatu etnik.

Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negative seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata-mata.

BUDAYA Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi system social, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik.

PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan: Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan dan politik.

Segregasi: Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah Negara.

Akulturasi: Proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain. Asimiliasi: Proses percantuman dan penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama.

Akomodasi: Proses penyesuaian yang merangkumi pelbagai golongan etnik berlainan budaya yang hidup secara harmonis dan saling menghormati antara satu sama lain.

Amalgamasi: Proses yang terjadi apabila dua atau lebih budaya bercampur untuk membentuk satu jenis budaya baharu yang merangkumi elemen budaya-budaya lama yang bercantum serta elemen baharu.

Aparteid: Dasar segregasi kaum terhadap orang kulit hitam di Afrika Selatan.

KONSEP PERLEMBAGAAN MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan penradbiran sesebuah negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan

tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut. Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain terutama kerajaan negeri.Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperolehi kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Makhamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna makhamah juga

tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan. Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan

RUGI MELAYU TOLAK PERPADUAN, 1MALAYSIA oleh Feriz Omar (utusan.feriz@gmail.com) KETIKA pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan idea tentang aspirasi 1Malaysia, pelbagai pihak dilihat cuba memberikan takrifan dan andaian terbaik mereka mengenai istilah berkenaan. Bermula dari bual bicara pemimpin negara, ahli politik, ahli akademik dan professional hinggalah ke cakap-cakap kedai kopi, segenap lapisan masyarakat bagai tercari-cari apakah intipati sebenarnya di sebalik konsep 1Malaysia. Dalam begitu banyak teori yang dikemukakan, yang paling menyakitkan hati ialah andaian tidak bertanggungjawab beberapa pihak tertentu yang cuba menyamakan konsep 1Malaysia dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' dokongan DAP. Memang sah ia adalah suatu tuduhan yang berniat jahat bertujuan untuk mencalar imej kerajaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Melayu! Sabtu lepas, setelah pelancaran logo dan lagu 1Malaysia, nampaknya masih ada sebilangan kecil masyarakat Melayu yang salah faham, ragu-ragu atau kabur dengan makna kepada saranan perpaduan melalui aspirasi tersebut. Salah tanggap dan kekaburan sebegini banyak dipengaruhi oleh sikap orang Melayu sendiri. Antaranya, sikap yang berkecenderungan untuk memperoleh maklumat dari sumber yang tidak betul seperti laman-laman blog yang dikendali oleh bloggers yang buta hati dan jiwa yang murni. Bukankah media-media perdana dan laman-laman web kerajaan sudah pun memberi informasi tentang hal ini dengan cukup terperinci. Sudah sampai masanya, masyarakat Melayu merujuk kepada media-media perdana dan jika perlu, media alternatif yang menganjurkan kupasan pemikiran yang 'bebas', matang lagi mementingkan keharmonian rakyat dan bukannya melayan hujah-hujah beremosi. 1Malaysia hanyalah satu 'aspirasi' yang dicetuskan untuk mencari persamaan dan mengelakkan perbezaan di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah asas pembentukan

senario kehidupan yang harmoni dan memupuk semangat erat seiring dengan kehendak prinsip Rukun Negara. Terdapat lapan penerapan nilai murni di bawah 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Sewaktu pertama kali slogan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' dilaungkan, Perdana Menteri sengaja mahukan seluruh rakyat Malaysia terlibat sama dalam menterjemahkan aspirasi tersebut. Kita akui bahawa Wawasan 2020 sudah pun menjadi wawasan jangka masa pendek kerana ia bakal menemui kita beberapa tahun lagi. Malaysia hari ini perlukan suatu wawasan, visi dan misi baru yang berterusan. Di atas kesedaran ini juga, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sepatutnya mula menunjukkan gerakangerakan positif untuk bersatu padu dalam menentukan wawasan visi dan misi negara yang baru. Nampaknya bagi bangsa Melayu, keutamaan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan bangsa dan agama sendiri bukan menjadi keutamaan. Sebaliknya, dalam isu Pas menolak usul perpaduan ummah UMNO-Pas yang kian memuncak, falsafah politik pula yang didahulukan sehingga meranapkan hak Melayu untuk menentukan hala tuju negara dalam menetapkan visi dan misi memajukan bangsa dan agama. Begitu juga mengenai dakwaan yang mengatakan 1Malaysia bakal menindas nasib orang Melayu dan hak Bumiputera adalah tidak benar sama sekali. Asas kepada dakwaan ini, konon-kononnya ialah tindakan kerajaan yang memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sedangkan hal yang sebenar ialah fungsi MeCD sudah pun diserap sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan menambah kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi. Dasar afirmatif yang bersifat menolong kaum Bumiputera sebetulnya tidak pun disentuh, malah bakal dilaksanakan dengan lebih telus.

Konsep 1Malaysia yang 'sebenar' ternyata bertujuan baik demi keharmonian pelbagai ras dan keturunan di Malaysia. Melalui nilai murni 'Penerimaan', masyarakat Malaysia dituntut agar menerima perbezaan kaum dan agama. Dalam hal ini, sudah tiba masanya perspektif perpaduan negara diubah berbanding sekadar bertoleransi sebelum ini. Sikap sebegini membuat kita maju setapak ke hadapan kepada rasa hormat dan saling menerima. Justeru, 1Malaysia sepatutnya menjadi ruang di mana masyarakat Melayu melupakan agenda politik buat sementara dan berpadu demi menyokong agenda perpaduan nasional. Ambil iktibar daripada kaum Cina di Malaysia, yang mana sekalipun wujud beberapa entiti politik yang menjaga kepentingan orang Cina, badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Dong Zhong dan Shiu Qiu sentiasa menjadi tempat kaum Cina menyatakan kesatuan pendapat mereka. Orang Melayu sajalah yang nampaknya begitu berpecah bagaikan tiada langsung titik temu hingga kini. Inilah punca kepada komentar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang begitu kecewa dengan kegagalan perpaduan Melayu Pas dan UMNO bersatu baru-baru ini. Saya menyeru seluruh umat Melayu menyokong aspirasi 1Malaysia yang dibawa oleh Najib dan melupakan perbezaan yang ada buat seketika demi kepentingan negara. 1Malaysia hakikatnya adalah rangkuman kepada elemen fundamental yang cukup perlu bagi merealisasikan cita-cita Wawasan 2020. Seperti golongan Yahudi yang menetapkan cita-cita 100 tahun untuk kembali dan menguasai Baitulmaqdis, hendaknya orang Islam di Malaysia juga tidak perlu ralat untuk bersatu hati, mengejar wawasan yang sudah sedia termaktub ini. Ayuh, mari kita terjemahkan konsep perpaduan 1Malaysia dan tentukan misi dan visi negara. FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

ARKIB : 17/03/2009 ISU PPSMI: BAHASA MELAYU TETAP UNGGUL TUNJUK perasaan jalanan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) minggu lalu telah memaksa saya menyelami perjuangan mengenai isu ini. Memang benar, sekalipun Matematik dan Sains adalah dua mata pelajaran sahaja tetapi kedua-dua mata pelajaran itu adalah asas kepada pelbagai pecahan ijazah serta sijil profesional seperti kejuruteraan, perubatan, arkitektur dan sebagainya. Apa yang ditakuti adalah apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa ilmu ketamadunan Melayu dunia. Namun demikian, ramai juga rakyat merasakan niat murni kerajaan dalam PPSMI patut diteruskan dalam membentuk serta menyiapkan bangsa yang mempunyai tahap survival tinggi demi memudahkan ia bersaing di pentas dunia. Bagi saya ini adalah dua cadangan yang perlu dipertimbangkan sebijak mungkin kerana PPSMI adalah suatu saranan yang bernatijahkan kebaikan namun ditentang sebilangan rakyat Malaysia. Jika kita kaji usaha pembangunan e-book digital dunia di peringkat akhir yang diusahakan syarikat Amazon.Com, kita akan dapati buku berbentuk digital bakal mengambil alih percetakan buku masa hadapan. Struktur percetakan buku di peringkat global juga menunjukkan martabat golongan penterjemah bahasa diangkat menjadi golongan terpenting yang memegang amanah utama untuk membawa generasi masa hadapan memenuhi ilmu di luar jangkauan. Oleh demikian, persoalan mengenai sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia sudah pun terjawab sebenarnya! Kedua-duanya masih relevan selagi golongan penterjemah bahasa Melayu dan Inggeris terus wujud, masih belum malas, masih boleh menaip dan masih boleh dipertanggungjawabkan.

Yang kesalnya, tindakan tunjuk perasaan jalanan dirasakan agak keterlaluan sedangkan semua tahu bahawa keputusan kajian mengenai isu PPSMI sedang dirumuskan oleh pihak kerajaan. Untuk menyedapkan hati, biarlah saya yakin ia didalangi pihak pembangkang. KRISIS EKONOMI PALING DAHSYAT SEJAK PERANG DUNIA KEDUA Pada hari Jumaat lalu, Indeks Komposit Bursa Malaysia (KLCI) terus menjunam di bawah 850 mata, suatu tahap yang amat rendah sejak tahun 2006. Sekalipun saya masih tidak setuju dengan kebanyakan rakyat meletakkan KLCI sebagai indeks kedudukan ekonomi Malaysia, namun indeks ekonomi lain seperti peratus pertumbuhan ekonomi, KDNK, indeks pengguna dan pelaburan asing langsung (FDI), juga rata-rata menunjukkan ekonomi Malaysia sudah berada di tahap zon kritikal. Ini terbukti setelah Datuk Seri Najib mengisytiharkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Malaysia, disusuli pula dengan tindakan Perdana Menteri Jepun minggu lalu yang mengeluarkan arahan untuk menyiapkan Pakej Rangsangan Ekonomi Jepun Ketiga. Senario ekonomi kini diistilahkan Jepun sebagai krisis ekonomi paling genting selepas Perang Dunia Kedua. Kenaikan harga minyak saranan Iran melalui OPEC sememangnya berjaya membuat rejim Amerika-NATO terkedu terhadap cadangan tindakan untuk menyerang Iran; negara yang dituduh Bush memiliki senjata pemusnah nuklear. Sekalipun cadangan Iran itu adalah untuk sementara, namun kesannya berjaya menghancurkan empayar ekonomi kapitalis anjuran Amerika-Yahudi bukan sahaja di Amerika tetapi juga menarik jatuh sama blok-blok ekonomi lain. Ini kerana sistem ekonomi kapitalis termasuk sistem perdagangan bebas WTO/AFTA sudah berakar umbi di serata dunia. Ternyata dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap penyangak matawang Soros sekitar 1997-1998 membuatkan saya begitu yakin bahawa sistem kapitalis akan musnah seperti sistem ekonomi sosialisme dan komunisme.

Membuat keuntungan daripada sistem tukaran asing melalui spekulasi serta ramalan adalah haram. Konsep sistem kewangan Islam yang bersandarkan aset secara realitinya adalah hakiki dan kini dibuktikan kebal daripada mana-mana krisis ekonomi. Buka-bukalah mata, sekalipun kita berdiri megah sebagai pusat kecemerlangan sistem kewangan Islam dunia, Malaysia masih lagi belum terlepas daripada krisis ekonomi kerana kebanyakan sistem ekonomi kita dipengaruhi kuat oleh spekulasi serta ramalan terutamanya dalam jual-beli saham dan komoditi, kadar penetapan pembiayaan kewangan dan harga bon-bon terbitan, kelulusan pembiayaan perbankan dan keputusan untuk menentukan harga minyak. Selagi sistem ekonomi Malaysia tidak bersandarkan pada realiti dan kewujudan sebenar, selagi itulah kita tidak akan merdeka dan sentiasa terjerumus bersama setiap kali berlakunya krisis ekonomi dunia. Secara ringkasnya, banyak lagi perlu kita lakukan untuk menghadapi krisis ekonomi dunia, tetapi sebaliknya kita masih lagi khayal berseronok melayan kerenah politik negara. Krisis ekonomi paling dahsyat selepas Perang Dunia Kedua sudah pun tiba dan tidak lagi dapat kita elakkan bak kata pepatah Melayu, membujur lalu melintang patah. FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia &sec=Rencana&pg=re_08.htm&arc=hive

Wednesday, February 18, 2009 PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS NEGARA MALAYSIA Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan ia menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990. Selepasnya kerajaan memperkenalkan Rancangan Wawasan.

Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Kehadiran Masyarakat Pelbagai Kaum Sejak Abad Ke-15 Sehingga Merdeka.Pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoni perdagangan Melayu. Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari sikap Sultan dan pembesar Melayu. Mereka mengguna dan menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti Gujarati, Chulia dan peminjam wang India (Chettiars).Dasar ini juga mengelakkan kelahiran Melayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah.Hubungan ekonomi di Melaka mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum Kanun Melaka.Pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka.Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk seketika.dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai; 10% dikenakan untuk barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal.

Pedagang juga dimestikan mendapatkan surat izin untuk berdagang di Melaka. Pedagang tidak puas hati dan ramai yang berpindah ke Aceh dan Pedir. Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada 1641. Pelbagai dasar monopoli diperkenalkan Belanda mengawal barangan utama yang diimport dan dieksport dari Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan berkenaan.Belanda menguasai monopoli ke atas barangan seperti lada hitam,

rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain.Duti sebanyak 10% dikenakan ke atas barangan yang diimport dan 5% ke atas barangan eksport. Semua pedagang dipaksa singgah di Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka; mengikat perjanjian ekslusif dengan pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri Melayu untuk menjual hasil negeri mereka, khususnya bijih timah kepada Belanda pada harga yang ditetapkan dan menghadkan urusan perdagangan dengan pedagang-pedagang India.Senario ekonomi Tanah Melayu berubah dengan penguasaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786, Melaka pada 1795 dan Singapura pada 1819. Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada 1826 dan ia menarik pedagang asing, termasuk pedagang Cina dan India.Ketiga-tiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang berasingan dengan kegiatan ekonomi diidentifikasikan dengan kaum. tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum utama ini (Melayu, Cina dan India). Keadaan ini berubah pada abad ke-19 apabila lebih ramai buruh asing, khususnya buruh Cina, India dan Jawa dibawa masuk untuk memajukan sektor perladangan (getah dan kopi) dan perlombongan.

Pada abad ke-20 pula British mula menyingkirkan penguasaan orang Cina dalam sektor perlombongan dan bidang komersil lain yang menguntungkan. Buruh India dan Cina dibawa masuk dalam bilangan yang besar untuk memajukan sektor perladangan getah dan bijih timah. Ia dengan sengaja membawa kepada ekonomi duaan iaitu dua keadaan ekonomi yang berjalan serentak dalam satu waktu. Kawasan pantai barat maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan dan pantai timur pula menumpukan kepada tanaman sara diri. Bentuk ekonomi ini membawa faedah kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di bandar. Orang Melayu terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri (tanam padi dan buahbuahan). Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan hasilkan tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar.Hubungan Etnik Pada Zaman Melaka sehingga abad ke17

Melaka menarik ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan. Di sini wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India. Ini kerana kerajaan Melaka di bawah pemerintah yang bijak menjalankan dasar pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang kepada semua bangsa untuk

menikmati keuntungan perdagangan di Melaka.Kejayaan hidup bersama antara kesemua kaum ini dapat diperhatikan daripada kewujudan penempatan seperti Bukit Cina dan perkahwinan orang tempatan dengan pedagang asing yang melahirkan baba peranakan India dan Cina. Hubungan ekonomi antara ketiga kaum (Melayu, India dan Cina) terjejas dengan kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal pelabuhan-pelabuhan utama Melayu seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing ini juga mengawal perdagangan antara pulau dan jalan laut utama antara India dan China. Usahausaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu tunduk kepada kuasa baru ini. Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini memaksa pedagang tempatan beralih ke pelabuhan-pelabuhan lain yang mengamalkan dasar

perdagangan bebas. Keadaan ini juga memaksa pedagang Melayu berpindah ke kawasan pedalaman (hinterland) dan mereka terpaksa bekerja mengusahakan tanah. Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu luar bandar yang mengusahakan tanah. Kekosongan yang ditinggalkan oleh orang Melayu di bandar kini diambil alih oleh orang India dan kemudian pada zaman British oleh orang Cina, Arab dan Eropah.Hubungan Etnik Pada Abad Ke-18Hampir kesemua Dasar kapitan Ini Cina menjalinkan hubungan yang lagi baik dengan status ekonomi British. Cina.

British

sebenarnya

menjarakkan

Hubungan Etnik Pada Abad Ke-19Penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negerinegeri Melayu membawa kepada kerjasama ekonomi antara kaum Melayu dan Cina. Ini dapat diperhatikan di negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun 1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854). Saudagar Cina Melaka telah mendahulukan modal untuk memajukan lombong di Lukut. Sebagai balasan saudagar Cina Melaka mendapat sebahagian keuntungan yang diperolehi oleh Sultan dari lombong Lukut.Kerjasama Orang China Melayu Di Johor.Kerjasama ini bermula apabila Temenggong Johor, Temenggong Ibrahim menggalakkan orang Cina membuka tanah untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir.

Di bawah sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor, seorang ketua Cina yang dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap batang

sungai di tempat ladang-ladang terbuka. Kangcu akan menerima surat kuasa dari Temenggong untuk membuka ladang, mengawasi tanaman dan memungut cukai Kesan Dominasi Langsung Orang Cina Dalam Perlombongan.Selepas pedagang Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu, peranan elit pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai eksport dan import dan urusan memperuntukkan konsesi kepada pelabur.Dengan bermulanya pentadbiran British, peranan ini telah diambil alih oleh British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass) pemerintah Melayu untuk berurusan dengan pentadbir BritishKaum Cina juga bekerja sebagai kontraktor pembuat jalan, landasan keretapi, sebagai peniaga runcit dan pekedai. Mereka juga menjadi orang tengah dalam perniagaan. Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang berdikari dan mampu diri. Pada masa itu, rata-rata tidak menganggap Tanah Melayu sebagai negara mereka Abad ke-18 juga adalah zaman kedatangan buruh India yang mula menetap di Negeri-negeri Selat. Ada yang datang sebagai pegawai polis, tentera dan pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan Kerja Raya. Ada juga pedagang India yang terlibat dalam perniagaan di Negeri-negeri Selat.Selepas pengenalan sistem Residen di Negeri-negeri Melayu pada 1874, ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri Melayu (NNM) seperti Malay States Guides, polis dan juga dalam pembinaan jalan dan landasan keretapi. Bilangan buruh India ketika ini amat kecil tetapi ia bertambah pada penghujung abad ke- 19 dengan perkembangan pesat sektor perladangan getah.Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Pada Abad Ke-20Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British. Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan. Pada awal abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama lombong-lombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan

penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi orang Cina dalam sektor ini Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada zaman Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis.kerajaan telah

mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai kampung-kampung baru (New Villages) di bawah rancangan Briggs. Hubungan Orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Ini adalah berasaskan hubungan orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar). Hubungan ini menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan. Kedudukan ekonomi buruh India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun. Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan keretapi maut. Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India. Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina.Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet.Berdasarkan kemajuan ekonomi yang di alami oleh ketiga-tiga kaum pada abad ke-20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza. Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis. Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan pertanian sebagai contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%.Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang menetap di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Selepas Merdeka: Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Selepas

MerdekaPerlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai persetujuan bersejarah (historic bargain). Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.

Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktu perlembagaan diterima tetapi selepasnya ia adalah satu senario yang berbeza. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang dalam pilihanraya 1963 dan 1969. Pada akhir tahuntahun 1960-an, perasaan tidak puas hati dan kemuncaknya ialah Tragedi 13 Mei.Ia seterusnya membawa kepada pemansuhan Parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara bagi mengukuhkan perpaduan negara. Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965)Rancangan Malaya Pertama bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar;Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.Dasar pembangunan kerajaan Perikatan selepas merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu.Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan ekonomi. Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis). Status Ekonomi MelayuUntuk membantu orang Melayu di luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi; RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur. FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956 untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan. FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan. Bank Bumiputera

ditubuhkan pada 1965 dengan modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera.Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk

menggembling tabung simpanan Melayu. Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu. Status Ekonomi CinaKedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuanpersatuan Cina untuk mengumpul modal.Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka. Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.

Status Ekonomi India.Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset. Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan meninggalkan negara. MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100 ekar. Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990un Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum. Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan mengurangkan sebagai ethnic ia menyaksikan politiking. penyertaan utama lebih banyak ini parti politik dan untuk ekonomi

Tujuan

rancangan

adalah

memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar corporatism.Status Ekonomi MelayuPembangunan

sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ingin mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah. Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya masalah perbalahan kaum adalah disebabkan

ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah didapati golongan yang paling menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India. Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan dalam perniagaan berdaftar.Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan.DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985 dan Kelima, 1986-1990. Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah;untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi,memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara.Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi. Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan. Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000. Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.

Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Wawasan Negara (2001-2010)DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21 .Dasardasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi

memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti. Peristiwa 13 Mei 1969

Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebabsebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.

Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1.

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem

pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4.

Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.

Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5.

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

6.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. Kesimpulan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan

negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

pengajaran hakikat peristiwa 13 mei Peristiwa 13 Mei 1969 Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebabsebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat

sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. 2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. 3. Latar belakang pendidikan yang berbeza Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan

keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.

Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini. Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata Malaysia hak orang Malaysia (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . 5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak

istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. 10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. Kesimpulan Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Apakah sebab berlakunya peristiwa 13 mei 1969? Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat

Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orangorang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di

kawasankawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan

ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan

dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guruguru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa

menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata Malaysia hak orang Malaysia (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang . Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu . Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isuisu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan

untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail . Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan. Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.

Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orangorang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan

kemenangan oleh DAP dan Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis.

Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang Cina punya, Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu. Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan . Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemudapemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis. KESAN PERISTIWA 13 MEI DARI SUDUT EKONOMI Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenalpasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei.

Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi. Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat

dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971 1990 Bumiputera 1.5% 30% Bukan Bumiputera 23.7% 40% Asing 62.1% 30% Membasmi Kemiskinan Sesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan. Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum

bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil. Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat . Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983). Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan peratusnya meningkat semula. Strat egi dan Usaha Membasmi Kemiskinan Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar, program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan pembangunan tanah. Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar pertanian. Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan menambah kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengairan, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pelajaran atau latihan, kemudahan kredit serta pemasaran dan subsidi pertanian seperti benih dan baja. Kerajaan juga melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru. Langkah seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang pertanian, perikanan dan penternakan . Selain itu kaedah

penanaman dua kali setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut diperluaskan . Badan-badan berkanun yang bertanggungjawab dalam

melaksanakan rancangan ini seperti FELDA, RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar. Oleh sebab itu di bandar juga turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah, kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendeknya langkah menyediakan

kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk mengurangkan kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan didapati berjaya dalam usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100 pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah bewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekalipun ia masih di bawah garis kemiskinan namun ia telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat berdasarkan angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980. Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua cuba menggariskan beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan tujuan

mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran di samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahanbahan makanan terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba

memberi penekanan terhadap pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orangorang Melayu secara lebih terbuka. Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun masalah kemiskinan masih berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar dan golongan termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi pencapaian matlamat pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yang terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Tahun 1990 adalah tahun berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan perpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta dapat mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan . DPN juga merupakan satu langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannnya.Antara dimensidimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah seperti berikut: i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000isi rumah ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin; ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah

meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Strategi Penyusunan Semula Masyarakat Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi ini bertujuan untuk menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jika diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung , kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula di bandarbandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi dan politik juga turut berbeza. Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usahausaha untuk mencapai integrasi nasional. Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan

penguasaan modal kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina . Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing dapat dikurangkan . Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan modal. Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak asing. 26 Matlamat ini masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia keenam tetapi tiada jangka masa tertentu ditetapkan untuk pencapaiannya.

Adakah corak yang ditunjukkan itu memungkinkan tercapainya sasaran? Beberapa ciri berikut boleh diteliti: i. Dalam tempoh 1971 90, peratusan hak milik pendudik Malaysia telah meningkat daripada 38.3% pada tahun 1971 kepada 57.1% pada tahun 1980 dan 74.9 pada tahun 1990. ii. Dalam tempoh yang peratus hak milik Bumiputera perseorangan dan agensi amanah telah meningkat daripada 4.3% pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 20.3% pada tahun 1990 . iii. Dalam tempoh yang sama juga hak milik rakyat Malaysia lain telah meningkat daripada 34.0%pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 54.6%pada tahun 1990. iv. Dalam tempoh yang sama juga hak milik penduduk asing telah menurundaripada 61.7%pada tahun 1971 kepada 42.9% pada tahun 1980dan 25.1 pada tahun 1990. v. Membandingkan nisbah 30:40:30 yang ingin dicapai , didapati hanya hak milik penduduk Malaysia bukan Bumiputera milik yang perlu diagih semula jadual di untuk atas

meningkatkan

peratusan

hak

Bumiputera.

Penelitian

menunjukkan pencapaian kepada penyusunan semula hak milik adalah lebih cepat pada separuh masa pertama dekad 70-an.27 Pertambahan nilai saham kaum Bumiputera lebih bergantung kepada agensi-agensi sektor awam yang berfungsi sbagai pemegang amanah bagi pihak kaum Bumiputera . Oleh sebab itu pemilikan saham individu kaum Bumiputera amat rendah. Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besar hak milik Bumiputera datang dari sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di samping Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dilaksanakan oleh Permodalan nasional Berhad (PNB). Dalam pada itu Skim ASN telah berjaya memindahkan kekayaan Bumiputera yang disimpan secara amanah oleh kerajaan menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera .

Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur Bumiputera iaitu kira-kira 43% daripada jumlah yang layak melabur. Dalam pada itu hak milik dan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kecil

menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan . Contohnya dalam sektor perdagangan runcit bilangan pertubuhan milik Bumiputera telah meningkat dari 13% dalam tahun 1971 kepada 34.2% pada tahun 1981. Pertambahannya kira-kira sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971 `81.28 Bagaimanapun jumlah pemilikan modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut masih lagi kecil. Daripada jumlah pelabur itu , 85% melabur sebanyak 500 unit atau kurang. Jadi matlamat DEB masih tidak tercapai dan ia memerlukan masa dan usaha yang lebih giat ke arah itu. Dalam usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera amatlah perlu demi mengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk menggalakkan penyertaan kaum Melayu atau Bumiputera dalam sektor perkilangan dijangka akan meningkatkan bilangan pemodal Melayu dan seterusnya membantu mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang dihasilkan oleh mereka. Dalam proses ini dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan menikmati menafaat daripda pertumbuhan berteraskan pengayaan golongan pemodal Melayu atau Bumiputera. Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan. Ini kerana dalam pasaran bebas terutama dalam kontek masyarakat Melayu sehingga kini, hanya segelintir sahaja golongan pemodal Melayu yang muncul. Maka selagi bilangan pemodal tidak bertambah, selagi itulah negara menghadapi masalah untuk mewujudkan kesan lelehan. Tambahan pula satu syarat penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi mestilah tinggi. Dengan demikian masalah agihan pendapatan di kalangan Bumiputera masih di tahap mendukacitakan. Malah ada pendapat yang mengatakan walaupun faedah yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak pelancaran DEB meningkat , namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada kumpulan yang mengecap nikmat lebih daripada yang lain.

Andainya corak ini berterusan, maka jurang perbezaan di kalangan kaum Melayu akan bertambah . Jadi arus perubahan ini akan meluaskan lagi masalah ketaksamaan di kalangan kaum Melayu.30 Kesimpulan Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidangbidang politik, sosial dan ekonomi. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Peristiwa 13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat membangun bersama iklim politik yang sehat. Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan kebebasan politik. Tragedi berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya merupakan insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati antara kaum, merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara.

Peristiwa 13 Mei 1969 Jadi Pengajaran Oleh: Roseline Mapong Sabai Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam dalam sejarah negara itu, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas MAGERAN telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah. Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan. Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormatmenghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.

Intergrasi http://www.jpnin.gov.my/home

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Zaman pluraliti Penjajahan Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakat plural yang ada pada hari ini. Bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Kuasa penjajah telah membawa masuk imigran yang hidup berdampingan tetapi berasingan. Kewujudan masalah polarisasi etnik dan kegagalan asimilasi disebabkan oleh politik kolonial Inggeris yang menjalankan dasar pecah dan perintah. Setiap etnik dilayan, dibayar dan diberi kemudahan berasingan dan berbeza. Berlaku segregasi pada Abad ke-19- unit politik Melayu ialah negeri dikuasai oleh seorang Sultan.Setiap negeri terdiri daripada beberapa buah kampung diketuai penghulu.Keseluruhan struktur sosial terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat. Berdasarkan keturunan dan ditandai dengan adat resam dan kepercayaan.

Setelah kedatangan Inggeris dilantik seorang Residen di setiap negeri.Sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak.Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah.Mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan Melayu dalam sektor kerajaan dan pertanian, Cina sebagai pelombong dan peniaga, orang India sebagai pekerja estet dan ladang.Portugis 1511Belanda kurun ke-17, 1641.Persetiaan Belanda-Inggeris 1824, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura (Negeri-negeri Selat) milik Inggeris.Perjanjian Pangkor 1874 campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu.Perang Perak 1875Perang Negri Sembilan 1875.Pemberontakan Pahang 1891.

KESAN: Inggeris membawa masuk tentera dari India dan Hong Kong.Bermula dengan suku-suku Melayu, Cina dan India.Proses penghijrahan disebabkan oleh faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal, kedekatan lokasi, kemiskinan,

pengangguran, peluang perdagangan, penindasan, perbalahan, perselisihan, perkhidmatan, rekreasi dan migrasi.Tertumpu di lombong bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.Penghijrahan pesat pada 1880-1914, lombong-lombong milik pengusaha Eropah atau Cina.Faktor-faktor penarik : pembukaan ladang dan lombong.Faktor-faktor penolak : penderitaan atau kemiskinan, kekacauan

(pemberontakan), bencana alam, kegiatan jenayah.Selain daripada sebagai pelombong dan petani, penghijrahan orang Cina telah menukar corak pekerjaan asal mereka dengan menjadi pedagang dan peniaga kawasan bandar.Para penghijrah baru dinamakan singkeh (selepas bebas dinamakan laukeh).Orang Cina ditadbir oleh Kapitan Cina mentadbir hal ehwal ekonomi dan undang-undang di kawasan lombong-lombong di Kuala Lumpur. Mereka juga menjadi pelindung dan penjamin keselamatan ahli-ahlinya.1877- British menubuhkan Jabatan Perlindungan Cina di Singapura bagi mengawal kegiatan orang Cina secara langsung. Pada zaman penjajahan kedatangan orang India telah berlaku secara perlahan dan

sistematik.Daripada Madras, Utara dan Selatan Arcot, Salem, Coimbatore, Trichinopoly, Madura, Ramnadpuram, Chinglepet, Tanjore dan Tinnevelly.Bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu Berhijrah melalui buruh kontrak, sistem Kangani 1907, buruh bebas.Tenaga kerja dari India generasi kedua lebih banyak sebagai kerani, pengetua sekolah dan pentadbiran.Faktor-faktor kedatangan: adat resam dan kasta, lebihan penduduk, pengangguran dan kemiskinan, cukai tanah tinggi, kebuluran.Faktor-faktor penarik : perkembangan perusahaan getah, pembinaan jalan raya dan landasan kereta api.Jepun memberi layanan yang baik pada orang India kerana perlukan kerjasama mereka untuk melaksanakan dasarnya memerangi Inggeris di India.Pada awalnya, Jepun mengambil sikap yang keras terhadap orang Cina sejak Perang Jepun-China 1937. Kemudian menukar sikap kerana perlukan sokongan ekonomi.Pada tahun 1955, pilihan raya umum pertama diadakan. Tiga buah parti politik mewakili bangsa Melayu, Cina dan India bersetuju menubuhkan satu perikatan dan menghadapi pilihan raya . Kemerdekaan diperolehi pada 1957 dengan mengkaji beberapa perkara seperti isu status, bahasa, agama dan keistimewaan orang Melayu kedatangan orang Cina ke Sabah didorong oleh galakan yang diberikan oleh syarikat-syarikat tembakau dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara British.Pada tahun 1880an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir kesemua tenaga buruh yang digunakan dibawa

masuk dari negara China. Penglibatan orang India dalam aktiviti ekonomi di Sabah lebih tertumpu pada beberapa sektor tertentu seperti pentadbiran, sokongan dan teknikal. Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Jabatan Pelabuhan, Jabatan Pos dan Telegrafi, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Polis dan Penjara. Penghijrahan orang Cina ke Sarawak semakin meningkat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutama semasa pemerintahan Charles Anthony Brooke. Kumpulan pendatang ini berhijrah ke Sarawak melalui kawasan Sambas-Pontianak di Kalimantan. Kongsi Cina daripada suku kaum Hakka telah melombong emas di kawasan tersebut sejak tahun 1760-an. Orang India merupakan kelompok kecil dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera di Sarawak. Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjab yang dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja sebagai anggota polis.Di samping orang Sikh dan Punjab terdapat sebilangan kecil orang India berketurunan India-Muslim yang bekerja sebagai peniaga kain dan pedagang. Pluraliti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia namun ianya juga bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk diakhiri terutama sekali dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia yang masih kaya dengan adat budaya kaum masing-masing.

Pemantapan

Hubungan

Etnik

Berteraskan

Prinsip

Islam

Hadhari

14 December 2006 KEPELBAGAIAN kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.

Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Pemuafakatan formula perkongsian kuasa telah dipersetujui oleh semua pihak sejak daripada dulu lagi.

Semangat dan falsafah Islam Hadhari telah terjelma ketika itu lagi dengan adanya sikap bermuafakat, bermusyuawarah dan keadilan dalam menjalani kehidupan secara bersama dengan aman, harmoni, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain walaupun berbilang agama, bangsa dan keturunan.

1. Keimanan dan Ketakwaan kepada Ilahi Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan ajaran agama bersekali dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Islam sebagai Al-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik) dengan hubungan manusia-Allah, manusia-makhluk dan hubungan manusia-alam. Justeru, hubungan kemanusiaan dan sosial sudah terkandung dalam ajaran Islam yang mementingkan perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras, kaum dan etnik. Kesejahteraan hidup hanya akan dapat direalisasikan sekiranya manusia dan masyarakat berpandukan ajaran Allah s.w.t. Integrasi iman dan takwa serta amal bukan hanya dijuruskan dalam aspek hubungan etnik tetapi dilihat secara menyeluruh dalam komponen pembangunan insan,

komuniti dan negara yang akhirnya menganjak paradigma dalam aspek peningkatan kualiti hidup dan taraf hidup, kehidupan bermasyarakat dan bernegara, kemajuan dan pembangunan negara (emosi, mental, fizikal dan spiritual masyarakat).

Orang yang kuat iman dan takwanya adalah mereka yang menjalin dan memelihara hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan bukan Islam kerana ia adalah ajaran Islam dan suruhan Allah serta Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.

Islam mewajibkan penganutnya menjalin hubungan yang baik sama ada sesama Muslim ataupun dengan bukan Muslim. Islam juga mengajarkan penganutnya agar menghindarkan diri daripada mewujudkan permusuhuan, perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kaum secara khusus, (tetapi akan menimpa kaum secara umum).

Dengan kekuatan imanlah, orang Islam boleh menjalin hubungan dengan orang lain, bukannya dengan dasar keturunan atau pertalian darah atau kewarganegaraan semata-mata. Allah s.w.t telah menjelaskan dalam Surah Ali Imran ayat 102 103, bahawa takwa adalah asas perpaduan sesama Muslim dan dalam konteks bernegara orang Muslim menjadikan takwa sebagai tunggak untuk menjamin hubungan etnik yang baik dengan kaum agama lain.

Orang-orang Islam juga tidak dapat bertolak ansur untuk menjalin hubungan dan memperkukuhkannya sesama Muslim. Ia adalah satu kemestian dan kewajipan sepertimana dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Kasih sayang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain bagaikan struktur bi naan yang saling mengeratkan.Dalam sebuah hadis yang lain, baginda menjelaskan, yang bermaksud:

Orang Mukmin, dalam soal kasih sayang, cinta dan belas ihsan sesama mereka, bagaikan badan, jika ada anggota yang sakit, maka seluruh badan itu juga turut berasa sakit, lalu demam dan tidak dapat tidur. 2. Kerajaan Adil dan Beramanah Dasar keadilan dan amanah kerajaan juga telah lama dilaksanakan dalam konteks memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik. Kerajaan Malaysia dalam ruang yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berusaha membentuk perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai identiti nasional dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti kehidupan. Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan, bukannya melemahkan. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha mengelakkan ketegangan dan pergaduhan etnik walau apapun puncanya. Respons kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti sentiasa adil dan saksama, maka kerana itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat diatasi dengan bijak dan saksama.

Etnik majoriti merasa selamat dan etnik minoriti pula turut menikmati keamanan, pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. Ini mengurangkan rasa tersisih dan kurang selamat di kalangan etnik minoriti. Kita percaya, tidak ada sebuah negarapun yang mampu melahirkan rasa selamat golongan minoriti kecuali dalam kes Malaysia. Golongan minoriti kadangkala menikmati lebih kelebihan (walaupun kebiasaannya sedikit berkurang) dalam sektor pekerjaan, kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal kerana peluang, dasar dan ruang yang diwujudkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan juga telah secara perlahan-lahan menghapuskan pengkelasan dan identifikasi kelompok etnik mengikut jenis pekerjaan ataupun aktiviti ekonomi kesan daripada strategi penjajahan British ke atas negara kita dahulu.

Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi perpaduan melalui beberapa dasar sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum yang utuh lagi padu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam membentuk, mengwujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Mengakui kerumitan pelaksanaannya, kerajaan

meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum dan perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional.

Apa yang lebih penting ialah kerajaan ingin melihat masyarakat berbilang kaum berbudaya keperibadian kebangsaan Malaysia yang lebih ekstensif menjangkau batasan suku kaum sempit dengan Islam dijadikan sebagai komponen utama kebudayaan nasional. Betapa pentingnya perpaduan kaum dan semangat muhibah dipupuk di peringkat awal lagi, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil daripada ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Polisi Bersih, Cekap dan Amanah p ula menampilkan integriti tinggi yang dikehendaki kerajaan di kalangan kakitangan awam khususnya. 3. Rakyat Berjiwa Merdeka Setiap kelompok etnik menyumbang kepada perjuangan menuntut kemerdekaan. Maka sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghayati hakikat perjuangan tersebut dan sama-sama memastikan kesinambungan kemerdekaan negara dikecapi oleh generasi masa hadapan. Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar dalam soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berbilang agama dan kaum, program-program sosioekonomi untuk meningkatkan status ekonomi mereka yang memerlukan, pembangunan yang lebih ditumpukan di kawasan luar bandar dan desa, pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani dan seumpamanya.

Kerajaan sedang berusaha untuk membentuk bangsa Malaysia menerusi berbagaibagai usaha termasuklah pengukuhan konsep perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu yang menyumbang dan berbakti kepada negara serta menumpahkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara di samping bersatu padu, saling menghormati, tolong menolong dan berkongsi masa depan. Kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian dalam proses

pembentukan bangsa Malaysia yang kuat. Islam mewajibkan manusia Muslim sentiasa tolong menolong atas dasar kebaikan dan ketaqwaaan dan bukannya atas dasar perlakuan dosa, pencerobohan atau perseteruan. Sebagai warganegara Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara merupakan teras ke arah mengwujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip. Rakyat mestilah mendokong kepercayaan kepada Tuhan dan menolak atheisme.

Oleh sebab itu, bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia sekiranya ia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai Tuhan. Rakyat juga sama-sama tanpa mengira bangsa dan agama menumpahkan kesetiaan kepada Raja dan negara, pemimpin dan pemerintah, menjunjung kedaulatan undangundang dan menghayati kesopanan dan kesusilaan dalam masyarakat berbilang kaum.

Ancaman penjajahan pemikiran, ekonomi, politik dan budaya serta globalisasi negatif adalah dua musuh yang dihadapi oleh semua kelompok etnik di Malaysia. Oleh kerana masalah yang ditimbulkan oleh keduanya sama-sama memberikan kesan buruk kepada setiap kelompok etnik, maka kelompok etnik yang bersatupadu akan lebih kuat menghadapi musuh-musuh ini. Justeru, Islam sentiasa menyuruh umatnya untuk berpegang teguh dengan agama Allah dan jangan berpecah belah.

Sepanjang sejarah Islam juga kita akan dapati rekod pemerintahan Islam dan layanan yang baik untuk kelompok agama lain dan dari sudut hubungan diplomatik dan antarabangsa. Begitu juga rekod pemerintahan negara kita

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan Kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih padu sekiranya masing-masing melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks ilmu dan realiti, bukannya emosi, perasaan dan prasangka.

Dialog tamadun atau dialog antara agama akan berlaku dengan wujudnya interaksi individu. Nabi Muhammad s.a.w banyak menggunakan dialog dan hikmah ketika berhujah dengan orang Musyrikin Mekah. Orang Melayu tidak mempunyai masalah dalam interaksi tamadun. Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian dapat berkembang di Kepulauan Melayu kerana pemahaman orang Islam berasaskan ilmu al-Quran yang mementingkan toleransi dan menerima hakikat kepelbagaian agama dan keturunan dan hidup bersama dalam kerukunan, aman dan damai kecuali pada waktu darurat. Orang Melayu juga menerima bahasa kelompok etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian kebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing. Kerana Islam mengharuskan mengambil makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh menerima makanan orang asing (yang halal) seperti makanan segera Barat (asal daripada Barat), Char Koay Teaw (asal daripada China) dan Tosai (asal daripada India). Semua ini diterima oleh orang Islam berasaskan pemahaman ilmu.

Tamadun India yang masyhur dengan falsafah dan matematik, tamadun China dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan tamadun Islam yang menampilkan konsep angka dan meletakkan asas dalam matematik moden dan bidang astronomi cerapan telah bersama-sama menjayakan interaksi tamadun hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan. Maka kelompok etnik Cina, India dan Melayu dan lain-lain sepatutnya tidak mempunyai masalah memperkukuh hubungan etnik di Malaysia hasil daripada interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya tamadun masing-masing terdahulu. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah faktor

pembentukan dan kesinambungan kejayaan ketiga-tiga tamadun di atas. Ungkapan Arab, Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China membuktikan dua aspek; pertama interaksi dan dialog tamadun, kedua; transmisi ilmu dan pengejaran ilmu pengetahuan.

YAB Perdana Menteri juga telah menawarkan Malaysia sebagai `focal point` untuk mengadakan usaha-usaha perbincangan terbuka berkaitan Islam. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005] Maksudnya ialah sebagai pusat dialog antara agama ataupun dialog peradaban. Usaha yang lebih perlu dilipatgandakan oleh berbagai pihak bermula daripada masyarakat awam, pemimpin

masyarakat, pemimpin tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan untuk mengadakan dialog antara Muslim dan bukan Islam. Dialog, perbincangan dan interaksi sebenarnya menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat tentang hakikat kelompok etnik dan agama-agama lain. Ruang-ruang untuk perbincangan mestilah dibuka dan dikendalikan dengan keadaan yang baik dalam suasana dan semangat setiakawan. YAB Perdana Menteri telah melahirkan keyakinannya, katanya: Islam sebenar yang toleran, berkebajikan dan yang utama mengajarkan keamanan antarabangsa, keselamatan dan kerjasama akan melonjak. Orang-orang Islam di mana-mana sahaja bukan sahaja mempunyai kewajipan untuk mengembalikan kegemilangan Islam, bahkan menganjurkan rasa saling bersama antara satu sama lain di kalangan agama-agama di dunia. [Ucapan YAB Perdana Menteri, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005] Apa yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah berlandaskan kepada ajaran Islam yang menganjurkan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan.

5. Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi. YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut hubungan etnik. Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan Bumiputera untuk bergerak maju dan berdaya saing seiring dengan bukan Bumiputera.

Status sosial dan pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara dengan bukan Bumiputera. Objektif penyusunan semula masyarakat yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik akan dapat direalisasikan. Sebab itu, DEB harus dilihat signifikannya daripada sudut hubungan etnik. Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan memberi impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. Antara dasar berkaitan ialah seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian Nasional Ketiga (1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar, Dasar Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional sepatutnya juga dilihat kepada pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara komprehensif di mana setiap komponen masyarakat majmuk dan kerajaan turut sama menyumbang dan berbakti. Semua dasar negara akan tercapai sekiranya orang Islam memahami bahawa asas keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi adalah pemangkin kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara. 6. Kehidupan Berkualiti Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti. Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup Malaysia merangkumi 11 aspek, iaitu: (i) Dunia pekerjaan Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan menjalin hubungan yang baik di tempat kerja. Dalam aspek pekerjaan, semua kaum mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan bakti dalam apa jua profesion.

(ii) Pengangkutan dan komunikasi Kemalangan jalan raya kadangkala mengakibatkan perbalahan berasaskan sentimen etnik. Ini perlu dielakkan, biarlah mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah ataupun tidak.

Berbudi

bahasa

dan

bersopan

santun

di

jalanraya

dan

ketika

menggunakan pengangkutan awam adalah amalan mulia dan amalan kesedaran sivik yang tinggi. Alat telekomunikasi seperti fax, telegraf, email dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik. (iii) Kehidupan berkeluarga Individu yang baik dan beradab akan melahirkan keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan melahirkan komuniti dan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. Di Malaysia, walaupun keakraban keluarga semakin baik, setiap ahli keluarga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga kelompok etnik yang lain. (iv) Keselamatan dan ketenteraman awam Rakyat pelbagai kaum mestilah sama-sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada perselisihan faham ataupun konflik etnik, menimbulkan provokasi ataupun isu-isu sensitif.

(v) Pendapatan dan pengagihannya Kita mendapat tempat untuk mencari rezeki hasil daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara yang diusahakan pemerintah dan rakyat dengan izin Allah s.w.t. Tidak lagi timbul rasa cemburu dan iri hati kerana kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Wang pembayar cukai digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga negara. (vi) Kesihatan Isu-isu seperti HIV AIDS, dadah, sakit jantung dan kanser melibatkan semua kaum. Kita mesti bersatu untuk memerangi dan menanganinya. (vii) Pendidikan Bidang pendidikan sendiri sama ada di peringkat rendah, menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk menyatupadukan kaum. Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan

seseorang itu, semakin tinggilah juga kesedaran dan amalan dalam memperkasa hubungan etnik dan intra etnik. (viii) Perumahan Terdapat kecenderungan pembeli rumah membeli rumah di kawasan kelompok etnik sendiri. Sikap ini perlu dibendung kerana ia boleh mengwujudkan polarisasi kaum. Banyak kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kelompok etnik. Maka usaha perlu dijalankan untuk memperkukuh hubungan etnik di kawasan kediaman terlebih dahulu.

(ix) Alam sekitar Isu alam sekitar sebaiknya ditangani secara bersama. Kempen gotong royong pembersihan taman perumahan yang melibatkan pelbagai kelompok etnik boleh mengwujudkan semangat dan sikap kerjasama berkumpulan dan tolong menolong.

(x) Penglibatan sosial Kerja-kerja sukarela sama ada di peringkat komuniti dan masyarakat boleh mewujudkan sikap sayang menyayang dalam konteks hubungan etnik. Begitu juga kerja sosial dan pembangunan komuniti dan masyarakat. (xi) Budaya dan hiburan Program kebudayaan dan hiburan yang melibatkan penyertaan pelbagai kelompok etnik mestilah sentiasa digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan etnik.

Sukan ternyata boleh mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia sekali gus mempereratkan hubungan kaum dan integrasi nasional. Sudah ada langkah-langkah menggunakan sukan sebagai alat untuk memupuk hubungan kaum yang erat. Orang Cina sudah ada yang bermain sepak takraw yang sebelum ini didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu sudah bermain bola keranjang walaupun sebelum ini sukan ini didominasi oleh orang Cina. Kita perlu sukan yang boleh menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Badminton, hoki, bola sepak dan squasy adalah di antara sukan yang boleh

membangkitkan perasaan patriotisme rakyat.

Orang boleh menangis kesedihan kalau negara kalah dalam sesuatu jenis sukan, dan begitu juga orang boleh menangis kegembiraan kalau negara menang dalam sesuatu jenis sukan.

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Islam telah lebih 1400 tahun yang lampau memperjuangkan konsep hubungan etnik dan hak-hak asasi manusia. Islam menjamin hak-hak bukan Islam dan warga dunia. Jaminan ini akan memperkukuhkan hubungan etnik di negara yang diperintah oleh orang Islam.

Pengisytiharan Universal Islam Mengenai Hak-hak Asasi Manusia di Paris pada September 1981 antara lain mengiktiraf hak-hak manusia untuk hidup, hak kebebasan manusia, hak persamaan dan larangan diskriminasi terlarang, hak keadilan, hak perbicaraan yang saksama, hak mendapat perlindungan daripada penyalahgunaan kuasa, hak perlindungan daripada penyeksaan, hak perlindungan maruah dan reputasi, hak pelarian, hakhak minoriti, hak dan obligasi untuk menyertai pengurusan hal ehwal awam, hak untuk menganut mana-mana agama dan berucap, hak amalan keagamaan, hak untuk berkumpul dan menubuhkan persatuan, hak melakukan aktiviti ekonomi, hak perlindungan harta benda, status dan maruah pekerja, hak keselamatan sosial, hak berkeluarga dan yang berkaitan dengannya, hak wanita yang telah berkahwin, hak pendidikan, hak privacy dan hak bergerak dan menginap. Kumpulan minoriti terdiri daripada golongan bukan Islam, anak yatim, warga emas, kanak-kanak istimewa, orang kurang upaya, fakir miskin dan ibu tunggal. Prinsip ini menampilkan hak-hak kumpulan minoriti dan wanita akan dijaga dan dibela serta memastikan mereka berada dalam arus perdana kemajuan dan pembangunan negara.

8. Keutuhan Budaya dan Moral Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mestilah pemikiran bersama-sama Barat yang

memerangi

elemen

negatif

budaya

bertentangan dengan nilai agama dan ketimuran. Budaya dan moral bangsa Malaysia mestilah dipertahankan demi keutuhan budaya

kebangsaan dan menghalang ia daripada dicemari oleh budaya yang merosakkan akhlak dan moral serta budi bahasa rakyat Malaysia.

Budaya dan moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju dan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan walaupun kita sudah moden dan membangun. Ketua keluarga mestilah memastikan keutuhan budaya dan moral ahli keluarga masing-masing. Pemimpin masyarakat pula

bertanggungjawab terhadap masyarakat masing-masing. Kerajaan ingin wujudkan masyarakat yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) agar bangsa Malaysia dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Personaliti unggul terletak pada diri dengan kekuatan hemah yang tinggi, berilmu pengetahuan tinggi, tinggi

pencapaian, ketokohan dan keintelektualan.

Perayaan-perayaan kaum di Malaysia boleh menjadi satu mekanisme memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum. Bagi orang Islam, amalan kunjung mengunjung ke rumah kaum lain ketika perayaan tertentu bukanlah bermakna merestui sistem kepercayaan agama lain, tetapi lebih sebagai satu amalan mengeratkan perasaan saling menghormati, persefahaman dan persahabatan dengan kawankawan lain walaupun yang bukan seagama dengan mereka. Ini patut dijadikan budaya hidup kita

9. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Rakyat Malaysia pelbagai kaum mestilah sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang. Alam sekitar dan persekitaran yang kondusif bersekali denan penjagaan kesihatan yang sempurna akan memastikan masyarakat yang sihat, kuat dan sejahtera.Rakyat Malaysia mestilah memperjuangkan isuisu alam sekitar mengikut saluran yang betul dan peraturan dan benarbenar ikhlas demi kepentingan negara, bukannya kepentingan peribadi atau kelompok berkepentingan tersendiri.Kempen gotong royong

kebersihan dan seumpamanya di kawasan penempatan masyarakat berbilang kaum boleh mempupuk perasaan muhibah, kasih sayang dan tolong menolong.

10. Kekuatan Pertahanan

Program Latihan Khidmat Masyarakat (PLKN) sudah menunjukkan tandatanda penumpuan dan perkembangan integrasi nasional, perpaduan kaum dan semangat patriotisme. Generasi muda perlu disedarkan tentang keperluan mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman musuh. Mungkin sudah ada usaha sedemikian di peringkat pendidikan rendah yang lebih bersifat kekuatan jatidiri.

Penyertaan kelompok etnik bukan Melayu dalam pasukan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia masih ditahap yang rendah dan perlu dipertingkatkan.Penyertaan berbagai-bagai kelompok etnik dalam Ikatan Sukarelawan Rakyat (RELA) dan pasukan Pertahanan Awam boleh dibanggakan. Ini juga boleh memantapkan perpaduan kaum. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh adalah pepatah yang melambangkan perpaduan dan kerjasama. Jika dikaitkan dengan kekuatan pertahanan, maka asas kepada perfahaman yang utuh ialah perpaduan yang jitu. Perumpamaan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat menggambarkan signifikan kerjasama

berkumpulan, bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong menolong. Tanpa muafakat dan terlalu banyak persengketaan akan menyebabkan negara kita mudah untuk ditewaskan oleh musuh. Menang sorak, kampung tergadai menggambarkan bahawa yang penting ialah substance (isi) bukannya slogan atau cakap -cakap kosong. Kita perlu mengotakan apa yang telah dijanjikan dan konteks sayangnya kita kepada negara dan para pemimpin. Rakyat Malaysia berbilang kaum mestilah menanam dalam diri mereka prinsip biar putih mata, jangan putih tulang dalam konteks pertahanan negara. Semua bangsa mestilah menanam dalam diri mereka semangat dan sikap sayangkan negara dan

sanggup mempertahankannya ke titisan darah terakhir dan sentiasa komited sebagai warganegara yang baik dan berguna. Dalam Islam, orang yang mempertahankan negara dan mati kerana mempertahankan agama dan negara diberi penghormatan tinggi oleh Allah. Iklan TV3 Ikan di laut, asam di darat membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh menjalin hubungan baik dan bersatu padu. Media massa adalah mekanisme paling berkesan untuk memupuk perasaan muhibah dan hubungan etnik yang positif. Sebab itu media massa perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk memupuk integrasi nasional dan perpaduan kaum bukannya perpecahan dan polarisasi. Bantuan-bantuan kemanusian (humanitarian) terhadap mangsa

peperangan atau malapetaka alam menonjolkan ciri terbaru hubungan etnik yang menjangkau batas geografi dan sempadan antarabangsa. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum telah sama-sama menyumbang bagi menolong mangsa gempa bumi di Qum, Iran, mangsa perang Amerika-Iraq, mangsa gempa bumi di Kashmir dan malapetaka Tsunami.

Kesimpulannya, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk membawa perubahan kepada mentaliti dan sikap masyarakat serta peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan ini akan membawa pembaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan negara maju dan mencapai objektif Wawasan 2020. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang terhadap pendekatan ini kerana ia akan membawa kebaikan kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan agama dan etnik.

Apa matlamat sebenar Gagasan 1Malaysia?

OLEH EN. M.PERIASAMY ( PANEL PEMIKIR JASA) TERJEMAHAN ARTIKEL SIARAN AKHBAR TAMIL MALAYSIA NANBAN, EDISI HARI AHAD PADA 22 OGOS 2010, MUKA SURAT S11 TAJUK ARTIKEL: APAKAH WARNA 1 MALAYSIA? bermaksud Apakah Matlamat Sebenar Gasan 1 Malaysia?

Y.A.Bhg.Tun Dr.Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri menzahirkan pendapat bahawa walaupun sudah lebih daripada 1 tahun Gagasan 1 Malaysia diumumkan, orang ramai masih kurang memahami matlamat sebenar Gagasan 1 Malaysia.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri turut mengakui kenyataan Dr.Mahathir malah mengesa agensi-agensi kerajaan

meningkatkan kempen penerangan mengenai Gagasan 1 Malaysia.

Sebelum itu, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak juga pernah menyarankan agensi-agensi media mempertingkatkan penjelasan mengenai 1 Malaysia.

Hakikat Gagasan 1Malaysia

Gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yang mampu membantu mengukuhkan perpaduan nasional . Nilai-nilai inclusive diterapkan dalam masyarakat Malaysia dalam membina sebuah nation-state atau sebuah negara Malaysia.

Gagasan 1 Malaysia menganjurkan buday hidup bahawa walaupun agama, budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia berbeza-beza, mereka perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif Malaysian.

Gagasan 1 Malaysia menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun

merasa

bahawa

mereka

telah

dipinggirkan

dalam

arus

perdana

pembangunan Negara. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum. Setiap anggota dalam masyarakat keluarga Malaysia. Persoalan:

berbilang kaum perlu

menganggap dirinya sebagai seorang ahli dalam satu keluarga besar

Persoalannya, ada yang beranggapan bahawa Gagasan 1 Malaysia member i hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum dan mendakwa kaum Melayu,Cina ,India dan kaum lain setaraf dari segi Perlembagaan. Sekiranya 1 Malaysia melaungkan perinsip semua kaum adalah sama rata dan penting bagi kerajaan , kenapakah dasar kedudukan keistimewaan kaum bumiputra masih diteruskan? Kenapa kaum bumiputra dibeli kemudahan khas dalam bidang pendidikan, lesen, perjawatan dalam sektor kerajaan?

Jawapannya:

Gagasan Malaysia.

Malaysia

adalah

bersandarkan

kepada

Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia adalah merupakan undang-undang

tertinggi Malaysia. Perlembagaan Malaysia pula merupakan satu dokumen yang mengandungi semua perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa negara mencapai kemerdekaan (kontrak sosial).

Tidak dapat dinafikan bahawa menurut Perlembagaan Malaysia, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8) dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang, kecuali sebagaimana Malaysia. dibenarkan konteks dengan ini, nyatanya 153 oleh dalam Perlembagaan Perlembagaan

Dalam

Perkara

Malaysia memberi hak yang terasas kepada golongan Bumiputra (orang Melayu).

Perkara 153, sambil menjamin kedudukan keistimewaan kepada kaum bumiputra, ia juga memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain

mengikut peruntukan ini.Kerajaan tidak menghalang atau sekat kemajuan mana-mana kumpulan masyarakat atas dasar kaum atau etnik.

Perkara-perkara yang tersebut dalam Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan sokongan majoriti 2/3 dalam parlimen.Namun, beberapa Perkara penting, terutamnya Perkara 153, tidak mudah dipinda kerana ianya perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja.

Definisi Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Perlembagaan Malaysia Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sistem ini kemudiannya diperkenalkan di Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Demokrasi berasal daripada istilah Yunani iaitu demos dan kratos. Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud kuasa. Berdasarkan istilah tersebut,

demokrasi dapat didefinisikan sebagai pemerintahan dari rakyat, untuk rakyat. Demokrasi merupakan amalan pemerintahan yang berasaskan suara rakyat, iaitu rakyat yang menentukan corak pemerintahan melalui pemilihan pemimpin-pemimpin bagi membentuk sebuah kerajaan. Meskipun demokrasi menetapkan hak bersuara secara bebas, namun kebebasan secara mutlak sememangnya tidak diamalkan di Malaysia. Keadaan ini bermakna dalam hal-hal tertentu, kuasa dalam pemerintahan adalah ditentukan oleh Parlimen.

Di Malaysia, bukan semua urusan negara seperti aspek perundangan ditentukan oleh rakyat. Di Malaysia, kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui pilihanraya yang dijalankan lima tahun sekali. Pilihan raya pula dilakukan secara bebas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu sebuah badan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Dalam pilihan raya tersebut, rakyat berhak memilih wakil-wakil mereka dalam Dewan rakyat dan Dewan Undangan Negeri. YDPA bersama-sama Sultan atau Yang di-Pertua Negeri pula akan melantik ahli-ahli Dewan Negara. Semua wakil yang telah dipilih akan menduduki Parlimen yang akan menjana corak pemerintahan negara berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber perundangan tertinggal .Dari perspektif sejarah, sistem demokrasi sebenarnya telah pun diamalkan oleh masyarakat tradisional. Pada awalnya, sistem politik yang berunsurkan demokrasi telah pun diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan yang berpegang teguh kepada adat perpatih.

Pada zaman penjajahan British, Negeri Sarawak merupakan perintis kepada amalan demokrasi berparlimen di Malaysia. Ini bermula pada tahun 1868 apabila terbentuknya Dewan Undangan Negeri semasa pemerintahan Raja Charles Brooke. Semasa pemerintahan Charles Vyner Brooke pula, Majlis Tertinggi telah dibentuk dan dianggotai oleh Datuk Patinggi, Datuk Bandar, Datuk Temenggung, dan Datu Imam bagi membantu pentadbiran raja-raja Brooke.

Di Semenanjung Malaysia pula, negeri pertama yang menubuhkan Dewan Undangan Negeri ialah Johor. Pada tahun 1873, sebuah badan perundangan telah ditubuhkan di Johor yang dikenali sebagai Majlis Negeri atau State Council. Lanjutan daripada itu, sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan telah dimulakan di Johor pada tahun 1895 di bawah pemerintahan Maharaja Abu Bakar dengan pembentukan

perlembagaan bertulis. Perlembagaan ini berdasarkan perlembagaan di Britain merupakan perlembagaan pertama di Semananjung Tanah Melayu. Malaysia hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen berdasarkan Perjanjian Persekutuan pada tahun 1957.

Keluhuran perlembagaan Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang diPertuan agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.

Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan , undang-undang negeri yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

Perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia

Tugasan isl. Minggu 2 :

Cari maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang Peristiwa 13 Mei 1969.

Minggu

Kumpul maklumat berkaitan kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Minggu

Hasilkan carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu.

Minggu

Cari maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970.

Minggu

Kumpul bahan-bahan daripada pelbagai sumber tentang perkembangan modenisasi dan pembangunan ekonomi Malaysia dan luar negara

Minggu Cari dan kumpul maklumat tentang pembangunan ekonomi

7 di Malaysia.

Minggu

Hasilkan borang pengurusan grafik tentang pembangunan ekonomi (Rancangan Lima Tahun)

Minggu

Kumpul bahan-bahan tentang Rancangan Lima Tahun bermula pada 1964 hingga kini dalam konteks hubungan etnik.

Minggu

10

Kenalpasti fasal-fasal dalam perlembagaan berkaitan dengan unsur-unsur tradisi

Minggu

11

Hasilkan peta minda tentang unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan negara 1948 sehingga 1963

Minggu

12

Kumpul dan dapatkan maklumat tentang Islam Hadhari daripada agensi-agensi dan badan-badan kerajaan yang berkaitan.

Minggu

13

Hasilkan laporan ringkas tentang cabaran globalisasi serta implikasi kepada hubungan etnik di Malaysia berdasarkan pelbagai sumber rujukan.

Minggu

14

Hasilkan borang pengurusan grafik tentang peranan masyarakat dan kerajaan dalam konteks hubungan etnik.

Minggu

15

Kumpul dan cari bahan tentang Dasar pendidikan kebangsaan dan PIPP daripada pelbagai sumber.

You might also like