Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Aku Janji Selamanya

Aku Janji Selamanya

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,467|Likes:
Published by Natasha Rosli
hayatilah kisah ini. sorry for the spelling error. do comment if u like:)
hayatilah kisah ini. sorry for the spelling error. do comment if u like:)

More info:

Published by: Natasha Rosli on Jun 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/24/2010

pdf

text

original

 
Aku Janji Selamanya
’Ya Allah! Sesaknya!’desisku dalam hati. Aku mula menarik nafas dengan perlahan-lahan.Kesesakan dalam ruang komuter itu sungguh menyeksa pernafasanku. Bermacam-macam bau berlari-lari masuk ke dalam rongga hidungku. Ditambah pula dengan saiz tubuhku yang agak kecilmenyukarkan lagi pernafasanku.Komuter mula bergerak. Badanku bergoyang-goyang. Aku berpegang pada tiang komuter supayatidak terjatuh. Pegangan yang kejap menyakitkan jari-jemariku. Aku menghela nafas. Sekejap-sekejapaku mengeluh.Apabila komuter sampai di stesen Subang Jaya, ramai yang meluru keluar dari komuter. Ada beberapa tempat kosong di hadapanku. Cepat-cepat aku duduk.Aku mula melunjurkan kakiku. Lenguh kerana terpaksa berdiri makin kejap. ’Nasib aku dapatduduk. Kalau tidak..’ getusan hati kecilku terhenti apabila tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.Kawanku, Ain menelefon.“Hello. Kenapa?“ aku terus bertanya. Aku tahu dia pasti lelah menunggu kedatanganku.“Kau dah sampai mana ni? Lambatnya.“ Ain mula merungut.“Sekejap lagi sampailah. Kau ni, sabarlah. Sabar itu kan separuh daripada iman,” aku bergurau.“Yalah. Aku tahu tapi engkau janji pukul 10.30. sekarang ni dah pukul berapa? Lambatlah engkauni. Sebab nilah aku malas nak keluar dengan kau.“ Ain membebel. Aku memekakkan telinga. Memangsalah aku pun. Aku yang bangun tidur lambat. Mama pula tidak mahu menghantarku ke stesen komuter.Malas katanya. Terpaksalah aku memaksa adikku Amar menghantarku ke stesen komuter. Itupun puasaku memujuk, memaksa dan tidak ketinggalan mengugut.“Dian! Dian! Kau dengar tak ni?“ Ain menjerit-jerit di corong telefon memanggil namaku.“Ya. Aku dengar. Dahlah tu Ain oi. Sekejap lagi aku sampai la.“ Aku cuba menenangkan hati Ain.“Yalah. Aku tunggu.
 Bye
.” Ain mematikan talian tanpa sempat aku mengucapkan
‘bye’ 
. Akumembuka dompetku yang berwarna ungu. Sekeping gambar terjatuh dari celah-celah wang yang beradadi dalam dompet. Aku membongkokkan sedikit badanku supaya aku dapat mencapai gambar tadi yang jatuh di lantai komuter.Hatiku rasa sebak apabila memandang gambar itu. Gambar kenangan aku dengan kakakku.Ingatanku mula menerawang pada kakak yang hidup di rantauan. Lima tahun sudah berlalu, kakak tetaptidak mahu pulang sama ada pada musim perayaan mahupun upacara pengebumian. Kakak sebenarnyamakan hati dengan mama. Bagi aku, tindakan kakak salah. Bukankah itu akan dikira sebagai anak derhaka?Sebenarnya, bukan kakak saja yang makan hati dengan mama malah aku dan Amar turut merasa apayang kakak rasa. Cuma kami cuba kuat. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu meninggalkan mama. Akumahu sentiasa berada di sisi mama. Walaupun mama pernah mengguris hatiku, aku tetap sayang mama.Bagiku mama bukanlah insan biasa kerana kalau mama insan biasa sudah pasti mama tidak akan bangkit melawan ketika dia dipermainkan oleh Uncle Zaidi.Uncle Zaidi ialah bekas ayah tiriku. Dia 6 tahun lebih muda dari mama. Dia telah menggelapkanwang syarikat mama dan lesap begitu sahaja. Perniagaan mama hampir musnah. Nasib baik papamembantu. Kalau tidak, apalah yang akan jadi pada syarikat mama yang merupakan sebahagian darihidupnya.Tindakan mama berkahwin dengan Uncle Zaidi itulah yang mengguris hati kakak. Kakak sudahcukup sedih apabila mama dan papa bercerai. Kesedihannya berlarutan apabila mama bercadang untuk  berkahwin dengan Uncle Zaidi. Kakak sudah cuba menentang habis-habisan tetapi mama tetap berkeras. Masih kuingat bagaimana kecohnya rumah kami apabila kakak bergaduh dengan mama.Kadang-kadang terdengar bunyi kaca pecah diiringi dengan tangisan dan jeritan yang memecahkeheningan malam. Aku dan Amar tidak masuk campur. Kami hanya bersendirian di dalam bilik.
 
Tiba-tiba Amar masuk ke dalam bilikku dengan linangan air mata. Hidungnya merah. Bahunyaterhinjut-hinjut menahan tangis. Aku memeluk Amar. Aku memujuknya dan menenangkannya. Akumemberitahunya bahawa pergaduhan ini tidak lama. Keadaan ini pasti akan pulih. Namun ternyatasangkaanku meleset. Kakak menerima tawaran untuk belajar di luar negara dan tidak mahu pulang lagi.“Stesen KL Sentral! Stesen KL Sentral!“ pengumuman tersebut mematahkan lamunanku. Aku bangun dan menuju ke kaunter tiket. Setelah membeli tiket aku menuju ke Platform 6. Semua penumpang yang menuju ke Mid Valley akan menunggu komuter disitu. Nasibku baik kerana sampaisahaja aku di Platform 6, komuter yang menuju ke Mid Valley sudah sampai. Setelah 10 minit, akusudah menjejakkan kaki ke Mid Valley. Aku terus menuju ke panggung wayang dimana Ainmenungguku.Setelah bersesak-sesak barulah aku berjumpa Ain. Ain menarik muka masam lalu aku punmemujuknya. Aku dan Ain berjalan masuk ke dalam panggung wayang untuk menonton video yangditayangkan.*****************“Kenapa kau lambat tadi?“ tanya Ain. Aku cuma tersengih. Malas mahu menjawab. Aku terusmenikmati hidangan yang kubeli dengan Ain tadi.“Hei, kau dengar tak ni?!“ Ain meninggikan sedikit suaranya. Aku mengangguk saja. Aku terusmakan tanpa mempedulikan Ain.“Dian, kau nak tahu tak? Aku ada
 surprise
untuk kau.“ Aku yang sedang asyik makan terus terhenti.
Surprise
apa? Kau nak belanja aku
 shopping 
ke hari ni?” aku tersengih.“Amboi, banyak duit aku! Sepatutnya kau yang belanja aku. Apa fasal pula aku yang kena belanjakau?“ Ain mencebik.Aku tergelak. “Kau kan baik.“ Aku cuba membodek.“Dah la kau ni. Dia dah datang la.“ Ain membuatkan aku makin tertanya-tanya. “Siapa?” Aku cubamencari jawapan di wajah Ain.“Shh.. diamlah. Bising je.” Aku menarik muka. Aku terus makan tanpa menghiraukan Ain yangsibuk tersenyum kepada seseorang. Sangkaku Ain ingin mengurat.“Assalamualaikum.“ Suara garau tersebut berlumba masuk ke dalam corang telingaku. Aku menolehsambil menjawab salamnya. Dia senyum kepada aku dan Ain. Dia menarik kerusi di sebelah Ain. Aku bertambah pelik. Aku memandang Ain dengan harapan dia memberitahuku siapa lelaki yang duduk disebelahnya.“Nilah
 surprise
yang aku kata tu.“ Dahiku berkerut.“Ni sepupu aku Iman. Dia baru balik dari Mesir.
Study
kat sana. Sekarang ni dah habis
 study
. Dia boring duduk kat rumah.
So
apa salahnya aku ajak dia keluar sekali.““Oh, lain kali cakaplah.“ Aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengan Iman. Iman cumamenggeleng perlahan sambil tersenyum. Aku menarik balik tanganku. Aku perasan perubahan padawajahku. Kelat.“Saya Dian.“ Aku memperkenalkan diri kepada Iman. “Iman. Abang harap Dian tak kisah abang
 join
Dian dengan Ain hari ni.“Aku menggeleng sambil tersenyum. “Abang Iman tinggal kat mana?“ aku cuba untuk beramah. Akutidak mahu dikatakan hidung tinggi.“Panggil Abang Im aje la. Abang tinggal kat Damansara. Dian?““Shah Alam.“ Aku menjawab. Tiba-tiba Ain bangun.“Dian, Abang Im, aku nak pergi tandas la.“ Ain meminta izin. Aku dan Abang Iman cumamengangguk. Ain cepat-cepat meninggalkan kami.“Abang Im dah makan ke?“
 
“Dah.“ Jawabnya ringkas.“Jom jalan-jalan.“ Ajakku. Abang Iman mengangguk.******************Hari demi hari berlalu. Makin lama aku dengan Abang Iman makin rapat. Sikap Abang Iman yang peramah menyelesakanku. Kami berbual tentang banyak perkara. Tentang pembelajarannya di Mesir,keluarganya malah aku pernah menceritakan perihal keluargaku kepadanya. Ternyata Abang Imanseorang pendengar yang baik. Dia bukan sahaja menasihatiku malah menunjukkan usaha-usaha yang patut aku lakukan supaya keadaan ini tidak berterusan.Antaranya, Abang Iman menyuruh aku membuat solat hajat iaitu solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat. Dengan jujur aku memberitahu kepada Abang Iman bahawa aku tidak tahuuntuk bersolat. Aku tidak pernah diajar untuk solat. Dengan rela hati, Abang Iman mengajarku solat.Bukan itu saja, kadang- kadang Abang Iman memberiku ceramah percuma.Pernah suatu hari Abang Iman menegurku.“Rambut Dian cantik sangat.“ Pujinya. Aku tersipu malu. Ketika itu aku dan Ain keluar bersamadengan Abang Iman di One Utama.“Pandai Dian jaga.“ Pujinya lagi. Berbakul pujiannya hari ini.“Tapi lagi cantik kalau Dian tunjukkan rambut Dian hanya kepada yang berhak.“ Tegurnya lembut.Meskipun tegurannya itu halus, ia terus sampai di hatiku. Menusuk jiwaku yang sudah lama kosong.Aku cuma menunduk. Perasaanku berbaur. Bercampur dengan kesedaran bahawa aku telah lamamelupakan agamaku, Islam. Bukan aku saja yang telah lama meninggalkan Islam, mama dan Amar jugasudah lama melupakan Islam.“Abang Im..” suara Ain mengeras. Mataku terasa panas. Ya, aku marah. Tapi aku tidak marah akanAbang Iman. Aku marah akan diriku kerana melupakan Islam. Mengapa aku lupa pada Dia? Sedangkandia yang banyak membantu aku. Aku sebak. Air mata sudah mula menitis tapi aku cepat-cepatmenyekanya. Lantas aku meminta diri untuk pulang.Di rumah, aku fikir dalam-dalam akan teguran Abang Iman tadi. Ya, bukankah menutup aurat itu juga salah satu daripada tuntutan yang sudah termaktub dalm hukum agama Islam? Aku bertekad untuk cuba memenuhi tuntutan tersebut. Aku pasangkan azam dalam hati. Aku mahu jadi muslimah yangsempurna. Aku mahu mendapat keredaanNya.******************Aku berjalan-jalan di deretan kedai di Jalan Tun Abdul Razak. Berhelai-helai tudung aku beli untuk dipakai. Bermacam-macam warna dan fesyen aku pilih. Malah, pelbagai bentuk kerongsang aku beliuntuk dipinkan di tudung-tudung tersebut.Sebelum itu, aku telah meminta pendapat seorang ustazah yang tinggal berdekatan dengan rumahku.Dia merasa gembira dan bersyukur kerana aku mahu berubah. Dia mengajarku tentang hukum-hakamagama Islam dan amalan yang selama ini aku lupa.“Allah menerima taubat hamba-hambanya. Dia Maha Pengampun. Alhamdulillah dia beri petunjuk kepada Dian. Betul ni Dian nak berubah?” kata Ustazah Salma.Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengangguk. Air mataku jatuh lagi.*******************“Dian! Nak pergi mana tu?“ tanya mama dengan wajah berkerut. Amar yang berada di sebelahmama hanya tersengih.“Dian nak keluar mama.“ Jawabku lembut.“Pergi mana pakai macam ni? Dian nak pergi masjid ke?“ kata mama seolah-olah mempersendakan penampilan baruku.“Dian nak pergi belajar agama di rumah Ustazah Salma.“ Aku masih berlembut. Tidak mahudikatakan anak derhaka.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
sean258 liked this
Aloysius Sujah liked this
hajjahh liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->