You are on page 1of 7

Water proofing

Jenis ; SIKA TOP SEAL- 107

Diskripsi produk : merupakan 2 bahagian ubahsaian polimer pengkalis air sebatian


mortar bersimen yang terdiri dari polimer cecair dan campuran
berasaskan simen beserta Bahan campuran istimewa.
Digunakan pada konkrit dan mortar untuk menghalang
serapan air.

Bahan A adalah dalam bentuk cecair (latex) seberat 4.5kg,


manakala bahan B adalah dalam bentuk serbuk

Kegunaan : 1. Pengkalis air dan pengkalis lembapan luaran dan dalaman bagi
permukaan konkrit, lepaan simen, batu bata dan batu
blok,
2. Melindungi struktur konkrit dari kesan serangan de-icing dan
freeze thaw
3. Pengkalis air luaran bagi basement dalam pembinaan baru atau
yang di baikpulih
4. Penutup liang-liang
5. Pengkalis air bagi tangki air, kolam renang dll
6. Penutup rekahan halus (hair line crack) pada permukaan
konkrit, yang bukan disebabkan oleh gerakan struktur.
7. Melindungi dinding basement bahagian dalam dari lembapan
8. Meratakan mortar bagi tujuan kerja pembaikan konkrit

Karekter bahan : 1. Daya lekatan yang baik (adhesion)


2. Meningkatkan ketahanan terhadap garam dan frost
3. Melindungi dari serapan air dan ‘concrete carbonation’
4. Tidak beracun, selamat dan sesuai untuk kegunaan berkaitan
air minuman
5.Tidak mengaratkan besi (non corrosive)
6.Sangat konsisten bila digunakan secara slurry (sebatian) atau
dengan menggunakan trowel

Penyediaan Permukaan

Permukaan yang hendak dikalis air mestilah dibersihkan secara mekanikal seperti high
pressure water jet, needle gun, blast cleaning, scabbler dll. Kemudian permukaan tersebut
hendaklah dibasahkan sehingga permukaannya dalam keadaan kering tanpa air bertakung
tetapi lembab kerana air yang terserap.

Jika terdapat lubang atau liang, pastikan tidak terdapat sebarang bendasing di dalamnya.
Bagi permukaan lantai, bersihkan permukaan lantai tersebut secara mekanikal dan
pastikan tidak ada bendasing seperti lebihan mortar/konkrit serta semua lapisan (coatings)
sedia ada hendaklah dibuang. Semua liang dan lubang termasuk honeycomb mestilah
didedahkan. Permukaan ini mestilah dalam keadaan sedia untuk menerima kekuatan
lekatan yang maksima.

Permukaan konkrit yang rosak hendaklah dibaiki terlebih dahulu.

Semua bucu (pertemuan permukaan vertical dengan horizontal) mestilah di isi dengan
mortar (mortar fillet), 25mm x 25mm

PENYEDIAAN BAHAN

1.BANCUHAN
Apabila kedua-dua bahan dicampurkan, ia akan menghasilkan satu sebatian
(slurry). Konsistensi sebatian ini boleh disesuaikan dengan mengurangkan
bahan A m sebagai contoh , apabila aplikasi menggunakan trowel, bahan A hanya
digunakan sebanyak 90%

Gunakan bekas yang bersih. Tuangkan perlahan-lahan bahan B ke dalam bahan A


dan gunakan pembancuh mekanikal. Gunakan kelajuan yang rendah.

2.Masa bancuhan : 3 minit

3.Tempoh penggunaan selepas dibancuh


(Pot life) : 30 minit pada suhu 30*C. Pada suhu yang
lebih tinggi, hayatnya lebih pendek.

4.Kaedah aplikasi
Permukaan yang hendak dikalis air hendaklah dalam keadaan terserap air, kering
tanpa air bertakung. Lapisan pertama hendaklah dibiarkan kering selama 4 – 8
jam pada suhu 20*C sebelum lapisan ke dua dibuat.

Aplikasi secara sebatian (slurry)


Sapukan sebatian ini dengan tangan menggunakan berus plastic keras atau
penyapu plastic. Sapukan dalam arah yang sama. Sapuan untuk lapis kedua
hendaklah dibuat dalam arah yang melintang.
Aplikasi secara mortar
Kurangkan bahan A aebanyak 10%. Gunakan trowel. Aplikasi ini digunakan
apabila permukaan yang rata dan licin diperlukan. Apabila kedapatan lubang atau
liang pada permukaan, keraskan penggunaan trowel pada tempat tersebut supaya
tertutup dengan bahan pengkalis air.

Untuk mengelakkan kerosakan pada lapisan pertama, lapisan ke dua hendaklah


dibuat sebelum tempoh 24 jam. Sekiranya dibuat selepas 12 jam, lapisan pertama
hendaklah dibasahkan terlebih dahulu menggunaka semburan halus.

Setelah lapisan kedua dibuat, gunakan span yang kering untuk menggosok
permukaannya sekiranya mahukan permukaan yang cantik.

5.Membersih peralatan
Peralatan yang digunakan dalam kerja ini hendaklah segera dibasuh dengan air
biasa bagi mengelakkan ianya mengeras.

KAWALAN DI TAPAK

Jangan sesekali menutup bahan kalis air yang telah dibuat sebelum ianya diperiksa oleh
pihak yang berkenaan, cth: Jurutera/clerk of work/

UJIAN

Sebelum kerja-kerja lain dibuat di atas bahan kalis air tersebut, ujian limbahan air (flood
testing) mestilah dibuat. Ujian ini dibuat setelah lapisan ke dua kering. Tutup semua
lubang outlet dan airkan ruang tersebut sehingga kedalaman 50mm atau 12.5mm di atas
lapisan kalis air. Biarkan selama 72 jam. Sekiranya terdapat kebocoran, lakukan
pembaikan dan ulangi ujian limbahan air sehingga tiada lagi kebocoran.

You might also like