Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Masalah Perpaduan Di Malaysia

Masalah Perpaduan Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 4 |Likes:
Published by Khairul Haizam
perpaduan di malaysia
perpaduan di malaysia

More info:

Published by: Khairul Haizam on Aug 27, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/27/2013

pdf

text

original

 
PENDAHULUAN
 Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesatmembangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibatdalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa.Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilangbangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majorititerbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asaltempat tumpah darah mereka.Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaanpada tahun 1957. Pada tahun 1966, nama
nya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora
dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinyamenjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahanmentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluandagangan antarabangsa.Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai,tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaiandan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yangsama.Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lamakerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah olehpelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa danrasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila merekacuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasamereka berada di bawah cengkaman kuasa asing.Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikishasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untukmembangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnyahanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanamdi sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itudibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian sepertibijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negarauntuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaranpengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negaraini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih danmembawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja.Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China danIndia untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalahyang akan memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduktempatan.Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupunterpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri. Orang-orangMelayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemu-jemumencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai
 
kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, ‘Bapa Kemerdekaan’ kita telah
melaungk
an kalimah keramat ”MERDEKA” dan diulang suara oleh rakyat dari pelbagai bangsadan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera ”Union Jack ” diturunkan dan berkibar megah ”Jalur Gemilang” kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai sebuah
negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yangtersendiri.Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan danmemajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macamrintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaumdapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yangtidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberikerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasionaladalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia.
DEFINISI:
 Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secarasengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersamasecara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruhmasyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta danbanggakan negara.Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayahtempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan peganganagama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murnimasyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL.
 Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isuperpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020
yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat
yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,
berasaskan persamaan hak dan keadilan”
 
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan
bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka
kepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkanmasyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentusahaja.
HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI.
 Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.Di antaranya ialah;
 
 
Agama dan kebudayaan
: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaanyang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budayadan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami danseringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaanburuk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
 
Dasar Penjajah British
: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yangmenjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan merekasendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaumyang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangkanegatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
 
Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan
: Laporan Razakmenyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di manasetiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakanbahasa ibunda masingmasing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pulayang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yangsama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandanganyang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat disamping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikanpembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
 
Amalan ekonomi yang berlainan
: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yangtertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurangpendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalanganetnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
 
Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik
: Kewujudan persatuan politik,sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telahmemmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syakwasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingankumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum jugamemainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hakkeistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
 
Pendudukan Jepun
: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurangpermusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepunterdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil olehtentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskanpersefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayudan Cina.
KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM
 
MENYUBURKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA
 
PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969
 Penjajahan British melalui
dasar pecah dan perintah
serta mementingkan kuasa dan ekonomimenyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaumdan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yangsewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telahmenimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoritiparti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin partipembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->