You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran sangat penting digunakan oleh warga pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Namun begitu, kekeliruan masih timbul dalam kalangan tentang konsep strategi, pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran bahasa. Terdapat juga dalam kalangan guru yang masih menganggap bahawa maksud strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah sama. Tanggapan kabur tersebut harus dipandang serius oleh seseorang guru kerana konsep-konsep tersebut adalah paling asas untuk pembentukan sempurna sesuatu rancangan pengajaran harian. Pentingnya penjelasan dibuat supaya kandungan pedagogi yang diamalkan dapat dimanipulasikan secara mantap di dalam bilik darjah. Dalam usaha menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah, seseorang guru perlu bijak merancang proses proses penyampaian maklumat tersebut secara teratur dan bersistematik. Bagi membantu guru melaksanakan proses berkenaan, penguasaan kemahiran menulis rancangan harian perlu dikuasai oleh guru. perancangan akan membantu guru-guru untuk meningkatkan keyakinan diri sebelum masuk mengajar di samping mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada aspek yang perlu diajar sebagaimana yang disarankan dalam sukatan pelajaran. Selain daripada pengaplikasian strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran bernilai tambah juga perlu dimasukkan dalam rancangan pengajaran agar pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna kepada murid-murid. Kemahiran bernilai tambah merupakan salah satu daripada strategi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman dalam bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran juga, langkah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik serta kemahiran bernilai tambah perlu dijadikan keutamaan kearah penentuan ssasaran sesuatu objektif pembelajaran. Oleh itu, sebagai guru bahasa yang prolifik, persediaan rapi adalah wajar untuk berdepan dengan murid-murid kearah penyerapan strategi melatih mereka berkerjasama, berinteraksi dan berfikir dalam suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, saya juga ada membuat pemerhatian pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu mengenai pengaplikasian kemahiran

berfikir semasa menjalankan amalan professional Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh itu, sama-sama kita selusuri inti pati dalam hasil tugasan projek saya ini dalam megupas segala persoalan tentang definisi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik agar yang kabur dapat dijelaskan dan yang gelap dapat diterangkan. Selain itu, saya juga akan menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan memasukkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik serta kemahiran bernilai tambah yang sesuai.

2.0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK 2.1 Definisi Strategi Menurut kamus dewan, strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Menurut Dr. Khairuddin Mohamad, strategi bermaksud kebijaksanaan dalam memilih pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran berdasarkan objektif pengajaran yang digubal. Selain itu, menurut Noraiti A. Rashid, strategi ialah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Manakala,dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategik bermaksud kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Daripada pendapat-pendapat ini, saya dapat rumuskan bahawa strategi ialah cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang mana lebih menjurus kepada pencapaian atau hasil pembelajaran. 2.2 Definisi Pendekatan Menurut kamus dewan, pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Menurut Dr. Khairuddin Mohamad, pendekatan bermaksud arah atau hala yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Tambah beliau, dalam pengertian yang lebih luas, pendekatan diertikan sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melaksanakan sesuatu. Selain itu, menurut Noraiti A. Rashid, pendekatan ialah cara mendekati sesuatu, iaitu bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Menurut Parera pula, pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian) manakala menurut Kamarudin Husin, pendekatan

merupakan satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Daripada pendapatpendapat ini, saya dapat rumuskan bahawa pendekatan merupakan cara yang diambil oleh guru untuk mendapatkan sesuatu yang telah dirancang atau sesuatu sasaran berdasarkan objektif jangka panjang. 2.3 Definisi kaedah Menurut kamus dewan, kaedah merupakan cara atau aturan membuat sesuatu atau hokum atau prinsip. Menurut Dr. Khairuddin Mohamad, kaedah ialah suatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistemaik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Tambah beliau, kaedah juga ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Selain itu, menurut Noraiti A. Rashid, kaedah merupakan cara mengelolakan dan mengunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Menurut Mangantar Simanjuntak, kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran manakala menurut Parera, kaedah merupakan satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan. Menurut Ishak Ramly pula, kaedah merupakan satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Daripada pendapat-pendapat ini, saya dapat rumuskan bahawa kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur yang perlu digunakan oleh guru bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. 2.4 Definisi teknik Menurut kamus dewan, teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Dr. Khairuddin Mohamad,teknik merupakan alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran yang telah dipilih. Selain itu, menurut Noraiti A. Rashid, teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Tambah beliau, teknik merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran

bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran. Menurut Edward M. Anthony, teknik merupakan satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Menurut Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz pula, teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Daripada pendapat-pendapat ini, saya dapat rumuskan bahawa teknik merupakan satu kemahiran atau alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. 3.0 PENGHASILAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

4.0 LAPORAN MENGENAI PEMERHATIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU. Pada 18 hingga 22 MAC 2013, saya telah melaksanakan amalan professional Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Tanpa membuang masa, selepas sesi memperkenalkan diri dengan Puan Juhariah iaitu guru penolong kanan hal ehwal murid, saya telah meminta nama guru panitia bahasa melayu. Setelah perhimpunan selesai saya telah berjumpa dengan guru panatia bahasa melayu iaitu Puan Hajah Nazariah. Saya telah bertanya kepada beliau siapakah guru cemerlang yang mengajar mata pelajaran bahasa melayu di sekolah tersebut. Puan Hajah Nazariah tergelak kecil menjawab pertanyaan saya itu kerana beliau menyatakan bahawa beliau merupakan guru cemerlang di sekolah

tersebut. Saya sangat gembira kerana tidak menyangka saya dapat berjumpa dengan guru cemerlang yang mengajar mata pelajaran bahasa melayu di sekolah tersebut. BIADOTA GURU CEMERLANG

Nama Guru:

Puan Hajah Nazariah BT Kamaruddin

Tempat Berkhidmat: SK. Tunku Muda Serting, Negeri Sembilan Tarikh Mula Berkhidmat: Jawatan: 01 JANUARI 2002

Guru panitia bahasa melayu dan merupakan ketua dalam mengendaliakan persatuan muzik dan kebudayaan.

Saya telah membuat pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran Puan Hajah Nazariah pada pukul 11.15am sehingga pukul 11.45am iaitu selama 30 minit. Semasa membuat pemerhatian pengajaran dan pembelajaran saya dapati bahawa Puan Hajah Nazariah mempunyai ciri-ciri seorang guru yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Saya amat kagum dengan cara pengajaran yang dijalankan oleh Puan Hajah Nazariah. Sebelum saya terangkan lebih lanjut lagi adalah lebih baiknya saya terangkan apakah itu kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah. Ia meliputi kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, mengumpul dan mengelas, membuat urutan, menyusun ikut keutamaan, menganalisis, mengesan kecondongan, menilai dan membuat kesimpulan. Manakala, kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli. Ia meliputi menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens, meramalkan, membuat haipotesis, mensintesiskan, mengitlak, membuat gambaran mental, menganalogikan dan mereka cipta. Tajuk pengajaran yang diajar oleh Puan Hajah Nazariah pada masa itu lebih kepada cara membina ulasan daripada petikan. Oleh kerana peperiksaan baru sahaja selesai maka Puan Hajah Nazariah telah melaksanakan pengajaran tersebut dengan menyemak soalan bahasa melayu bahagian C iaitu soalannya meminta agar murid menulis lima nilai yang terdapat dalam petikan tersebut. Hasil daripada pemerhatian pengajaran dan pembelajaran saya dapati bahawa Puan Hajah Nazariah mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Puan Hajah Nazariah mempunyai kemahiran berfikir secara kritis kerana beliau mempunyai kebolehan dalam mencirikan. Maksud mencirikan ialah mengketegorikan perkara-perkara yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Contohnya, Puan Hajah Nazariah mencirikan perkataan dalam petikan seperti warkah dan ditulisnya pada papan tulis. Puan Hajah Nazariah akan meminta pendapat kepada murid-murid iaitu beliau bertanyakan apakah perkataan lain yang sama makna dengan perkataan warkah. Hasil daripada perbincangan dua halan antara guru dan murid, perkataan warkah adalah sama makna dengan surat dan bingkisan. Di sini saya dapat perhatikan bahawa Puan Hajah Nazariah seorang guru yang kritis kerana mempunyai kemahiran mencirikan dalam pengajaran. Selain itu, Puan Hajah Nazariah juga seorang yang berfikiran secara kritis kerana mempunyai kemahiran dalam membanding dan membezakan. Maksud kemahiran membanding dan membezakan ialah menyatakan persamaan dan perbezaan dalam

sesuatu perkara. Contohnya, Puan Hajah Nazariah bertanya kepada murid-murid tentang apakah perkataan yang sama makna dengan mengunjungi dan hasil daripada perbincangan tersebut, perkataan mengunjungi sama makna dengan melawati. Selain itu, dalam petikan tersebut juga ada menyelitkan perkataan cenderamata. Oleh itu, Puan Hajah Nazariah telah bertanya kepada murid-murid tentang apakah perbezaan antara

cenderamata dengan cenderahati. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid-murid namun kesemua jawapan yang diberikan oleh murid-murid kurang tepat. Puan Hajah Nazariah akan mengatakan jawapan kamu kurang tepat, cuba lagi yang mana beliau tidak terus mengatakan bahawa jawapan murid tersebut salah. Puan Hajah Nazariah pun memberikan jawapan dengan mengatakan bahawa pekataan cenderamata merupakan pemberian sesuatu secara tersurat iaitu boleh dilihat manakala, perkataan cenderahati merupakan pemberian sesuatu secara tersirat. Saya dapati bahawa Puan Hajah Nazariah akan menerangkan setiap perkataan yang agak sukar difahami murid. Hal ini sekali gus dapat mengatsi masalah ketidak fahaman sesetengah murid terhadap perkataan yang agar sukar dan dapat memperkayakan perbendaharaan kata murid-murid. Seterusnya, Puan Hajah Nazariah juga mempunyai kemahiran dalam mengumpul dan mengelaskan. Contohnya, sebelum meminta murid menyenaraikan nilai-nilai dalam petikan, Puan Hajah Nazariah akan meminta murid untuk menyenaraikan frasa kerja dalam petikan tersebut seperti menyertai lawatan ke Pulau Langkawi, mengunjungi pelbagai tempat menarik, dan meminta kebenaran untuk mandi. Tujuannya agar mur id mudah untuk menyenaraikan nilai dalam petikan tersebut berdasarkan frasa kerja yang diperolehi dalam petikan. Saya dapat lihat bahawa Puan Hajah Nazariah mengumpul dan mengelaskan dalam bentuk frasa kerja agar mudah untuk mendapatkan nilai dalam petikan tersebut. Di samping itu, Puan Hajah Nazariah juga mempunyai kemahiran dalam membuaturutan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maksud membuat urutan ialah membuat langkah demi langkah. Contohnya,pertama sekali Puan Hajah Nazariah meminta murid-murid supaya membaca petikan tersebut, kedua, meminta murid membacakan petikan tersebut, ketiga guru akan membacakan petikan tersebut agar murid-murid tahu cara bacaan yang betul, keempat, guru dan murid berbincang mengenai petikan tersebut, kelima, meminta murid mencari frasa kerja dan membina nilai berdasarkan frasa kerja yang diperolehi, dan akhir sekali guru dan murid akan membincangkan jawapan dalam petikan tersebut. Saya yakin dan percaya bahawa cara yang digunakan oleh beliau secara berurutan akan memudahkan murid-murid memahami apa yang diajar. Puan Hajah Nazariah juga mempunyai kemahiran dalam menyusun ikut keutamaan dalam pengajaran. Maksud kemahiran dalam menyusun ikut keutamaan ialah

mendahulukan

bahagian

yang

lebih

utama

terlebih

dahulu.

Contohnya,

untuk

menyenaraikan nilai yang terdapat dalam petikan, Puan Hajah Nazariah akan menerangkan terlebih dahulu bagaimana untuk mengdapatkan frasa kerja dalam petikan, seterusnya cara membina nilai murni berdasarkan frasa kerja yang diperolehi dan akhir sekali Puan Hajah Nazariah akan mengajar cara-cara menulis jawapan yang betul. Puan Hajah Nazariah juga mempunyai kemahiran dalam menganalisis dan mengesan kecondongan murid. Contohnya, Puan Hajah Nazariah akan bertanya semula kepada semua murid-murid sama ada memahami apa yang diajar atau pun tidak. Puan Hajah Nazariah akan mengutarakan soalan untuk mengenalpasti sama ada murid-murid faham atau pun tidak. Puan Hajah Nazariah juga akan meminta murid-murid tersebut melakukan gimik sebagai tanda bahawa mereka faham terhadap pengajaran atau topik yang diajar. Bukan itu sahaja, Puan Hajah Nazariah juga akan memberikan pujian kepada murid-murid apabila Berjaya menjab soalan dan hal ini menyebabkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi untuk belajar. Saya amat terkesan dengan cara pengajaran yang dilakukan oleh Puan Hajah Nazariah. Hal ini kerana Puan Hajah Nazariah mengaplikasikan modal pembelajaran dengan begitu baik sekali dan saya dapat rasakan bahawa strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah juga diaplikasi dengan begitu baik, berkesan dan yang lebih penting bermakna kepada murid-murid. Puan Hajah Nazariah juga seorang yang berfikiran secara kritis kerana beliau mempunyai kemahiran dalam menilai dan membuat kesimpulan. Maksud menilai ialah mengenalpasti kekuatan dan kekurangan murid manakala, membuat kesimpulan pula bermaksud membuat rumusan secara menyeluruh tentang topik yang diajar pada hari tersebut. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini yang mana Puan Hajah Nazariah akan bertanya semula kepada murid-murid sama ada memahami apa yang diajar ataupun tidak. Puan Hajah Nazariah juga akan melontarkan beberapa soalan untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap apa yang diajar. Saya dapati bahawa meelalui cara ini Puan Hajah Nazariah dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada murid. Puan Hajah Nazariah akan membuat kesimpulan dengan meminta murid terlebih dahulu memberikan kesimpulan ataupun rumusan terhadap apa yang difahami atau dipelajara pada masa tersebut. Selepas itu, Puan Hajah Nazariah akan memberi rumusan yang mana merangkumi dari awal hingga akhir secara ringkas. Hal ini akan meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap topik yang diajar.

5.0 RUMUSAN ATAU CADANGAN

You might also like