You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: Keempat : Keempat : 26 April 2013 : Nak mengajar ke tak nak mengajar?

1. MASALAH / PERISTIWA Hari ini merupakan hari terakhir penilaian dibuat ke atas saya. Sepatutnya, hari ini saya perlu menunjukkan peningkatan dalam usaha untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Malangnya, saya menunjukkan penurunan prestasi dalam kelas kali ini. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, Nak mengajar ke tak nak mengajar?

2. ANALISIS MASALAH Kesilapan besar saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bermula daripada Rancangan Pengajaran Harian itu sendiri. Saya melakukan kesilapan apabila menggabungkan semua kumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun, pengajaran dibuat mengikut tahap murid, tetapi, pengajaran kumpulan tidak kelihatan jelas. Seterusnya, saya terlalu fokus kepada aktiviti. Bak kata pensyarah

pembimbing saya, ibaratnya saya sedang melakukan aktiviti tidak formal. Komunikasi antara saya dan murid juga tidak seperti murid-guru sebaliknya seperti kakak-adik. Hal ini tidak boleh berlaku kerana perkara ini boleh

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Masalah lain yang dihadapi oleh saya ialah diri saya sendiri. Saya tidak yakin dengan diri saya sendiri. Apabila saya tidak yakin, lenggok badan, bahasa,

pergerakan dan lain-lain, semuanya akan menjadi kelam-kabut. Sudahlah saya memang orang yang cepat panik dan kelam-kabut, maka, makin kelam-kabut dan serabutlah saya jawabnya.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN 1. Saya tidak boleh menggabungan sesi pengajaran dan pembelajaran. 2. Saya perlu fokus kepada pengajaran bukannya kepada aktiviti / permainan semata-mata. 3. Pengulangan perlu dibuat meskipun perkataan-perkataan yang digunakan pada hari ini telah dipelajari supaya sesi pengajaran itu jelas kelihatan, bukannya secara tidak langsung. 4. Saya perlu lebih yakin dan sistematik supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan tenang.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN Sepanjang menjadi guru.

5. KESIMPULAN Hari ini saya belajar erti kegagalan. Pengajaran dan pembelajaran saya gagal pada hari ini. Namun, saya juga sedar bahawa saya tidak boleh berputus asa. Saya perlu belajar dan mengambil pengajaran daripada perkara yang terjadi pada hari ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Tandatangan : __________________________ Nama Tarikh : __________________________ : __________________________

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing, Tandatangan : __________________________ Nama Tarikh : __________________________ : __________________________

You might also like