You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: Ketiga : Ketiga : 18 April 2013 : Rotan Nanti Nak?!

1. MASALAH / PERISTIWA Apa perasaan kita bila kita suruh murid tulis, murid tak nak tulis? Apa perasaan kita bila kita suruh warna, murid tak nak warna? Frust kan?! Murid pemulihan saya melakukan perangai sedemikian pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini. Tahap kemalasan dia, kalau diberikan skala 1-10, saya akan berikan 11! Terlalu melampau. Bayangkan sahaja, murid tersebut, menyorok bawah meja, belakang almari. Agaknya, kalau dia boleh menjadi halimunan, pasti sudah

halimunan dia. Geram benar saya rasanya. Sampai rasa mahu cakap : Rotan nanti nak?! 2. ANALISIS MASALAH Dalam usaha untuk menangani rasa ketidaksenangan ke atas murid ini, lantaran kemalasannya yang melampau, saya dapat merasakan bahawa mungkin hal ini juga berpunca daripada saya sendiri. Saya tidak mampu menarik minatnya untuk belajar. Dia kurang berminat untuk menulis dan apatah lagi mewarna. Sebenarnya, murid ini diarahkan untuk mewarna gajah. Tetapi, dia ingin mewarna burung kakak tua. Alasannya, Gajah besar! Banyak kena warna. Di sinilah silap saya. Saya tidak membenarkan dia mewarna burung kakak tua.

Saya memaksanya mewarnakan gajah juga. Tahap kesukaran untuk menyuruh murid ini mewarna sudah mencecah tahap maksima. Hilang sabar saya dibuatnya. Ha, di sinilah satu lagi kesilapan saya. Saya terlalu cepat berputus asa. Sepatutnya, seorang guru yang benarbenar berjiwa pendidik tidak akan mudah berputus asa. Masalah ini juga berpunca daripada ketidakmampuan saya untuk memotivasikan murid tersebut. Sistem token digunakan di dalam kelas.

Sememangnya diakui murid ini sangat mementingkan kemenangan kumpulannya. Tetapi, dia masih lagi bermalas-malas. Dia ego. 3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN 1. Saya tidak perlu memberikan tugasan mewarna yang sukar kepada murid itu. 2. Saya perlu menyedari Saya bahawa murid terdiri bahawa daripada mungkin pelbagai mewarna

kecenderungan.

perlu

memahami

merupakan perkara yang dibenci murid ini. 3. Saya tidak boleh berputus asa. Saya mesti berusaha menarik minat murid ini untuk belajar. 4. Saya perlu belajar cara untuk memotivasikan murid. Mungkin saya perlu memberikan hadiah benda maujud kepada mereka yang rajin. 4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN Sepanjang praktikum. Saya mestilah berusaha mengatasi masalah ini sekarang supaya apabila berada di praktikum yang seterusnya, masalah ini takkan berulang lagi. 5. KESIMPULAN Hari ini betul-betul menguji keimanan saya. Saya sedar saya hampir melenting. Namun, syukur, saya berjaya mengawal kemarahan saya. Murid tersebut perlu diberi peluang sekali lagi kerana dia hanyalah budak yang masih naif.
Disemak oleh Guru Pembimbing, Tandatangan : __________________________ Nama Tarikh : __________________________ : __________________________

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing, Tandatangan : __________________________ Nama Tarikh : __________________________ : __________________________

You might also like