• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan KerjaKursus Sejarah Tingkatan Tiga ini tepat pada masanya.Sekalung perhargaan saya ucapkankepada beberapa pihak yang telah memberikan kerjasama dan dorongan kepada sayadalam menyiapkan kerja kursus ini.Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Pengetua KolejTunku Kurshiah,Puan Che Kamaliah Endud yang memberikan kami masa secukupnyauntuk menghasilkan sebuah folio yang lengkap.Tidak lupa kepada kepada Guru Sejarahsaya, Puan Yusma Amin kerana telah memberikan penerangan kepada kami untuk menghasilkan sebuah folio yang lengkap.Ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa saya, Encik Ab.Hamid bin Awang danPuan Faridah binti Mat yang telah memberikan bantuan dari segi kewangan untuk membeli peralatan untuk menghasilkan kerja kursus ini.Terima kasih juga kepada PuanBidah bin Che Lah kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan pendedahan tentang permainan congkak kepada saya dan kawan-kawan.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakansekumpulan saya iaitu Nor Shamira AbdulAziz, Adhwa Nadiah Abdul Rashid, Nurhanisah Mohd Sakre dan Amira Shahirah Malek Amir Azmin yang telah memberikankerjasama ketika kami mencari maklumat untuk menyiapkan folio ini.
 
KAEDAH KAJIAN
Saya telah mendapatkan maklumat mengenai permainan congkak melalui pelbagai kaedah.Satu daripadanya ialah melalui cara temu ramah.Saya dan ahli kumpulanyang lain telah menemu ramah Puan Bidah binti Che Lah di kediamannya di Tumpat,Kelantan.Puan Bidah telah memberikan kami pendedahan yang mengenai perrmainancongkak.Selain itu, saya juga turut menggunakan kaedah yang terkini iaitu denganmelayari internet.Saya telah menngunakan kemudahan komputer di Taman Teknologi danBilik Akses untuk mencari maklumat tentang permainan congkak ini.Saya telah melayari beberapa laman web seperti wikipedia dan malaysiana untuk mencari maklumatselanjutnya.Bukan itu sahaja, saya juga menggunakan kaedah menganalisis dokumen.Sayatelah menganalisis maklumat tentang congkak melalui dokumen .Antaranya ialahEnsiklopedia Kebudayaan dan Kesenian dan Buku Ilmiah Siri Warisan BudayaMalaysia.Saya dapat mengumpulkan banyak maklumat tentang congkak melaluiketiga-tiga kaedah ini.
 
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif kajian ini dijalankan.Pertama sekali ialah untuk memberikan pendedahan tentang permainan tradisional di negara kita kepada masyarakatyang tidak mengetahui tentang warisan bangsa kita.Melalui pendedahan ini kita dapatmenarik lebih ramai pelancong yang berminat untuk mengetahui warisan bangsa kita keMalaysia.Selain itu, kajian ini turut dijalankan supaya permainan tradisional di negara kitatidak pupus ditelan zaman.Kita mestilah sentiasa mengamalkan warisan ini agar generasimasa akan datang dapat mengetahui tentang warisan bangsa kita ini dan menghargaiwarisan ini.Generasi muda juga boleh berbangga mengenai permainan tradisional bangsakita.Kajian ini juga dijalankan agar generasi muda masa kini dapat menanamkansemangat cinta akan warisan tradisional bangsa Melayu dan akan sentiasa mengamalkan permaianan ini dalam kehidupan seharian mereka.Kajian ini juga untuk menggalakkan para pelajar berfikir secara kreatif dan kreatis.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...