Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakimdan pegawai–pegawai mahkamah.
Kerja-kerja pembinaan dilakukan olej Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan ini direkabentuk oleharkitek Inggeris bernamaArthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman
menghabiskan masa di benuaAfrika dan mendapat ilham daripada masjid diIndiasepertiTaj
Mahalyang membawa kepada ciri senibinaMoor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul
Samad. Charles Edwin Spooner bertindak sebagai perancang dan Jurutera Negeri . PengarahPWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk.Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugassebagaiResiden British diSelangor . Kuala Lumpur sebagai ibu negeriSelangor hanya
mempunyai bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapamenonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan
dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk
tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati denganreka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman.Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah$152,000.Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di bina diBrickfieldbagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada kaumIndia . Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang berasal dariChittagong, India(sekarangBangladesh
).Batu-bata ini dibawa terus melalui SungaiKelangdanada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.
Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni binaMoghuldanMoorish. Tingkap dan pintunya berbentuk
melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir .
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked sertalengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yangterletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun.Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.
Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard diseluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kotaLondon.
Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara duatiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar
Add a Comment