Saya bukan pakar pendidikan.Hanya secebis pengalaman tatkala diamanahkan menjadi Pengetua dan guru di BelfastIslamic School, pengalaman di sana amat melekat di kepala saya.Saya masih ingat, betapa silibus-silibus sedia ada yang diguna pakai di sekolah-sekolahsekitar UK dan Ireland banyak yang menimbulkan masalah kepada murid-murid.Kebanyakan sekolah, menggunakan silibus yang dirasakan bagus hasil pengalaman ibu bapayang belajar di negara masing-masing. Lalu silibus Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Turki danBangladesh dibawa untuk dijadikan bahan mengajar anak-anak mereka yang lahir danmembesar di United Kingdom.Di sekolah, saya pendamkan kebanyakan silibus dan saya gantikan ia dengan pelbagaibahan yang bersifat permainan dalam mengajar, terutamanya bagi pelajar-pelajar peringkatrendah. Saya ajak anak-anak murid menonton pelbagai video seperti Adam’s World, malahSesama Street juga, tetapi kemudiannya diikuti dengan perbincangan, perbualan, gelakketawa, dan dalam suasana itulah, murid-murid ini saya ceriakan dalam pembelajaranmereka di Islamic School saya.Ketika itu, saya mengajar sambil meribakan Saiful Islam. Saya yang bukan guru, tidakpernah menerima latihan perguruan, hanya meyakini fitrah anak-anak bahawa kegemaranmereka bermain itulah sebenarnya alat terbaik untuk mereka belajar.
Self-initiative, self directed dan self-chosen
…Tugas guru pula adalah untuk menyediakan pelbagai alat permainan dan aktiviti yang bolehdipilih dan seterusnya bercakap dengan murid-murid tentang apa yang mereka main,sebagai suatu proses pembelajaran yang menjadikan anak-anak suka belajar.Saya sedar semua itu tidak cukup.MASTERS OF EDUCATIONSelepas menyelesaikan kontrak di Belfast Islamic School / Islamic Centre, sayamendaftarkan diri sebagai pelajar di dalam program Masters of Education di The OpenUniversity UK dengan pengkhususan Learning Curriculum and Accessment.Saya masih ingat, dua kes saya bentangkan kepada rakan-rakan sepengajian yang beradadi Hawaii, di Jepun, di penjara Amerika Syarikat serta Isle of Man. Menerusi internet, kamiberdiskusi tentang kes yang saya bentangkan iaitu:1. Bagaimanakah dalam sebuah sekolah rendah yang ada pelajar berketurunan Pakistandan Turki (Hanafi), Melayu (Syafie), Morocco (Maliki) dan Arab Saudi (Hanbali), subjekfekah mahu diajar? Misalnya dalam bab Qunut atau pembatalan wudhu’?2. Bagaimanakah perbandingan agama mahu diajar kepada murid-murid yang 20%daripada mereka berbapakan Muslim serta beribukan Kristian, ibu berkelakuan baik danbapa banyak masalah moral. Apakah justifikasi kebenaran agama jika contoh secarafenomenologi tidak menyokong teori?Ini adalah dilema-dilema yang saya hadapi semasa mengendalikan sekolah. Saya sangatmenyukai pengajian itu dan konsisten bertemu dengan supervisor jauh di selatan iaitu diLimerick sebulan sekali, berbincang dengan beliau yang beragama Kristian, tentang kaedah
Leave a Comment
complicated