Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Singapura Maju Kerana Malaysia

Singapura Maju Kerana Malaysia

Ratings: (0)|Views: 13|Likes:
Published by egahmulia
Tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee - Utusan Malaysia 16 Ogos 2013
Tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee - Utusan Malaysia 16 Ogos 2013

More info:

Published by: egahmulia on Aug 28, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/27/2013

pdf

text

original

 
SINGAPURA MAJU KERANA MALAYSIA
PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
SAYA begitu teruja untuk mengulas pendapat
Lee Kuan Yew
ketika melancarkanbuku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos 2013.Sebelum itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah
orang Melayu
 Singapurabaik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka bolehduduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyakkomen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga menuduh kerajaanMalaysia sanggup korban
talent 
(bakat) semata-mata untuk menaikkan
orangMelayu
.
Ketuanan Melayu
lah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilanganbakat dan sebagainya. Asyik-asyik salahkan
Melayu
. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultrakiasu CinaSingapura, yang menyebabkan
Melayu
di sana dan Malaysia dikhianati.Tanpa Malaysia,Singapuratidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima kasihlahkepada Malaysia.Sejak dahulu,
Kuan Yew
tidak pernah berubah, sering menjadi isu hakistimewa
orang Melayu
atau
ketuanan Melayu
untuk menghentam Malaysia. Padabeliau, inilah yang menjadi Malaysia tidak maju sepertiSingapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa pun boleh buat. Justeru, janganlahterlalu bongkak. Apa yang berlaku diSingapura, mempunyai kaitan yang rapatdengan kita di Malaysia. Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa
Melayu
atau
ketuananMelayu
? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan
Melayu
merempat danmenjadi hamba? Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini?
Melayu
yangbergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'.Sedarlah isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hatiuntuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada asal-usulnya. Setiapbangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah nama-nama seperti Tanah
Melayu
,Tanah China, Tanah India dan tanah-tanah yang lain mengikut bangsa.Lagi soalan saya kepada
Kuan Yew
, jika benar-benar mahu mengangkat
Melayu
, sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan masjiddiberikan perhatian. Ini tidak, jika umat IslamSingapuratidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini terkubur.Itupun kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasaSingapuramemaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak, ia akanditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah
Melayu
telah dirampas (beli)dan dijadikan tanah CinaSingapura? Akhirnya, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidakmahu, institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasaSingapura. Majlis Ugama
 
IslamSingapura(MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama yang bekerja disitu sudah mati ke
melayu
an dan keislaman. Cari makanlah katakan. Jika tidakpercaya pergilah buat kajian di Madrasah Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka.Bakat-bakat
Melayu
yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan.Manakala
talent 
 
Melayu
yang cuba membela
Melayu
dan IslamSingapura, dibuang jauh-jauh. Ke manakah
talent 
seperti Dr. Lily Zubaidah? Kenapa beliau tidakdiberikan tempat?Kenapa banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah
Melayu
(IndiaMuslim) yang mendapat tempat diSingapura? Hanya
Kuan Yew
dan anaknyasahaja yang boleh menjawab. Janganlah terlalu menonjolkan diri sendiri hebat.Tanpa Malaysia,Singapuratidak akan ke mana-mana.Itupun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isuperebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara inike Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang.Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulaumilik
Melayu
terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah
Melayu
? Hari ini
Melayu
dihina lagi, kita terus diam.Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKCdengan kerajaanSingapuraterhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sanatidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKCbukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan(Agama).Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untukmenambah masa Bahasa
Melayu
bagi memandaikan anak Cina terus ditentang.Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong JiaoZong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagimenentang PIPP.DiSingapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahajatidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan keranamahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat?Dapatkah undi dan kuasa itu?Jika
Kuan Yew
sangat menginginkan
talent 
dari Malaysia, ambillah orangseperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yangkononnya mempunyai
talent 
tersebut.Kita mahukan
talent 
yang membina bukan
talent 
yang menghancurkannegara.
Talent 
yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan
talent 
 yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbangdengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, keranaramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuknegaraSingapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang
 
tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yangdijual kepadaSingapuraadalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkanketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakahSingapurawujud hari ini?Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanyasendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Sayaringkaskan,
Melayu
jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen.Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen.Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan merekaboleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah
Kuan Yew
,bertaubatlah kamu di akhir usia ini.Kenapa Malaysia (
Melayu
) begitu bermurah hati? Inilah soal hati
Melayu
.Hati mulia
Melayu
yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan mereka.Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling sayabimbang, kebaikan hatinya nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.Baru-baru ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawaitinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagiagendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadipengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuanmendapatkan tender atau kontrak kerajaan.Inilah dilema
orang Melayu
. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka merekaakan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan
Melayu
.Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang danpeluang untuk memanipulasikan keadaan.Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawahtelunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya?
Melayu
menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilahpemikiran
Kuan Yew
.Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak bolehdiubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih burukakan terjadi. ApakahSingapuraatau
Kuan Yew
pernah berterima kasih kepadakita? Apa sebenarnya yang
Kuan Yew
mahu? Beliau tidak pernah berhentibersuara supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa
orang Melayu
dalamkeadaan usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalamPerlembagaan, ketika itulah tidak mustahil,Singapuraakan menawarkan diri untukmasuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.Nasihat saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidakboleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->