PERMASALAHAN SEBENAR
MASALAH TERBESAR
Masalah yang dihadapi umat Islam kini bukan sekadar keruntuhan akhlak,kelalaian melaksanakan ibadah khususiyyah, meringan-ringankan pelaksanaanupacara agama atau meniru-niru nilai-nilai asing. Namun masalah terbesar danutama ialah samada manusia beriman atau tidak kepada Allah dan prinsip-prinsipkeimanan yang lain. Permasalahan inilah yang menentukan sama ada Islam dapatterus hidup atau ditinggalkan usang tanpa dipelihara.
ISLAM DAN UMATNYA DISERANG
Al-Islam adalah risalah daripada Allah SWT. Kini Islam bertembung dengan nilai baratdan timur yang bercirikan jahiliyyah. Keangkuhan fahaman mulhid (athiest) pulatelah berdiri di pihak penentang syari'at Allah SWT dengan bersungguh-sungguh. Jiwa dan pemikiran umat Islam sepanjang abad lalu menjadi mangsa buruan pihakmusuh. Musuh telah memainkan peranan penting meruntuhkan nilai-nilai Islamdan mengetengahkan nilai-nilai batil dengan berbagai-bagai cara. Selama ini umatIslam hanya menjadi penonton menyaksikan keruntuhan itu. Umat Islam tidakmempedulikan segala fitnah yang dijalankan oleh musuh.
MASA UMAT YANG TERBUANG
Umat Islam tidak berusaha untuk memahami cara musuh mengambil peluang danmenjalankan usaha memesongkan pemikiran mereka. Umat Islam tidak menyelidikidan meneliti falsafah barat, falsafah timur dan cara hidup mereka secara kritikal.Masa umat Islam telah terbuang selama beberapa abad membicarakan perkararemeh temeh. Persoalan aqidah yang terancam dilupakan hingga lahir satu generasiyang mempunyai keimanan dan keyakinan yang begitu tipis terhadap Islam sebenar.
ANGGAPAN YANG SALAH
Sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal politikdan yang berkaitan dengannya semata-mata. Hal ini terjadi kerana meluasnyaanggapan bahawa keimanan umat telah kukuh dan teguh. Juga luasnya anggapanbahawa kepimpinan dan pemerintahan sudah berada di tangan orang Islam yangdikatakan bertanggungjawab untuk membangunkan ummah.
HAKIKAT SEBENARNYA
Hakikat sebenarnya adalah berbeza daripada anggapan-anggapan tadi. Umatyang dikatakan teguh dengan keimanan itu sedang mengalami keruntuhan moraldan rohani yang tenat. Umumnya, mereka yang dikatakan berpendidikan danberpengaruh telah terpesong imannya dan dipengaruhi serta diresapi olehnilai-nilai Jahiliyyah, meskipun mereka mendakwa beriman dan berada dalamIslam. Mereka menjadi penentang aqidah Islam dengan membuat kenyataanbahawa nilai-nilai Barat mesti digunakan untuk membentuk masyarakat. Jikatidak berbuat demikian, kehidupan masa depan masyarakat dikatakan tidak akanterjamin.
1
Leave a Comment