• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
TAUHID MENOLAK JAHILIYYAHDANMEMBENTUK MASYARAKAT ISLAM
ISLAM NIZAM YANG LENGKAP
Islam adalah nizam atau sistem yang lengkap dan menyeluruh. Islam terbinadi atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar,cabang-cabang dan ranting-ranting yang kecil saling memaut dan tertegak diatas asas yang kuat. Islam laksana pokok, berasal daripada sebiji benih,kemudian mengeluarkan akar, seterusnya tumbuh batang, dahan, cabang,ranting dan daun sehingga menjadi pokok rendang. Namun setiap helai daunberhubung rapat dengan akar pokok itu.
ISLAM BERERTI PENYERAHAN DIRI
Islam bererti penyerahan diri dan kepatuhan hamba sepenuhnya kepadaAllah SWT. Islam menarik manusia daripada menyembah sesama hambakepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Islam menghendaki manusiatunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan-Nya sahaja dalam semuaurusan hidup.Islam dibawa oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk memperbetulkanperhambaan manusia sama seperti ia datang melalui para rasul sebelumbaginda. Islam datang untuk mengalihkan kepatuhan manusia kepadakehendak dan pemerintahan Allah SWT seperti alam ini yang sentiasaberjalan di atas landasan pemerintahan Allah SWT. Manusia adalahsebahagian daripada alam. Justeru itu manusia dan alam mestilah selarasdalam kepatuhan kepada Pencipta.
HAMBA YANG MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH
Semua manusia adalah hamba Allah SWT. Namun, manusia tidak akanmenjadi hamba Allah SWT yang sebenar melainkan apabila dia tunduk danpatuh kepada kekuasaan Allah dengan memegang panji-panji ‘kalimahsyahadah ‘ mengikut fahaman:"
Tiada kekuasaan yang lain selain daripada kekuasaan Allah SWT. Tiada
1
 
 peraturan yang lain selain daripada peraturan Allah SWT. Tiada syariat yanglain selain daripada syariat Allah SWT. Tiada kekuasaan seseorang ke atasseseorang yang lain, kerana kekuasaan itu seluruhnya kepunyaan Allah SWT.
"Hamba-hamba yang beginilah yang akan membentuk rupa bangsa(ummah) yang dikehendaki Islam. Rupa bangsa aqidah yangmenggabungkan seluruh bangsa dan warna kulit di bawah panji-panji AllahSWT.
TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH
Mentauhidkan Allah SWT atau mengesakan Allah SWT sebenarnyamenolak jahiliyyah. Ini kerana tauhid membawa implikasi mengabdi kan dirikepada Allah SWT semata-mata dalam semua lapangan hidup, sedangkan jahiliyyah ialah keluar daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT, atautidak melakukan pengabdian kepada-Nya semata-mata.Aqidah yang tidak betul akan melahirkan jahiliyyah. Juga akan terbina diatasnya segala rupa bentuk penyelewengan dalam konsep hidup, tingkahlaku dan aktiviti manusia.
AQIDAH YANG BETUL
Aqidah yang betul akan meletakkan manusia pada darjat sebenar danmembetulkan tindak-tanduk manusia pada setiap zaman dan tempat. Aqidahyang betul mengarahkan manusia kepada matlamat hakiki melalui jalansahih.Aqidah yang betul hidup dan nampak kesannya yang sempurna dalamperasaan, tingkah laku, pegangan, konsep dan amalan manusia, tanpaterpisah antara satu sama lain.
AQIDAH YANG SALAH AKAN MELAHIRKAN JAHILIYYAH
2
 
Sekiranya kesan dalam kehidupan manusia berlaku dalam bentuk yang laindaripada yang dinyatakan di atas, bererti ada ciri-ciri jahiliyyah meskipunpelaku-pelakunya mengaku beriman kepada Allah SWT. Kesan jahiliyyah itulambat laun akan terserlah dengan nyata lantaran aqidah yang salah atautidak tepat. Begitulah sunnah Allah SWT.Orang Arab jahiliyyah pun mengakui ketuhanan Allah SWT, tetapi natijah jahiliyyah tetap tertonjol dalam kehidupan mereka.Firman Allah SWT:
Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: ‘ Siapakah yangmenciptakan langit dan bumi?’ Tentu mereka akan menjawab : Allah’.Katakanlah : Segala puji bagi Allah ‘; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
(Surah Luqman: 25)
Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yangmenciptakan mereka, nescaya mereka menjawab : Allah ‘, makabagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?
” (SurahAz Zukhruf : 87)
Katakanlah: ‘ Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit danbumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan pengelihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang matidan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?’. Mereka mereka akan menjawab ‘ Allah ‘. Maka katakanlah:
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...