• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
AL-QURAN AL-KARIM MENDIDIK UMMAH
TAKRIF AL QURAN
Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepadaNabi Muhammad SAW, ditulis dalam beberapa naskhah mashaf dan dipindahkandaripada baginda SAW dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya merupakansatu ibadah. Inilah ta'rif al-Quran yang dipersetujui para ulama' Usul Fiqh dan baha-sa.
HUBUNGAN AL QURAN DAN AS SUNNAH
Kebanyakkan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak secaradetail atau terperinci). Peranan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian,perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseorang berpegang dan beramal dengan as-Sunnahbererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.Al-Imam al-Auza'i telah meriwayatkan daripada Hassan Ibnu 'Atiyyah, katanya:"Ketika wahyu turun kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril membawa as-Sunnahyang mentafsirkan wahyu tersebut. Maka setiap perkara yang lahir daripadaRasulullah SAW samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuanberasal daripada wahyu Allah SWT jua.Allah SWT telah berfirman: Terjemahannya:"
Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melainkan apa yangtelah diwahyukan kepadanya
. "(Surah an-Najm: ayat 3-4 ).
1
 
Kehidupan Rasulullah SAW adalah penterjemahan realistik al-Quran al-Karim.Sayyidatina 'Aisyah r.a. pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, makadijawabnya:
" Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran.
"
SUMBER PEMBENTUKAN UMMAH
Sumber pembentukan ummah Islamiyyah ialah al-Quran al-Karim manakalahadith atau sunnah Rasulullah SAW adalah terbitan daripada al-Quran al-Karim.Rasulullah SAW adalah model yang praktikal bagi didikan Islam. Baginda adalahpentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran samada dengan amalan, budi pekertiatau pun arahan-arahan.
DIDIKAN AL QURAN SERTA NATIJAHNYA
Sistem didikan al-Quran adalah unik. Sistem ini tidak meniru mana-mana sistemyang ada di bumi. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satugenerasi yang sungguh mengkagumkan dan tiada bandingan dalam sejarah.Generasi yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri, bersatupadu, membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturunkan AllahSWT) dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telahmendapat pujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT: Terjemahannya:"
Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamumenyeru kepada ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu berimandengan Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, maka tentulah itu lebih baik bagimereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-
2
 
orang yang fasiq
"(Surah 'Ali Imran: ayat 110 )
PROSES PEMBENTUKAN ADALAH IRADAH ALLAH S.W.T
Ummah terbaik itu dikenali sebagai generasi al-Quran. Ummah itu natijah daripadatarbiyyah Rasulullah SAW berdasarkan wahyu Allah SWT. Tarbiyyah Rasulullah S.A.W.berjalan selama 23 tahun - 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Tiga belas tahun di Mekah adalah masa pembinaan dan pengukuhan aqidahIslamiyyah. Sepuluh tahun di Madinah adalah masa penegakan undang-undang danhukum-hukum yang mengurus dan mengatur masyarakat dan daulah Islamiyyahyang dibentuk Rasulullah SAW.Al-Quran membina dan mendidik aqidah ummah itu dalam jangka masa yang begitulama kerana menurut iradah (kehendak) Allah SWT. Jika Allah SWT mahu, Allah SWTboleh menurunkan ayat-ayat al-Quran secara lengkap sekaligus lalu dibiarkanummah itu mempelajari dan memahaminya. Sebenarnya iradah Allah SWT tidaksedemikian. Allah SWT menghendaki satu sistem tertentu dan unik dalam pembi-naan ummah. Pembentukan aqidah berjalan serentak dengan kematangan ummahdan selaras dengan penurunan ayat-ayat al-Qur'an yang beransur-ansur. Allah SWTmenghendaki agar ummah itu dibina dengan aqidah Islamiyyah, selepas itu Islamyang syumul dapat dipraktikkan dengan baik.Din al-Islam adalah Din Rabbani. Sistem untuk melaksanakannya juga Rabbani.Sistem ini tidak boleh dipisahkan atau diketepikan. Lantaran Din al-Islamdidatangkan oleh Allah SWT untuk membina aqidah dan membentuk ummah, makasudah tentu sistem pembinaan dan pembentukan itu merupakan perencanaan atauperancangan Allah SWT yang tidak boleh dipandang sepi.Firman Allah SWT: Terjemahannya:"
Kami(Allah)
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...