• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
AD-DIN AN-NASIHAH
Daripada Tamim bin 'Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:"
Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali)." Kami (sahabat-sahabat) bertanya,"Untuk siapa, wahai Rasulullah?". Jawab Baginda, "Untuk Allah 'Azza Wa Jalla, untukkitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untukummah Islam seluruhnya
." (Hadith Riwayat Muslim)
KEPENTINGANNYA
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telahmenjelaskan dengan katanya, Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu: 1. Maksud hadith: "Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...",2. Maksud hadith: "Tiada kemudharatan dan tiada sesuatu yang bolehmemudharatkan.",3. Maksud hadith: "Sesungguhnya setiap amalan itu bermula denganniat...",4. Maksud hadith: "Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripadamelakukannya maka jauhkanlah.",5. Maksud hadith: "Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannyamaka lakukannya sedaya upaya kamu.".Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorangmuhaddith dan sejarawan, menyatakan:"
Bagi hadith ini suatu kedudukan yangbegitu besar 
."Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya:"
Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din
."Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW. padaperkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amatpenting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.
KALIMAH AN NASIHAH
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segiistilah pula diikatkan dengan dua keadaan:
1
 
Pertama: Bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasansemata-mata.Kedua: Bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yangmembawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimahitu.Para sahabat r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, "... An-Nasihahuntuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan UmmahIslamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya."
HURAIAN HADITH
a.
An-Nasihah Li Allah
 An-Nasihah Li Allah membawa maksud keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh dan semata-mata untuk Allah SWT dalam rangka menerima segalakewajipan yang ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu hendaklahdilaksanakan dengan sebaik-baiknya hingga dapat merasai kelazatannya.Keikhlasan yang tinggi tidak akan tercapai jika segala kewajipan yangdipertanggungjawabkan tidak dilakukan melalui proses tarbiyyah yangmelahirkan kesungguhan, keyakinan dan ihsan.Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT. Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahamanyang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan yangmenjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan AllahSWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkandiri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segalaperkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu, melakukanamalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalam-amalan an-Nawafil (sunat).Inilah jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-Rabbani al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan
2
 
keredhaan Allah SWT.Amalan ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknyayang tertinggi apabila seseorang itu berjihad secara 'azimah. Jihad seperti inimemerlukan kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusandan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi Isa a.s. telah meminta penjelasan,"Apakah an-Nushu Lillah itu? ". Jawab Isa a.s, "Bahawa kamu utamakan hakAllah SWT daripada hak manusia. Dan sekiranya kamu berhadapan dengan duakeadaan yang jelas, satu untuk Allah SWT dan satu lagi untuk keperluan dunia,maka urusan Allah SWT itulah yang mesti disempurnakan terlebih dahulu."Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu ialah i'tiqad yang sejahtera dalammentauhidkan Allah SWT. Serentak dengannya ialah mengabdikan diri secarasyumul dan penuh jujur.b
. An-Nasihah Li Kitab Allah
An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud menerima Kitab Allah SWT denganpenuh keimanan dan menghayatinya mengikut proses pembentukan secaraberperingkat-peringkat. Penghayatan itu mesti dipertahan, dikekalkan,seterusnya dikembangkan kepada manusia lain dengan jihad yang ikhlas.Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah dengan pembacaan yang betul,penelitian yang mendalam, pengamalan kewajipan yang diperintahkan danpenghindaran segala larangannya.c.
An-Nasihah Li Rasulillah
An-Nasihah Li Rasulillah membawa erti beriman dengan kukuh terhadapkebenaran kenabian Rasulullah SAW dan da'wahnya. Keimanan inimencetuskan kepatuhan terhadap pembawaan dan sunnahnya. Keimanan ini juga mengambil Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sama ada dalambentuk percakapan mahupun amalan.d.
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim
 An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk barisan kepimpinan umat Islam dan untuk siapa sahaja yangdipertanggungjawabkan sebagai pemimpin. An-Nasihah kepada mereka jugamemberi erti cinta dan kasih kepada mereka, memperingatkan mereka supayasentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan membantu mereka dalam
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...