• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PENYAKIT-PENYAKIT YANG ADA DALAM JIWA MANUSIADAN CARA MENGUBATINYAMENGIKUT CARA RASULULLAH SAW 
Oleh: Ibn al-Qayyim al-JauziUlasan: Abu MuhammadPenyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah sepertiberikut:1. Mensyirikkan Allah SWT.2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepadahamba yang Muslim.4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dandisokong Allah SWT.5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknyamengambil keputusan yang lain.Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandangtidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi hargadan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadapketetapan Allah SWT.Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yangmemandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT.Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT makadirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikandan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.6. Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil rujukan yanglain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu pengetahuan,sistem, peraturan dan sebagainya.7. Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harapkepada ilah-ilah selain Allah SWT.
 
Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah tentu tiadalagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskanpraktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaansememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT.Inilah yang sedang nyata berlaku.8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan ingatan-ingatan AllahSWT.Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa danberamal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yangmenentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaanhidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janjiAllah SWT. Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusiaberbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusiaberasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.
UBAT YANG MUJARAB
Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubatyang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan denganubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW.Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanandengan penyakit yang menyerang manusia.1. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka ubatnya ialah
 
mentauhidkan Allah SWT.2. Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialahmeninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan AllahSWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut.4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkarayang disukai Allah SWT, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redhadan cinta terhadapnya.5. Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah SWT,ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua halkehidupan.Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan bolehterlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya perlu dirujukdan dikembalikan kepada keputusan Allah SWT. iaitu merujuk dan kembalikepada syarak atau Islam sahaja.6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilaiAllah SWT, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baikakan nilai-nilai Allah SWT. Manusia harus diberi kefahaman sebenarterhadap nilai-nilai Allah SWT dan ditarbiyyah. Dengan cara ini barulahpenyakit tersebut dapat sembuh.
KERIANGAN MENTAUHIDKAN ALLAH
Keseluruhan cara pergubatan di atas dipanggil cara pengubatanRasulullah SAW terhadap penyakit-penyakit jiwa.Penyakit mensyirikkan Allah SWT, disembuhkan dengan cara kembalimentauhidkan Allah SWT. Tauhid kepada Allah SWT akan membukapintu kebaikan, kegembiraan, dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpura-pura.Keringan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah SWT.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...