• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
ASAS-ASAS PENTING PEMBENTUKAN UMMAHISLAMIYYAH
 
Omar bin Haji Saleh
PENDAHULUAN
Setelah kejatuhan Daulah Islamiyyah dan kehilangan Khilafah Islamiyyah,musuh-musuh Islam menakluki negeri-negeri umat Islam dengan berbagai-bagai cara penaklukan yang memusnahkan. Penaklukan meliputi aspekkebudayaan, kepercayaan mulhid, ibahi (permissive) dan ekonomi. Realitiini telah meletakkan ‘Amal Islami dalam keadaan yang buruk sekali. UmatIslam dikerumuni oleh bangsa-bangsa lain seperti semut-semutmengerumuni hidangan makanan. Keadaan umat Islam telah hampir menyamaikeadaan masyarakat sebelum dakwah pertama dahulu. Islam telah kembalidagang (asing) sebagaimana ia telah bermula dalam keadaan dagang.Tepatlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, makaberbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang 
Hadis RiwayatMuslim.
KEWAJIPAN MEMBENTUK UMMAH
Beramal untuk Islam dalam rangka mewujudkan individu, keluarga, jamaahdan Ummah Islamiyyah merupakan suatu kewajipan yang syar’i. Kewajipanini tidak akan gugur selagimana tidak tertegak suatu kuasa yang memikultanggungjawab menjaga semua urusan umat Islam. Begitu juga, selagimanakekuasan itu tidak wujud, maka segala kecuaian samada oleh mereka yangberamal atau oleh mereka yang berdiam diri adalah merupakan dosa. Dosaini tidak akan terhapus sehinggalah orang-orang yang cuai itu mengambilinisiatif secepat mungkin untuk memikul tanggungjawab dan taklif amal-amal Islami.Ditinjau dari sudut hukum, bekerja dan beramal untuk Islam adalahwajib. Realiti pembekuan hukum-hukum Allah di muka bumi dan penguasaansistem serta undang-undang jahiliyyah ke atas masyarakat manusia telahmewajibkan umat Islam bekerja dan beramal untuk menegakkan kembaliUmmah Islamiyyah dan mengembalikan kehidupan secara Islam. Umat Islamjuga berkewajipan mengembalikan manusia kepada pengabdian diri hanyakepada Allah s.w.t dalam semua hal. Oleh kerana mewujudkan UmmahIslamiyyah dan berhukum dengan hukum-hukum Allah s.w.t itu wajib,segala amal atau kerja yang menjurus kepada perlaksanaan kewajipan-kewajipan itu juga adalah wajib. Kaedah syara’:
Tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengan jalannya, makajalan itu juga menjadi wajib
1
 
 MODEL PEMBENTUKAN UMMAH
Orang mukmin mempunyai model yang tidak boleh dipertikaikan lagi dalamkerja-kerja pembentukan masyarakat dan pembinaan ummah. Model ini telahdizahirkan oleh Allah s.w.t pada generasi awal pimpinan Rasulullahs.a.w atau lebih dikenali sebagai Generasi al-Quran.Kita perlu melalui jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w memulakan dakwah dengan menyemai ‘Aqidah Tauhid dalamjiwa pengikut-pengikutnya. Rasulullah s.a.w mendidik mereka di Dar al-Arqam dengan santapan dan hidangan al-Quran. Madrasah Rasulullah s.a.wini melahirkan ‘Rijal ‘Aqidah’ yang sanggup berjihad dan berkorban demimembina Ummah Islamiyah.Rasulullah s.a.w telah membangunkan Ummah Islamiyyah pertama di atasasas-asas ‘Aqidah Solehah,’Ibadah Sohehah dan akhlak yang teguh.
‘AQIDAH MELAHIRKAN WEHDAH DAN SEGALA KEKUATAN YANG LAIN
Setelah terbinanya kekuatan ‘Aqidah Tauhid maka terbentuklah kekuatanUkhuwwah dan Wehdah (kesatuan). Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakanMuhajirin dan Ansar dengan ikatan Ukhuwwah Islamiyyah. Setelah ituRasulullah s.a.w mencari punca-punc kekuatan yang lazim dan perlu bagimelancarkan jihad selanjutnya. Bermula dari sinilah terbentuknya asasyang kukuh atau tapak yang kuat untuk berdirinya Daulah Islamiyyah diMadinah al-Munawwarah.Inilah model yang sepatutnya menjadi contoh utama orang-orang mukmindalam usaha membentuk Ummah Islamiyyah.Firman Allah s.w.t :-Terjemahannya:-
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah
(Surah AlAhzab: 21)
PERLUNYA KEPADA JALAN YANG SAMA 
2
 
Tiada jalan lain lagi melainkan jalan ‘Aqidah atau Iman untuk membinakembali Ummah Islamiyyah.Jika di permulaan Islam dahulu Iman telahmenjadi tenaga pembangunannya, Iman juga mesti menjadi tenaga pembangundi zaman kebelakangan ini.Kita kini sedang menghadapi suasana-suasana yang sama seperti yangdihadapi oleh angkatan pertama umat Islam di permulaan lahirnya Islam.Jika ditinjau suasana alam ketika Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,didapati masyarakat manusia dalam keadaan tidak tenteram dan menghadapikrisis nilai ke paras maksimum. Manusia sesat dalam pemujaan danpengabdian. Sesat dalam ‘aqidah dan pemikiran. Mereka juga ragu-raguterhadap kebenaran dan yakin pula terhadap kebatilan. Nilai merekasesat. Mereka senang kepada kejahatan dan kuncu-kuncunya serta bencikepada kebaikan dan pendokong-pendokongnya. Praktik hidup mereka sesat.Penzalim menjadi pemerintah. Penjahat hidup senang dan mewah. Orang-orang yang soleh tersisih dari masyarakat. Perkara yang makrufdipandang mungkar dan yang mungkar dipandang makruf. Ketagihan araktelah menjadi kebiasaan. Kejahatan bermaharajalela. Amalan riba’ telahsampai keperingkat merampas harta orang lain. Keinginan kepada hartabenda telah sampai ke peringkat tamak haloba. Kezaliman dan keras hatitelah menjangkau kepada perbuatan menanam anak hidup-hidup.Asas-asas moral anugerah Allah s.w.t kepada manusia ketika itu tidakdibimbing dengan betul. Akibatnya kecelakaan menimpa mereka. Orangberani bertukar menjadi pembinasa dan pengganas. Orang pemurah betukarmenjadi pemboros dan pengikis harta. Orang cerdik bertukar menjadipenipu. ‘Aqal fikiran digunakan untuk merancang jenayah dan program-program untuk memuaskan hawa nafsu.Kekuasan yang ada pada seseorang umpama sebilah pedang di tanganpemabuk. Dia akan melukakan diri, anak, isteri dan saudara-maranyatanpa disedari.Ciri-ciri seumpama di atas bukan sahaja ujud di zaman jahiliyyah kuno,bahkan juga di zaman moden ini.Oleh kerana ciri-ciri itu wujud dizaman ini, maka zaman ini juga disifatkan sebagai jahiliyyah ataujahiliyyah moden.Rasulullah s.a.w merawat segala penyakit kemasyarakatan tadi denganiman. Justeru itu ubat atau penawar iman juga perlu digunakan untukmerawat segala penyakit kemasyarakatan di zaman ini. Sekaligus, Imanmenjadi titik tolak ke arah pembentukan Ummah Islamiyyah.
PROSES KEIMANAN
Ummah Islamiyyah tidak akan lahir selagimana satu golongan manusiatidak dibentuk terlebih dahulu melalui proses keimanan yangmengikrarkan ‘Ubidiyyah hanya kepada Allah s.w.t semata-mata.‘Ubudiyyah yang meliputi I’tiqad dan benar-benar berperanan dalamsusunan dan amalan hidup mereka. Proses keimanan itu akan membersihkanhati serta jiwa daripada pengabdian kepada selain daripada Allah s.w.t.Proses itu akan mengawal setiap amalan daripada bermatlamatkan sesuatu
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

ni ustaz saya ustaz omar hj salleh alhamdulillah ada gak kt internet ni yee

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...