You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PROJEK SENI KALI KE-8 Bil : ____08/2013__

Tarikh Masa Tempat

: 19 Julai 2013 ( Jumaat) : 3.00 petang : Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Seni Visual.

Hadir 1. 2. 3. 4. 5. 6.

: Puan Nor Azizah binti Atan Hafizah Bt Daim Kirheba Murugan A/L Krishnan Nor Adilla Bt Che Mohamad Nurul Hani Bt Abdul Manaf Hafizul Syarafi Bin Mohd Nor

Tidak Hadir 1. Cik Zaharah binti Mohamad

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan kata aluan dan berterima kasih kepada semua yang hadir. ( Makluman : Semua Ajk Induk)

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Minit mesyuarat lalu dibentangkan dan terdapat beberapa perkara yang lepas telah dibincangkan semula. 2.2 Berhubung dengan perkara yang pernah dibincangkan dalam minit mesyuarat lepas, iaitu berkaitan dengan pemilihan projek Pameran sebagai projek seni 2013 telah dibubarkan. 2.3 Selain itu, pemilihan tempat iaitu KL Sentral untuk diadakan projek seni 2013 juga turut dibubarkan. 2.4 Di samping itu, penetapan tarikh pelaksanaan projek seni 2013 iaitu pada bulan September akan datang juga turut dibatalkan dan ditunda pada tarikh yang baru.

( Tindakan : Makluman Semua )

3.0

PERKARA YANG DIBINCANGKAN 3.1 Memandangkan beberapa perkara dalam mesyuarat lepas berlaku beberapa perubahan, mesyuarat kali ini telah membincangkan tentang 3 perkara seperti di bawah iaitu: i. ii. iii. Cadangan dan pemilihan projek seni. Cadangan dan pemilihan tempat. Cadangan dan penetapan tarikh projek seni.

3.2

Sehubungan itu, mesyuarat ahli jawatankuasa induk kali ini telah menetapkan projek bengkel sebagai pemilihan projek seni yang akan dijalankan pada awal bulan Oktober akan datang.

3.3

Perbincangan cadangan pemilihan tempat untuk projek bengkel ini terpaksa ditangguhkan pada mesyuarat akan datang disebabkan oleh beberapa faktor lain yang perlu dibincangkan dengan semua ajk lain.

( Tindakan : Makluman Semua ) 4.0 HAL-HAL LAIN 4.1 Penyelaras pameran iaitu Puan Nor Azizah binti Atan memaklumkan bahawa soalan kursus Seni dan Pengurusan akan diberikan kepada semua ahli pada minggu depan.

( Tindakan : Makluman Semua )

5.0

PENANGGUHAN MESYUARAT Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK Induk yang hadir dan memaklumkan bahawa mesyuarat susulan akan diadakan dalam pada minggu hadapan.

( Tindakan : Makluman semua )

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang. Disediakan oleh,

______________________________ (NOR ADILLA BINTI CHE MOHAMAD) Naib Setiausaha, Projek Seni 2013.

Tarikh

: 19 Julai 2013.

You might also like