You are on page 1of 32

1.0 1.

PENDAHULUAN Pengenalan Penyelesaian masalah adalah merupakan salah satu daripada proses kognitif dan

pembelajaran yang dilakukan oleh organisma atau makhluk hidup. Sebelum kita memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan konsep penyelesaian masalah dari sudut psikologi adalah lebih baik bagi kita memahami untuk memahami sedikit sebanyak mengenai kognisi dan pembelajaran, ini disebabkan penyelesaian masalah sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan keupayaan kognisi manusia serta pembelajaran yang diperolehi daripada pengalaman lalu. Perkataan kognisi (cognition) adalah merupakan istilah yang diambil daripada perkataan Latin iaitu cognoyang bermaksud untuk mengetahui. Kognisi lebih menekankan kepada perkembangan pengetahuan dan pemahaman (Clarke & Gillet, 1997). Kognisi adalah merupakan satu proses intelektual di mana proses ini berlaku secara sistematik iaitu maklumat diperolehi, ditransformasi, disimpan, diambil semula, dan akhirnya digunakan. Kadang kala konsep mengenai kognisi adalah sukar difahami oleh sesetengah orang, sebagai jalan penyelesaiannya istilah mudah untuk merujuk kepada kognisi ialah pemikiran. Pembelajaran pula membawa maksud perubahan tingkah laku akibat daripada pengalaman ataupun daripada faktor-faktor lain seperti operasi mental (Marof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2003). Dari sudut psikologi, menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah

(2003), penyelesaian masalah adalah satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat. Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004), pula menerangkan bahawa penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha mecari jalan atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui.
1

Bagi

Stravinsky

(1948) (dlm.

Cohen

&

Stemmer,

2007),

menjelaskan

bahawa penyelesaian masalah adalah proses yang melibatkan aktiviti kreatif oleh seseorang individu, beliau menegaskan bahawa semua proses kreativiti adalah merupakan penyelesaian masalah. Salah satu hujah yang pernah dinyatakan oleh Stravinsky ialah tidak ada kreativiti tanpa wujudnya masalah, tidak ada masalah tanpa wujudnya sekatan, dan tidak ada sekatan tanpa wujudnya persediaan. Dalam erti kata lainnya jika dilihat daripada sudut pandangan tersebut apabila sesuatu masalah timbul, seseorang individu akan menggunakan kreativitinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Maka dalam hal ini penyelesaian masalah adalah melibatkan proses kreativiti seseorang. 1.2 Refleksi Pengalaman Lalu Sejak pertama kali melangkah kealam perguruan persepsi saya terhadap pengajaran nombor bulat amat mudah kerana ia hanya melibatkan empat kemahiran asas dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Walaubagimanapun terdapat satu sub topik yang sering kali menjadi masalah kepada murid murid iaitu penyelesian masalah. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Kuriklum Bersepadu Sekolah Rendah telah meletakkan penyelesaian masalah dalam matematik sebagai salah satu penekanan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Ia sama seperti Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Kuriklum Standart Sekolah Rendah dimana penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran yang perlu di kuasai di bawah fikrah matematik. Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang akan membolehkan murid membina konsep dan pengetahuan matematik, menaplikasi serta membolehkan mereka untuk mengadaptasi masalah yang timbul di dalam konteks kehidupan saharian dengan penyelesaian yang bersesuaian. Pada dua sesi praktikum telah saya lalui di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Residensi, Georgetown, Pulau Pinang dan Sekolah Kebangsaan Bagan
2

Ajam, Butterworth, Pulau Pinang, saya telah mengajar bidang yang sama iaitu wang. Bidang ini seakan akan sama dengan nombor bulat kerana ia hanya melibatkan digit 0 hingga sembilan dan tempat perpuluhan yang mudah. Sewaktu mengajar sub topik penyelesaian masalah, saya dapati sebahagian besar murid murid tidak dapat memahami serta menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan situasi yang saya berikan. Saya melihat murid murid tidak mampu mengaitakn nombor nombor yang diberikan dengan kehenadak soalan lalu gagal untuk menyelesaikan situasi tersebut. Adakah saya hanya perlu menfokuskan soalan berbentuk penyelsesaian masalah dalam topik topik khusus sahaja dan tidak perlu dicampur? Adakah kaedah yang telah saya gunakan bagi dua fasa praktikum sebelum ini benar benar membantu murid murid memahami soalan? Apakah yang saya boleh lakukan untuk menarik minat kepada solan berbentuk penyelesaian masalah serta memahami masalah tersebut? Mampukah saya merancang serta merangka satu kaedah untuk membantu murid murid secara bersendirian? Saya telah berbincang mengenai masalah yang dihadapi dengan guru pembimbing dan menurut beliau murid murid gagal untuk mencari kata kunci kehendak soalan. Menurutnya lagi, jalan pintas bagi murid murid ialah mengambil nombor nombor yang ada di dalam masalah tersebut dan secara rambang memilih salah satu daripada operasi asas yang telag mereka pelajari. Pada pandangan saya, jika masalah tersebut di ajar ketika murid murid sedang berada di dalam sub topik tertentu, kemungkinan untuk betul tinggi tetapi jika situasi dicampur, kesemua operasi tidak akan mengikut turutan (tambah, tolak, darab, bahagi) mereka yang tidak boleh untuk memahami situasi yang diberikan akan gagal untuk meyelesaikanya. Namun begitu, apakah tindakan yang saya boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai murid yang gagal untuk memahami masalah dengan baik. Contohnya menggunakan jadual dan murid murid diminta mengisi jadual. Ia boleh membantu murid murid menstrukturkan konsep serta kefahaman mereka terhadap sesuatu situasi. Saya berpendapat masalah seumpama ini timbul kerana murid murid masih lagi tidak dapat berfikir secara abstrak/mental situasi yang telah diberikan Menurut Jean Piaget, tahap umur murid murid tahun 4 berapa di tahap operasi konrit. Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit. Mereka sepatutnya memahami proses tranformasi, keterbalikan dan menaakul. Menurut Piaget lagi, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan. Tetapi mereka belum mencapai tahap formal iaitu boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Diman mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti. Bagi praktikum fasa ke tiga, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Matematik KBSR tahun 4 sebanyak tujuh waktu seminggu. Berdasarkan pengalaman dua praktikum lalu mengenai masalah murid murid untuk memahami dan menyelesaikan soalan penyelesaian masalah. Saya telah berbincang guru kelas tersebut dan melalui hasil perbincangan yang telah dijalankan, murid murid kelas beliau sering kali menghadapi masalah apabila berhadapan dengan soalan berbentuk penyelesaian masalah terutamanya apabila mereka berhadapan dengan soalan yang mempunyai maksud yang tersirat. Ia telah dikuatkan lagi dengan satu ujian Diagnostik (sila rujuk Lampiran) yang telah saya jalankan untuk memastikan yang responden yang telah dipilih menghadapi kesukaran dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah ataupun tidak.
4

2.0 2.1

FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Isu Kajian Kemhiran yang telah saya pilih ialah kemahiran membina gambarajah daripada

sesuatu situasi iaitu merujuk kepada soalan penyelesaian masalah. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid-murid bermasalah dalam menjawab soalan Matematik terutama sekali bahagian penyelesaian masalah. Ini kerana kebanyakan dari mereka lemah dalam memahami maksud ayat yang tersirat. Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira. Kebanyakkan guru di sekolah rendah telah menggunakan strategi pengajaran tradisional dengan murid murid. Bagi pengajaran berbentuk penyelesaian masalah, mereka hanya membaca masalah, menggaris maklumat penting dan mecari kata kunci kehendak soalan tersebut. Hal demikian menyebabkan kadang kala murid akan mengambil jalan pintas dengan mengambil nombor nombor yang ada di dalam soalan tersebut dan secara rambang memilih operasi yang diperlukan. Sekiranya saya tidak melakukan sesuatu pastinya soalan berbentuk cerita akan menjadi bias kepada murid murid yang lemah. Sebagai seorang guru yang prihatin terhadap perkembangan murid murid, saya telah mengesan banyak masalah lain yang dihadapi oleh mereka tetapi saya hanya akan memfokuskan kajian ini kepada masalah murid murid untuk menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Murid murid saya merupakan kumpulan yang agak lemah pencapaian mereka dalam subjek matematik berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun lalu.
6

Berdasarkan ujian diagnostik yang telah saya jalankan, prestasi murid murid terhadap soalan berbentuk penyelesaian masalah kurang memuaskan. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid murid ialah : 2.1.1 Mengambil nombor nombor yang ada di dalam cerita lalu menyelesaikannya berdasarkan kata kunci pada akhir ayat cerita tersebut. 2.1.2 2.1.3 soalan Saya akan memfokuskan kepada operasi asas tambah dan tolak sahaja kerana bagi murid yang lemah, mereka tidak sesuai didedahkan dengan terlalu banyak input baharu. Jika ia dilakukan, mereka akan mudah keliru dan sukar untuk memahami sesuatu yang mereka pelajari berbanding dengan murid murid yang mempunyai pencapaian yang baik. Bagi operasi operasi ini ia juga mempuyai soalan berbentuk nyata (rujuk 2.2.1) dan tersirat (rujuk 2.2.2). Apabila membantu murid murid menggunakan kaedah gambarjah, saya yakin ia dapat membantu murid murid meningkatkan kemahiran mereka kepada soalan berbentuk penyelesaian masalah serta menyelesaikannya. Kaedah ini akan dapat memberikan gambaran kepada murid murid mengenai masalah yang mereka hadapi. Tidak memahami maksud tersirat di dalam sesebuah cerita Tidak mampu mengaitkan nombor nombor yang ada dengan kehendak

2.2

Contoh 2.2.1 Ahmad mempunyai 12 600 keping setem. Manakala sahabatnya Muthu mempunyai 34 000 setem dan Ah Seng mempunyai 9 999 keping setem. Berapakah jumlah setem yang mereka bertiga miliki?

Nyata
2.2.2 Seramai 1 726 orang dewasa telah melawat Zoo Taiping. Bilangan kanak kanak 3 295 melebihi bilangan orang dewasa. Berapakah jumlah pengunjung di Zoo Taiping pada hari tersebut?

Tersirat

3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar pelajar diharap akan mencapai objektif berikut :

3.1

Objektif Umum Mencapai kelulusan 100% lulus dalam mata pelajaran Matematik dalam ujian dan

peperiksaan dan seterusnya meningkatkan pencapaian gred purata nilai bagi mata pelajaran Matematik di dalam UPSR kelak. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Untuk meningkatkan kefahaman murid dalam soalan penyelesaian masalah dengan menggunakan kaedah gambarajah 3.2.2 Untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah menggunakan kaedah gambarajah 3.3 Soalan Kajian 3.3.1 Adakah kaedah gambarajah dapat meningkatkan kefahaman murid apabila berhadapan dengan soalan penyelesaian masalah? 3.3.2 Adakah kaedah gambarajah dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah?

4.0

KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini telah dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah

Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sekolah ini terdiri daripada pelajar tahap satu dan tahap dua. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak sekoah, jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 380 orang murid. Kumpulan sasaran yang saya telah pilih bagi menjalani kajian tindakan ini terdiri daripada pelajar pelajar di dalam sebuah kelas tahun 4. (rujuk jadual 4.1) Kumpulan ini telah dipilih kerana ia merupakan kelas yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya oleh pihak sekolah sepanjang tempoh praktikum tiga. Saya telah erujuk kepada guru kelas mereka dan pencapaian mereka dalam matematik berada pada tahap sedarhana dan lemah. Kumpulan ini telah dipilih kerana mereka mempunyai ciri ciri persamaan yang ada pada mereka dengan murid murid saya sewaktu praktikum fasa satu dan praktikum fasa dua iaitu masalah dalam meyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Ia telah dikuatkan lagi dengan satu ujian diagnostik yang telah saya jalankan untuk mengenalpasti adakah masalah yang dihadapi hanyalah andaian saya ataupun kenyataan. Selain daripada itu, berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, terdapat beberapa aspek persamaan lain yang turut dimiliki oleh kumpulan sasaran. Antaranya ialah kebanyakkan pelajar menunjukkan penglibatan yang kurang aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Mereka juga kurang menonjol dalam sesi soal jawab yang dijalankan sepanjang proses pengajaran serta tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

10

Terdapat juga beberapa persamaan lain dari aspek umur, latar belakang serta tahap pencapaian akademik. Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar pelajar yang berusia 10 tahun. Mereka mepunyai latar belakang yang sama iaitu kebanyakkan terdiri daripada pelajar luar Bandar dan berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Seterusnya, mereka juga telah dikenal pasti mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam subjek matematik. Jadual 4.1 : Profil Responden Kelas Bilangan responden (n) Jantina Lelaki 4 Gemilang 23 (Orang) 12 Perempuan (Orang) 11

11

5.0 5.1

TINDAKAN YANG DICADANGKAN Perancangan Tindakan Saya akan memberikan bimbingan kepada kumpulan sasaran selama empat minggu

iaitu sewaktu saya di semester 8 kelak. Masa yang diperuntukkan untuk setiap tindakan adalah berbeza mengikut tahap kepentingan. Tindakan - tindakan yang dirancang ialah : 5.1.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjaun terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjaun dilakukan dengan mengutip data seperti berikut : 5.1.1.1 Ujian diagnostik menjawab soalan berntuk penyelesaian masalah

melibatkan tambah dan tolak untuk menganalisis kelemahan kelemahan dan masalah masalah yang dihadapi oleh murid 5.1.1.2 Temu bual bersama murid murid bagi mengetahui serta

menganalisis bagaiman mereka berfikir ketika berhadapan dengan soalan berbentuk penyelesaian masalah. 5.1.2 Tahap pertama kajian : Pengenalan bentuk - bentuk gambarajah Bagi tahap pertama ia akan bermula pada minggu pertama dan minggu kedua kajian. Kumpulan sasaran akan didedahkan dengan bentuk bentuk gambarajah yang mewakili operasi tambah dan tolak. Langkah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal serta membantu murid murid membentuk visualisasi imej di dalam mental mereka. Langkah ini akan dijalankan sepanjang minggu tersebut.

12

Dalam sesi pertama, semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung saya akan memperkenalkan kepada murid murid gambarajah gambarajah yang berkaitan dengan operasi tambah. Bagi sesi kedua, murid murid akan diperkenalkan dengan gambarajah gambarajah berkaitan dengan operasi tolak. Saya tidak akan memperkenalkan gambarajah bagi kedua dua operasi serentak kerana murid murid saya merupakan dari kalangan yang sederhana tahap pemahaman mereka. Jika ia mereka didedahkan dengan terlalu banyak informasi pada sesuatu masa, ia tidak akan berkesan kepada mereka dan tidak akan membentuk satu skema baru kepada kognitif murid murid. Dalam sesi ketiga, murid murid akan diberikan pengukukan dimana mereka akan menjalani satu kuiz berbentuk subjektif. Mereka dikehendaki menyatakan operasi yang diwakili oleh setiap gambarajah yang diberikan dalam kuiz tersebut. 5.1.3 Tahap kedua kajian : Pembinaan gambarajah berpandukan soalan Bagi tahap kedua, ia akan dijalankan dalam minggu ketiga dan minggu keempat kajian dan memerlukan 4 sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam sesi pertama (tambah) dan kedua (tolak) murid murid akan dibimbing untuk membina gambarajah berpandukan soalan yang diberikan. Murid murid akan di dedahkan dengan soalan yang bersifat direct dimana kehendak soalan dapat difahami terus daripada soalan tersebut tanpa maksud tersirat. Kemudian, barulah mereka akan didedahkan dengan soalan yang mempunyai maksud tersirat. Langkah ini merupakan kaedah ansur maju dan ia amat sesuai dilaksanakan kepada murid murid yang lemah kerana tahap pemahaman mereka yang agak sederhana berbanding murid murid yang berpencapaian tinggi.

13

Dalam sesi ketiga murid murid akan melakukan aktiviti pengkuhan secara kumpulan dan individu dimana mereka akan membina gambarajah dan mencari jawapan kepada soalan yang diberikan sendiri. Bagi sesi ini, guru akan bertindak sebagai penyelia dan memberikan bimbingan sekadar yang diperlukan sahaja. 5.2 Lain lain tindakan 5.2.1 Jadual Pelaksanaan Bagi menjamin kelancaran dan kualiti suatu kajian tindakan, saya hendaklah merancang dan menyediakan jadual perancangan sebelum menjalankan kajian tindakan. Dalam kajian ini, saya telah menyediakan jadual tindakan sebelum memulakan kajian untuk memastikan setiap langkah yang diambil perlu dicadangkan dengan teliti dan terperinci agar tidak menggangu keberkesanan dan mengalami kesuntukan masa dalam menjalankan setiap aktiviti dalam kajian. Saya telah menyenaraikan aktiviti aktiviti dan setiap tugas yang hendak dijalankan mengikut minggu supaya semua hasil dapatan kajian boleh dikumpulkan dalam waktu yang telah tetapkan. (sila rujuk 5.4.1)

14

5.2

Perancangan Cara Pengumpulan Data Dalam usaha untuk mengumpul dan menganalisis data kajian yang dijalankan,

beberapa kaedah telah digunakan. Data data akan dikumpul secara kuantitatif adalah seperti berikut : 5.2.1 Ujian Diagnostik Ujian diagnostik akan dijalankan ke atas responden yang telah dipilih bagi membantu saya memastikan bahawa tanggapan dan analisis awal yang telah dibuat benar benar wujud. Data yang diperoleh juga akan membantu saya untuk mengetahui dengan lebih baik masalah yang di hadapi oleh murid murid. (rujuk lampiran 1) 5.2.2 Ujian Rintis Ujian rintis akan dijalankan ke atas murid yang mempunyai tahap kognitif yang hampir sama dengan kumpulan sasaran. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kesesuaian soalan ujian pra dan ujian pasca yang yang akan disediakan dari aspek bentuk soalan, cara menyoal dan bahasa yang digunakan. Pada masa yang sama, ia akan membantu saya untuk menganggar masa yang diperlukan bagi mentadbir ujian pra da ujian pasca. Ujian ini juga akan meningkatkan lagi nilai kesahan dan nilai kebolehpercayaan sesebuah ujian yang ingin dilaksanakan. Hal ini dapat membantu saya untuk mengumpul keputusan pencapaian di kalangan pelajar dengan lebih tepat dan memperolehi dapatan yang lebih jitu. (rujuk lampiran 2)

15

5.2.3

Ujian Pencapaian Ujian pencapaian akan dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah

gambarajah dalam meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Kesemua soalan ujian pra dan ujian pasca masing masing terdiri daripada 10 soalan subjektif berkaitan operasi tambah dan tolak di dalam topik nombor bulat yang telah dipilih daripada item item yang diterima daripada ujian rintis yang dijalankan. Urutan soalan soalan kedua dua ujian akan berbeza dengan tujuan untuk menilai keberkesanan kaedah gambarajah sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Ujian pra akan dijalankan ke atas murid murid sebelum intervensi kaedah gambarajah dijalankan manakala ujian pasca pula akan dijalankan selepas intervensi kaedah gambarajah ke atas murid murid yang sama. 5.2.4 Item Kaji Selidik Item soal selidik digunakan adalah untuk mengetahui bagaimana murid murid berfikir ketika menjawab soalan soalan penyelesaian masalah. Sebagai guru saya hanya boleh membuat analisis dan anggapan berdasarkan pengalaman dan pembacaan tetapi hakikat sebenar hanya boleh diketahui daripada murid murid tersebut sendiri. Ia akan dijalankan akan dijalankan sebelum dan selepas intervensi kaedah gambarajah dijalankan. Soal selidik ini mengandungi sebanyak 10 item dan mempunyai skala jawapan (1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=setuju, dan 4=sangat setuju) yang telah disediakan untuk memilih jawapan mereka. (rujuk lampiran 3)

16

5.2.5

Temu bual Saya akan menemubual beberapa orang murid untuk mengetahui cara mereka

berfikir kertika berhadapan dengan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Temu bual saya akan berpandukan Newman Error Analysis kerana saya berpendapat ianya amat bertepatan dengan kajian saya khususnya objektif temu bual yang ingin saya laksanakan ke atas murid murid saya. (rujuk lampiran 4)

17

5.3

Perancangan Cara Mengalisis Data Analisis data dijalankan untuk mengintrepetasikan hasil dapatan data kuantitatif dan

kualitatif daripada

data data yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh pelaksanaan

kajian. Analisis data membolehkan saya mendapatkan keputusan yang lebih jelas dan terperinci mengenai keberkesanan kaedah gambarajah yang diperkenalkan. Dalam usaha saya untuk meningkatkan tahap pengusaan murid muird terhadap soalan penyelesaian masalah. 5.3.1 Analisis Ujian Diagnostik Tujuan ujian ini ialah untuk mengenalpasti tahap kemampuan dan masalah yang dihadapi oleh murid murid. Ia akan turut membantu menjelaskan lagi fokus kajia saya terhadap mereka kerana ia dapat mengesahkan bahawa mereka mempunyai masalah yang sama dengan murid murid di sekolah sekolah yang pernah saya datang berpraktikum. 5.3.2 Analisis Keputusan Ujian Rintis Melalui ujian rintis, saya akan dapat mengetahui tahap kesesuaian item item yang ingin diuji kepada murid murid. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi akan diperolehi dan soalan soalan yang baik akan dipilih untuk digunakan di dalam ujian pra dan pasca. Dengan ini, saya boleh menyediakan item yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi agar dapat memperoleh keputusan yang lebih mantap serta berkualiti. 5.3.3 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca Pada peringkat awal, Ujian Pra akan dijalankan bagi menentukan tahap penguasaan murid murid terhadap solan penyelesaian masalah. Keputusan akan direkodkan dan kaedah gambarajah akan di perkenalkan kepada murid murid.

18

Kemudian, Ujian Pasca akan dijalankan untuk menguji keberkesanan sejauh mana kaedah yang telah diperkenalkan dapat membantu murid murid dalam meningkatkan kefahaman serta prestasi mereka terutamanya bagi soalan berbentuk penyelesaian masalah. Langkah seterusnya ialah membandingkan kedua dua keputusan ujian ini. Ia dapat membantu saya untuk menganalisis keberkesanan penggunaan kaedah gambarajah dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah. Analisis data akan dijalankan mengikut peratusan dan statistik deskriptif. 5.3.4 Analisis Item Kaji Selidik Borang soal selidik yang mengandungi 10 item berbentuk 4 skala likert bagi setiap responden untuk menjawab sebelum dan selepas intervensi kaedah gambarajah di laksanakan dalam kajian ini. Tujuan saya menjalankan soal selidik ialah untuk mendapat maklum balas daripada responden dalam kajian ini. Setelah keputusan maklum balas dikumpulkan daripada kedua dua pra soal selidik dan pasca soal selidik, saya akan menganalisiskan data tersebut dengan membuat perbandingan terhadap pilihan mengikut bilangan responden dalam peratusan nilai dan nilai min bagi setiap item yang disoalkan. Hasil analisis keputusan ujian ini dapat membantu saya untuk memerhati keberkesanan penggunaan kaedah gambarajah dalam menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah. (sila rujuk Lampiran)

19

5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan 5.4.1 Jadual Pelaksanaan Jadual pelaksanaan

Aktiviti Mengenalpasti masalah dan data awal Menulis kertas cadangan kajian Merancangan kajian Ujian Diagnostik Ujian Rintis Ujian Pra Melaksanakan tindakan aktivti 1 Membincang masalah yang timbul dalam tindakan 1 Melaksanakan tindakan aktivti 2 Membincang masalah yang timbul dalam tindakan 2 Ujian Pasca Refleksi intervensi Menulis laporan kajian Membentang laporan kajian

Jan - Feb

Mac

Apr

INTENSHIP M1 M2 M3 M4 M5

20

5.4.2

Kos Kajian Anggaran kos kajian tindakan yang bakal dilaksanakan telah saya senaraikan

dengan terperinci di dalam jadual di bawah : Bilangan Jenis Bahan Kegunaan (unit) 1. Soalan kaji selidik 2. Ujian diagnostik, rintis, Kertas A4 pra, pasca dan laporan kajian 1. Soalan kaji selidik 2. Ujian diagnostik, rintis, Percetakan pra, pasca dan laporan kajian Kegunaan sei pengajaran Marker pen dan pembelajaran 1. Penyediaan item pengumpulan maklumat Dakwat printer (Hitam) 2. Penyediaan kertas 1 unit cadangan kajian 3. Penyediaan kertas laporan kajian Lain - lain 1. Kos luar jangkaan RM 30.00 RM 36.00 RM 36.00 4 batang RM 2.00 RM 8.00 RM 20.00 RM 20.00 2 set RM 13.00 RM 26.00 (RM) (RM) Kos seunit Jumlah

Jumlah

RM 120.00

21

6.0

TINJAUAN LITERATUR Kemahiran penyelesaian masalah adalah antara komponen penting yang diberikan

tumpuan dalam matapelajaran matematik sekolah rendah seperti yang tertulis di dalam Sukatan Pelajaran Matematik (KPM 2000, 2002). Begitu juga, dalam Principles and Standards for School Mathematics, National Council of Teachers of Mathematics (NCTM 2000), telah menyarankan supaya kemahiran penyelesaian masalah diberi fokus utama dalam mendidik pelajar. Melalui latihan formal menyelesaikan masalah matematik, pelajar akan memperoleh pengalaman tentang kemahiran asas yang diperlukan dalam penyelesaian masalah harian yang lebih umum. Pengalaman yang diberikan secara formal, dapat membantu membangunkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi selari dengan wawasan negara. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan murid menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir ecara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003). Menurut Lim (2007), dalam penyelesaian masalah matematik, satu atau lebih strategi dapat digunakan untuk memperolehi penyelesaianya. Strategi-strategi yang biasa digunakan di sekolah dan juga strategi yang diajar di Institut dalam komponen kursus latihan perguruan adalah teka dan uji, melakonkan masalah, menyiasat semua kemungkinan, mencari pola,

22

kerja secara songsang, memudahkan masalah, membina model, mengenalpasti subgoal, membuat analogi, membina jadual dan melukis gambar rajah. Menurut Lim lagi, pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah banyak bergantung kepada jenis masalah yang ingin di selesaikan. Strategi-strategi yang kerap digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik di sekolah rendah adalah seperti mengenalpasti subgoal, membina jadual, melukis gambar rajah dan memudahkan masalah. Berasaskan pengalaman dalam pendidikan matematik di Institut Perguruan, strategi melukis gambar rajah merupakan satu strategi yang amat berguna dan dapat membantu pelajar membuat perwakilan/model matematik secara separa konkrit (semi-concrete) dan seterusnya membantunya

menyelesaikan masalah. Teori perkembangan kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut umur iaitu sensori-motor (sehingga umur 2 tahun), pra operasi (2 7 tahun), operasi konkrit (7 11 tahun) dan operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Jadi, berdasarkan teori kognitif Piaget, murid sekolah rendah berada pada peringkat operasi konkrit. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sehubungan itu, mereka berada di dalam lingkungan penggunaan bahan konkrit sebagai perwakilan /model sesuai untuk membantu pelajar menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik. Walaubagaiman pun, ia tidak dapat dilaksanakan apabila pelajar menyelesaikan masalah dalam situasi tanpa bahan konkrit yang sesuai atau tidak boleh menggunakan bahan konkrit (misalnya menyelesaikan masalah matematik dalam peperiksaan). Oleh itu, pembinaan model dengan menggunakan gambar rajah sesuai digunakan untuk membantu pelajar mewakilkan bahan-bahan konkrit yang mereka gunakan semasa menyelesaikan masalah pada peringkat konkrit. Perwakilan menggunakan gambar

23

rajah dapat membantu pelajar memindahkan kefahaman pada peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Gambarajah merupakan satu teknik berguna dalam menyelesaikan masalah Matematik. Penyelidik seperti Nemirovsky & Noble (1997) dan Campell et al. (1995) menyokong pandangan bahawa gambarajah berguna dalam proses penyelesaian masalah matematik. Pandangan ini nampaknya dikukuhkan lagi dengan pendapat Moses (1982) yang menyatakan bahawa gambarajah berguna pada setiap peringkat penyelesaian masalah matematik. Menurut Moses, pada peringkat memahami masalah, murid boleh memahami masalah dengan lebih baik apabila mereka dapat menghasilkan imej visual yang mewakili situasi dalam masalah matematik. Gambarajah boleh membantu murid dalam menyatakan semula maksud soalan dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Gambarajah juga membantu murid mewakili dan membina model konkrit bagi situasi yang dinyatakan dalam soalan penyelesaian masalah. Apabila teknik gambarajah digunakan, dimana ia akan mewakili maklumat yang diberi dalam masalah matematik, ia memudah tugas seseorang individu merancang strategi penyelesaian. Kaedah gambarajah menyediakan murid dengan pelbagai teknik penyelesaian melalui penambahan imej visual kepada masalah matematik (Elliott & Hudson, 1999; Nemirovsky & Noble, 1997; Moses, 1982). Teknik penyelesaian secara gambarajah membabitkan seseorang individu menggambarkan secara mental proses atau situasi dalam soalan. Hasil yang terbina daripada visualisasi mungkin terdiri daripada sebarang imej visual daripada situasi yang digambarkan oleh seseorang murid tersebut. Gambaran imej visual yang wujud dalam bentuk gambar rajah boleh membantu individu dalam usaha memahami masalah matematik yang bakal diselesaikan. Nik (1996) dan Wheatley (1991) berpendapat bahawa strategi melukis

24

gambar rajah yang sesuai dan membuat penaakulan yang betul merupakan dua kemahiran penting dalam proses penyelesaian masalah matematik.

25

Rujukan Aziz Naim. (2002). Pendekatan bahasa matematik. Berita Matematik, 51, 28. Azlena Zainal & Munir Shuib. (2004). Meningkatkan Potensi Minda. Bentong: PTS Publications & Distributors. Clarke, V., & Gillet, S. (1997). Psychology for VCE. (2nd ed). Melbourne: Nelson ITP. Cohen, H., & Stemmer, B. (2007). Consciousness and Cognition: Fragments of Mind and Brain. United States: Elsevier. Piaget, J. (1952). The Origins of Intelligence in Children. New York: International universities Press. Lim Kim Yeong (2007). Bengkel Inovasi Pedagogi : Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah, 3. Sarawak : Institut Perguruan Batu Lintang. Moses, B. (1982). Visualization: A Different Approach to Problem Solving. School Science and Mathematics, 82, 141-147. Nik Azis Nik Pa (1996). Penghayatan Matematik, Perkembangan Profesional, KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nemirovsky, R. & Noble, T. (1997). On Mathematical Visualization and The Place Where We Live. Educational Studies in Mathematics, 33, 99-131. Ong, S. L., dan Yoong, S. (2003). Membanding dimensionaliti ujian masalah berayat matematik. Second International Conference on Measurement and Evaluation in Education (ICMEE), 341353. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Wheatley, G. H. (1991). Enhancing Mathematics Learning through Imagery. Arithmetic Teacher, 39(1), 34-36. murid dalam pengajaran dan pembelajaran

26

Lampiran 1 (UJian Diagnostik)


Bahagian 1 1. Sebuah bekas berisi 4 600 manik biru dan 300 biji manik kuning. Berapakah jumlah manik di dalam bekas itu?

2. Pada bulan September sebuah kilang boleh menghasilkan 2 300 buah beg sekolah. Pada bulah Disember, kilang tersebut berjaya menghasilkan 200 buah beg sekolah lebih daripada bulan September. Berapakah bilangan beg sekolah yang Berjaya dihasilkan pada bulan Disember?

Bahagian 2 3. Azrin mendapat 89 mata dalam satu permainan komputer. Zurin mendapat 34 mata kurang daripada Azrin. Berapakah mata yang diperoleh oleh Zurin?

4. Buku A mempunyai 4 000 patah perkataan. Buku B mempunyai 2012 patah perkataan. Berpakah beza perkataan antara kedua-dua buah buku itu?

27

Bahagian 3 5. Dalam sehari, sebuah kilang dapat memasang 179 buah kereta. Berapakah jumlah kereta yang dapat dipasang oleh kilang itu dalam 2 hari?

6. Sebiji botol berisi 94 biji vitamin. Berapakah jumlah pil vitamin di dalam 5 biji botol yang sama?

Bahagian 4 7. Cikgu Siti membahagikan 24biji guli sama banyak kepada murid kelas 4C dan 4G. Berapakah bilangan yang akan diperolehi oleh setiap kelas?

8. Nazri mempunyai 276 keping setem. Dia membahagikan setem-setem tersebut kepada 3 orang rakannya secara sama rata. Berapakah setiap seorang mereka akan dapat?

28

Lampiran 2 (Ujian Rintis)

1.

Ahmad mempunyai 12 600 keping setem. Manakala sahabatnya Muthu mempunyai 34 000 setem dan Ah Seng mempunyai 9 999 keping setem. Berapakah jumlah setem yang mereka bertiga miliki?

2.

Ahmad mempunyai 400 keping kertas. Kelvin pula mempunyai 100 keping kertas. Berapa keeping kertas yang dimilki oleh mereka?

3.

Seramai 1 726 orang dewasa telah melawat Zoo Taiping. Bilangan kanak kanak 3 295 melebihi bilangan orang dewasa. Berapakah jumlah pengunjung di Zoo Taiping pada hari tersebut?

4.

Seorang penjual buku menjual 6 200 buku pada bulan April. Pada bulan Mei dia berjaya menjual 2 420 buah buku lebih daripada bulan April. Pada bulan Jun dia menjual 3 000 buah buku lebih daripada bulan Mei. Berapakah bilangan buku yang Berjaya dijual dalam bulan Jun?

5.

Ahmad mempunyai 43 000 keping setem. Manakala sahabatnya Muthu mempunyai 12 000 setem. Berapakah beza diantara setem yang mereka berdua miliki?

29

6.

Sebuah kilang kasut meghasilkan 74 927 pasang kasut. 457 pasang telah rosak dan dibuang. Berapa baki kasut yang masih boleh digunakan?

7.

Pada Deepavali yang lepas Puan Samy telah membuat 35 700 biskut. Dia telah menjual 28 950 biskut. Rakannya telah membantu dia menjual 5 250 biskut lagi. Berpakah baki biskut yang tinggal pada Puan Samy?

8.

Encik Davian mempunyai 5 2000 utas jam. Dia berjaya menjual 11 000 utas jam tangan bagi bulan Februari dan 1 200 utas jam tangan lebih daripada bulan Februari untuk bulan Mac. Berapakah baki jam yang tinggal?

30

Lampiran 3 (Soal selidik) BORANG SOAL SELIDIK Arahan : Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan Skala Likert : 4 sangat setuju 3 setuju 2 tidak setuju 1 sangat tidak setuju No. 1 2 Soalan Anda sangat menyukai soalan penyelesaian masalah Soalan penyelesaian masalah sangat mudah bagi anda Anda faham situasi apabila anda membaca soalan 3 penyelesaian masalah Anda tahu apa yang diberikan apabila membaca soalan 4 penyelesaian masalah Anda tahu apa yang perlu dicari berdasarkan cerita yang 5 dibaca 6 Anda tahu operasi yang terlibat Anda tahu menyelesaikan masalah yang diberikan kepada 7 anda Anda hanya mencari dan menggaris kata kunci untuk 8 menyelesaikan masalah yang diberikan 9 10 Anda tahu menyemak jawapan setelah selesai mengira Anda suka melukis 1 2 3 4

31

Lampiran 4 (Temu Bual) 1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu. Tinggalkan yang kamu tidak tahu

___________________________________________________________________________

2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak lakukan.

___________________________________________________________________________

3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan

___________________________________________________________________________

4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu, dan bercakap kuat semasa membuatnya suapaya cikgu faham bagaimana awak berfikir.

5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar.

___________________________________________________________________________

32

You might also like