You are on page 1of 22

Bangunan Bersejarah di Negara Kita

Iaitu Chimney, Tanjung Kubong,

W.P.Labuan
Senarai kandungan

1. Tajuk

2. Senarai kandungan

3. Penghargaan

4. Objektif kajian

5. Kaedah kajian

6. Hasil kajian

7. Rumusan

8. Lampiran

9. Rujukan
Penghargaan
Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Ali bin

Haji Deros, Pengetua Sekolah Menengah Sains Labuan kerana telah memberikan

kebenaran menggunakan segala kemudahan yang ada di sekolah untuk menjalankan

kajian kerja khusus ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepadaguru sejarah saya iaitu cik Murniza

binti Jidin kerana telah banyak mencurahkan ilmu serta bimbingan tunjuk ajar dalam

menyiapkan tugasan kerja khusus ini .

Di samping itu , tidak lupa juga kedua ibu bapa saya , Encik Nazlim bin Abu dan

Samsidah binti Ahmad yang sentiasa memberi dorongan kepada dalam menyiapkan

tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kawan -kawan saya Hartika binti Mohammad dan

Qautstar binti Razi yang turut bersama saya untuk menyiapkan tugasan ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara

kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Chimney di W.P.Labuan . Kajian

saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:

a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih —Kajian ini dilakukan secara

amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat

membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b)Menambah pengetahuan tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia serta

memupuk perasaan bangga terhadap tanah air —Kajian ini dapat menambah pengetahuan

saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk

perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini juga dapat menyedarkan

rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat

menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat

kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c)Memperihalkan keistimewaan bangunan yang dikaji dari aspek reka bentuk , bahan

binaan , pengubahsuaian, hiasan dalaman , kegunaan dahulu dan sekarang serta cara

pembinaan .

d)Menanam semangat patriotisme di dalam diri —Saya juga dapat menanam semangat

patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.
KAEDAH KAJIAN

Setelah memilih tajuk ‘Chimney’, berikut adalah beberapa kaedah untuk memperoleh

maklumat serta menganalisis maklumat yang telah diperoleh. Antara kaedah yang

digunakan ialah rujukan dan penyelidikan untuk memastikan maklumat yang diperoleh

adalah tepat dan benar.

Saya telah menggunakan kaedah kajian membuat rujukan di Perpustakaan Perbadanan

Labuan. Saya menggunakan bahan yang ada untuk membuat rujukan seperti surat khabar

dan majalah.

Tambahan lagi , saya pergi melawat ke bangunan Chimney bersama rakan – rakan

saya. Saya juga telah mendapat maklumat seperti laporan yang diberikan ketika melawat

di sana .

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah melayari internet untuk mencari maklumat .

Saya telah mengumpulkan gambar- gambar dari internet tentang bangunan Chimney,
Hasil Kajian

4.1 Nama bangunan

Nama bangunan ini juga dikenali sebagai ‘punil’ oleh masyarakat tempatan.
4.2 latar belakang

♦ Asal usul

Pada mulanya pulau Labuan merupakan salah satu wilayah kerajaan Brunei , dan

dipercayai oleh banyak kalangan bahawa kurun ke – 16 pelaut-pelaut Portugis dalam

perjalanannya menuju ke Brunei , telah mendarat di pulau Labuan. kehadiran portugis ke

pulau ini dan telah membangunkan sebuah kota, namun sehingga kini hal tersebut belum

ditemui bukti sejarah yang berhubungan dengan hal tersebut.

Pulau Labuan mulai terkenal sejak British menjadikan pulau ini salah satu dari pada

tanah jajahan pada tahun 1846. Hal tersebut bermula pada tanggal 24 Disember 1846, di

mana Kapten G.R. Mundy , pemerintah kapal H.M.S. IRISH mengambil alih Pulau

Labuan .

Kerana Pulau Labuan memiliki lokasi yang stratergik , baik untuk dijadikan pangkalan

perdagangan , ketenteraan dan mahupun sebagai tempat berlindungnya kapal –kapal

dari serangan lanun, maka Kerajaan British membangunkan Pulau Labuan sebagai

pengkalan yang besar dan kukuh di laut cina selatan. Pada 1 Ogos 1848 , Pulau Labuan

telah diisytiharkan sebagai sebuah perlabuhan bebas.

Suatu hal yang mungkin ada kaitan dengan kehadiran bangunan Chimney di Tanjung

Kubong adalah dengan penemuan sisa – sisa arang batu ,di mana dalam sejarah

disebutkan bahawa antara tahun 1847 hingga 1911 , di Labuan telah ada kerja kerja
perlombongan yang pertama kalinya diusahakan oleh William Miles pada bulan April

1847 hingga Julai 1849 dibawah perjanjian bagi pihak Syarikat Eastern Archipelago.

♦ Pengasas
Tidak diketahui
♦ tarikh pembinaan
Tidak diketahui

♦ lokasi

Peninggalan monumental yang dikenal oleh

penduduk setempat sebagai bangunan chimney , terletak di

Kampung Tanjung ubong , Wilayah Persekutuan Labuan ,

Malaysia Timur. Lokasi tersebut terletak di pesisiran pantai

yang berbentuk tanjung dengan tebing – tebing curam dan

dalam. Selain itu , di sekitar lokasi terdapat juga bangunan

lain yang dikenali sebagai Gedung Ubat yang bila dilihat

dari bentuk serta pandangan hadapan kemungkinan

berfungsi sebagai tempat penyelidikan di tepi pantai timur

lokasi Chimney.

Secara keseluruhan peninggalan yang telah

disebutkan di atas terletak di sebelah utara pusat bandar

Labuan ( Port Victoria) , dengan jarak lebih kurang 17 km.

Dengan jalan raya yabg baik perjalanan hanya mengambil

masa 15 minit dengan menggunakan kenderaan bermotor

seperti kereta atau motosikal. Keadaan kawasannya terdiri

atas bukit – bukau yang ditumbuhi oleh hutan tropika.


♦ tujuan penubuhan bangunan

Terdapat banyak andaian terhadap tujuan pembangunan bangunan ini. Ada yang

mengatakan ia adalah tempat pengalihan udara bawah tanah tetapi kerja – kerja

eskavakasi mendedahkan tiada sebarang struktur terowong dibawahnya. Ia juga mungkin

sebuah cerombonh asap seperti namanya kerana tidak menjumpai sebarang kesan

pembakaran pada dinding dalam. Sebahagian mengatakan bahawa ia adalah sebuah

rumah api kerana terlatak di tebing tinggi dan pernah terdapat sebuah perlabuhan di

pantai Lubok Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pula menyebut ia sebagai

menara loceng untuk memberitahu kedatangan kapal.

♦ Kos pembinaan

Tidak diketahui

♦ Perasmian

Tidak diketahui
4.3 keistimewaan bangunan

♦ Reka bentuk pelan

Bangunan chimney yang berketinggian kira – kira 31 meter @ 105 kaki merupakan

satu struktur binaan daripada batu bata berbentu segi empat menjulang tinggi dan terdapat

lubang di dalamnya. Terdapat dua pintu berbentuk melengkung seperti gerbang

mengahadap ke barat dan selatan dipercayai berfungsi sebagai pemecah 10egara.

Di samping itu , struktur bangunan ini diperteguhkan dengan rel – re l besi yang

berfunsi ‘mengikat’ bangunan . Adanya rel-rel besi ini menyebabkan struktur bangunan

chimney masih lagi teguh walaupun kedudukannya yang berhampiran laut sentiasa

menerima 10egara kencang.

GAMBAR RAJAH DISEBELAH MENUNJUKKAN PELAN REKA BENTUK

BANGUNAN CHIMNEY :
MODEL TAPAK DASAR CHIMNEY

CARA PENYUSUNAN BATU BATA CHIMNEY


♦ Bahan binaan

Bahan binaan bangunan chimney keseluruhannya menggunakan batu bata merah dan

tidak diplaster / dilepa . Kerja – kerja eskavasi mendapati tapak dasar ( foundation )

bangunan didirikan di atas tanah kaolin dengan kedalaman satu meter. Ia dianggap

pembinaan yang mengkagumkan kerana ia tidak menggunakan cerucuk dasar seperti

pembinaan zaman sekarang. Bangunan Chimney tetap tersergam megah dengan

binaannya .

BATU BATA MERUPAKAN BAHAN UTAMA DALAM PEMBINAAN CHIMNEY


BAHAN PENGUKUH CHIMNEY

BAHAN – BAHAN YANG BERKEMUNGKINAN TERLIBAT DALAM PEMBINAAN


CHIMNEY
♦ Pengubahsuaian

Kerja – kerja fizikal chimney dimulakan dengan membersihkannya daripada lumut ,

parasit dan tumbuhan kecil. Sebahagian besar pencucian menggunakan air biasa dan

berus , manakala bahan kimia seperti larutan ammonia ,HYVAR XL, ACETON ,

THINNER digunakan untuk batu – bata yang sukar dibersihkan .

Ini dikuti komponen kerja terpenting iaitu kerja – kerja penggantian dan pembaikian

batu –bata samaada secara dismantling bagi batu –bata yang pecah , retak dan terhakis

atau pembinaan semula bagi batu – bata yang hilang atau runtuh. Kerja – kerja

mengeluarkan batu bata yang rosak dilakukan dengan cermat secara memahat perlahan –

lahan . Ia dilakukan lapisan demi lapisan dimulakan dari bawah sebelum batu – bata baru

dipasang . Ketika sampai ke grid 47 , besi – besi rel pengikat mua dilepaskan.

Batu-bata baru yang digunakan ditempah khas agar menyamai saiz dan komposisi

batu-bata asal.Pada beberapa tempat , batu – bata yang masih elok turut digunakan . Bagi

tujuan pengukuhan , bahan penguat seperti kepingan besi , paku dan dawai turut dipasang

besekali dengan batu bata yang baru.

Setelah selesai kerja-kerja penggantian , Chimney sekali lagi dibersihkan menggunakan

air dan cement remover yang dilakukan dari puncak ke bawah. Campuran bahan kimia

farmy plus dan air suling disembur ke dinding chimney untuk memelihara chimney

daripada ditumbuhi kulat mahupun parasit.


KERJA– KERJA REKONSTRUKSI DIJALANKAN
♦ Hiasan dalaman

Terdapat 2 pintu gerbang pada bangunan Chimney iaitu pintu selatan dan pintu barat.

Jika dipandang ke atas kita akan dapati bahawa terdapat sebuah tangga besi untuk

memudahkan orang memanjat ke puncak Chimney.

♦ Kegunaan dahulu dan sekarang

Kegunaan sebenar bangunan Chimney masih belum dapat pastikan walaupun ia

memang berkait rapat dengan aktiviti ekonomi di Tanjung Kubong lebih seabad lampau.

Untuk menyimpulkan sebagai sebuah cerombong asap sepertimana namanya agak sukar

kerana tidak terdapat jelaga pembakaran di dalam bangunan ini . Pandangan bahawa ia

adalah sebuah rumah api berkemungkinan lebih sesuai kerana kedudukannya di tanah

tinggi berhampiran laut.. Tambahan pula kawasan peairan Tanjung Kubong suatu ketika

dahulu adalah kawasan laluan perkapalan dengan terdapatnya sebuah perlabuhan dan

16egara arang batu ( dikenali sebagai Edwardes Town , terletak sebatu ke selatan

chimney) di kawasan pantai Lubik Temiang . Chimney juga diandaikan sebuah mercu

tanda (landmark) kerana bangunan ini dan persekitarannya dianggap pusat

perlombongan dan pengumpulan arang batu di Tanjung Kubong sebelum diangkut ke

pelabuhan atau ke 16egara Victoria .

Tetapi pada zaman sekarang , bangunan Chimney berfungsi sebagai tempat

pelancongan di Labuan . Chimney merupakan antara bangunan bersejarah yang ada di

Pulau Labuan.
♦ Cara pembinaan

Tidak diketahui.
RUMUSAN
Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini

yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara

warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya

juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat

menarik minat ramai pelancong asing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama

antara rakan –rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan

sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu

untuk mencari maklumat tentang tokoh itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran

membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran

berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk

berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa 18egara kita. Kini,

saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
ELEMEN 3

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat

cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewasa kini, kerajaan telah

menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh

negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk

memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk

semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat

Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan

Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal

dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya,

masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-

bangunan bersejarah ini

. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meninggalkan kesan sejarah yang

menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan

sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union.

Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk

mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita

sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.

Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk

menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan

negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.
Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan

akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah

mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah

air Malaysia yang kita duduki sekarang

. Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana

mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita

mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus

memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah

bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk

berusaha memerdekakan tanah air kita ini.

Rujukan
1. Jabatan Muzium dan Antikuiti

2. Laporan Eskavasi Arkeologi Tapak Chimney, Tanjung kubong ,


Wilayah Persekutuan Labuan

3. Laman Web Rasmi Jabatan Muzium Malaysia

4. Surat Khabar metro Ahad 1998

You might also like